August 1, 2017

Scandinavian Trips (Sweden - Stockholm) Part 1

Assalamualaikum,

Jeng..jeng..jeng...bermula sudah episode di Sweden. Setelah memaksa jari ini memuntahkan idea cerita, maka siap lah entry part 1.....yeeeeaaaa tepuk tangan!!!!

Kami sampai di Stockholm, Sweden pada 21 April 2017. Time sampai dari Copenhagen memang malam sangat dah. Tak salah saya pukul 10 macam tu. Besar betul Stockholm Central Station. Memang hilang punca nak cari bus stop untuk ke Stockholm Hostel. Nak tanya pekerja dalam station tu pun, sorang pun takde. So, kami just guna google map nak cari bus stop. Bus stop nuuun diaaa kat luar station. Menggigil kesejukan sambil mengheret luggage. Seksa teramat. Saya tak tau mcm mana nak cerita cara nak ke bus stop tu. Sangat mudah kalau ada internet, boleh guna google map. Ticket bus beli time dalam Central Station ye. Ada machine ticket dalam tu.

Dah habis menggigil sebab kesejukan, masuk dalam bus menggigil pulak sebab dalam bus tu ada anjing besar. Anjing tu duduk belakang sekali. Nasib baik kami boleh duduk agak depan. Sesekali lah dok perati anjing tu takut kang datang kat saya...hahaha.

Bila dah sampai Fleminggatan, kami pun turun. Ikut google map, kami perlu berjalan dalam 3 minit gitu. Area Fleminggatan tu memang sangat sunyi, nasib baik kami selamat..beberapa bulan dah kat Malaysia skrg ni...hahahaha.

Stockholm Hostel yang my sis book ni adalah hostel yang paling strategic. Dekat dengan metro station, ada kitchen dan bukan share bathroom. Walaupun ada nama hostel, kami bukannya duduk di bilik dorm tu. Jom tengok photo

Rasanya kat Scandinavian ni kalau kita stay kat hostel, kita kena letak semua bed sheet sendiri. Dah la penat travel dari Copenhagen tak abis lagi, jenuh pulak nak letak bed sheet. Bukan setakat tilam kena letak cadar, selimut pun kena letak sarung dan bantal juga. Hap hap hap penat saya dok memasang semua tu...hahahaha. Dah sampai negara pengasas Ikea, maka semua perabot, bed sheet, toilet fittings, lampu dan sebagainya semuanya brand Ikea. Cuma yang tak best bilik tu, takde tingkap. Yang lain semuanya selesa.


 
Stockholm Hostel ni just 1 tingkat jer. Kiri kanan laluan nilah terletaknya bilik. 

 
Untuk info anda :) 

 
Sebelum di pasang bed sheet

 
Selepas dipadang. Malas nak pasang elok-elok...hahahha.


Ok siap dah cerita hari 1st di Stockholm. We go the next story, 2nd day di Stockholm dan juga 1st day nak explore Stockholm. Nak tengok cuaca that day langsung tak boleh sebab takde tingkap...hihihi. So saya check la weather forecast..wahh that day weather sangatlah cun. Ayuh explore Old Town/ Gamla Stan dulu...


 
Suasana berdekatan hostel kami...sangat tenteram.


Yang saya suka my sis ni, dia jenis suka urus trip dari segi hotel, ticket, transport dan sebagainya. Bila dah sampai kat sesuatu tempat tu, dia akan serah kat saya untuk susun attraction places yang kami akan pergi. Best tau dapat peluang pilih-pilih gitu....hehehe.


Kalau ke Stockholm, sila lah beli travel cards yang boleh digunakan ketika kita naik metro ataupun bus. Sangat berbaloi daripada beli single journey ticket. Untuk card fee dikenakan sebanyak 20 SEK dan akan dikembalikan selepas kita return card. Nak tahu value in RM, agak divide by 2 lah ye. Kami memilih travel card untuk 72 hours yang berharga 240 SEK. Di Stockholm memang memerlukan kita banyak naik metro. So, amat berbaloi beli card ni. Boleh beli di mana-mana counter di metro station.


Metro station Fridhemsplan tak jauh pun dari Stockholm Hostel. Lebih kurang 6 stop kami sampai Gamla Stan. Keluar jer dari Gamla Stan metro station, terus sampai ke tempat tujuan kami. Mudah betul. Apa ada di Gamla Stan ni? Kalau tengok map, Gamla Stan ni berada dalam 1 pulau. Semua building kat sini adalah dari zaman 13 century. Pakai kasut yang sesuai, sebab kat sini penuh dengan cobble stone. Payah la nak cerita kalau takde photo..jom layan photo


 
Ready to explore Gamla Stan/ Old Town?? Pls exercise before you start walking...kalau tak...pasti cramp kaki. Sepanjang trip ni, saya langsung tak cramp macam trip dulu-dulu. Rahsianya?? Every morning saya akan jogging sebelum ke office. Kalau tak silap saya, 1 month before trip saya start jogging 3-4km satu hari. Sekarang ni dah jadi habit jogging. 


 
Gamla Stan ni memang luas giler..start lah terjah lorong yang mana satu pun...nanti pasti akan terjumpa area yang penuh dengan cafe dan souvenir shop. 


Maybe awal lagi...orang pun tak ramai sangat. Ehh saya ni...gaya yg sama di tempat yang bebeza..hehehe.

 
 Area ni boleh di katakan akan busy dengan tourists sebab cafe dan souvenir shop bertumpu kat area ni

 Standby pakai kasut yang sesuai sebab jalan kat sini adalah cobble stone..ada yang berbentuk bergini...

 
Bentuk begini juga ada...

 
Dan paling dasyat berbentuk begini...betul2 sebiji-sebiji batu...hahahha.


Kami sebenarnya belum pun breakfast. Sepanjang berjalan asyik jumpa souvenir shop jer. Cafe tak nampak pun. Nasihat saya, kalau nak lorong kecil antara building, sila lah lalu. Ada banyak cafe di celah-celah lorong sebenarnya. Saya just terjumpa jer satu cafe. Kebetulan nak belek satu lorong tu.


Cute jer cafe ni. Time memang kesejukan betul..tak lama pastu tetiba turun salji, tapi tak banyaklah..

 
Ada jual pelbagai dessert

I wish one day i have simple cafe like this. Time ni takde orang pun. Just kami berdua. Kami duduk tepi tingkap ni makan sambil tengok salji turun bak gerimis...


Sebelum sampai Sweden, saya dah set nak makan roti ni. Roti ni rasa macam cinnamon bread. Yang kat atas tu jangan di sangka garam ye...itu sebenarnya adalah gula. Sedap sangat...saya nyaris nak order lagi. Tapi takut nanti kenyang dah tak boleh nak try makan benda lain pulak...hehehe.


My sis pulak order baked potato..sedap!!! Dalam potato tu ada mayonnaise dan crab. Salad tu aduhaiiii fresh sangat dan manis. Saya memang tak suka makan salad, tapi yang ini saya suka.


Dan kenyang, kami sambung berjalan. Kami sambung berjalan di lorong utama Gamla Stan. Banyak betul port menarik nak snap photo. 


 
Lorong utama ni sebelum kami breakfast agak lengang..lepas kami breakfast dah jadi busy. Orang bawa anjing ramai betul dalam crowd ni..jenuh nak larikan diri hahahhaha


Ada juga masuk souvenir shop..harga FM kat sini mahal betul. Disebabkan FM dan keychain cantik-cantik sangat, pejam mata beli jugak lah.


Saya ada follow 1 instagram local people..hari-hari dia akan snap photo different location di Stockholm. Kadang-kadang time dia pergi kerja atau balik kerja. Apa saja soalan saya, dia akan jawab. Photo yang dia snap juga bagi inspirasi kat saya. Especially kat Gamla Stan ni. Thks Natalie :)

 
Saya juga jumpa kesukaan saya....mungeeeee...hehehe

 
Setiap lorong kecil di Gamla Stan ni memberikan keunikkan yang tersendiri..don't missed it!!!

Kalau Gamla Stan, jangan lupa ke Stortoget Square. Sebelum ke situ..kita akan melalui area ni dulu
 

Stortoget Square ni berada di centre of Gamla Stan. Unik kan building ni?? Must follow this flow kalau nak jalan-jalan kat Gamla Stan. Sebabnya...tempat ni dah tak jauh dari Royal Palace.


Di area Gamla Stan ni ada satu palace. Jangan termiss Changing Guard Ceremony di situ tau. Kalau termiss...aduhhh rugi tau!!! Changing Guard Ceremony kat situ happening giler. Ceremony tu berlangsung selama 40 minits. Silalah cari port yang cun. Kami ke situ pada 22/4/2017 iaitu pada hari ahad. Ceremony ni start pada pukul 12.30pm dan 1.15pm pada weekdays.  

Bahagian depan Royal Palace. Datang lah awal untuk dapat tempat paling depan


Menunggu detik pertukaran guard.


Yesss...dapat duduk yang paling depan.


Inilah sebabnya saya suruh duduk kat position ni...show brass band betul-betul depan saya..terbaikkkk!!!


Nak dekat sejam jugaklah melayan changing guard ceromony ni. Memang happening giler. Berbeza betul yang dekat Copenhagen tu. Music yang dimainkan brass band group ni memang best-best.


Sesudah berakhirnya changing guard ceromony tu, boleh la bergambar dengan guard Sweden ni…hahahaha. Guard ni relax betul, siap bersembang gelak-gelak lagi dengan orang lain. Kat London, tegur lah macam manapun..takkan dilayanpun…serius jer.


Daripada pukul 9am sampai ke pukul 1pm kami berjoli kat Gamla Stan ni…hahahaha. Memang tak sedar masa berlalu. Kalau dah macam tu, maksudnya, Gamla Stan ni sangat best lah. Lepas dah puas kat Gamla Stan ni…kamipun nak ke next destination. Alaa…jalan kaki jer. Nampak kat belakang saya tu?? Kami bakal cross bridge ke sana. Ada apa kat pulau sana tu?? Nantikan next entry yeee...kalau saya sambung dari enty ni, berpinar mata anda membaca...hahahaha.

7 comments: