April 27, 2017

Scandinavian Trips - Intro

Assalamualaikum

Entry ni just intro saja..hehehe. Macam biasa, setiap kali trip saya pasti bersama travel buddy, my sis. Dan macam biasa, my sis lah yang rajin search sana sini utk dapat flight ticket yang kami mampu. Utk trip tahun ni, kami dah discuss negara mana yang bakal nak explore. Kami letak option lah. Contohnya, Switzerland, Istanbul dan etc. Kami letak Scandinavian option yang terakhir..kiranya berangan sipi-sipi jer lah. Ini disebabkan flight ticket termurah boleh dapat pun RM3k - RM4k keatas. Atas azam my sis try dan try, sekali dia dapat flight tic ke Sweden tak sampai RM2k...Thai Airways. Apa lagi, tanpa berlengah terus kami beli. Bayangkan RM1.9k return ke Scandinavian?? Memang rezeki kami lah kan. 

4 months to go..kami discuss sama-sama route yang sesuai untuk kami explore. Kami memilih 3 negara untuk kami explore. Ketiga-tiga negara itu hanya sebelah-sebelah je. Dah decide negara mana nak pergi, tugas my sis lagi nak arrange transport dari satu negara ke satu negara lain serta book hotel. Betapa senang lenangnya saya muahahaha. 

Menurut my sis, amat mencabar untuk dia arrange transport dari satu tempat ke satu tempat dengan terpaksa consider cost, masa dan kemudahan kami berdua. Untuk hotel pula, sedia maklumlah..memang sangat mahal. Disebabkan kami berdua jenis mementingkan keselesaan, memang nak tak nak terpaksa lah. Average hotel 1 nite dalam RM400 - RM500 satu malam..

Pengalaman travel sebelum-sebelum ni banyak mematangkan kami berdua. Kami dah sedia maklum, hari yang memerlukan kami travel dari satu tempat ke satu tempat amat meletihkan. Pasti bila sampai ke destination kami takkan larat nak start explore satu-satu tempat. Oleh itu, kami cuba elak stay di satu-satu tepat tu just satu malam. Nanti tak sempat nak buat apapun sebab tired. 

Saya summarize 10 hari trip saya kali ni ye :

Norway
Bergen - 3 hari 3 malam
Flam - 2 hari 2 malam

Denmark
Copenhagen - 2 hari 2 malam

Sweden
Stockholm - 3 hari 3 malam

Layan dulu gambar-gambar kat bawah ni...

Our trip's route. Dari KLIA kami naik Thai Airways kemudian transit selama 3 jam di Bangkok kemudian fly ke Stockholm lebih kurang 10 jam. Dalam beberapa jam di Stockholm, kami fly pula dengan Norwegian Air selama lebih kurang sejam lebih untuk ke Bergen, Norway. Kami stay 2 tempat di Norway..iaitu Bergen dan Flam. Dari Norway kami ke Copenhagen, Denmark fly dengan Norwegian Air jugak. Kemudiannya kami ke last destination, Stockholm, Sweden dengan menaiki train selama 5 jam.

Tourist spot yang famous di Bergen, Bryggen.

Menikmati panorama indah ketika perjalanan menaiki bus dari Bergen ke Gudvangen, kemudiannya kenaiki cruise untuk ke Flam.

Tak terucap betapa indahnya alam ciptaan Ilahi...Gudvangen fjord 

Menghirup udara segar di perkampungan kecil di Flam, Norway.

Menaiki Flambana Panoramic Train untuk ke Myrdal, Norway..walaupun ketika ini adalah spring, tak sangka masih penuh dengan snow. 

Deretan building lama yang colorful di Nyhavn, Denmark.

Menikmati keindahan spring di Copenhagen, Denmark.

Melalui celah-celah bangunan di Gamla Stan (Old Town) di Stokcholm, Sweden.

Menghayati kecantikan sakura di King's Garden (Kungsträdgården), Stockholm, Sweden.

Terlalu banyak memory indah yang terpahat di ingatan saya. Dan terlalu banyak kisah nak saya ceritakan. Trip ni boleh dikatakan 70% dijayakan oleh my sis. Another 30% tu untuk saya lah sikit..hahahaha. 30% tu sebabnya, time trip saya masak, saya take note attraction places yang kami pergi dan balik sini tulis blog, boleh la bila my sis baca dia boleh imbas kembali memory indah time trip...heheheh.

19 comments:

  1. Lucky you dapat ticket murah ! Itulah ... bab pertama yang kena consider ialah beli tiket and hotel ...

    Tak sabar nak baca coretan seterusnya ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes agree..

      tak sabar juga nak share kisah seterusnya :)

      Delete
  2. Ya Allah.... wishlist Nadia nak ke Scandinavian country. Murahnya dapat tiket RM1.9K return.

    Ok tak Thai Airways? Dorang ada provide halal food jugak ye?

    Tak sabar nak baca full details trip awak. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadia, kalau dah ada keinginan, pasti tercapai..rajin-rajin lah check ticket. A'a ada provide halal food.

      Saya pun tak sabar nak share detail :)

      Delete
  3. Jelez ok... tak taulah bila boleh sampai...

    ReplyDelete
  4. Hi zila. Silent reader..hehee. Saya pun mcm awak, x stay satu tempat 1 malam je..memang letih. Awak travel dgn kakak. Saya pula travel berdua dgn adik. Saya tunggu coretan awak seterusnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..sama lah kita..hehehe..ada IG tak?? nak tgk photo travel awk

      Delete
    2. Hi Zila, IG ade tp saya yg x aktif. Tak pe..kita pun dh berkwn dlm FB kan..hehee

      Delete
  5. Wow! Rm2k return??? Memang murah giler tu.. Saya tak pernah naik thai airways dan tak pernah usha pun flight thai ni, ok takpe, lepas ni nak selalu usha la thai airways ni.. Thanks zila sebab share info ni..

    Btw, saya dah up entry trip ke new zealand hari tu

    ReplyDelete
  6. Giler murah...untungnya....nanti nak datang lagi ke tengok aurora borealis?

    ReplyDelete
  7. wow..tak sabar ciku nak baca next entry..boleh tgk aurora.ciku tunggu bersalin dulu dan maybe kena slowkan travel for tahun mendatang ni..hihi.la ni just nengok pic dan stori mori orang lain travel.awesome

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala ciku...saya tak tengok aurora pun..kena gi time betul-betul winter baru leh tengok aurora kut..hehe. Xpe xpe ciku...pas baby besar skit, sambung lah travel :)

      Delete
  8. wah..bila zila dpt tiket thai airways murah..terus rasa nak cari juga. hopefully dpt sampai ke negara ikea tu jgak

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada lah rezeki tu nanti...rajin2 search ticket murah ye

      Delete
  9. Last yr i and family ke scandinavia. Tapi ikut tour agensi. Ok sgt la pakej dia dan harga sgt berbaloi. 10h8m rm 9999. Kami pergi dgn mahira travels

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liza ikut tour tu cover berapa negara tu?? saya belum pernah try tour yang uruskan A-Z sesuatu trip tu..

      Delete