March 3, 2016

Hokkaido - Sapporo (Part 1)


Assalamualaikum...

Hai semua. Tiba sudah masanya untuk saya ceritakan kisah explorasi saya di bumi Jepun. Saya sangat syok dengan trip ni sebab inilah kali pertama saya totally arrange itinerary dan juga budget cost…hehehe. Untuk process book hotel beli flight ticket macam selalu, tugas my sis la. Selalunya trip my sis yang buat semua dan saya goyang kaki jer...hahahaa...tapi ada jugak saya study seperti tempat makan semua tu. Menurut my sis, dia serah semua untuk saya decide nak pergi mana dan nak buat apa di Hokkaido nanti.

Macam trip sebelum2 ni, my sis selalu pesan jangan terlalu study sangat pasal tempat nak pergi tu..ataupun asyik tengok youtube..cukup hanya cari info macam mana nak pergi satu tempat ke satu tempat yang lain serta cost. Sebab apa? Takut nanti dah sampai, feel dah takde...semua dah tengok dari internet. Dgn maksud lain…travel ni macam explore new thing, talk to local, see something we never seen, learn how to struggle, and the result we will understand what is life. Untuk reference, saya letak semua info dalam hp saya. Contohnya map, JR Line Timetable, translate beberapa word dalam Japanese, screenshot dari beberapa website serta blog. Semua tu sangat-sangat membantu.

Flight ticket kami beli dalam 4 bulan lepas...iaitu pada September 2015. Bila tahu Air Asia ke Hokkaido..memang tak sabar dah nak kesana. Trip ini adalah pada 21/2/2016 - 29/2/2016. Flight kami adalah pada waktu malam iaitu pukul 11pm dan sampai di New Chitose Airport lebih kurang pukul 8am. Kami terpaksa Q untuk imegresen selama lebih kurang sejam..jenuh. Ramai betul orang time tu. Lepas ambil luggage, kami terus ke JR line. Dengan bantuan staff information centre, kami dibantu untuk beli train ticket. Kami ambil reserved seat untuk elak daripada berdiri sepanjang perjalanan ke Sapporo Station.


Time ni nak landing...gabra jugak la tengok awan kat bawah tu..setahu saya kalau flight nak menempuhi awan tebal, ia akan bergoyang...grrrr...tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Takde lah bergegar sangat pun. Saya ni suka travel..tapi paling x suka naik flight..kdg2 tak leh nak nafas duduk dalam tu..pastu gabra kalau jadi apa2..hehehe


Here we come Hokkaido!!!

Disepanjang perjalanan kami ke Sapporo Station, dapat lah kami melihat snow memutih. Ikut perkiraan kami, time kami pergi tu snow dah abis dan terpaksa ke pergunungan untuk tengok snow...rupa-rupanya kami salah. Masih ada snow!!! Oh..syukur.


Syok tengok rumah-rumah di Hokkaido ni...design simple and nice. Saya paling suka tengok bentuk bumbung rumah...really interesting!!!


Inilah routes untuk JR Line. Sebelum sampai...saya tak paham betul apa tu subway dan apa tu JR Line. Bila sampai baru lah paham. Subway tu train yang menghubungkan tempat2 di area Sapporo dan JR Line ni train atas tanah yang boleh menghubungkan kawasan luar yang lebih menyeluruh disekitar Hokkaido. Disebabkan kami banyak bertumpu di Sapporo, kami banyak menggunakan subway.


Bila dah Sampai ke Sapporo Station, manusia berpusu-pusu…kami pula tercangak-cangak nak kemana…hahaha. Lepas bertenang sebentar…kami tengok signboard di dalam station tu..memahami sekejap subway line. Ok…got it. Dalam subway tu ada 3 line..Tozai Line, Namboku Line dan Toho Line. Hotel kami adalah di Nakajima. So, kami perlu naik Namboku Line. Nasib baik direct..tak perlu tukar subway. Hanya 2 stop kamipun sampai di Nakajima Koen Station.


Subway route...


Bila keluar dari station Nakajima Koen, eh…kemana ni..kiri..kanan?? Time ni la my sis mula cakap…eh…xleh pakai ketua rombongan nih!!! Hahaha. Setelah tercengang-cengang sekejap, my sis gi tanya driver cab depan station tu..dan masa yang sama saya tak sabar nak pegang snow..heheh. Sikit tak boleh harap time tu..hahaha. Kemudiannya sorang makcik ni tegur saya dengan mesranya. Dia tanya datang dari mana semua. Ditambah dengan itu...dia sama-sama driver cab tu tolong bagitau arah ke hotel. Baik betul orang jepun ni walaupun lama dulu jahat kat tanah melayu..hihihi.

Nakajima Park betul-betul tepi Najikajima Koen Station...time ni la saya kalut nak pegang snow. This is my 1st time in my life...jakun sikit...hahaha. Oh My God!!! Sangat halus..


Inilah pakcik driver dan makcik yang lalu depan station. Sungguh2 nak tolong...makcik tu happy sungguh jumpa kami...hehehe. Walaupun dorang dah explain...kami still lost.


Punya seksa la tarik luggage dalam snow. Roda macam tak function…macam tarik luggage bag tanpa roda. Ditambah pula rasa sejuk yang baru start nak rasa…dugaan betul. Pusing-pusing….macam lost!!! Untuk elak rasa bersalah sangat to my sis, saya bertindak tanya orang area tu. Bila dah tanyapun still rasa blur. Hahhaha. Orang cakap orang japan ni xberapa sangat english. Tapi percayalah..boleh tahan jugak dorang punya english. Last2 saya cakap to my sis..u stay here..i think the hotel is there..sambil saya tunjuk ke satu arah tu. Dia jaga bag dan saya berlari2 ke arah tu..yes!!! betul..saya agak familiar dengan area tu sebab sempat street view sebelum datang. Then baru la saya berlari2 dapatkan my sis and my bag.

Sebenarnya jarak dari Nakajima Station just 5 minit. Kami berpusing dekat 20 minit jugak. Lepas dah bayar full untuk hotel, kami pun masuk la bilik kami. Wahhhh!!! Itu keluar dari mulut. Hebatnya bilik yang my sis booked ni. Complete dengan dapur, microwave, sofa, tv, peralatan masak, toilet automatic..amboii. Untuk 7 malam, cost untuk hotel adalah 31,100 Yen. Boleh dikatakan RM170/nite. Ianya boleh consider murah. Keadaan bilik tu seolah-olah boleh stay sebagai tempat tinggal bukannya hotel. Oh, lupa nak bagitau nama hotel ni. Namanya Weekly Sapporo 2000.

Sebelum kami nak start explore Sapporo, kami perlu makan dulu. Dengan dapur dalam bilik tu, makan dapat dimasak dengan cepat. Nasib baik kami ada bawa periuk kecik beli dari Daiso…boleh la guna. Selepas makan, my sis macam tired sangat...dia siap request untuk start explore Sapporo esok jer...saya pun risau la...kang snow kat luar tu cair..hahaha. Saya pun pujuk dia..arini tak pergi mana2pun...kita just jalan-jalan kat Odori Station...situ boleh shopping sambil sightseeing. Nasib baik dia ok.


Bilik kami ni di tingkat paling atas iaitu tingkat 5. 


Ni bahagian hujung katil..yang cover dengan kain tu adalah sofa. Transfer tv kat atas...makanya kamipun letak sorg half meja tu luggage bag kami



See?? Selesa nak masak.

Semuanya perfect


So kamipun menghala ke Nakajima Koen Station. Bersedialah naik turun tangga ye...xsemua station ada escalator. Time jalan nak ke subway station tu...satu masalah berlaku...jalan jadi ice. Licin...dah beberapa kali kami meluncur then nak terlentang..hahaha. Time tu kami just pakai sport shoes..kalau pakai boots ok lagi. Nak x nak...terpaksa la singgah 7eleven untuk beli sejenis pad yang berpaku untuk disarung di tapak kasut...yakin sikit nak berjalan.

Sebantang sungai yang jernih. Hari2 kami seberang sungai ni...lepas esok2 tu..sungai ni beku.


Taraaaa...this is the 1st place kami singgah...Nakajima Park. Park ni sangat syok sebab penuh dengan snow!!!


Bila tengok photo ni baru perasan yang kami tak explore habis park ni....siap ada tasik tu...huarghhh


Art of nature....i love it!!


Bila snow dah lama kat dahan pokok, dia akan jadi ice macam kat tepi fridge tu..rasanya fridge style lama gitu la..yg style baru sekarang dah tak kut..hehehe


Lepas dah puas main snow...seperti yang dijanji...kami just window shopping. Di Odori station ni banyak tempat boleh shopping...bawah tanah dan juga atas tanah..hehehe. Di bawah tanah boleh la shopping kat Aurora Town, Pole Town...paling saya suka Manumarai shopping complex...yang tu saya cerita kemudian ye. Atas tanah pulak ada Tanukikoji Shopping Arcade. Takpe xclear kat mana tempat yang saya cakap ni...bila sampai Odori Station...banyak signboard yang membantu...subway station staffpun boleh bantu jika nak tanya.


Dari Aurora Town kami berjalan sampai ke Pole Town. Dan jumpa cheese tart ni. Yakin sangat nak makan sebab cafe ni ada tulis no pork no alcohol. 


Memula beli satu jer...sebab my sis tak nak. Sekali dia tengok saya makan macam sedap jer...dia nak pulak. Dah alang-alang nak beli lagi..sayapun tumpang lagi satu...hehehe. Inilah dessert yang must try. Tengah dok makan ni...tetiba datang makcik dan pakcik dari Malaysia. Diaorang siap beli sekotak yang 6 pcs tu. Sempat sembang dengan dorang...dorang ckp itu kali kedua dorang datang beli cheese tart tu sebab sedap sangat..hehehe.


Disebabkan Aurora Town, Pole Town dan Tanukikoji Shopping Arcade berdekatan..makanya kami pergi ketiga-tiga tempat ni. Untuk shopping baju dan kasut...memang mahal la tempat tu..kami tukar duit Yen dengan rate 0.0361 yen = RM1. Kami jumpa satu seafood restaurant disini. 


Inilah restaurantnya..owner nya tahu pasal muslim...sebab orang Malaysiapun berkunjung di situ. Kami selalu guna word NIKU DAMEK yang bermaksud, tak mau apa2 daging. 



Ni yang saya order...ada nasi dibahagian bawah. Lauk ni adalah seaweed, king crab yang direbus..udang tu macam tak masak...saya jenis tekak tak leh accept raw seafood.


My sis punya menu pulak berlaukkan king crab dan yang kuning tu saya ingatkan telur ikan...rupanya landak lauk. Tahu pun selepas dua hari di Sapporo...hahaha. Kalau tahu landak lauk...memang tak makan dah...hahaha

Selepas dah kenyang..kamipun balik ke hotel. Esoknya kena keluar awal sebab nak ke Takino Suzuran. Nak tahu apa kami wat kat situ...nantikan next entry.

Baibai!!!

10 comments:

  1. akak follo citer ini...
    lain route..best best

    ReplyDelete
  2. zila kedai makan tu ade direction tak?

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaa semua pakat p Sapporo...bila la sy nk smpai ni..btw nice blog n jln penceritaan mudah faham

    ReplyDelete
  4. Kat Nippon ni kena anggap 1000 yen macam RM10... kalau tak memang tak jadi nak beli itu ini...

    ReplyDelete
  5. Akak coconut --> ikut2kan ati nak wat route 1 japan..tapi takmau tamak sebab ada 1 week jer...kang tired..tak enjoy plak..hehehe

    Azra --> alamak..rasanya xsusah nak kenal pasti restaurant ni kalau kita jalan sepanjang Tanukoji street tu..oh ye....sebelah restaurant ni ada 1 restaurant potato..kedudukan dia tengah2 Tanukoji street.

    Sha --> tq tq atas pujian..kembang kejap…hehehe..gurau jer. Saya doakan sha dapat pergi pasni.

    Mie --> betul-betul...tupun 1000 yen dorang dah RM30 lebih duit kita

    ReplyDelete
  6. Saya pernah redah tempat-tempat baru tanpa study lebih dulu tempat tu...masa tu zaman tak ada internet lagi...fun sangat bila dah sampai tempat tu sebab kami jalan redah je...so not so touristy...
    Hotel tu sangat menarik dan sesuai juga untuk saya sebab boleh memasak...ingatkan apartment tadi...rupanya hotel...

    Menarik trip ni :)

    ReplyDelete
  7. Prof --> Sayapun pernah gak meredah tanpa study..lain macam betul perasaannya. Kekadang meredah tanpa study walaupun sikit, takut pulak termiss nak cover tempat2 lain yang best. Pasal hotel tu, 10 star to my sis..dia rajin baca review setiap hotel..kenal pasti pengalaman orang lain yang pernah stay.

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Bestnya!
    Follow entri hokkaido sbb rasa teringin nak terjah jgk since ramai malaysian bloggers ke sana...hihihi

    ReplyDelete
  9. menariknya itinerary ke Sapporo ni...InshaALLAH memang ade plan nak ke sini nnt..boleh follow zila punye itinerary...

    btw, nampak zila kurus sangat sekarang...

    ReplyDelete
  10. Norhayati --> Waalaikumsalam...u must go..terbaikkk!!!

    DATT --> Sorry ye saya lupa nama awk..itinerary saya ni very light..nanti awk pergi luaskan sikit kawasan explorasi. Saya menulis ni pun bertujuan reference kpd org lain..awk boleh jer refer iti saya ni ye :). Ni dah 2 org tegur saya kurus sikit..hahaha...saya x sedarpun :P

    ReplyDelete