July 23, 2017

Scandinavian Trips (Denmark - Copenhagen) Final



Assalamualaikum...

Entry Denmark akhirnya sudah sampai ke penghujung. Yelah...sekejap jer pun kat Copenhagen. Jom baca kisah seterusnya...

Activity kami untuk hari ke-3 di Copenhagen just santai-santai jer. So pagi tu kami tak lah keluar awal sangat. Kami lepak kat bilik sambil tengok balik photo-photo yang kami snap sepanjang trip.

Lebih kurang pukul 10am camtu kami pun check out. Saya tak tahulah Cabbin City Hotel yang kami stay tu ada berapa bilik. Sebabnya, kat receptionist yang ada lebih dari 3 orang bertugas, customer yang nak check-out Q sampai ke pintu. Kami simpan luggage kami di dalam bilik yang disediakan oleh pihak hotel. Sebenarnya, kalau nak mudah...kami boleh simpan luggage di Central Station. Sebabnya, pada sebelah petang, kami akan naik train ke Stockholm, Sweden. Kami ada check dulu tempat simpan luggage tu..agak mahal charge yang dikenakan. So, kami memilih untuk simpan jer di hotel sebab free.

Kami menghala ke Central Station untuk naik bus. Our destination adalah Amelienborg Palace. Kami mesti sampai sebelum pukul 11am. Punya excited nak tengok Changing Guard Ceremony, sampai terlupa nak breakfast. Disebabkan kami dah pernah sampai Amelienborg Palace sehari sebelum tu, so takde masalah sangat nak tahu kat mana tempat tu.




Building berhadapan Central Station


Hari terakhir di Copenhagen ditemani cuaca gloomy

Time kami sampai, pengunjung lainpun dah ramai. Agak confuse nak berdiri kat mana sebab tempat tu satu dataran yang luas dan dikelilingi bangunan. Ada guard yang berkawal di beberapa sudut kawasan tu. AWAS!!! Jangan berjalan atau berdiri di atas laluan guard tu...nanti dia jerkah. Ada saya tengok beberapa orang kena jerkah disebabkan berdiri di laluan dia berkawal dan juga duduk bersandar di bangunan. Sekali di jerkah...bergema seluruh alam...hahahaha.


Guard yang berkawal di Amelienborg Palace


Budak-budak sekolah ni buat lawatan agaknya...cute betul

Tunggu punya tunggu, start akhirnya ceremony tu. Agak hambar ceremony tu sebab tak happening macam kat Buckingham Palace di London. Takde brass band. Just berkawat biasa jer. Group guard berkawat yang datang dalam 40 orang tu akan ke setiap sudut yang menempatkan guard dan kemudiannya bertukar dengan orang lain. Begitu lah yang seterusnya ke sudut yang lain. Agak boring ceremony tu. Beberapa kali saya asyik menguap..hahahaha.

Setiap pengunjung kena berlari-lari ikut group tentera berkawat tu setiap kali mereka berkawat ke sudut dan sudut yang lain...hahaha. Dan saya, berdiri kat satu tempat yang senang my sis jumpa. My sis adalah salah sorang yang berlari ikut tentera berkawat tu...hahahaha. Apakah peliknya ceremony cam gitu..hahaha.


Tentera berkawat tanpa brass band...tak meriah langsung


Pengunjung terpaksa berlari-lari nak rakam pertukaran guard di setiap sudut

My sis yang kepenatan berlari tu akhirnya give up berlari..hahaha. Dia cakap jom kita makan. Memang perut saya dah berdangdut time tu. Saya memang tak standby apa-apa makanan untuk kami that day sebab malam sebelum tu semua barang-barang dah packing. Kami berjalan susuri bangunan di area Amelienborg Palace tu. Ada beberapa cafe yang sesuai untuk kami masuk. Kami memilih cafe yang agak lengang.


Our brunch...croissant saya order tu sedap sangat!!!


Kami singgah satu kedai untuk beli mineral water..time nilah baru kami tau yang botol mineral water yang kosong tu bernilai. Kita perlu masukkan botol tu dalam mesin ni..lepas tu akan keluar resit. Tunjuk resit tu kat cashier dan dia bayar harga lebih kurang separuh dari harga asal mineral water tu kalau tak salah saya. Sebab tu agaknya mineral water mahal kat sana sebab dorang nak kita return balik botol tu sebab nak recycle. Bagus betul cara macam ni. Cashier tulah yang ajar kami cara nak dapatkan cash tu. Dia cakap, nak buat kat mana-mana kedai pun boleh. Time ni kami ada 1 botol yang masih ada separuh air. Pulun lah dua-dua orang telan air tu sebab nak return botol tu.....hahaha. Kembung perut sebab baru minum secawan coffee..hahaha.

Kemudian..kami plan nak habiskan sisa masa yang ada di Tivoli Garden. Kami tunggu bus di tempat yang sama kami turun. Mudah sikit nak naik bus kalau kita ada internet. Boleh tahu bus no apa dan nak stop kat mana. Ada sikit salah paham ketika dalam bus. Kami ingat bus tu akan stop di Central Station, tapi tidak. Tunggu punya tunggu kami rasa bus tu dah menghala ke arah yang dah jauh dari Central Station. Terpaksalah kami tunggu bus tu patah balik. Sampailah semua penumpang dah turun, tinggallah kami berdua.

Driver bus tu tegur kami. Dia pelik kut kami tak turun-turun sampai ke last station. Kamipun ceritalah kami nak kemana semua. Dan part yang paling best, dia cakap dia muslim...syukur berjumpa orang seagama. Kami duduk paling depan sekali untuk mudahkan driver bus tu bagitau kat mana kami perlu stop.

Disebabkan kecuaian kami, masa untuk kami berjimba di dalam Tivoli Garden agak terhad. Kami dah bazirkan dalam sejam dalam bus. Ikutkan hati saya taknak masuk dah Tivoli Garden tu sebab entrance fee agak mahal. My sis tahu saya teringin nak masuk garden tu sejak sebelum datang lagi, so dia paksa juga masuk. Kami just ada setengah jam jer dalam tu. Entry untuk Copenhagen ni memang penuh dengan bunga...bersabar lah ye..hehehhee.


Tak berapa ramai pengunjung dalam taman ni...maybe sebab hujan.


I feel so good to see you again....tulips..


Just ada 3 color jer...kuning, purple dan juga orange


Tulips ni cantik time kelopak dia tak kembang sangat..kalau terlalu kembang, tak nampak sangat dah betuk tulip


Cantiknya bunga ni


Bangunan dalam Tivoli Garden ni macam masjid


Semua bunga dalam taman ni sangat lah cantikkkkk


FM kat Scandinavian memang takde yang murah. Tak mampu saya nak beli souvenir kat orang lain. Just termampu untuk diri sendiri saja.


Siapa yang gila snap photo bunga angkat tangan!!! Hehehe...me and flower cannot separate 
Ada banyak benda boleh explore dalam taman ni...malangnya masa tak mengizinkan...


Ada tasik di tengah-tengah taman ni...kalaulah ada banyak masa, boleh la duduk lepak-lepak kat tasik ni.


View bahagian tasik yang lain


Sakura


Macam-macam activity boleh dibuat di sini...ada theme park jugak..mampu tengok jer lah..


Time nak keluar dari Tivoli Garden tu, terjumpa pulak kiosk kebab. Rezeki kami betul. Kami nak kejar masa...si mamat arab tu asyik nak sembang..hahahaha. Terpaksa lah explain yang kami nak cepat bagai. Dia pernah ke KL, tu yang excited nak sembang tu.

Dah cukup masa yang kami allocate untuk berada dalam Tivoli Garden tu, terus kami berkejar balik ke hotel untuk ambil luggage. Berdebar saya kalau kami terlepas train untuk ke Stockholm, Sweden. Bila dah ambil luggage, bergegas nak ke Central Station pula. Memang cun habis lah duduk Cabbin Citty Hotel tu sebab dekat dengan Central Station.

Dalam kesejukan ditambah dengan gerimis hujan yang start turun, terhegeh-hegeh saya menarik luggage melalui cobble stone. Bila dah sampai Central Station, tak tau pula arah nak tunggu train. My sis gi tanya counter train dan saya tunggu bag. My sis kembali dengan muka panic. Hah sudah...kenapa pula tu? Kami terlepas train ke? My sis terus cakap..jom cepat..orang tu cakap platform kita jauh nak kena berjalan. Dengar my sis cakap tu terus saya rasa nak pitam. Berapa jauh platform tu?? Adakah kami takkan sempat? Macam-macam persoalan dalam otak saya. My sis melangkah tanpa toleh kiri-kanan. Terkejar-kejar saya sebab langkah saya lebih pendek dari langkah dia. Dan akhirnya saya terpaksa berlari-lari nak kejar my sis yang lebih laju langkahnya.
Dari dalam Central Station saya dah lupa kami turun atau naik lift...kemudian kami sampai di luar Central Station. Rupa-rupanya platform kami tu di luar building. Langsung tak macam train station dari London ke Paris yang memerlukan kita tunggu dalam building. Akan ada seorang guard just check passport gitu-gitu jer. Scandinavian ni macam Europe, tak perlu lalui imigresen jika nak cross boarder.



Platform tunggu train...Kami takde lah terlambat. Antara yang terawal sebenarnya...apa daaa...kamchong terlebih-lebih jer. Train tu memang dah ada, cuma belum boleh naik. Nasib baik time tu hujan taklah lebat sangat.

Lega bila dah boleh duduk dalam train tu. Sepanjang hari tu kami just makan roti dengan coffee ye. Nasib baik ada tapau kebab time kat Tivoli Garden tu. Duduk je, terus kami bukak makan kebab tu. Sedap betul kebab tu..selalunya kebab ni gunakan hirisan ayam, tapi kebab kali ni macam serunding ayam. Sayangnya kami just beli 1 jer. Nasib baik ada fries, boleh la jugak lapik perut selama 5 jam dalam train tu.

Seat kami tu memang selesa..nak makan pun ada meja semua. Space letak kaki pun luas. Cuma satu jer masalah...train ni macam bergoyang sangat. Sampai satu tahap tu saya pening dan nak muntah. Nak tido pun memang langsung tak boleh. Seksa yang amat sangat sementara nak sampai Stockholm tu. Train akan stop dibeberapa station. Akan ada polis memeriksa passport bila kita dah cross masuk ke Sweden.

Trip kali ni saya perasan my sis takde langsung sediakan hard copy booking ticket bagai. Semuanya dia save as PDF dalam phone. Sepanjang kami naik bus, train dan cruise, semuanya dia just show barcode dan orang check ticket just scan. Saya tak pernah nak peduli urusan my sis booking-booking semua tu. Dan saya juga langsung takde experience buat apa-apa booking sepanjang kami berdua travel...hahahaha. Time ni lah saya betul2 impress dan respect kat my sis...dia mampu buat semua tu sendiri-sendiri dan perfect. Travel buddy yang terbaik memang sebab utama satu-satu trip tu berjaya....pls believe me!!!!

Berakhir sudah kisah saya di Copenhagen, Denmark. Memory sangat indah di Copenhagen. Kekadang saya fikir...wahh, bertuahnya aku dah sampai Copenhagen. Langsung tak pernah terfikir pun nak jadikan Denmark ni salah satu negara yang teringin sangat nak pergi. Syukur sangat sebab Allah bagi peluang sebegini rupa. Kekadang nikmat yang dapat tiba-tiba tanpa bermimpipun adalah nikmat terbesar dari Allah. Nikmati, hargai, bersyukur dan jadikan tauladan di atas apa jua kita dapat dan dilalui.

Nantikan kisah seterusnya saya di Scandinavian. Sweden merupakan negara terakhir saya singgah dalam trips Scandinavian ni. Setiap negara membawa kisah yang bebeza...stay tune.

Bai......

7 comments:

  1. cantik kan tulips tu???? hihihi....rasa mcm nk petik. hehehe Nanti cerita pasal Sweden pula ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua bunga tu saya rasa macam nak petik....geram betul!!!! InsyaAllah akan saya habiskan entry Sweden pulak pasni :)

      Delete
  2. clap2 my hands...
    akhirnya ye..
    tunggu yg terbaru lak nanti.
    cantik2 lah bunga2 dia. akak pun suka tgk buildings dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehehe...sorry la lembab sangat nak update blog

      Delete
  3. Saya akan ke Finland, Sweden & Norway awal 2018. Info from your blog helps me prepare for our trip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh tak sangkanya yee...refer la apa yang patut. Info yang saya share ni taklah 100% perfect. Boleh la saya kirim coklat KEX kat sweden tu...hehehe

      Delete
    2. You may also refer to this blog...https://tripsdepartures.blogspot.my/

      Delete