June 25, 2012

LoNDoN - Day 4

Assalamualaikum...

Alhamdulillah memori saya di London still jelas di dalam otak fikiran untuk saya share info dan kenangan di sana. Kali ni entry saya adalah hari ke-4 di sana. Ini bermakna sudah 3 malam saya berada di London City dan 3 malam juga saya stay di Easy Hotel dan 1 malam di Day's Inn ketiba baru tiba di Stansted Airport. Sudah 3 hari saya and my sis menjelajah London City. Dan juga Alhamdulillah kami menggunakan masa sebaik mungkin. Masalah yang saya alami cuma kasut saya macam haus..kesilapan saya ketika membasuh sebelum berangkat ke London..agaknya gam dalam kasut tu dah xde..hehehe. Banyak dah kedai kasut saya masuk...tetapi saya sayang duit nak beli..hehe...teruk betul kan?? Saya boleh tertahan lagi..so pakai je. 

So, that day (4th February 2011) sudah tiba masanya nak tukar hotel...actually my sis suggest the sepanjang kat London we stay at Easy Hotel...because of my stupid idea..kami dah buat kesilapan. Saya suggest my sis book 3 days je Easy Hotel...another 2 days kat hotel lain tanpa book. Memang buang masa pulak nak cari hotel. Kena pulak Easy Hotel tu dah full kalo kami nak continue. Awal-awal pagi kami naik under ground tube untuk ke Basywater. 

Bayswater ni boleh jumpa banyak orang Malaysia..lebih-lebih lagi Malaysia Hall kat sini. Bayswater ni banyak hotel dari 2 star hinggalah berstar-star. Our hotel rasanya 2-3 star jer dan harganya 100 lebih pounds. Salah saya la :(

That day my sis cakap shopping time!!! Breakfast belum..jam dah nak pukul 11am. Sebelum jalan-jalan, kami nak makan dulu..kami makan di 1 restoran arab area Bayswater. Dalam restoran tu ada 1 family org Malaysia. Ketika mereka nak keluar dari restoran tu..mereka tegur saya. Mereka ingat kami ni student. 1 family yang ada lebih kurang 6 org tu sebenarnya nak antar anak mereka study kat UK..rupanya2 mereka ni org Penang ..hehe. 

Ketika tunggu makanan siap..si chef pak arab ni berjaya tackle sorang minah saleh...hehe. Dah set dah nak keluar bila dan  bila..hehe. Siap senyum lagi kat kitaorg bila dia dah berjaya..hehehe. Jom tengok kami makan apa..



My one...chicken grilled with rice. Sedap sangat..




My sis order fish n chips..pun sedap.


Dah kenyang...yeahh!!! Tempat yang nak dituju adalah Camden Market. Our sightseeing bus dah takleh pakai dah sebab dah guna 48 hours. So transport kami adalah under ground tube. Ketika dalam tube..ada sorang mamat ni..bukak bekal makan. Bau makanan dia menyusup dalam idung...hehe. Dalam perkiraan saya...bau tu mcm pasta yang digaul dengan mayonise dan tuna. Boleh tahan baunya..hehehe. 

Paling best kat London ni..nak pegi mana2 kalau pakai tube, keluar jer dari station terus sampai destination...hmmm. Camden market ni banyak kedai2 jual pakaian dan souvenir. Saya makan strawberry salut chocolate..nyummmyyy!! Strawberry yang sangat manis!!!  Jom tengok view di Camden Market. Waktu ketika tu nak dekat pukul 1pm.



Nampak board yang tulis Camden Market tu?? dalam tu ada banyak gerai2 pakaian. Rupanya seolah2 pasar malam kita kat sini. Baju2 dalam tu semuanya jenis rock2..hehe.



Kedai2 area tu




Saya suka view ni. Time ni saya tengah lepak2 atas jambatan. Sungai ni walaupun di area bandar cmni..tetapi sangat bersih..tengok la ada angsa lagi. Deretan kedai2 tu adalah stall2 jual makanan. Ada Thai food...chines food...mcm2 la. 


Ini view dari stall-stall tersebut. Bridge tu la yang saya cakap tadi.



Cina ni tengah pujuk mat saleh ni beli makanan dari stall dia. Sebenarnya dia org Malaysia..dia ckp dia org Ipoh. Suruh kami try makanan dia..dia cakap halal. Yela tu..hehehe. Tak cayalah kami. Tanya saya org mana...saya cakap Penang..then dia tunjuk kawan dia yang tengah masak tupun org Penang. Excited sungguh dia jumpa org senegara...hehe




Tau tempat apa ni?? Ini la tempat makan...mengadap sungai..best sangat. Skuter2 ni dijadikan seat..bagus betul. Stall-stall kat sini tak sediakan tempat makan..perlu beli then bawa ke sini untuk makan.






Jumpa singa yang besar ni kat situ...
Saya ada beli sedikit souvenir dan sehelai baju di Camden Market ni. 


Selepas puas jalan-jalan area tu..kami naik bus untuk ke London Zoo. Tapi malangnya zoo dah nak tutup daaa!!! Tapi!!!!ada tapinya...kami terjumpa view yang sangat cantik kat situ. Lepak sekejap kat situ..jom layan pic...




Bestnya kalau rumah kat area sini..hehehe






I love this place..agaknya bila pokok2 ni ada daun sure lagi cantik.


Park yang kami jumpa ni kat sebelah zoo jer. 
Kemudian kami naik cab untuk ke Camden market semula sebab nak naik tube untuk balik ke Bayswater. Cab tu sangat selesa..just 5 minutes 5 pounds dikenakan..mahal tu!!!

Malam tu kami just berjalan-jalan area Bays Water. Our dinner adalah...nasi campur. Aikkk...mana dapat nasi campur ni?? hehe...my sis dah tau yang Malaysia Hall ada restoran melayu. Restoran tu terletak di bahagian under ground..bestnya pekena ikan goreng...kari dan teh ais..hehe. Ada sorang pompuan melayu tu..tengah makan juga la..shopping gila2. Penuh bag2 shopping dia atas lantai. Makkk aii...hehe. Saya dengar skit2 jer perbualan dia dengan mamat sorg tu..dia datang London nak shopping..balik jual. Lebih kurang camtu la. 


Ada 1 mall area Bayswater. Malam tu saya beli seba sedikit candy nak bawa balik. Mall tu taklah happening mcm Oxford Street. Boleh la tahan. Brand pakaian Zara amat sesuai dengan saya..baju harga 10 pounds pun ada. Boleh la beli baju sepasang dua kat adik.

Benda yang paling saya nak buat adalah bergambar sambil duduk atas rumput di taman..hehehe. So, esokkan hari my sis janji nak bawa ke taman. Kami ada 2 hari lagi untuk explore London city. So, nantikan entry saya seterusnya :)
















16 comments:

  1. unik gile tempat makan atas skuter, boleh naik pusing-pusing ker?hehe..

    ReplyDelete
  2. Bestnya naik scooter sambil makan...
    Masa pergi ni musim autumn ke?

    ReplyDelete
  3. wow...best nye jln2 negara omputeh ye...

    ReplyDelete
  4. bila tgk gambar u ni makin tak sabar akak nak ke sana.

    ReplyDelete
  5. Orga -> boleh pusing2...kita angkat dia pastu bawak pusing2 :P

    Prof -> ni penghujung winter

    FnF -> awkpun apa kurangnya..hehe

    Kak Azian -> gi jerlah thn ni...hehe

    ReplyDelete
  6. salam zila...pengikut baru...best la blog zila...pandai tulis ...info yg bermanafaat..budget utk org yg mcm kami ni ...hehe

    ReplyDelete
  7. Saya bercadang nak pergi Europe next year, your blog banayk membantu...thanks ye

    ReplyDelete
  8. Sukanya tengok gambar taman sebelah zoo tu.. Kalau akak kat situ, sure akak dah lepak lepak atas jalan tu sambil berposing.

    Zila , berapa kos semua gi london ni ?

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Eni..

    Akak ni org penang ek?? sama la sy...hehe. Sy ada jenguk blog akak. Alhamdulillah kalau saya dah bantu wlpun sikit :)

    ReplyDelete
  10. Saerah80...

    Wahh nak gi Europe..nak cover semua negara kat sana ke??

    ReplyDelete
  11. Rozita...

    Lepak la atas jln tu..anjing siar-siar atas tu tau...hehehe. kasut saya terus buang bila balik sini..rasanya dah terpijak taik anjing ...uwekkk!!! hehehe

    Costnya agak keterlaluan jika dikira bersama2 my sis punya perbelanjaan. Kalau saya jer..just RM3-4k.

    ReplyDelete
  12. takla, pergi bahagian atas ja, IOtaly semua tu tak pergi...cadang nak pergi tahun depan, musim bunga nak tengok tulip kat Keukonhof, Holland.

    ReplyDelete
  13. Huyooo...gi nak tengok tulip jer...hehehe...gurau jer. Sure jalan2 sama kan?? Musim bunga lagi best la gi tgk negara org..saya plak tingin nak tgk snow..hehe. My sis ckp cam ais ABC tu...tapi sy still nak tgk sendiri kat negara org..hehe

    ReplyDelete
  14. of coursela, hehe. Nak jalan pergi Swiss sama, so kat sana boleh tengok snow, naik Matterhorn, boleh ski lagi. Cadang nak pergi Paris dan Germany sekali baru shopping sakan kat London masa nak balik.

    ReplyDelete
  15. Best tu semua plan2 tu...kalau saya nak buat semua tu sure bertolok gadai harta...muhahahaha...

    ReplyDelete
  16. haha budget dalam RM8000la, jomla..

    ReplyDelete