August 1, 2016

Ben Than Market & River Cruise (Vietnam) - Part 2

Assalamualaikum


Untuk entry part 2 ni saya nak share experience saya bershopping di Ho Chi Minh. Tempat shopping yang paling femes di HCM City ni adalah Ben Thanh Market. Dari hotel berjalan tak sampai 5 minit. Ben Thanh Market ni berada di dalam bangunan. Keluasannya memang sangat luas sampaikan tak sure lorong tu dah lalu ke belum. Memang confuse. Pelbagai kain cantik-cantik dijual. Bagi saya mahal juga. Takde beza sangat lah dari Malaysia. Ataupun sebab dah lama saya beli baju kurung yang dah siap, sebab tu saya tak dapat nak beza mahal ke murah..entahlah.



Ben Thanh Market dari luar


Souvenir dalam tu cantik-cantik sangat. Punya lah saya borong. Nego-nego memang dapat sangat murah lah. Tapi kena pandai berlakon lah..contohnya. Harga ditawar RM20, nego RM10 tak dapat. Last sekali buat ayat kepada kawan kita "Eh..yg kedai 1st tadi dia bagi RM10 kan?? Jom beli sana lah." Sah penjual itu akan kurangkan RM10. Percayalah..heheheh. Kalau perhatikan souvenir di Vietnam ni, dihiasi lukisan amoi Vietnam yang pakaian traditional mereka. Amoi tu kurus langsing. Memang cantik. Banyak pasu dan lukisan berframe bertemakan lukisan amoi tu. Saya nak bagi tips..tak payah tukar duit Dong banyak-banyak. Sebabnya, RM diterima dimana saja kecuali shopping complex, hotel dan juga cab. Rasanya lagi untung menggunakan RM.



Macam menarik jer bowl berserta chopstick ni. Siap boleh sangkut chopstick begitu.


Nampak bekas2 colorful tu? Time ni saya belum tahu..sampailah saya visit kilang buat souvenir keesokkan harinya, barulah saya tahu. Kulit telur digunakan untuk menghiasi permukaan bekas ni. Complicated juga nak membuatnya. Memerlukan kesabaran yang tinggi.


Banyak-banyak negara yang saya pergi fridge magnet Vietnam lah paling murah. Sepaket ni kalau tak dapat RM10, jangan lah beli


Cantik betul kan?? Tapi saya tak berminat nak belipun..hehehehe



Sampailah kami satu kedai jual t-shirt Vietnam. Saya memang nak beli 1 untuk saya dan 1 untuk adik. Memang pilih lah elok-elok semua. My sis juga tidak lupa memilih untuk diri sendiri dan saudara-saudaranya. Saya beli dua sahaja. My sis tak salah saya agak banyak yang nak diborongnya. My sis tak jadi beli sebab penjual tu seolah menipu harga jika menggunakan dong. Cara conversion dia salah. Saya pulak..dah bayar, memang tak boleh nak buat apa dah.


Penjual tu berdegil yang dia betul. Last-last my sis tak nak beli. Bergaduh mulut la jugak time tu. Penjual dari kedai lain dah makin bersedia nak menuju ke arah kami. Sekali ditamparnya my sis oleh penjual itu dibahagian tangan. Tengok jer keadaan makin menjadi worse, terus saya tarik tangan my sis yang makin bengang. Kami sampai berlari dari situ sebab penjual lain dah makin dekat. Tak cukup tanah lah kami berlari. Haishh..betul-betul tragedy September. Kami kan ke sana time September 2015. Hahahah.

Jangan fikir dah tragedy macam tu kami keluar dari situ..no no no..kami meneruskan misi kami bershopping. Singgah pula 1 kedai nun tersorok ke dalam. Kami fikir, dia sure takde customer ni sebab tersorok. 1 blouse ni saya suka....sekali harga RM60. Kenapa ntah dalam fikiran kami ni..kami boleh apa saja kain baju yang harga bawah RM20..hahhaha. Yela..kalau gi Parkson pun leh dapat yang lebih berkualiti dari apa yang dijual di sana. Betul-betul tak paham mana murahnya barang-barang di Ben Thanh ni..hahahah.

Kami decide nak keluar dari tempat macam puaka tu...hahaha. Kami nak lunch. Saya teringat ada 1 restaurant DAUN namanya. Saya nampak time jalan-jalan malam kejadian handphone saya ke curi tu. Berjalan ke restaurant daun tu dalam 5 - 7 minit. Tak jauh pun. Masuk saja restaurant tu, kami di sapa ramah oleh owner lelaki. Dia orang Singapore dan berkahwin dengan orang Vietnam. Isteri dia bertudung dan duduk di bahagian dapur untuk masak.



Diluar Ben Thanh market, kami disapa penjual sourvenir jalanan ni. Kesian pula tengok dorang, so kami beli bookmark patung amoi Vietnam dengan harga RM10 dapat 5 pcs. Cantik, kain sebenar ditampal sebagai pakaian..creative 



Saya snap ni untuk info..


Itu lah 1st time saya rasa Vietnam coffee. Ehh..pekatnya. Menurut owner tu, memang Vietnam coffee dibancuh agak pekat sebab orang Vietnam suka lepak sambil sembang. So, lama-kelamaan coffee itu akan cair dan masih mengekalkan kesedapannya. Ohh..gitu rupanya. 


Saya amat recommend restaurant ni. Makanan cepat dan sedap serta kebersihan terjamin. Yang paling penting, halal. Jom tengok saya order apa...



Chinese tea ice ni diberi free..dua2 saya habiskan sebab sangatlah dahaga


Kami just order sambal ikan bawal dan sup daging. Macam makan masakan di rumah pun ada. Sambal ikan bawal tu memang sedap..sup tu lagilah sedap. Owner tu share resepi sup tu. Tumis bawang..masukkan kentang di potong dadu, bawang besar, carrot dipotong dadu, batang celery, dah lupa dah apa lagi..pastu daging. Walaupun simple, tapi sangatlah sedap. Kemanisan sayur-sayuran memberi rasa manis yang susah untuk digambarkan. Daging pula...lembutnya...puas betul kami makan. Tapi makanan di sini agak mahal la. Seingat saya, semua makanan dan minuman dalam RM80 lebih. 


Kami balik ke bilik selepas kekenyangan. Plan nak rehat sekejap dan petang keluar balik. Bila dah duduk saja dalam bilik tanpa activity, saya teringat balik hp saya yang dicuri orang tu. Pilu betul lah hati ini. Jahat betul la orang yang ambil tu. Dah beberapa kali saya tersilap nak ambil hp dari handbag. Kekadang asyik teringat jer hp tu dalam bag. Bila buka..takde hp..then baru teringat memang dah takde..sedihnya.

Petang tu berjalan-jalan area hotel. Terjumpa 1 travel agent muslim. Kami saja lah masuk nak tanya apa-apa tour. Kami disambut mesra olah Anne. Dia fasis berbahasa inggeris. Yang paling penting..dia baik dan hormat kami. My sis berminat nak naik cruise..menurut Anne, package cruise termasuk dinner halal serta round city dengan motosikal. Kami akan jadi pembonceng. My sis agree tour untuk round city dan juga cruise...kemudian dia menambah tour ke Chu Chi Tunnel. Saya hanya menurut..sebab my sis yg bayar semuanya..hehehe. Setelah membuat payment..Anne suruh kami tunggu di luar hotel lebih kurang pukul 7.30 pm kalau tak salah saya. 

Seperti yang dijanjikan..kami dijemput oleh Anne sendiri dan seorang lagi pekerja travel tour tersebut. Saya agak fobia dgn apa yang terjadi sehari sebelum itu, makanya my sis tolong pegangkan purse saya. Pengalaman membonceng skuter Anne adalah satu pengalaman lain dari lain. Rupa-rupanya..angin malam di HCM sangat sejuk. Saya berpeluang berada di tengah-tengah kesibukkan motosikal yang lain. Menakutkan melihat banyak sangat motosikal. Setiap penunggang macam ada sefahaman dengan penunggang lain. Sesekali Anne hendak cross atau melalui roundabout..saya rasa ngeri sangat..saya takut berlanggar dengan orang lain sebab rapat sangat.

Dengan kengerian saya rasa tu...si Anne tu sesekali bercerita tentang setiap 1 area atau bangunan kami lalu. Anne ni memang cekap. Beberapa tempat kami stop untuk bergambar. Menurut Anne, kami bertuah sebab malam tu tidak hujan..sudah beberapa hari tiap malamnya hujan, Yelah...kalau hujan macam mana kami nak naik moto..hehehe.




Inilah entrance untuk menyaksikan puppet show didalamnya..kami tak berminat pula nak masuk.



Ini post office..ini hanya dibahagian luar. Kami kembali kesini semula pada hari terakhir di HCM..kami melihat bahagian dalam pula selepas tu. Nanti next entry saya ceritakan yeee



Taraaa...inilah tempat last kami dibawa..iaitu nak naik cruise. Anne pulak excited time ni..dia rasa syok tengok layar kapal dibelakang tu bertukar-tukar warna lampu...haha. Melompat2 dia..sampai saya terfikir...ehh..saper yang tourist ni...hahaha, Anne ni jadi macam kawan kami dah.haahhaha



Laaa...rupanya ini cruise kami...hahhaha. Disangkakan yang gah tu...adoiii hahahha, Anne iring kami kedalam...dia nak pastikan kami disaji dengan makanan halal. Baik betul Anne ni,



Sebelum cruise ni berlayar..makanan disajikan. Semuanya seafood. Rasanya boleh tahan sedap. Seperti yang kami minta...kami nak meja di bahagian tepi dan dibelakang sekali...bestnya. Angin sepoi-sepoi menampar muka..so fresh.



Habis jer makan...baru cruise ni bergerak. Tak salah saya...ini adalah Mekong River. View yang disajikan tidak lah banyak...tapi still menarik



Ini part paling best untuk snap view..lampu akan bertukar-tukar kolor..Bila ada pula cruise yang gah berhampiran..lagilah nampak menarik. Camera saya tidak menghasilkan apa2 photo yang berquality. My sis paham perasaan saya..diserahnya hp brand sony dia. Hp my sis memang cantik bila snap photo diwaktu malam..



HCM ni cantik betul di waktu malam..biasan lampu dari bangunan menjadikan sungai berwarna-warni.



Banyak betul my sis snap photo saya..hahaha...sampai tak tahu  nak pilih yang mana satu. Maybe dia perasaan saya kesedihan..ntah lah..air mata saya asyik bergenangan jer fikirkan hp saya yang hilang itu. Berkali saya halau perasaan kedukaan saya tu...hanya Tuhan saja yang tahu apa saya rasa. 

Tak jauh dari meja kami, kelihatan meja orang Malaysia. Mereka asyik pandang kami dan angguk tanda sapaan. Ada 3 lelaki dan seorang perempuan. Perempuan pangkat kakak tu menghampiri kami..sesi berkenalan berlaku. Rupa-rupanya akak itu tour guide untuk 3 lelaki tersebut. Setelah bersembang semua..akak tupun tahu lah malang yang menimpa saya. Simpati betul dia kat saya. 

Selepas di berlalu ke meja..sorang pulak mamat datang dari 3 lelaki tu. Rupanya mereka ni takut nak berjalan bertiga di HCM..sebab tulah menggunakan khidmat akak tu. Mereka betul-betul suka khidmat akak tu. Dia agak pelik la kenapa kami berdua berani tanpa tour agent. Saya pandang my sis..my sis pandang saya..ntah lah..kamipun xsure..maybe sebab dah terbiasa. Kami malas nak explain panjang.

Tetiba music bergema di seuruh ruang cruise...saya pelik..apa pulak tu. Tetiba akak tu menarik tangan saya..dia dah seolah memeluk belakang saya. My sis dan saya terpisah akibat tindakan akak tu. Rupanya ada show di pentas..dia nak saya dapat saksikan show tu lebih dekat...hahhaha. My sis angguk supaya saya rasa ok. Saya nampak dia di celah orang ramai. 



Jenuh juga la saya kena bertepuk tangan ikut irama tarian ni..yela..ambik hati akak yang excited heret saya kedepan ni...hahahaha. 


Sebelum berpisah dengan akak tu..dia sempat beri no fon dia. Dia risaukan kami yang hanya berdua. Kami boleh call dia jika kami dilanda masalah. Baik betul hati akak tu. Ketika turun dari cruise..kelihat Anne sudah bersedia menanti kami bersama rakannya. Tak sabar betul dia nak tanya experience kami...hahaha. 

Anne hantar kami terus ke hotel. Seronok jugak kami malam tu. Ok guys...jumpa lagi next entry. Saya akan share pengalaman di Mekong River..baii.   

9 comments:

  1. ya..menarik juga kenangan di atas cruise . dapat tengok lampu bertukar warna.
    sedihnya jika sesuatu yg berharga hilang , sukar nak lupakan

    ReplyDelete
  2. Sedih baca pengalaman pahit Zila disini
    Memandangkan banyak kenangan pahit pelancong malaysia di sini termasuk Zila, akak tawar hati nak pergi ke sini. Nampaknya, gunung lebih memanggil-manggil. haha

    ReplyDelete
  3. Nieda --> Ya agak menarik atas cruise tu. Kesedihan kehilangan hp masih saya ingat sampai sekarang

    Akak --> Lain orang lain nasibnya akak..dah suratan takdir nasib saya malang begitu. Gunung-ganang di Vietnam pun macam menarik..saya tengok di TV.

    ReplyDelete
  4. Di pasar Ben Than tu kena hati-hati membeli...mereka suka paksa kita beli...dan kalau kita tak beli mereka minta duit seringgit kita untuk buat souvenir konon.

    ReplyDelete
  5. MKL --> hmm..yelah

    Prof --> Tu lah prof..menakutkan betul

    ReplyDelete
  6. Hi harga untuk ground service dia kat Sana berapa.. tq

    ReplyDelete