February 3, 2018

Balkan Trip - (Turkey - Istanbul) Part 2

Assalamualaikum....

Sambungan kisah di Istanbul. Tengah tidur dengan nyenyaknya di Antusa Palace Hotel, kami dikejutkan dengan suara bergaduh di bilik sebelah. Chinese couple. Yang si amoi macam tak puas hati apa ntah. Yang lelaki tu cool jer. Rimas giler. Sebabkan tak tahan sangat, my sis gi ketuk pintu dorang suruh dorang diam. Si amoi tu still mengomel tapi perlahan sikit. Baru lah kami boleh tidur. Esok pagi tu, sambung lagi dengar lagi suara amoi tu...hahahaha. Nasib baik dah siang. 

Sebelum kami sambung explore Istanbul, kami breakfast dulu. Boleh tahan jugak buffet breakfast yang sediakan. Dan yang penting adalah halal.

Time ni pukul 8am...bulan pun masih kelihatan. Ni view dari balcony bilik.


Ada pelbagai sos yang sayapun tak tahu apakah itu. Cheese pun ada pelbagai jenis..coklat sauce dan macam-macam jem. Tak tahu nak pilih..hehehe


Ada pelbagai nuts..tapi pelik rasanya.


Lupa nak snap satu jenis makanan ni...ianya layer2 pastries nipis yang diselang-selikan dengan cheese dan bayam. Sedap betul rasanya.

Disebakan kami hanya 1 night jer di Antusa Palace dan flight ke Sarajevo adalah pukul 7pm, kami terpaksalah simpan luggage di bilik khas di hotel. Saya suka betul pekerja Antusa Palace tu. Mula-mula kami sampai di depan hotel, dia dah kalut keluar angkat semua luggage kami sebab hotel tu bertangga dan kami sure heggeh2 nak angkat. Luggage semua diuruskan oleh mereka sampai ke bilik tanpa balasan tips ke apa. Sama juga time kami nak bertolak ke airport petang tu...ditolong pula angkut luggage kami ke luar. Sungguh-sungguh punya layanan..fuhh!!

2nd day kami di Istanbul ditemani dengan very good weather. Langit membiru sepanjang hari...syukur!!! Tempat pertama kami tujui adalah Blue Mosque


Dari hotel untuk ke Blue Mosque just 3-4 minit gitu. Dalam blog lain cerita ada banyak kucing gemuk-gemuk di Istanbul ni tapi takde pulak yang cerita pasal anjing. Me and my sis memang takut giler kat anjing. My sis bukan setakat anjing..kucingpun dia takut..hahaha. Tapi nasib baik taklah jumpa banyak kucing..ada la 2-3 ekor gitu. 


Bahagian tepi Blue Mosque.

Indah betul architecture masjid paling besar di Turkey ni...tenang melihatnya di pelbagai sudut. Ini baru bahagian luar..bukan lagi bahagian dalam


Dari inner courtyard ni saya menuju ke pintu masuk masjid. Pelbagai bangsa dan agama pengunjung yaang masuk di dalam Blue Mosque. Setiap orang dimestikan menutup aurat tak kira bangsa dan agama. Kasut pula kena dibuka dan dimasukan di dalam plastic. Sila bawa sekali ye kerana laluan keluar adalah berbeza. Oh ye..tiada entrance fee dikenakan. Untuk senangkan diri menghayati keindahan dalaman masjid, ada rak untuk letakkan kasut di dalam masjid.

Blue Mosque yang sungguh menakjubkan

Sungguh indah ukiran mosaic yang menghiasi ceiling..tidak dapat saya bayangkan betapa sabar orang yang membuatnya..sungguh halus hasil seninya. 


Ruang untuk solat utama bagi lelaki. Pengunjung tidak dibenarkan ke sini. 


 Satu lagi ingin saya share si sini..carpet di dalam ni sangatlah gebu dan merah berseri serta dihiasi bunga berwarna biru. Sedap betul dipijak. Kalau xde orang, sure saya dah guling-guling atas carpet ni...hahahha

Lama juga kami dalam Blue Mosque..tak puas hayati keindahan di dalam. Saya bagi idea kat my sis untuk masuk Hargia Sophia. My sis on jer..ada orang kata Q nak beli ticket kat Hargia Sophia ni selalu panjang. Syukur time kami Q tu taklah panjang sangat. Time Q ada pulak orang approach untuk jadi tour guide time kami kat dalam. Memang taklah...pasti kena bayar.  

Pagi yang cukup indah dihiasi dengan keunikan architecture yang sungguh mengagumkan

Jom ke Hargia Sophia pulak..hehehe

Inilah ticketnya...40 Lira

Apakah Hargia Sophia ni sebenarnya?? Saya cerita base on pembacaan saya lah ek..sikit jer. Kang banyak-banyak jadi wikipedia plak..hahahha. Menurut info dari web Hargia Sophia Museum, selama 916 year Hargia Sophia digunakan sebagai church. Kemudianya Fatih Sultan Mehmed menaklukinya dan convert menjadi masjid. Selama 482 year Hargia Sophia digunakan sebagai masjid sehinggalah pada tahun 1935 dijadikan sebagai museum sehinggalah sekarang. Maksud Hargia Sophia ni adalah Holy Wisdom dan dan juga dikenali sebagai Aya Sofya (in Turkish).

Ok..kisah saya di dalam Hargia Sophia pulak ye. Masuk jer dalam..wahh..nampak ketara ianya adalah sebuah bangunan lama tapi masih utuh. Untuk melihat dengan jelas keadaan dalam Hagia Sophia, silalah naik ke mezzanine floor. Laluan untuk ke mezzanine floor seolah-olah mendaki. Laluan ni agak panjang dan terasa xcukup oksigen...hahaha. 

 
Laluan ke mezzanine floor


 
 Keadaan laluan ni mengingat kan saya keadaan laluan di dalam Round Building in Copenhagen


 
Bila tiba di area nak corner sikit, laluan menjadi makin bercerun



 
Inilah maksud saya untuk melihat view lebih ketara keseluruhan Hargia Sophia.


 
Di sebelah kiri ada banyak scalffolding dipasang. Maybe ada kerja pembaik pulih. Ada sudut ni boleh nampak dengan jelasnya ruang utama solat.


Kepingan mosaics yang menutup simbol kristian ada yang sudah tertanggal. Simbol camgini bukan saja di permukaan kubah, tapi di dinding juga. 

Tinggi betul tingkap ni..paras hujung kepala saya jer. My sis sampai lah juga sikit untuk snap view kat luar. So saya minta dia snap view kat luar....hehehe


Nampak Blue Mosque...indah betul

Kami masih ada sikit jer masa lagi untuk explore Istanbul. By hook or by crook...mesti sampai di airport pada pukul 4pm. Time ni dah nak dekat pukul 1pm rasanya. Keluar jer dari Hargia Sophia, kami berjalan ke arah belakang Hargia Sophia pulak. Topkapi Palace hanya tak jauh dah. 

 
Snap dari arah belakang Hargia Sophia 


 
Saya tak pasti inilah adalah bangunan apa.. 



Hijaunya rumput


Ada sebuah sovenir shop area ni...ada juga turkish delight. Sempat juga kami merasa turkish delight...sedap!!!



Depan pintu gerbang Topkapi Palace. Kami tak masuk pun sebab kekangan masa. Ada orang cakap, dalam ni kena spend 2-3 jam. So kami decide kalau ada rezeki kami akan masuk setelah kembali semula ke Istanbul dalam seminggu gitu


Saya bagi idea kat my sis untuk masuk Basilica Cistern. Entrance fee adalah 20 Lira. Basilica Cistern ni kedudukannya just lintas jalan dari Hargia Sophia. Memula tu rasa pelik tengok building untuk kita beli ticket tu just macam guard house jer...hahaha. Yela..tempat yang bakal saya tuju ni bawah tanah daaa...ada apa kat sini??? 


 
Bangunan kecil berjalur merah tulah counter ticket ke Basilica Cistern...jom tengok apa ada kat dalam


 
Dari pembacaan saya, Basilica Cistern ni adalah tempat penyimpanan air bersih. Terletaknya di bawah tanah di mana dibina oleh 7000 hamba pada abad ke 6. Terdapat 336 tiang yang diperbuat dari marmar sebagai support. Bata yang digunakan sekeliling Basilica Cistern ini adalah 4m thick...fuhh tebal tuh. 

Bagi saya takde apa yang menarikpun dalam ni..yang menarikpun kehebatan pembinaannya...tak dapat bayangkan bagaimana dengan teknologi zaman dahulu kala boleh membina tempat penyimpanan sebesar dan seutuh ini. Laluan jalan kaki disediakan untuk memudahkan pengunjung. Agak samar untuk melihat keadaan keliling sebab lampu yang malap jer digunakan. Kalau takde orang lain sure dah gerun dah.

 
 Tiang ni dikenali sebagai crying column. Hanya tiang ni yang basah dari semua tiang yang ada. Tujuannya dibina sempena nak kenangkan hamba-hamba yang meninggal ketika membina Basilica Cistern ni.

 
Di satu bahagian tempat ni ada pulak kolam ikan. 

 
Kepala medusa sebagai base salah satu tiang. 

So conclusionnya..tak masukpun tak rugi dalam Basilica Cistern ni. Kami belum lunch lagi. Saya dah agak tahu mana tempat yang sesuai untuk lunch kami. Tak jauh pun dari Basilica Cintern dan tak jauh pun dari hotel.  


Bila lalu jer lorong restaurant yang banyak ni..ramai lah orang akan approach. Dorang tak paksa pun. Dorang just explain menu terserah kita nak ke taknak. Saya tertarik dengan Masal Restaurant Cafe



Boleh pilih untuk duduk di dalam atau di luar. Kami prefer di luar jer sebab perlu turun tangga pulak untuk masuk ke dalam. 



Cantik lampu ni.


 
Sementara menunggu meal sampai, kami dihidang dengan roti nan yang dicicah bersama yogurt dan  humus. Memang pelik rasanya cicah yogurt masam tu dan humus tu, boleh la.


Taraaaa...my meal. Kebab daging...saya pilih restaurant ni sebab dia ada serve daging. Kalau lamb saya memang tak makan. Komen saya pasal makanan ni...syukur rezeki yang mengeyangkan. Kelazatan?? Maybe sikit kurang..

Dah kenyang, kami kembali ke hotel nak ambil luggage. Kami bakal menempuh perjalanan yang penuh dengan onak dan ranjau..echeehh. Maybe peak hour time kami naik tram. Tram tu penuh sepenuhnya. Saya sampai kena duduk atas luggage sebab dah xde ruang nak berdiri. Nasib baik berjacket tebal, rasa ada protection time bersentuh mamat turki. Dan nasib baik winter...kalau summer sure dah busuk..eh pepandai jer..hahaha. Terseksa betul dalam tram tu.

Selalunya kalau dalam airport, bag dan diri kita di scan selepas melalui imegresen. Tapi tak sama di Attartuk Airport ye. Kita kena scan setelah masuk di pintu utama airport ye. Beringatlah untuk ambil keluar laptop dari luggage ke apa supaya tak susah2 nak buka bag pulak time kena scan tu. 

Kami bakal naik Turkish Airlines untuk ke Sarajevo. My sis dah siap2 check-in. Bila sampai airport, kami kena drop luggage sendiri. Pernah ada experience time Scandinavian trip ritu...so takde masalah sangatlah untuk pahamkan system drop luggage tu.

Ada kisah debaran time kami dalam Turkish Airlines...nantikan next entry...bai!!!

9 comments:

  1. kalau pergi turki nanti mmg nak kena cari hotel dgn bfast nya, blh la merasa segalanya.. best nya baca, tunggu sambungan next entry hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a betul tu..hotel kat Istanbul yg ada sekali breakfast x mahal mcm kt europe..mampu milik lah..hihihi. Next entry pasal bosnia dulu..istanbul will be continue later :)

      Delete
  2. Tidak sabar for the next entry.. Saya belum pernak terbang dengan Turkish Airlines. Wish to try someday.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun 1st time fly dengan Turkish Airlines..saya share pengalaman suspen time fly dengan Turkish Airlines in next entry

      Delete
  3. wish kita nak explore balkan.. sebab kawan pergi tgk gambar cantik sangat. teruja nak baca sampai habis ni phewwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. balkan bukan saja cantik..malah pengalaman sepanjang trip sangat bermakna dan indah berlaka :)

      Delete
  4. Wah..sy dah 2 x gi trky x jumpa tmpat u visit..nice . Kn g pulak ni

    ReplyDelete
  5. Sis tak pergi Istanbul kut...baru dua kali tu sis...tambah lah lagi sekali...hehehehe...gurau jer

    ReplyDelete
  6. Sis nk tnya sistem public transport kat sana snang tak? Saya in shaa Allah akan ke sana april 2019.

    ReplyDelete