March 8, 2016

Hokkaido - Takino Suzuran & Sapporo TV Tower (Part 2)

Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita di entry yang ke 2. Itinerary yang saya cipta taklah terlalu berat. Untuk 1st day di Sapporo, saya just plan buat light2 activity..then tidor awal untuk hard activity pada hari ke dua. Plan kami untuk hari ke dua adalah untuk ke Takino Suzuran. Pagi tu tengah siap-siap baru saya teringat saya belum take note cara-cara nak ke sana. Cepat-cepat masuk blog touchdowntokyo.blogspot.com. Akak blog tu cerita detail untuk ke sana. Kami keluar dalam pukul 8.30am. Untuk elak kelaparan, saya dah masak awal-awal pagi dan letak dalam bekas boleh tahan panas. Saya plan nak makan bila sampai Takino Suzuran. Kena la ada energy sebelum bersuka ria di sana..hehe.

Pagi tu bila kami keluar dari hotel..wahhh…snow melayang-layang di udara..maksudnya snow turun!!! Melompat2 syok walaupun snow yang turun jarang2 jer…hahaha…time tu tak sedar lagi azab bila snow turun dengan hebatnya…hahaha…nantikan kisahnya.

Depan hotel. 


Dari Nakajima Koen Station, just amik line ke Makomanai..iaitu last stop. Bila dah sampai keluar dari Makamonai station, kita kena naik bus pulak. Takut silap, saya tanya staff dari station tu. Dia suruh ke platform berapa ntah…lupa pulak. Tunggu bus no. 106. Don't worry..platform tak situ tak banyak pun..dalam 7 kut. Platform tu betul-betul sebelah Makamonai station. Station tu pun kecik jer..takkan sesat lah.



Alhamdulillah cuaca that day sangat baik


Ayuh kita..Takino Suzuran sedang menunggu!!!


Saya lupa pulak nak snap timetable bus ke Takino Suzuran. Bus 106 ni last stop adalah di Takino Suzuran. Bus ni tak salah saya tak kerap sangat..maybe sejam sekali...sorry ye tak berapa sure. Tapi that day nasib kami baik. Just tunggu 5 minutes jer bus dah sampai. Chuo bus namanya. Dari luar bus tu macam buruk jer. Masuk jer dalam..macam baru pulak. So jangan pandang luaran..hehehe. Naik ikut belakang..keluar ikut depan. My sis terus nak gi bayar ticket..ada sikit salah paham time ni. Sebenarnya untuk bayar ticket adalah time nak turun. Penumpang lain tolong explain sebab driver bus tu taktau english. Perjalanan dalam setengah jam. Sepanjang perjalanan, bus ni ada stop2 dalam beberapa tempat. Bus ni melalui perumahan dan kemudiannya melalui jalan berbukit. Takino Suzuran ni terletak di atas bukit yeee. 


Sebenarnya bukan kami jer nak ke Takino Suzuran, malahan ada beberapa orang pelacong Thai dan juga local people nak ke sana jugak. Bila turun bus, kami kena berjalan ke depan sikit yang ada tower tu. Entrance fee adalah free ye. Tempat ni bukan saja dibuka time snow..malahan sentiasa dibuka sebagai tempat rekreasi.


Inilah entrance


Bila masuk jer area Takino Suzuran. 1st, kami masuk dulu dalam 1 bagunan yang dikhaskan untuk berehat dan simpan barang di dalam locker. Kesempatan ini kami ambil untuk breakfast


Nasi goreng Berahim menjadi santapan. 


Kali ni trip takde bunga..so kesukaan saya kali ni adalah...snap pokok yang ada snow...hehehe


Bila sampai sini...1st sekali, perlu ke information table. Staff dalam building ni akan tolong kita explain apa activity yang boleh dibuat di Takino Suzuran ni. Jangan lupa minta map ye. Antara activity yang boleh buat adalah...snow shoeing, ski dan juga tube sledding. Saya memang takde keinginan nak ski..sebab tak pandai..hahaha. Macam snow shoeing dan tube sledding, percaya atau tidak ianya adalah free?? Tolonglah percaya!!! Memang free!! Kami memilih snow shoeing dulu. Jarak untuk snow shoeing adalah 2km..tapi kami berjalan tak sampai 1km.wakakaka.


Taraaa...inilah set untuk snow shoeing. Kami diberi kasut khas yang just ikat ke kasut kita da stick macam ski punya stick tu. Memang kekok la memula tu yang jalan..apa tak nya..kena betul2 berjalan dalan keadaan kangkang...hahaha. 


Snow kat sini tingginya dalam 1-2m saya agak. Kalau pakai kasut untuk berjalan..boleh terbenam..


Pokok tinggal ranting jer..nanti bila dah nak spring, naik la daun-daunnya


My little snowman...hehehe. Ingat ke senang jer nak kepal-kepal snow buat snowman ni,..susah rupanya..heheheh. Bila pakai glove nak kepal-kepal snow ni memang taknak bentuk..berkecai. So kena betul2 pakai tangan kepal-kepalkan..then baru jadi. Sejuknya memang macam pegang ice la....eiiiiiii...grrrrr...


Wahhh ada igloo...snow ni kalau dipadat-padatkan akan jadi kukuh. saya try ketuk-ketukpun tak pecah.


Lepas return snow shoeing tu..kamipun nak berjalan ke area tube sledding. Sebelum tu, possing la dulu...hehehe. Time ni snow dah mula turun..langit mula gelap. Syok datang sini sebab orang tak ramai.


Time ni ada budak-budak seolah macam buat activity sukan untuk ski


Nak berjalan ke sini dalam 5 minit gitu. Walaupun tube sledding ni adalah free, jangan fikir kita main benda ni tanpa kawalan keselematan ye. Untuk ambil tube pun ada orang jaga..then ada mesin akan akan bawa kita kebahagian atas. Tak perlu heret tube setiap kali nak ke atas. Kita just duduk dalam tube..tali di tube disangkut kat tali mesin yang menarik ke atas. Ada orang di bahagian atas atas cabut penyambungan itu then kita heret tube tu sikit je area nak sledding tu. Time nak sleddingpun ada orang perhatikan. Bila sled sampai ke bawahpun ada orang perhatikan. Macam tak patut buat tube sledding ni adalah free kan?? Tapi ianya memang free!!! Hahahah. 


Makcik ni nampak syok giler kan?? sebenarnya dia penakut giler. Before sled tu, asyik pegang dada jer sebab takut....hahaha. Bila dah sled muka dia bukan menghala ke depan..tapi kebelakang...hahahah. Bila menjerit snow masuk mulut..wakakakaka. Last-last surrender. Dia bagitau sis dia, dia takut terlentang kebelakang then patah tengkok..kesiankan makayah kat kampung kalau dia meninggal..hahahaha. Then, terpaksa la tengok sis dia jer main..hahaha.

Kami plan nak naik bus 2nd last, iaitu dalam pukul 2.30pm tak salah saya. Lepas my sis dah puas main ni..kamipun berjalan untuk ambil barang-barang dalam locker. Time tu snow makin lebat. Saya mengigil-gigil sejuk. Last-last, my sis bungkus saya dengan mafla. Berjalanla saya dengan mata jer tak bungkus...hahahaha. Hamik...nak sangat tengok snow turun...haha


Bai Takino Suzuran...saya sangat enjoy kat sini


Nampak tak rumah kecik tu...dalam tulah kami tunggu bus. Ada kerusi boleh duduk. Dan kami berjumpa balik dengan penumpang bus ketika datang tu..hehehe

Untuk next destination kami adalah Sapporo TV Tower. Locationny adalah di Odori Park. So, kami direct jer subway dari Makomanai ke Odori Station. Bila sampai Odori Station, saya tak berapa tahu lagi time tu yang Odori Station ni ada berpuluh-puluh exit. Bila nampak exit 5, Odori Park, saya ajak my sis ikut exit tu. Bila jer keluar…memang nampak Odori Park, tapi Sappro TV Tower tu nu ha 1KM ke depan..memang nampak jugak dari exit tu. Kami boleh jer masuk balik ke Odori Station dan keluar exit lain...tapiiiiiiiiii...tetiba nampak signboard restaurant....tulis halal..nama restaurant tu adalah Krishna. Untuk info semua, kalau ikut exit 3 boleh terus jumpa restaurant ni. Ia sebenarnya same level with subway station exit 3. Bila kami dah keluar exit 5, kami perlu pulak turun 2 tingkat ke bawah tanah. 


Bila masuk jer dalam restaurant tu..ada beberapa orang customer. Saya tengok sorang customer tu makan satu menu yang nampak sedap jer. Bila saya minta jer nak order sama macam customer tu, owner merangkap sebagai chef tu cakap..I think u will not like it. Ok. Sayapun main order jer tanpa tengok menu..I want prawn curry, omelet and rice. My sis ok jer..dia just minta 1 lagi rice. Ya Allah sedap betul pilihan saya tu...sampaikan terlupa nak snap. Gambar yang atas ni saya snap 2nd time kami ke sana. Salad yang diberi free tu..perhhh crunchy and fresh. 1st time datang sini dia bagi salad tu half dari gambar ni. 2nd time datang kami minta banyak sikit. Really recommended this restaurant. Makananpun cepat siap. Harga pun consider murah. Rasa makanan ni sampai sekarang saya terbayang-bayang...hahahaaha


Dah kenyang..baru kami menghala ke Sapporo TV Tower. Gigih berjalan dalam snow. Kami bakal naik ke puncak tower ni...grrrrrr


Ni saya share satu tips. Masuk web ni --> Coupon Dicount. Save coupon dalam hp then show time nak beli ticket. Amoi jaga ticket tu tengok sepintas lalu jer terus bagi kami discount...hehehe. 


See?? steel structure yang saya pegang tu nampak macam dah nak hujung kan?? Ohh ye...bila nak naik lif tu, don't worry..ada amoi cantik akan bawa kita naik dan turun. 


Sapporo dari atas...manusia macam semut


Zoom sikit


Dah tak larat nak tunggu sampai gelap..bila nampak lampu bukak sikit..snap sana snap sini sikit..then kami pun decide nak balik hotel. Time ni baru pukul 5-6pm gitu...dah gelap kan?


Kemudianya kami masuk dalam Odori Station, then teringin pulak nak minum coffee. Disebabkan kami takkan dinner lagi...then saya siap-siap makan waffle ni. Kami suka minum coffee di Sapporo sebab harganya lagi murah dari Malaysia.


Berakhir sudah 2nd di Hokkaido...nantikan next entry. Ikut planning kami akan ke Hokkaido Historical Village..tapi jadi tak?? Nantikan next entry ye!!!

5 comments:

  1. bestnye... dpt main snow.. hr tu plan nak g jeju. pastu flight jeju kite dr busan cancel sbb storm snow.. smpi skrg rase ralat btul x dpt main snow cam akk.. :-(

    ReplyDelete
  2. best...best.
    InsyaAllah plan utk next year

    ReplyDelete
  3. Tyra --> xper..pasni ada rezeki kut. Mesti main snow tau!!! best sangat!!

    Leez --> wahhh...tak sbr2 nak bc experience leez nanti..hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Patut lah dok terbatuk2 ... ada orang sebut nama akak rupa2nya.
    Bestkan pi Takino Suzuran nih. Utk Snow Shoe Hiking dan tubing tu free ajer, mmg menjimatkan. Utk Skiing pulak tak semahal spt di resort2. Masa akak buat snow shoe hiking tu terlupa langsung nak mintak kat counter tu hiking stick, bila tenguk Zila guna baru perasan.

    Yang paling best tempat ini tak ramai orang, kalau nak terguling2 atas snow atau tunggang terbalik main ski pun tak ada sapa kesah. Recommended sangat2.

    ReplyDelete
  5. Akak Nori --> Waalaikumsalam. Bangga pulak akak yang berjasa dalam trip saya ni singgah..hhehehe. Betul cakap akak...memang best sangat tempat ni..saya siap baring atas snow...ahaha. Memang untuk dtg sini sebab banyak benda free..hehe

    ReplyDelete