August 15, 2017

Scandinavian Trips (Sweden - Stockholm) Part 2

Assalamualaikum..

Hai semua..masih follow stori mori saya di Scandinavian?? InsyaAllah saya akan habiskan perkongsian pengalaman saya tak lama lagi. Kepada siapa-siapa yang suka tengok travel's photo, boleh follow Instagram "akulovetravel". IG saya takde selfie2 tau..sebab tak minat...hehehe. Boleh layan photo travel & food yang saya share disamping kata-kata motivasi yang boleh menaikkan semangat kita bersama. Ber IG ke, FB ke, blog ke..hopefully setiap perkongsian itu memberi manfaat sesama kita. Bak kata orang mat saleh, sharing is caring ;)


Sambungan daripada day-2 di Stockholm. Setelah berjam-jam joli di Gamla Stan, kami bergerak ke Kungsträdgården (The King’s Garden). Tak jauh mana pun nak berjalan ke Kungsträdgården. Saya tak sabar betul nak saksikan deretan pokok sakura kat Kungsträdgården ni. Seminggu atau 2 minggu sebelum trip, saya tengok pokok sakura ni dah penuh dengan bunga. Saya risau sangat akan terlepas tengok sakura ni. Bila my IG friend yang stay di Stockholm cakap saya akan sempat, baru saya lega. 


Berjalan ke seberang sana


Bridge yang menghubungkan Gamla Stan dan juga Kungsträdgården 


Meninggalkan Gamla Stan...esok tu saya ada pergi lagi Gamla Stan..hehehe.

Time nampak pokok ni saya dah salah paham pokok nilah pokok sakura..hahahha. Nyaris-nyaris nak nagis hentak-hentak kaki sebab tak jumpa sakura..hehehe. 


Jalan depan sikit nu haa baru jumpa. Happening giler tempat ni. 


Time kami sampai tu ada Japanese show di tengah-tengah taman ni


 
Taraaaaa....hehehe

Yang tak bestnya kat sini, anjing banyak betul. Kekadang tak sedar sebab dia datang dari celah-celah manusia yang ramai..tak tenang betul nak bergambar


Pokok yang penuh dengan sakura ni seolah-olah menjadikan laluan tu seperti di cover bunga. Di Copenhagen saya berkesempatan saksikan keindahan sakura berwarna putih, manakala di Stockholm saya dapat saksaikan sakura berwarna pink...best giler!!!


Bila cuaca agak mendung, warna bunga ni tak naik sangat.

Ni bila cuaca cerah


Nampak jer pokok ni rendah, tapi saya still tak sampai nak capai...nasib baik my sis tinggi..dia lah tolong pegang untuk saya snap...hehehe


Ikutkan hati tak puas hati lagi nak bergambar kat sini...disebabkan anjing makin banyak, kami bergerak ke next location. Saya nasihatkan kalau nak tengok sakura kat sini, datanglah awal-awal pagi. 

Our next location adalah Monteliusvägen. Sebelum trip saya dah search kat mana nak tengok  view of Stockholm dari tempat yang tinggi. Ada beberapa tempat yang sesuai..tapi saya pilih Monteliusvägen. Tapi sebelum tu, kami ada singgah beberapa metro station. Untuk apa? Untuk pengetahuan anda, antara attractions di Stockholm adalah metro station. Setiap satu metro station di Stockholm adalah unik. Untuk ke our destination, kami berkesempatan stop kat beberapa metro station. Boleh dikatakan tourist attraction ni macam sambil berenang minum air la...hehehe. Jom kita Stockholm metro stations underground art...

 
Kami dari Kungsträdgården Metro Station kena naik blue line ke T-Centralen dan kemudiannya tukar train ke Mariatorget untuk ke Monteliusvägen. Kungsträdgården Metro Station dan T-centralen Metro Station adalah 2 station yang wajib pergi ye..sebab station tu unik betul. 


Disebabkan kami dari Kungsträdgården, so kami berkesempatan lah tengok metro station ni..gigih betul ek ber art-art gini.

 
Antara semua station, saya paling suka station ni.. T-Centralen Metro Station. Di station ni kami tukar train ke Mariatorget. Kalau ada banyak masa free, boleh jer turun di setiap metro sation untuk tengok semua underground art ni...lagipun kita ada train travel card kan boleh pakai unlimited untuk 72 hours. Macam kami ni tak lah lama sangat di Stockholm...just boleh sambil berenang minum air jer...hehehe

 
 Sekitar Monteliusvägen

 
Dari Mariatorget Metro Station, kami perlu berjalan dalam 5 minit macam tu untuk ke Monteliusvägen. Monteliusvägen macam area perumahan. Tempat yang bakal kami terjah tu adalah top view untuk tengok Stockholm. Kalau dah top view, mesti tempat tu tinggi lah kan..tu haaa nampak photo ni?? Kami perlu panjat jalan berslope pastu daki tangga lak. My sis dok wat kelakar yang nama tempat ni dari kisah Maria yang berjalan tonggek sebab keadaan jalan yang berslope dan menyebabkan orang yang daki tu tonggek...hahahaha...Mariatorget = Mariatonggek...hahahaha.


Setelah melepasi tangga...jumpa pula jalan berbatu seketul-seketul gini..hehehe. Depan tu sikit jer dah sampai lah top view point tu....ayuh kita...

Di pagi hari berjoli berjam-jam di Gamla Stan, dipetang hari pula, layan view Gamla Stan dari top view..what a beautiful experience

Best place for a panoramic view of Gamla Stan


 
Zoom sikit ...time ni dah gloomy dan snow yang halus-halus mula berguguran...sejuknya tak tau nak cakap lah.


Time naik train untuk ke sini, kami ada cross bridge tu

Kami hanya makan roti dan baked potato jer pagi tu, memang boleh bertahan jugak lah perut. Tapi rasa macam nak minum petang pulak. Discuss punya discuss, kami ingat nak singgah mana-mana cafe on the way balik ke hostel. Dan sebelum balik, lagi sekali kami nak tengok subway station yang lain pulak.

 Yang saya bulatkan tu station yang kami bakal terjah. Disebabkan kami memang dari Red Line iaitu dari Mariatorget, so kami terus ke Tekniska Högskolan dan Stadion metro station...kemudiannya kami patah balik ke T-Centralen sebab kami nak balik ke hostel perlu tukar Green Line. Fridhemsplan station adalah station di mana kami perlu turun untuk balik ke hostel. Sebelum trip, saya dah google semua underground station di Stockholm...saya pilih yang paling unik jer. Kalau nak pergi semua station, jenuh kut..bukan sikit..hehehe.

Stadion Metro Station..


 
 Tekniska Högskolan Metro Station


 
Bila dah sampai area hostel dalam pukul 4pm gitu...lepas tu kami just singgah satu cafe ni then bungkus crossaint dan daim kek. Dah bertahun lamanya tak makan kek ni di Ikea. Tak sangka jumpa balik kek ni di Sweden. Rasa yang sama macam dekat Ikea...nyum nyum. Crossaint tu pun sedap.

 
Seharian belum makan nasi lagi...inilah kali pertama kami nak guna kitchen di Stockholm Hostel ni. Kitchen ni bersih dan luas. Saya paling suka coffee machine kat sini. Anytime nak minum brewed coffee pun boleh...tapi kena byr lah ek. Just masukkan syiling. Dah lupa dah harganya berapa.


Kami habiskan semua stock lauk kami...hehehe.

Sampai sini dulu yer perkongsian saya, InsyaAllah next entry saya akan share pula pengalaman saya di Skansen. Skansen ni adalah open museum..

Bai

2 comments:

  1. Bertuahnya Zila dapat ke tempat ni. Dulu saya ada kawan kerja di Stockholm, banyak kali dia ajak saya ke sana tapi tak berkesempatan. Tapi bila dah ada masa nak ke sana, dia pula dah habis kerja di situ. Tak merasalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah one day prof pun ada rezeki dtg sini..sayapun kekadang tak sangka saya dah sampai tempat ni..rasa mcm mimpi..syukur sangat diberi kesempatan.

      Delete