June 11, 2013

Light, Free & Easy Trip to Korea (Day 5&6) - Part 11

Assalamualaikum...

Bersambung dari part 10 ini adalah entry hari yang sama. That day my sis tak berapa sihat, maybe sejuk yang melampau pada hari ke Nami Island tu. Badan dia dah start panas dan mula selesema. Lepas jer balik dari Namdaemun Market, saya advise dia balik rehat. Few hours jugak la dia tido. Bila bangun jer dia cakap nak ke Trick Eye Museum. Sebenarnya Trick Eye Museum tu kami buat option jer kalo ada free baru nak pegi and ianya bukan priority. Walaupun my sis demam, dia berdegil nak bertahan..kesian dia..hmmm. Kami pun ambil cab di tempat selalu..ajjhusi tu sebenarnya tak berapa nak tahu pergi tapi gigih nak pergi jugak. Gelisah la kami dalam cab tu..haish. Yang membuatkan kami gelisah adalah bila dia guna GPS dia kejap2 dia tukar macam tak confident gitu. Dah tu punya la jauh..dah tu dok explain ini university tu..itu university ni..hahaha. Dah lagak tourist guide pulak..hahhaa. Tetiba my sis ternampak starbuck yang pekerja guesthouse kami bgtau sebagai landmark sebelum kami keluar. Menggigil gak la kami tengok meter bila dah nak cecah 12,000 Won. Ajjushi tu bagi discount dapat la 10,000 Won.

Fuhh..nasib baik memang betul tempat kami stop tu. Dalam 1 minit gitu kami jumpa tempat tujuan kami tu. Underground yer museum tu. Kalau tak salah kena turun 2 floor ke bawah. Pengalaman sangat menarik dalam museum ni..penuh dengan gelak ketawa. Pengunjung lain akan sama-sama gelak dengan kita. Apa taknya bila tengok lukisan di dinding dan di lantai nampak biasa jer..bila kita snap nampak macam luar biasa pulak..hehehe. Jom tengok photo


Address Trick Eye Museum :
B 357-1 Seogyo Plaza Seogyo-dong, 
Mapo-gu, Seoul 


Guna voucher..refer entry saya yang sebelum ni cmner nak dapatkan discount voucher



Ketika kami kesini orang takla ramai sangat..kalau ramai sure lama nak tunggu turn


Nampak macam real kan saya pegang hadiah tu? Paling tak menahan tu..setiap kali wat action time nak bergambar tu..pengunjung lain dok tergelak-gelak..hahaha


Dah kena ngap dengan ikan nipun masih senyum..hahaha..kalau perasan saya duduk di penjuru dinding tau


Kalau perasan, saya duduk atas lantai..air semua tu atas lantai..bekas duduk tu dah pudar sebab banyak dah orang duduk..hahaha


Hamekk...besor bebeno sushi ni..hahah


area pemegang teko tupun dah berbekas


Saya begitu kagum dengan smua ni..sangat-sangat menarik bagi saya


House of mirrors. Perlu masuk dalam ni untuk ke next area ...confuse jugak la nak cari jalan kuar




Macam sedang berada di Santorini Island..heheh

Wahh,...macam tengok keluar window..



Hmmm...ada apa ek kat atas tu..



Saya sangat rekemen tempat ni. Ianya sesuatu yang berlainan. Tak perlu tenaga yang banyakpun untuk berjalan-jalan dalam museum ni sebab tak luas manapun. 



Kami kelaparan..tekak dah tak dapat nak accept korean food lagi. Sunset ni saya snap time kat Itaewon



Kebab yang pemes kat Itaewon



Opposite restoran kebab tu ada baklava bakery ni..saya beli la dalam 5,000 Won dan balik makan kat bilik...aduhh manis sangat. Dessert ni terlalu penuh dengan air gula dan basah.


On da way balik bilik saya singgah beli stoberi kat 7eleven dan susu pisang ni. Besar2 betul stoberi ni..tak abis makan saya tinggal dalam fridge nak bagi kat cleaner guesthouse tu. Susu pisang ni rasanya 5-6 botol saya telan..hahaha. Memang sedap tau..patut cuba bila ke Korea


Malam tu kamipun berkemas-kemas sebabnya esok kami nak balik ke tanah air tercinta..hehe. Kami tak perlu nak amik masa lama berkemas sebab tak banyak bendapun kami beli. Dan percaya tak 15kg luggage sudah cukup bagi kami..hehehe. Macam saya, baju bukan tebal-tebalpun sebab semuanya adalah blouse dan jacketpun tak bawak. Ok..jom ke next day yakni our last day at Korea..Pepagi tu kami just keluar nak cari bag untuk my sis. Kami ke Namdaemun Market.

Rupa-rupanya ada lagi bunga yang saya belum snap dibahagian tepi guesthouse tu dan juga bunga milik jiran guesthouse tu...hehehe.

Kami dapat cab yang dipandu oleh mamat Korea..saat-saat akhir di Korea itulah 1st time jumpa driver cab muda..hahaha. GPSnya terus diletakkan ipad..fuuh..hehe. Kami cakap la nak pi sekian dan sekian..dia jawab "english please" erkkk...kami cakap english la tu..hahaha. Excited giler la mamat tu time kitaorang ada dalam cab tu...macam2 tanya. Mamat tu ok la..boleh cakap sikit-sikit english. Dan time kami dari Namdaemun balik ke guesthouse, dapat ajjhusi yang pandai speaking..fuh tabik hormat kami kat dia. Nape la saat-saat akhir baru nak jumpa diaorang..kalau awal-awal jumpa tentu kami akan jadikan diaorg tourist guide kami..hahaha. Sebabkan dia pandai speaking, kami suruh dia hantar hingga ke gate guesthouse sebab kami bergegas nak ke airport.

Yes..we are ready to airport.

Kami takde masalah nak ke station bus ke airport ni sebab kami dah tahu nak ke sini..just berjalan kaki dalam 5 minit. Time kami sampai sini..ada 3-4 orang mamat jepang dok tunggu bus macam kami. Seorang mamat jepang tegur kami..excited betul dia berkenalan sampai cakap bersembur-sembur air liur..hahaha. Yang sorang mamat lagi pandai pulak sebut "nama saya mamat" contohnya la. hebat!!! hahaha..diorang cakap negara diorangpun musim macam korea dan diorang datang sebab bisnes. Kami bersembang sampai la bus sampai pasal topic tsunami la..klcc la..macam-macam la. Time naik bus tu orang dah penuh dan kami duduk seat paling depan. Memang best duduk paling depan sebab boleh tengok view tepi dan depan.



See? ni bukan pilot yerr..tapi driver bus..heehe. Alhamdulillah kami dipermudahkan..sebab beberapa station driver bus ni terpaksa reject passenger sebab bus ni dah full. Bayangkan kalau kamipun alami nasib yang sama sure susah. Dah la station bus kami tu takde seat..just tepi jalan camtu jer...time tu kami berasa syukur sangat



Thanks cherry blossom because you wait for me..i will not forget all sweet memory with you..hope can see you again maybe at Japan :)



fresh lily di International Incheon Airport



sementara nak tunggu process sebelum naik flight, kami singgah minum kat cafe dulu. Pastry cicah coklat sos ni memang sedap. 

Ada kisah lagi...time tu flight AA kami naik tu terhoyong-hayang nak landing. Suspen gak la saya..hehehe. Pilot tu macam teragak-agak nak landing..saya agak la..hahaha. Dah la panas dalam flight tu...saya langsung tak boleh tido. Dan ada masalah pula time kami nak ke parking. Kami perlu naik cab untuk ke parking depan Tune Hotel tu sebab jauh kalau menapak. Semua cab takmo tolong sebab dekat sangat. Dan nasib baik ada akak yang bawak cab tu nak tolong, tupun dia ada coustomer..memang dekat sangat kalau naik cab, adalah 2-3 minit jer, sekali akak tu pow my sis RM20..fuh..nak tolong ke namanya tu? Saya pulak jaga bag kat area airport. Dugaan pulak kat negara sendiri..hehhee. Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Makan dah kenyang dalam flight..makanya kami balik terus pengsan selepas mandi...hahaha. Dalam pukul 1 pagi jugak la kami sampai rumah. Dan pagi esok tu saya terus balik Penang sebab nak mengundi..my friend tanya saya ni tak jetlag ke? Saya tak terfikirpun hal tu...hahaha..



sesaja nak share photo biskut ni..hehe. Saya suka sangat drama Moon Embracing the Sun makanya saya terbeli lah biskut ni..hehe. 

Baiklah..terima kasih saya ucapkan bagi anda semua yang sabar menanti hingga saya habiskan entry Korea saya ni. harap-harap ada info yang membantu untuk anda yang bakal ke Korea. Kisan keindahan negara Korea ni bukan dongengan tapi memang kenyataan. Saya amat kagum dengan keindahan bunga-bunga, nature, khazanah lama yang masih tersimpan dan dipelihara, bandar yang bersih dan cantik dan attraction places yang sangat berbaloi untuk dilawati.

For the next or the last entry, saya akan share itinerary dan juga cost mana yang patut untuk reference anda-anda semua. Dan bagi mereka yang sudah pergi, keadaan kita maybe berbeza dari segi cost dan juga tempat-tempat yang kita pergi dan juga cara kita menjadikan vacation kita paling bermakna. Maybe juga tanggapan kitapun berbeza tapi yang pastinya kita saja tahu bermakna atau tidak our vacation. Our trip kali ini sangat-sangat bermakna sebab kami mampu gembira walaupun my sis tak sihat dan itinerary saya yang tak 100% complete. Kami pernah mengalami keadaan yang mana local people yang tak pandai speaking iaitu ketika kami ke krabi, Thailand. Tak susah untuk communication kalau kita jumpa the right person yang nak membantu...percayalah!!

June 7, 2013

Light, Free & Easy Trip to Korea (Day 5) - Part 10

Assalamualaikum...

Masuk hari ke-5 di Korea kami dah rasa bahang untuk meninggalkan Korea. Esok tu kami akan balik ke negara air tercinta. That day kami plan nak ke Namsangol Hanok Village. Tak jauhpun dari Myeongdong. Naik cabpun tak sempat meter nak jalan...hahaha. Angan-angan nak pakai hanbok iaitu baju traditional korea. 


Segar sangat pagi tu sesegar bunga yang berkembang mekar ni..hari-hari ulang alik didepan sebuah restoran di area guesthouse and then baru haritu tergerak nak snap bunga ni..ada macam-macam color pulak tu


Kami breakfast di Paris Baguette..bersepah cafe ni yang ada bakery sekali ni. Roti yang saya bawak bekal ke Nami Island saya beli di sini la. Kami minum coffee sambil tengok orang berjalan di luar cafe...saya makan cream puff and my sis makan garlic bread. Cafe ni dibuka seawal 7am..



That day adalah hari Selasa. Patutnya Namsangol Hanok Village ni ditutup..Tapi boleh jer masuk..



Entrance fee adalah free yerr..dari sini boleh nampak Namsan Tower..Walaupun nampak panas terik, suhu adalah sejuk...Kat ini tak la sebesar palace..tak sampai 1 jam dah boleh jalan-jalan kat sini dan lihat sana sini :)


Sebelum kembang...



Selepas kembang..



Unik betul bumbung rumah-rumah kat situ

Dan...rezeki kami nak pakai hanbok..walaupun tempat tu sebenarnya close tapi tak tahu nape ada orang bertugas..tapinya kena bayar la untuk pakai ni..10,000Won. See? Me with queen outfit and king outfit..but no king..just his outfit..hehehe. Baju ni dibuat dengan Korean Silk..terlalulah selesa memakainya..


Saya tertarik dengan accessories kat baju ni..kalau dalam cter drama lagi cantik..ada bentuk bunga la..rama-rama la.. 


Sukanya pakai kasut ni..macam kasut kayupun ada..hahaha. 



Kami diberi masa setengah jam untuk meragam dengan pakaian ni..hahaha..skirtnya tak dijahit yer..just dililit dibadan..saya tak sedar diri dok angkat skirt ni nak senang berjalan..sekali ha amik terselak dibahagian belakang..nasib baik seluar baju sendiri masih dibadan..hahaha. 



TQ Akiko with ur good service dengan senyuman manis jugak..hehehe. See? Perbezaan melayu tulen dan Korea tulen? Dari segi nama dia tu..saya rasa dia jepang..ntah la :)



Lepas puas hati bergaya dengan pakaian traditional korea kamipun bergerak nak keluar..ada small stream dalam kawasan tu...jernih jer airnya..sejuk mata memandang



Toilet kat sini bersih sangat!!!

Tetiba saya perasan ada tulip..sikit jer kat 1 tempat tu..tanpa fikir panjang saya terus ke situ nak snap tulip-tulip yang ada lebih kurang 20 pokok tu..cantik sangt..warna-warni. 



Akhirnya saya boleh tengok tulip yang saya idam-idamkan. Niat dihati nak tengok tulip di Amsterdam taoi entah bila..jadi la ini pun


Melentok camgini pula..maybe berat kelopaknya..hehe



Bentuk bahagian dalam bunga tu..



The angle i wished tu snap..kalau lagi banyak pohon bunga ni..lagilah cantik agaknya

This one make me fall in love with this flower..sangat la cantik warnanya..Subahanallah!!!


Selepas puas snap apa yang patut..kamipun beredar ke Namdaemun Market lagi. My sis nak tukar souvenir yang dia beli pada hari kedua kami di Korea. Ahjjuma tu memang terbaik la..dia percaya my sis dan benarkan dia pilih yang mana yang dia suka.



Saya beli ice blended buah-buahan ni..sedap tu sedap tapi saya batuk lepas minum..

Ok lah semua..jumpa lagi di next entry..bai!!!

June 6, 2013

Light, Free & Easy Trip to Korea (Day 4) - Part 9

Assalamualaikum...

Hai berjumpa lagi kita untuk sambungan cerita "Light, Free & Easy Trip to Korea (Day 4)". Sabar yer..lagi 2-3 entry maybe saya akan habiskan. Previous entry saya cerita kisah saya di Nami Island..kali ni cerita saya di Insadong pulak. Jangan tak cayer..2 jam me and my sis bershopping kat sini..heheh. Insadong ni saya tengok banyak jual souvenir jenis craft yang mana tali yang berwarna-warni membentuk bentuk-bentuk yang menarik serta sulaman yang sangat cantik..cakap banyak tak mau yer..jom tengok photo yang saya sempat snap


Terlalulah banyak hasil craft yang camni..boleh sangkut kat henpon ni


Punya la fikir untuk apa mende ni..rupa2nya korek taik telinga..hahaaha..oppss


Berkenan giler dengan keychain ni..dibuat dari kayu dan ada sulaman dalamnya..sekali tanya tokey..6,000 Won satu, bukan 4 ni...tanpa sempat saya nak kata apa..si tokey tu terus cakap "it's ok you don't want" sangat2 rude tau..mentang-mentang la bisnes dia mcm laku belagak pulak..hahha. Takper..kami keluar dengan seribu makian..opsss..hehe..takdela gurau jer..kami mengomel sikit2 jer

Kalau kita kat Malaysia macam jual kerepek la..hahaha. Ni macam snack Korea yang saya dapat rasakannya adalah manis, crunchy and delicious..haaa see..tengok jer boleh tau..hahaha..gurau jer


 
Macam orang Malaysia yang lain, sayapun jumpa makanan ni..keunikan pembuatannya menggamit orang untuk mencubanya..dan jangan tak tahu..pandai tau penjual ni cakap melayu..terbuktilah orang Malaysia banyak yang berkunjung disini..Saya ada baca experience Leez..dia beli bawak balik Malaysia benda ni cair. Sayapun tak berani la nak try. Macam kes Orga..saya followed..hehehe...lepas rasa semua flavour..I say wow delicious..thank you..bai bai..hahaha


 
Macam kacang tumbuk pun ada kan?? semua ni adalah nuts..rasa nak beli tapi sayang duit..balik sini nyesal pulak tak beli..isk isk isk


Pening nak ambik yang mana..hahaha. Murah sangat tau..ada yang sampai 2,000Won


King and queen dan bermacam-macam lagi couple


 
Uittt ada bunga..apa lagi...snapppp!!!



kawan-kawan semua..kalau pergi Insadong cari amoi ni yerr...dah la pandai cakap melayu..bagi pulak harga murah-murah giler..terbaek lah. See?? perbezaan orang Korea tulin dan melayu tulin?? haa..camgini lah..hehehe


 Dalam kedai amoi ni ada kipas ni..ingat ke kipas..rupa2nya heater..jakun sekejap..hehe. Dat day memang agak sejuk

Lepas dah setel semua...kamipun balik guesthouse nak simpan semua barang yang dibeli. Kami keluar semula selepas 1-2 jam dalam bilik. Kami nak pergi makan..dengan reference dari forum cari..kamipun cari restoran tu di Myeongdong. Saya akan share tempat makan di entry yang akan datang.


Taraaa...seperiuk pulak dah..malam sebelum tu sebelanga..haha. Ni macam seafood soup yang pedas..terbaik tul!!! Ada macam-macam seafood..muscle..sotong..lupa dah..apa ntah lagi. Lepas kenyang kami balik guesthouse dan bincang apa pulak esok tu kami nak buat..hmmm


Saya dah silap percaturan..hmmm...souvenir saya beli tak cukup da..haish. Niat saya nak bagi kepada kawan2 blogger terpaksa dikorbankan. Untuk family dah 90% dari semua ni..untuk diri sendiripun dah terlupa asyik ingat kat oranglain.  Untuk info..yang keychain tu 1 set 10,000Won, Fm 4 pcs tupun 1 set 10,000Won, rubber FM tu dapat free, yang sudu dan chopstik tu harga dalam 5,000Won hingga 2,000Won..Hmmm.

Ok guys..see uols again pasni yee..paipai!!!