SeMaLaMaN Di ShAh aLaM

April 13, 2012

Assalamualaikum....


Malam ni nak buat apa Zila,
Esok cuti pertabalan Agong pula,
Fikir-fikir idea sudah mula,
Hmmm...mau cari makanan lain dari lain la. 

Jalan-jalan cari makan di Shah Alam,
Niat dihati nak cari makan malam,
Fikir punyalah fikir dalam-dalam,
Akhirnya jumpalah mee kari ketam (n_n)


Ni dia rupa mee kari ketam,
Semangkuk harga RM8 ada sekor ketam,
Walaupun diri ini tak suka mee aku tetap hentam,
Lemak manis rasanya buat aku nak pitam :P



Mee Ketam Kuala Lumpur restoran nama diberi,
Restoran yang kecil tapi xde lah sampai orang kena makan berdiri,
Nak mee jenis apa bolehlah pilih sendiri,
Jangan lak lupa bayar sendiri. :P


On da way balik singgah I-city,
Nak tengok apa perubahan itulah hajat dihati,
Ingatkan sudah 2-3 tahun ada yang diperbaiki,
Malangnya memilukan hati :(

Perubahan yang ada cumalah mainan-mainan ini,
Tiada suasana happening dirasai di sini,
Apa2 lagupun tidak dipasang di sini,
Hmm...suasana ni amatlah aku kasihani (**_**)


Posing skit nak test camera henpon baru,
Hehehe..hampa semua jangan cemburu... :P


Macam Deepavali dah kat sini,
Lampu berkelipan sana sini. (",)



Sampai di sini sajalah aku bergebang,
Aku rindu naik kapal terbang,
Macam2 tempat di oversea aku terbayang,
Masa dan duit buatku bimbang 

Hehehe...

Wassalam...

You Might Also Like

9 comments

  1. mee kari ketam tu menggoda sungguh

    ReplyDelete
  2. Macam sodap, kat seksyen mana restoran ni...

    ReplyDelete
  3. A'a memang menggoda dan sedap..kat seksyen 7, belakang unisel.

    ReplyDelete
  4. Malaysia style bina dan biar. bukan maintain.. macam tu lah.. menyedihkan..

    ReplyDelete
  5. Zila, ini saya nak balas pantun:

    "Nak kopi secawanne" namanya iklan,
    Aksi selamba mat salleh lawa,
    Mee kari ketam Zila sudah telan,
    Tak aci tau makan tak pelawa!

    ReplyDelete
  6. Sedap ...rasanya mee ketam tu,seekor ketam tergolek.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya mee kari ketam

    ReplyDelete
  8. ai tak penah pi I-City neh....heheehe..asek lalu je

    ReplyDelete
  9. ketam kalu besar sedap sikit. baru puas cubit isi. kuahnya nampak myelerakan.

    ReplyDelete