Scandinavian Trips (Norway - Myrdal & Bergen) Last Part

June 07, 2017

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa semua. Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini dapat membersihkan hati dan meluruskan niat.

Setelah beberapa entry..akhirnya pada entry ni berakhirlah Norway in a Nutshell dan juga hari terakhir kami di bumi Norway. Sedih rasanya nak meninggalkan tempat yang memberi sejuta memory kepada saya. Negara yang terlalu indah, tenang dan sebagainya ini bakal ditinggalkan. Tapi trip ini belum berakhir. Masih ada 2 negara perlu diterjah.

Hari ke-5 di Norway..kami masih di Flam dan bakal menempuh perjalanan beberapa jam untuk complete Norway in a Nutshell dan kembali ke Bergen untuk mengambil semua luggage dan bergerak ke airport untuk ke Copenhagen, Denmark. Untuk complete Norway in a Nutshell, kami akan naik Flambana Train ke Myrdal dan kemudiannya naik train lagi ke Bergen. Pagi tu kami just relax dalam bilik sehingga pukul 9.30am. Sementara menanti Flambana Train, kami breakfast lah dulu. Kami ke cafe yang sama kami makan sehari sebelum tu.

Veggie burger. My sis teringin burger ni sehari sebelum tu lagi. Bila tengok harga, macam berkira-kira nak beli. Tapi last day di Flam, kami decide nak jer beli sebab ntah bila pula berkesempatan nak try kan. Tak salah saya harga burger ni nak dekat 200 NOK. Keputuasan kami order burger ni amatlah tepat. Sebabnya...burger ni sedap sangat. Nampak macam daging kan?? tapi sebenarnya potato yang direbus kemudian dilenyekkan. Tak salah saya potato yang dah dilenyek ni dicampur dengan brokoli. Bahan perisanya saya dapat rasa garam dan black pepper. Mudah nak buat burger ni saya rasa..nak try lah...hehehe. 


 Saya masih order roti ni...hehehe. Sedap la..harga roti ni bersama butter adalah 15 NOK.

Time nak tunggu Flambana Train tu..perasaan yang sama muncul time nak tunggu cruise dari Gudvangen ke Flam. Ehh...perasaan apa ek?? Perasaan takut org Chinese Mainland akan naik train tu sekali dengan kami la. Dorang kan kecoh. Panic bila nampak 2 buah bus baru sampai time tu..yang turun semuanya Chinese Mainland. Terus pucat muka kami..ohh noo. Saya ada nampak cruise kat jetty Mall of Flam tu. Saya berdoa agar dorang ramai-ramai tu sebenarnya nak naik cruise. Ya Allah leganya..rombongan tu rupa-rupanya nak naik cruise. Syukur teramat... 

Ok..jom naik. Cuaca that day agak mendung..berbeza dengan cuaca sehari sebelum tu. Rupa-rupanya dalam train ni tak ramai pun orang..tak salah saya campur kami berdua..adalah dalam 10 orang camtu. train yang boleh naik maybe beratus orang, just kami dalam 10 orang jer naik...wahhh..ini sudah bagus!!! 


 Setiap orang nak duduk 1 gerabak sorang pun boleh...hahahha. 

Dalam train kita akan diberi info dalam beberapa bahasa..


 Dari 2m above sea level kami dibawa sehingga 866m above sea level...fuhhh. Train ni akan membawa ke Myrdal selama lebih kurang 2 hours. Sepanjang perjalanan ke Myrdal..kami akan melalui gunung-ganang, sungai, tunnels dan view point yang magnificent.  


Boleh nampak waterfall yang kami lalu time berbasikal sehari sebelum tu


 Bai Flam...tempat saya berbasikal dari view atas..

Lama ke lamaan..Flam hilang dari pandangan..so sad.


Bersilat saya sorang dalam gerabak tu nak snap view ...kejap kiri kejap kanan...tak duduk pun walaupun semua kerusi kosong..hahahaha. Korang kalau naik train ni dengan orang yang sangat ramai..cepat-cepat duduk side kanan ye..sebab side kanan banyak view..kiri banyak batu dan gunung-ganang yang tak berapa ada view menarik. Hope tak ramai tahu info ni..kalau smua orang tahu..menyenget pulak train tu..hahaaha


The view is stunning..cuma saya jer tak pandai nak snap
  
 
Kelihatan penempatan yang makin jarang-jarang. Jatuh cinta betul saya tengok bentuk rumah-rumah kat sini.


Rasa nak cat rumah mak dengan color rumah orang Norway ni..hehehe


Sampai satu saat tu..train ni stop. Rupa-rupanya rail akan menjadi 1 start dari sini. Train saya naik ni kena stay dulu bagi train yang dari bertentangan lalu dulu. Ada sorang pekerja menjaga laluan rail kat sini. Kesian dia..dah la takde pondok proper..sejuk kut.


Agaknya time summer boleh kut berenang kat area waterfall tu..hehehe. Jika difikir-fikirkan..gerun jugak duduk dikelilingi gunung-ganang ni..kalau gempa..ntah apa nasib orang duduk kat sini. So far takde kut kes cmtu.


Kami lalu pulak jalan yang dah la curam...lintang-pukang pulak..hahaha. Jalan ni digunakan untuk orang yang suka cycling. Menakutkan lah...


 
Train ni stop selama 5 minit bila tiba di Brekkefossen waterfall. Syoknya boleh bergambar tanpa orang lain disekeliling. Waterfall ni beku.,..nampak macam lilin pun ada. Time ni snow tengah turun..sungguh tak sangka saya berpeluang merasai suasana snow buat kali ke-2. Pertama kami merasai snow adalah di Hokkaido, Japan.

 
View yang tadinya kehitaman dari gunung dan kekuningan dari rumpun..berkurang menjadi putih..


Train makin nak menghampiri Myrdal Station.


 
Sempat snap rumah-rumah cute dan berwarna-warni ni


Taraaaa...sampai jua. Kami hanya perlu tunggu setengah jam untuk naik train seterusnya ke Bergen. Sejuk giler kat luar ni. Nasib baik boleh masuk dalam building sebelah tu.


Nak makan ke minum pun boleh dalam ni. 


Myrdal..

Train untuk ke Bergen agak laju dan lebih selesa. Train ni adalah train dari Oslo. Mudah betul nak buat DIY Norway in a Nutshell ni...lagi mudah kalo travel buddy yang bookkan ticket dan arrangekan trip...muahahahaha. 
  
Dari dalam train untuk ke Bergen. Time ni boleh nampak snow storm.


Makin turun ke bawah, snow makin berkurangan.


Tak lama lepas tu...snow dah takde dah..


Sebenarnya laluan kami ke Bergen ni lebih kurang jer laluan time naik bus dari Bergen ke Gudvangen..cumanya train ni agak laju dan photo yang saya snap tak berapa nak sharp.

Kalau cuaca tak gloomy...mesti cun view ni.

Setelah sampai di Bergen Central Station, kami terus bergerak ke Neptune Hotel. Cuaca time tu sedikit hujan dan sangat mendung. Setelah sampai Neptune Hotel, kami terus kemas luggage di depan lobby. Staff hotel ni tak kisah pun kita nak kemas luggage area lobby dan dibenar menggunakan toilet. Dah settle semua..bermulalah activity menarik luggage yang sangat menyeksakan sebab cobblestone road ni membuatkan kita susah untuk menarik luggage. Sebelum ke airport, kami ingin betul makan kali terakhir di Fish Market. Lagipun tempat untuk kami tunggu bus ke airport berdekatan Fish Market je.


Pancake ni dari 1st day di Bergen lagi saya teringin nak try. Pancake ni agak nipis dan dimakan bersama sour cream dan strawberry jam. Sedap sangat..tak cukup sebab nipis. Kalau nak order lagi..harganya boleh tahan mahal...hahaha. 


Sebabkan tak kenyang makan pancake, kami order pula seafood tempura..pastu baru kenyang..hehehe.


Dah jatuh cinta dengan smoked herring ni..so, kamipun tanyalah waitress kat situ, takpe ke kami nak tapau ikan tu dan bawa naik flight dan berapa lama ikan ni tahan. Then dia cakap boleh..ikan tu tahan seminggu. Ikan ni dorang pack secara vakum. Kami beli dua keping.

Kemudian kami menghala ke arah bustop. Bustop tu takde covered..nasib baik hujan dah stop. Perjalanan untuk ke Bergen Airport sangat smooth. Process untuk drop luggage semua smooth. Disebabkan cuaca tak berapa nak ok..sesekali dalam flight Copenhagen bergoyang-goyang. Scary jugaklah.

Dengan berakhirnya entry ini, maka berakhir lah my story pasal Norway. So sekarang ni part untuk conclusion lah ye. Sebenarnya Norway ni adalah our highlight dalam Scandinavian Trips ni. Maksudnya, paling pulun lah untuk explore Norway walaupun tak keseluruhan Norway. 

1) Puas hatilah dapat menghayati keindahan building lama berwarna-warni di Bergen
2) Merasai seafood fresh di Fish Market
3) Menikmati keunikan Narrow Street
4) Menyaksikan keajaiban fjord
5) Menghirup udara segar di perkampungan kecil di Flam
6) Berkesempatan di pergunungan yang diselaputi salji
7) Bersyukur sebab dengan limited budget kami masih boleh nikmati keselesaan sepanjang trip 

Syukur kepada Allah SWT yang memberi peluang kepada kami untuk melalui pengalaman yang sungguh hebat ini. Pengalaman yang tak mungkin dilupakan. InsyaAllah jika ada rezeki, kami ingin ke negara Scandinavian yang belum kami sempat terjah. 

Nantikan entry yang seterusnya untuk mengikuti cerita saya mengenai Denmark pula...sampai disini dulu...bai...     

You Might Also Like

0 comments