July 16, 2017

Scandinavian Trips (Denmark - Copenhagen) Part 2

Assalamualaikum..

Lamanya entry Trips Scandinavian ni nak habis. Asyik takde mood jer nak menulis. Tapi don't worry, InsyaAllah segala memory saya time trip tu masih fresh. Masih ingat peristiwa, keadaan, perasaan dan juga suasana. Jom sambung kisah di Copenhagen, Denmark.

Entry ini adalah sambungan dari day-2 di Copenhagen iaitu pada 20 April 2017. Setelah kami turun dari cruise, kami berjalan pula ke arah area yang saya nampak ada deretan pokok yang penuh dengan bunga berwarna putih. Walaupun berjalan agak jauh, saya tak rasa tired sangat sebab excited nak tengok bunga. Di Norway macam susah nak jumpa bunga walaupun sudah masuk spring. Suasana spring di Norway seolah-olah masih winter. Lain pula di Denmark. Bunga boleh dijumpai di mana-mana. Tapi kesejukkan di Denmark tak jauh beza dari kesejukkan di Norway.


Bila dah melihat Copenhagen dari dalam cruise, kami dah boleh agak arah mana untuk kami berjalan nak cari deretan pokok berbunga putih itu. Sambil-sambil menuju ke tempat tujuan, boleh la layan view sepanjang perjalanan. Inilah bangunan berkubah hijau yang saya nampak dari cruise. Rasanya building ini adalah church.

Building architecture di Copenhagen ni mengingatkan saya kepada suasana di Paris.

Tanpa sedar kami dah sampai Amalienborg Palace. Lagi sekali kami termissed changing guard ceremony. Kami berdua plan nak tengok ceremony tu pada keesokkan hari. Palace ni ada space yang luas yang mana di sekelilingnya adalah bangunan. Time kami dah lapar sangat. Tak jauh dari palace ni ada small park. So kami berpicnic kat situlah.

Walaupun taman tu kecil jer, tapi sangat cantik. Ada beberapa jenis bunga yang sangat cantik. Kami pun buka la segala nasi dan lauk. Nasib baik ada beli herring di Norway, boleh la dijadikan lauk tambahan. Kalau tak, asyik makan sambal ikan bilis jer..hehehe. Ada beberapa orang yang berada di dalam taman tu senyum tengok kami berpicnic sambil cakap "enjoy your food". Dah kekenyangan, saya suruh my sis relax dulu sebab saya nak snap bunga yang terdapat di dalam taman tu...hehehe. Jom layan photo....

Macam sakura....

My fren cakap ni magnolia flower...wangiiii..

Daun bunga ni macam tumbuh menjalar di permukaan tanah

Buah kecil ni nampak sedap..heehe..tak mungkin boleh makan. Kalau boleh makan, sure dah jadi makanan burung.

Bunga ni pun ala-ala sakura...cantik sangat.

Di celahan batupun ada bunga.

Inilah pokok yang saya nampak dari cruise. Akhirnya sampai juga. Rupa-rupanya bunga ni adalah sakura. Syukur dapat lihat sakura yang merimbun ni. Dulu time pergi Korea sakura dah makin berkurangan dan berguguran. Tapi kali ni saya boleh hayati kecantikkan sakura yang merimbun tanpa ada sehelai daun pun di pokok sakura ini.

Sakura

My sis ingat tu jer sakura yang saya nak tengok..saya cakap bukan bukan bukan...ada lagi. Time saya tengok dari cruise tu, ada deretan pohon sakura yang lagi banyak. Hanya perlu berjalan sikit lagi ke depan. Kami just susuri tepi sungai. Memang betul, kami jumpa deretan pohon sakura tu. Rupa-rupanya kami dah sampai di Kastellet. Kastellet ni salah antara attraction place yang saya nak pergi. Taman ni dari atas boleh nampak bentuk pentago...tapi saya tengok macam bentuk star. Cantik betul Kastellet tu. Lagi banyak bunga kat situ...haish..sabar lah ek tengok photo bunga..what to do..snap gambar bunga adalah minat saya..hehehe. Oh ya..masuk adalah free ye...

Unik water fountain ni. Di dasar kolam ni nampak duit syiling. Ada la tu yang lontar syiling kononnya pasang niat..isk isk isk.

Kalau tengok dari atas, tasik ni berbentuk star...besar jugak taman ni. Anjing pun banyak. Jenuh lari nak ngelak anjing...hahahah

Ni diaaa pohon sakura yang memutih tu..cantik betul. Agak suram sebab cuaca makin gloomy. Pasti naik warna putih ni jika langit berwarna biru cerah. Time ni agak beragin..asyik saya tengok pohon sakura ni meliuk-lentuk mengikut tiupan angin. Bestnya kalau boleh berlama. Time ni kami dah agak tired sebab banyak berjalan. 

Minah ni happy jumpa sakura..hehehe

Mana-mana sudut semuanya cantik!!!

I love this place sooooo much!!!!

Jom tengok photo bunga yang lain.....

Bunga kuning yang menawan hatiku....

Bunga purple yang menceriakan hatiku....

Macam morning glory...

Tulips....

Statute mermaid ni berada tidak jauh dari Kastellet. Punya ramai lah orang kerumun kat statute ni. 

Kami decide nak bergerak ke next place...iaitu Rosenborg Castle. Sebenarnya kaki dah sakit...bila tengok google map macam agak jauh nak berjalan. Tak salah 3-5 km camtu. Memula kami berjalan jer ikut google map tu..akhirnya kami give up. My sis terus ajak naik bus. Di satu bus stop tu, my sis main naik jer bus no. 24 kalau tak salah saya. Dia tanya driver bus boleh tak naik bus tu nak ke Rosenborg Castle..then driver tu cakap boleh. Saya ni macam biasa lah..lenggang-kangkung jer gi duduk. Terkontang-kanting lah my sis nak kuarkan duit nak bayar semua...hahahaha. Tapi syukur teramat, driver tu cakap tak payanh bayar. Baiknya hati dia. Dari Kastellet, just 3-4 stop gitu, driver tu suruh kami turun siap tunjuk arah ke castle. 

Area kami turun dari bus

Castle ni berada di dalam taman yang luas...what??? Taman?? Kalau taman of cos la ada bungaaa....hahahaha. Gambar kat atas ni di suatu sudut taman tersebut.

Castle ni macam dalam fairy tales story...kami sempat spent sekejap jer kat sini sebab time ni sangatlah tired. Kami macam memaksa diri pun ada time ni. Nak hayati taman ni pun dah macam ala-ala...maybe dah puas sangat kut layan view kat Kastellet. Sebelum balik hotel, kami plan nak cari halal food dulu. So kami decide nak ke area Stroget. Stroget ni macam area shopping gitu. Peluang nak dapatkan halal food kat situ memang banyak. Kami just jalan jer sebab tak jauh sangat dari Rosenborg Palace.

Di mana ada subway station, di situ lah ada banyak basikal

Stroget

Ada stall crepe di area Stroget ni...pekena hot coffee dan nuttela crepe sejuk-sejuk memang best. Sambil-sambil layan crepe..sambil tengok orang lalu-lalang.

Kami susuri kedai-kedai area Stroget ni. Takde pun niat nak shopping...sambil jalan tu, kami lalu di beberapa restaurant kebab. Memang senang nak dapat halal food area ni. Perubahan sausana yang tadinya taman kepada sausana ni menambah pula energy kami...hahahaha. Kami plan nak naik round building yang depan tu naaa.

Jom naik round building untuk tengok view Copenhagen dari atas building ni.

Entrance fee tak lah mahal sangat. Kami bayangkan nak kena panjant tangga macam naik light house tu..rupa-rupanya bukan. Laluan untuk ke atas building ni adalah lantai. Lega betul rasanya..hahaha. Untuk elak gelincir..kami dinasihatkan oleh penjual ticket berjalan di laluan dekat dengan tingkap. Laluan di bahagian tengah agak curam.

Ayuhhh!!! Kalau tired, boleh duduk kat area tingkap tu.

Dalam 5 minit...sampai lah di atas. Orang kat atas nipun tak ramai sangat..takde lah nak bersesak-sesak.

Copenhagen....

Sesudah turun dari round building, kami terus ke restaurant kebab. Mana-mana halal restaurant di Stroget ni, takde tulis word halal di depan atau di dalam restaurant. Untuk pastikan memang orang arab tu adalah islam..kami tanya lah dulu. Pekerja yang kami tanya tu menyakinkan kami..dia siap introduce kawan-kawan dia yang lain dan semuanya islam..syukur.  Sebenarnya ada 1 lagi taman are Stroget ni yang kami belum pergi iaitu Botanical Garden. Tapi saya fikir, sudah-sudah kut taman...tak larat dah nak snap bunga..hahahha.

Time beli tu kami masih kenyang sebab makan crepe..so kami just take away. Saya suka kebab yang guna roti pita jenis macam ni...rasa roti ni macam rasa roti arab yang ada jual kat Penang. Roti arab kat Penang tu digoreng dan dicicah dengan kuah kari. Jenis bebab macam nilah saya macam kat London dulu..bila 2nd time ke London, restaurant tu dah takde. Untuk balik ke hotel, kami naik subway. Just 1-2 stop jer untuk sampai Central Station

Senja di Copenhangen. Nun di sana ada theme park area Tivoli Garden.

Berakhir sudah 1 full day kami di Copenhagen. Ternyata kami menggunakan 1 hari tu dengan sepenuhnya. Keesokkan harinya kami akan bergerak ke Sweden, sebab tu lah kami menggunakan sebaiknya hari kami tu. Tapi keesokkan hari masih ada half day untuk kami explore Copenhagen.

7 comments:

  1. bestnyaaaa..!! entry travel kena baca teliti2.. insyallah nanti CT mai singgah balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak baca teliti-teliti tu sbb nak ke scandinavian jugak ke?? hehehe

      Delete
  2. cerita menarik.. i suka all your pictures..
    ntah boleh ke sana ke ntah idok yee..

    ReplyDelete
  3. Zila ....

    Nak share sikit ... semalam saya ikut nature walk in the park gitu ... menurut kata guide tuh, certain berries memang beracun untuk manusia, tapi ianya tidak utk sesetengah burung / tupai !!!

    Sama jugak species cendawan dan lain lain ...

    Sebab seingat saya, petua org dulu dulu, kalau tak ada burung atau haiwan makan, maknanya ianya beracun ... namun saya silap ! Hahahahhaa

    ReplyDelete