July 5, 2017

Scandinavian Trips (Denmark - Copenhagen) Part 1

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Lebih kurang seminggu saya beraya di kampung. Puas betul rasanya hati ini..hehehe. 

Sambungan dari kisah Scandinavian Trips. Saya sudah share kisah saya di Norway, sekarang tibalah masanya untuk saya share kisah di next country..Denmark. Di Denmark, kami hanya tumpu area Copenhagen sahaja.

Setelah lebih kurang 1 hour flight, kami tiba di Copenhagen Airport dari Bergen. Tak salah saya time tu dah pukul 9pm gitu. Badan kami tired betul sebab sepanjang hari tu kami naik macam-macam transport di Norway dan kemudiannya ke Copenhagen pulak. Setelah touchdown, kami terus ke ticket machine. Machine yang sama menjual ticket untuk bus dan juga train untuk ke city. Kami memilih untuk menaiki train. Station train pun tak jauh, just turun ke bawah 1 tingkat. Dah turun sampailah ke depan rail tu..kami pelik lah. Kenapa takde entrance gate macam mana-mana train yang kami pernah naik. Main masuk gitu jer. Ehh..kalau gini, tak beli ticket pun takpe..hahaha. Waktu malam suhu memang drop cecah 1 deg celsius. Menggigil sementara nak tunggu train sampai.

Train ticket untuk 2 orang = 72 DKK

Tak lama pun perjalanan dari airport untuk ke town..tak salah saya tak sampai setengah jam. Dengan data internet, kami just guna google map untuk ke Cabinn Hotel. Dalam kepekatan dan kesejukkan malam, terhegeh-hegeh kami mengheret luggage. Memang cukup terseksa lah. Kami berjalan dalam 5 minit gitu...akhirnya sampai lah di Cabinn Hotel. Untuk the 1st day in Copenhagen, kami belum betul-betul nampak lagi rupa sebenar Copenhagen sebab bila sampai pun dah gelap kan.

Bilik yang kami booked ni adalah double deck bed..yang ni yang bahagian bawah

Ni yang bahagian atas

Toilet pun comel jer...tapi besar sikit lah dari Easy Hotel di London tu

Bilik kami ni consider selesalah...cuma sempit sikit. Tapi cukup segalanya...katil yang selesa, sound proof, ada meja untuk saya masak dan ada small cabinet untuk hang jacket. Bilik ni consider compact macam Easy Hotel, London...tapi lebih besar dari hotel tu. Cukup puas hati lah.

 So, jom baca the next day story saya...

2nd day di Copenhagen adalah satu-satunya 1 full day untuk kami explore Copenhagen. Keesokkan harinya, kami akan ke Stockholm, Sweden. Jika ikut plan asal, kami just nak ke Norway dan Sweden jer..bila tilik masa yang kami ada, macam sempat jer nak ke Copenhagen, so kami fikir apa salahnya ke sana walaupun sekejap. Sekejap pun tak sekejap sangat lah sebenarnya..sempat juga kami explore hampir seluruh attraction places di Copenhagen ni.

Bila siang menjelma..barulah nampak rupa kat luar tingkat bilik. Bermalas-malasan sebelum keluar sambil tengok view luar bilik walaupun nampak block building..hehehe. Sambil-sambil tu kami discuss lah nak kemana untuk that day. 

Syukur sangat cuaca that day sangat cerah..tempat pertama yang kami tuju adalah Copenhagen Central Station. Tujuannya tak lain tak bukan...nak breakfast. Building bumbung hitam tulah Central Station...jom!!!

Another side of Central Station

Bahagian dalam Central Station.

Baca dari internet...roti ni must try..ala-ala cinnamon bread tu. 

Kami pun belilah kanelsnegl dan scone...sayangnya dua-dua roti ni tak sedap. 1st attraction place yang kami tujui adalah Cristianborg Palace

Time lalu depan Tivoli Garden ni...excited giler dah saya sebab nampak banyak bunga dalam garden tu. Sayangnya belum buka. Rupa-rupanya Tivoli Garden ni adalah garden + theme park. Nak masuk kena bayar. Kami teruskan perjalanan untuk ke Cristianborg Palace

Bangunan sekitar Copenhagen. Copenhagen ni lebih kurang macam Amsterdam...ramai orang naik basikal.

Jumpa walkway yang unik ni...kami just berjalan ikut google map.

Kemudian terjumpa pula deretan building ni di sebelah sungai..Saya just bergambar jer kat depan building ni. Rupa-rupanya deretan building ni adalah Copenhagen Old Town yang bernama Magstraede. Patutnya saya gi area celah-celah building ni...sure cantik. Ruginya.

Makin meninggalkan Magstraede

Love the architecture

Akhirnya kami sampai di Cristianborg Palace..Kami terlambat nak saksikan changing guard ceremony.

 
Ada 1 kisah mengenai pintu ni...kisahnya gini. Time lalu depan pintu ni saya nak lah snap. Sayapun turun sikit dari walkway tu. My sis dah berjalan tanpa toleh ke belakang. Ala..kejap jer nak snap, saya biar lah dia jalan dulu. Time tu diri saya dilindungi oleh  deretan kereta yang di parking depan building tu. Tetiba terdengar my sis terpekik panggil saya...Dikla!! Dikla!! Cemas bukan main suara dia. Terkejut lah saya. Yang kelakarnya, dia terpekik panggil saya sebab dia tak nampak saya. Dia ingat ada orang tarik saya masuk dalam mana-mana building area tu. Wakakakaka..tak larat saya nak gelakkan dia time hahahahaha. 
Kami berjalan pula ke Nyhavn Harbor. Nyhavn ni macam Bryggen, Norway. Zaman dulu-dulu tempat ni adalah perlabuhan untuk perdagangan. Deretan building yang colorful kat sini sangatlah cantik. Dan building ni berusia lebih dari 350 tahun..wow. Jom tengok photo...

Tiada railing di sepanjang sungai ni...silap hari bulan boleh terjatuh dalam sungai ni..hehehe. Suka betul dengan suasana kat sini..tenang jer. Orang pun tak ramai sangat.


Snap dari sini boleh nampak keseluruhan building di Nyhavn Harbor ni. 



Banyak kapal layar yang berlabuh di Nyhavn Harbor ni.


Dah sampai Nyhavn Harbor jangan lah lepaskan peluang untuk naik cruise. Saya perasan ada 2 jenis river cruise di Copenhagen ni. Satu jenis tu macam kena bayar mahal sikit dan seolah-olah macam boleh stop macam-macam station dan valid for 2 days kalau tak salah. Dan satu jenis lagi macam kami naik ni. Just bayar 40 DKK/person untuk cruise tour dalam 1 jam gitu. Kami ni cruise ni dari Nyhavn Harbor dan turun di Christianborg Palace. Maksudnya ada dua station jer untuk naik cruise ni.


Saya snap photo ni dari dalam cruise. Sejuk giler time dalam cruise ni. Nasib baik ada bahagian yang ada covered..so boleh jugak lah bertahan.


Makin meninggalkan Nyhavn Harbor.


 Yang kubah hijau tu kalau tak salah adalah church. Building yang berdekatan sungai ni pula adalah Amalienborg Palace

 Kem tentera laut
Dari atas cruise ni mata saya dah nampak pokok yang penuh dengan bunga putih. Saya agak time tu mesti bunga tu adalah cherry blossom. Excited giler dah. Saya cakap kat my sis...kita mesti pergi tempat tu...wajib..hahahha.
Cruise ni akan berakhir berhampiran Cristianborg Palace. Kami terpaksa pula berjalan semula ke arah Nyhavn Harbor untuk ke park yang nampak cherry blossom memutih tu. So nasihat saya, silalah naik cruise ni time anda di Cristianborg Palace dan turun di Nyhavn Harbor. Apa nama park yang ada cherry blossom memutih tu...teruskan membaca.

Untuk pengetahuan semua, mahal juga nak masuk public toilet. Kalau tak salah saya duit kita dalam RM6 - RM10. Saya nasihatkan...sila cari mall yang nampak grand sikit..then masuk untuk cari toilet. Toilet kat mall besar-besar ni ada toilet free. Saya dah lupa nama mall saya masuk tu...tapi nampak macam ala-ala Harrods.

Tetiba my sis tringin nak makan baby potato ni...boleh jer rebus guna rice cooker comel kami tu. Saya perhatikan sayur serta buah-buahan dalam mall tu murah-murah. 

Sampai di sini dulu lah ye entry ni...sambungannya akan dipercepatkan :)

Bai...


4 comments:

  1. SubhanaAllah cantiknya! nak pergi jugak la denmark kalau gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorsett Pink mesti ke denmark...sangat best!!!

      Delete
  2. selamat hari raya zila. maaf zahir batin

    ReplyDelete