Ho Chi Minh (Vietnam) - Part 1

July 27, 2016

Assalamualaikum..


Sebut Ho Chi Minh ni mesti ramai dah para pembaca semua pernah pergi kan? Kalau tak pergipun, mesti ada yang tahu di sana ada jual banyak barang murah untuk muslim. Contohnya baju kurung, telekung, baik baju kurung, tudung dan sebagainya. Memang heaven tempat ni!!!! Dan juga 'heaven' dengan penipuan dan orang jahat. Banyak-banyak tempat saya pergi, kat sinilah saya dapat malang yang tidak berbau. Teruskan membaca.

Trip ni di uruskan semuanya oleh my sis. Ini trip 2015 sebenarnya. Baru rasa nak update..hehehe. Disebabkan saya tidak menunjuk sebarang minat untuk ke Ho Chi Minh, my sis dengan rela berlanja flight ticket saya pergi dan balik...hahahahaha...kesian dia. My sis study dan book hotel. Saya ke Ho Chi Minh adalah pada 12 September 2015.



Ketika landing...view dari atas. Saya pernah baca blog Prof Naramas mengenai Ho Chi Minh. Menurut beliau, bangunan di sini berbentuk memanjang. Ia menjadikan ruang bangunan sempit. Lupa pula sebabnya dibina gitu.


Memang padat Ho Chi Minh ni. 

Sampai saja di Tan Son Nhat International Airport, my sis ajak naik bus. Saya pun ikutlah. Bila tengok keadaan bus, aikk takde aircon..buruk dan sebagainya. Kena dah masuk duduk, nak jalan setengah jam lagi ku. Saya tak bekenan la keadaan tu....panas lagi...nak tunggu lagi. Punya la perangai mak datin..isk isk isk. Macam lembu dicucuk hidung my sis turun bus ikut saya beli coupon cab. Punya la confident syok giler dan semua perasaan ada bila boleh naik cab. Bila nak keluar area airport..driver cab ni minta 200,000 Dong tak salah saya. RM nak dekat RM20 kut..haishh lupa la. beberapa kali dia ulang. Keadaan tu macam nak kena bayar parking gitu. Kami blur pun belum habis bila dia mintak duit, dia terus cakap.."I use my money 1st." Tak tahu lah berapa dia bayar guna duit dia tu. Sebabkan blur yang masih bersisa..kami tak angguk dan geleng. Sepanjang perjalanan driver tu strees sebab kami asyik tanya kenapa kena bayar. Mahal tu. Dia asyik cakap memang kena bayar. Punya la tidak puas hati sampaikan menyesal semua naik cab. Nak layan view pun takde perasaan. Terpaksa juga la bayar.

Hotel kami bertempat di...yang bernama..eh nama apa ek..ya ampun takde simpan detail time buat costing haritu..aduiii..Location hotel ni memang bagus lah. Dekat dengan segala halal restaurant and tempat shopping. Process check-in tiada apa-apa masalah. My sis book bilik yang boleh tengok view bandar. Saya memang tak sabar nak explore area berdekatan hotel. Bila dah rehat sekejap di hotel, kami mulakan..jalan-jalan di sana agak kotor. Penjual street food hanya duduk di atas kerusi rendah dan kecik sambil menjual makanan berlapikkan plastic..semua bahan jualan di dalam plastic dan diletak di atas tanah. Boleh imagine?? Tapi bukan yang halal lah. Ada restaurant pula, meja dan kerusi kecik di sediakan. Bila tengok..macam duduk bertinggung pun ada..ohh mannn!!! Yang paling dasyat..motosikal banyak yang tersangat. Hon pin pong sana-sini dah jadi lumrah hidup agaknya. Nak cross jalan memang menyiksakan. Kena berani. Kalau tak berani..sampai besokkkkk lah kat situ. Eye contact dengan penunggang harus dilakukan, supaya kita boleh cross...haaaa gitu pulak.

Kami perlu isi masa-masa kami sepanjang di Ho Chi Minh untuk ke tempat-tempat menarik. Tempat-tempat tu ada jugak yang jauh. Perlu tour agent jugak lah. Kami round area hotel nak cari tour agent..berminat lah dengan satu ni. Kami memilih tour ke Mekong River dulu..Chu Chi Tunnel kami belum decide untuk pergi atau tidak. Make sure nego yer!!! Time ni lah kami baru tahu yang driver cab tu tipu kami. Sebenanrnya, hanya 2,000 Dong saja untuk di bayar di gate airport tu. Jahat betul. Agent tour tu lah yang bgtau setelah kami ceritakan kejadian kami ketika dari airport tu. Dah bayar semua..kami pergi makan. Hujan turun mencurah-curah. Berbekalkan raincoat beli di Malaysia, kami gagahi untuk cari restaurant. Rupa-rupanya restaurant halal ni pekerjanya boleh cakap melayu..so impress!!!!

Air hujan melimpahi di atas jalan-raya. Sudah mencecah betis. Kelihatan makcik pakcik satu rombongan berjalan dalam hujan. Macam baru siap shopping dorang tu..kesian. Kami masuk 1 restaurant ni. Tengah order..boleh pula pekerja restaurant tu seolah-olah buka manhole dari bawah lantai...masukkan water pump pipe..sedut air hujan dari dalam tu ke luar. Bau yang tidak menyenangkan keluar. Air dah sampai..tekak dah loya. Akhirnya kami tanya pekerja tu..restaurant opposite tu sama ke?? Ohhh...rupa-rupanya sama. Owner yang sama. Terkedek-kedek dalam hujan kami cross jalan. Basah habis. Kami order nasi goreng..order juga telur mata. Mahal ya amattttt...dengan nasi goreng with mix veggies. Nasib baik order telur mata..kalau tiada kami makan nasi goreng tidak berlauk. Kami banned restaurant tu untuk datang lagi sepanjang di sana...tak perlulah mention nama restaurant tu..tertutup periuk nasinya nanti.

Dengan hujan nonstop tu kami decide nak balik hotel. Bila sampai depan hotel..eh macam awal sangat la nak masuk hotel. Patut buat benda lain pula ni...kena pula pekerja hotel ada bagitau ada asia festival tak jauh dari hotel tu. Discuss punya discuss..kami nak kesana. Kedudukan festival tu bersebelahan roundabout besar. 

Time tu la saya keluarkan iphone yang saya baru beli tak sampai sebulan. Dan lama teringin nak pakai iphone..simpan la duit nak beli iphone 5. Sekali iphone 6 dah keluar..tanpa belengah saya terus beli iphone 6 plus 64G. Gadget yang saya nak sangat akhirnya di tangan. Saya belum sempat explore lagi iphone saya tu. Kawan office saya asyik suruh saya set password utk iphone saya. Semua tu saya tak peduli. Saya memang tak suka benda complicated. Apa-apa handphone atau laptop tak pernah saya saya password. So stupid!!! 

Saya sambung yer..saya keluarkan phone saya..saya snap bunga teratai di festival tu. Cantik betul photo yang terhasil. Dalam hati..wahh syoknya camera phone ni. Terus saya pap sana pap sini snap. Saya masih memegang iphone..standby nak snap apa yang patut. Ada show yang guna patung dalam air tu..saya siap panjat kerusi nak jadi paling tinggi snap show tu. Perbuatan saya mengundang nestafa. Ketika melalui stall makanan negara-negara asia...keadaan mejadi crowded...tangan saya memegang iphone sambil berjalan melalui crowded tu. Tangan saya jatuhkan sambil berjalan melenggang. Semuanya berlalu sekelip mata..ada seseorang menyambar iphone saya. Dengan panic saya kalih kebelakang...kelihatan amoi vietnam ni menunjuk jari ke arah yang dia pun tak berapa pasti. Saya pasti dia nampak orang tu. Saya tak keruan. My sis di depan saya jerit panggil. Kami sama-sama menilau seolah-oleh orang gila. Dan akhirnya saya terduduk kaku. Saya bayangkan semua tu mimpi. Mimpi yang saya tak sanggup terjaga dari lena. Amoi tadi entah kemana. My sis tak lepas tangan saya..kejap-kejap dia peluk untuk tenangkan saya. Tapi sungguh..saya terpaku saja. 

Ada menghulurkan bantuan. Ditunjuknya sekumpulan polis yang berdiri tak jauh dari kami. Masalah bahasa menghadkan komunikasi kami. Kami di bawa oleh polis kepada stall Malaysia. Ada mamak tengah mencanai roti canai time tu. Stall negara kita penuh dengan pelanggan. Tapi mamak tu tetap datang dan tanya masalah kami. Dengan tangan penuh berminyak dia ambik phone dia untuk kami pinjam. Nothing can help. Hujan yan mencurah patutnya membuatkan saya menggeletar sejuk. Bila kejadian ni berlaku, sejuk semua saya dah tak rasa. Kami bergegas balik ke hotel. Dengan menggunakan computer hotel, saya cuba cari di mana phone saya dengan menggunakan app find my iphone. Di situlah saya sedar, saya sudah terlambat. Sebabnya dia tidak set password di iphone saya. 

My sis tidak menyerah seperti saya. Dia nak ke balai polis. Pekerja hotel bawa kami ke balai polis berdekatan. Hanya berjalan. Pegawai polis tu suruh kami ke balai polis yang jauh sikit. Tanpa menggunakan khidmat pihak hotel, kami pergi sendiri ke balai tersebut. Malangnya..kami tidak boleh buat report jika tidak bawak pihak hotel. Pihak hotel pun tidak mahu ikut sebab tak boleh tinggalkan hotel. Saya cakap kepada my sis..saya menyerah. Jangan sebut lagi pasal phone tu. Saya dah cerita beberapa kali kepad my sis incident tu..then saya minta kepada dia..no more cerita..saya dah redha. Sebabnya saya tak suka panjangkan kesedihan saya. Saya nak cepat-cepat stop dan lupakan. Bila check balik find my iphone..no more icloud account saya.

Saya ni jenis tak suka memikirkan masalah atau kekecewaan. Semuanya saya anggap bagai angin lalu. Saya fikir, kalau benda dah menyakitkan hati kenapa nak difikirkan lagi. Jangan disebabkan satu perkara kita nak rasa sedih jer sepanjang masa. Kita kena ajar diri supaya tabah dan kuat. Saya cuba fikir, iphone tu terlalu besar untuk seorang yang bertangan kecil seperti saya. Maybe duit simpanan yang masih ada lagi boleh beli yang lebih kecil. Pada malam itu juga saya planning mengganti iphone saya yang telah dicuri itu. Saya buat janji kepada diri sendiri. Benda yang hilang mesti diganti benda yang serupa sama ada lebih atau kurang. Dengan itu, air mata saya tidak lagi menitis. Janji diri sendiri kepada diri sendiri amat berkesan. Saya berjaya lupakan sedikit incident malam itu

My sis dah berkira-kira nak beli flight balik untuk saya rasa lebih ok. Saya tak setuju. Bagi saya kalau kami balik sekalipun, tiada apa akan merubah keadaan. My sis cakap dia lega tengok saya positive. Kami decide nak buat apa yang kami dah rancang di Vietnam ni. Saya tidak sabar lagi nak balik Malaysia nak beli iphone yang sesuai dengan size tangan saya..hahahahah. Malam tu saya tido dengan lena. Tapi my sis pula tidak dapat tido memikir cara untuk mendapat balik iphone saya tu. Keesokkan harinya dia asyik la mengantuk. Kesian dia.

Ok lah..next time jangan jadi macam saya. Sesal memang tak berguna. Walaupun dah berlaku nak dekat setahun..kesannya kekadang terasa jugak. Saya terasa fobia nak pegang hp ketika di khalayak. Saya asyik peluk bag bila jalan-jalan. Dan keadaan kejadian itu kekadang menghantui saya...saya seolah2 terbayang image bagaimana orang itu merampas hp dari tangan saya. Saya boleh banyangkan jika seseorang dirompak secara terang-terangan. Pasti orang itu akan dihantui ketakutan. 

Sorry lah tak banyak photo saya letak. Kebanyakan photo dalam hotel semua dapat phone yang hilang tu..huarghhhh!!!

Entry kali ni just remind untuk semua yang nak ke Vietnam. Baru1 hari di Vietnam..2 benda tak elok berlaku. Untuk next entry saya kan ceritakan betapa bengis dan kasar orang Vietnam yang kami jumpa. See ya!!!




You Might Also Like

12 comments

  1. hi zila,

    Pegi HCM lagi..mesti byk borong kan...hihihi



    p/s: entri terbaru 2016 di cik-anne.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Dear Zila;

    Semuga Allah menggantikan yang hilang itu dengan yang lebih baik. Agar dikau redha dengan kehilangan itu.


    ReplyDelete
  3. Cik Anne --> takde la memborong sgt..sehelai dua tu ada la

    MKL --> apa yg best?? mesti x baca ni..takpa, saya phm..panjang sgt kut nak baca

    Ghazali --> Thks luang masa membaca cerita yg panjang berjela ni..syukur Allah dah ganti :)

    ReplyDelete
  4. macam2 kes berkenaan vietnam ne...salah stu sebab kenapa saya dah malas nak ke sana, zila..tempohari pun waktu saya di jalan, gantung kamera di leher..ramai yang tegur suruh saya simpan kamera tu dalam beg dan bgth saya hati2 kalau nak guna..lepas tu terus saya tinggalkan kamera tu dalam bilik, tak kuasa dah nak guna...

    ReplyDelete
  5. Zilla --> Maybe orang suruh awk simpan tu sebab dorg dah tgk/dgr byk kes pasal jenayah di Vietnam. Macam kes saya aritu..ada la jumpa org melayu beberapa group sempat sembang..dorg cter ada makcik ni dikelilingi oleh org lelaki..habis duit dia 3k nak berbelanja di sapu dorg..haish tak leh nak banyangkan perasaan makcik tu. Terang-terangan dirompak gitu.

    ReplyDelete
  6. pengalaman berharga...
    sama kejadian dgn suami saya bila dia ke vietnam dulu...
    telepon murah je...tapi dah kena samun.
    bila di kejar rupa2nya pompuan.

    ReplyDelete
  7. Nieda --> Walaupun murah telepon tu..ia tetap penting untuk kita kan. Isk..perempuan pun boleh buat kerja cmtu....isk isk isk

    ReplyDelete
  8. zila,
    simpati pasal hp tu...sbb sy dpt rasa mcm mana hilangnya hp x smpai sebulan beli..dulu mcm tu gak...org ambik dr laci opis...x expert pon guna....hp samsung rege seribu lebih melayang mcm tu je..kumpull duit bukn main lama :(

    skang pakai hp apa hehehe

    hcm best tp org2 dia xbest...suka gaduh...penipu...huhu...g sana 2010 kene tipu dgn pemandu teksi....mmg x mo dah repeat hcm

    ReplyDelete
  9. Emy --> Panjang betul tgn org yang mencuri hp dari laci. Risau pulak saya ni main letak jer hp skrg ni kt meja di office ni. Saya pun kumpul duit bukan main gak..sekali org ambik lak. Saya pun 2 kali kut kena tipu oleh teksi di HCM tu. Sekarang saya pkai iphone 6. dah tak mampu nak beli iphone 6 plus :(

    ReplyDelete
  10. Semoga Zila mendapat iphone yang baru dan lebih baik daripada yang hilang itu.

    Ruang bangunan kedai mereka sempit dan memanjang, sebab tanah di kota besar HCM sangat sangat mahal. Rumahpun macam tu juga. Parking keretapun tak ada. Mereka guna motosikal, motorsikal parking dalam rumah.

    ReplyDelete
  11. Prof --> Terima kasih prof. Tq for info ya prof. Baru lah saya tahu. Nak gi refer prof nyer blog tak berapa ada masa nak cari entry yg dulu tu

    ReplyDelete