February 26, 2019

Europe Trip - (Germany- Fussen) Part 2

Assalamualikum...

Bertemu lagi kita di entry seterusnya. 2nd day di Munich, Germany. Saya agak-agak jer that day maybe kami berdua akan sikit struggle..yela, nak ke castle nuu haaa di puncak bukit dan jauh dari Munich. So, kami make sure rehat betul-betul lah malam tu. Bila tengok weather forecast, snow akan turun that day. Seawal 5am saya dah terjaga sebab tido awal giler malam tu. Tak salah saya pukul 8pm dah tido. Saya dah siap-siap masak nasi malam tu...so, bila pagi, saya just buat nasi goreng untuk bekal kami ni Fussen nanti.

Fussen?? mana tu?? di Fussen lah terletaknya castle yang bakal kami pergi tu. Nama castle tu adalah Neuschwanstein Castle. Sila ikuti entry ni jika nak tau kenapa kami nak ke sana..hehehe.


Seawal 5am kelihatan snow memenuhi bumbung kereta. So, kami fikir di Fussen nantipun lebih kurang sinilah snownya..hehehe. Eh gelak pulak...xpe..teruskan membaca.



My mission nak buat nasi goreng tomyam dan juga telur mata.



See...sis berjaya buat telur mata menggunakan rice cooker yee ouls..hehehe



Minah ni excited nak jumpa prince charming di Neuschwanstein Castle

Kami berdua ke Neuschwanstein Castle ni berbekalkan info dari pembacaan kami. Normally standard price untuk train dari Munich ke Fussen adalah €56.80(return). Kalau kami berdua dah cost sebanyak €113.60. Mahai kan?? Mahai giler lah. So cmner nak save?? Bila pergi counter ticket DB tu...cakap nak beli 'BayernKarte,' or in English, "Regional Day Ticket for Bavaria." Cost just €25 (return) and add just €6 per person up to 5 persons. So, cost return ticket kami berdua menjadi €31. Siap cover ticket untuk naik bus bila sampai ke Fussen untuk ke Hohenschwangau. Jangan dok ternganga-nganga sangat menyebutnya yee...hahahha. Tapi ada syaratnya...ticket ni valid dari pukul 9am dan mesti balik ke Munich before 3am. Kalau naik train before pukul 9am..nanti kena halau turun dengan orang check ticket..hehehe. No reserve seat..duduk jer mana suka. Train ni akan last stop di Fussen. Kalau tak salah...train ke Fussen ni setiap sejam sekali.



Bila dah beli ticket...kami breakfast dulu..masih ada setengah jam sebelum train sampai. Tak salah saya time kami breakfast ni around 9.15am



Bukan train ni yer nak ke Fussen..pls tanya kat counter ticket platform no. Jangan nangis kalau staff kat counter tu garang..hahahaha. Nasihat saya bila deal dengan orang counter tu..standby jiwa dan raga jika dia layan lebih kurang jer...maybe dorang pun annoying hari-hari nak kena menjawab tourist soalan yang sama.



Taraaa...inilah train platform...kat bahagian luar Hauptbahnhof sikit. Memang sejuk giler lah time ni..nasib baik train sampai tak lama pastu. Sepanjang europe trip ni..pengangkutan dengan train paling saya suka...1st sebab view sepanjang perjalanan lawa-lawa, 2nd seat selesa, 3rd mudah..sebab most of our hotel dekat dengan main station



View sepanjang 2.5 hours perjalanan tu MasyaAllah cantik giler. Tak cukup tangan saya nak snap view..hahahhaa. Oh ye..trip kali ni my sis cakap sempena birthday saya..hehehe...so dia hadiahkan hp baru sebab iphone saya selalu jammed bila cuaca sejuk sangat. Melompat keriangan lahh...hehehehe. Beliau belikan pun same day kami nak bertolak ke KLIA. Sayapun tak sempat sangat explore hp baru tu..most of the photo saya snap dari hp baru tu. Saya puas hati dengan quality photo yang terhasil..



Dulu-dulu ketika di Hokkaido...susah saya nak snap view camgini sebab cermin train kotor dan train tu laju sangat.




Rumah-rumah orang Germany ni lebih kurang macam Austria dan juga Switzerland



 
I love this view



Bila dah sampai Fussen...kena pulak naik bus ye. Tak lama pun...just 15 mins gitu kalau tak salah saya. Cari bus no. 78. Nampak bus sebelah kanan tu?? Bus tu dah standby dah nak amik orang yang keluar dari train. Nasihat saya, kalau dah sampai..jangan nak berlengah gi toilet ke apa...terus naik bus tu. Dia takkan tunggu lama-lama. Jangan risau hal toilet..nanti bila dah sampai Hohenschwangau (pls tutup mulut lepas sebut...kang lalat masuk) ada jer toilet. Tapi kena bayar €0.50. Ohh ye...just tunjuk BayernKarte kat driver..so free lah. Hohenschwangau ni macam kampung lah di mana terletaknya Neuschwanstein Castle.



Bandar Fussen...the view is so lovely



Bila tengok this bad weather hati saya macam tak sedap jer..mampu ke kami sampai ke castle tu??



For info untuk balik nanti



Snow ni memang cantik dipandang..tapi hazabnya Allah jer yang tahu. Kami berjalan dalam 100m untuk ke ticket office sebab nak beli ticket masuk ke castle. 


Nak masuk castle ni bukan just masuk-masuk gitu jer. Kena ikut tour guide. Bila dah kena ikut tour guide...ada lah masa-masa tertentunya kan. Dan ticket ni adalah limited..kami bernasib baik sebab ada ada tour dalam castle tu at 1.50pm. So, kami ada lebih kurang 1.5 hours lagi sebelum tour bermula. Kalau kami lambat..ticket ni burn lah.



Ayuh ke depan lagi...ada kereta kuda untuk kami naiki. Time ni saya perasan my sis dah mula tunjuk ciri-ciri tak sihat..tapi beliau gagahi untuk bagi peluang saya melihat castle yang cantik tu.


Ni dia kereta kuda yang saya maksudkan tu. Saper yang mampu berjalan kaki dalam snow yang turun lebat tu adalah hebat...hahahaha. Boleh dikatakan 90% berjalan kaki...dorang memang hebat!!


Ketika kami tiba kat sini, kereta kuda ni baru start nak bawa orang ke atas. Saya kira-kira lebih kurang dalam 10-12 orang boleh muat dalam kereta kuda tu. Dan yang masih menunggu tupun bila dicampur kami..muatlah untuk 1 trip. So tunggu lah kami dalam snow yang lebat tu. Sejuk tu memang tak dapat nak gambarkan. Tunggu punya tunggu..dah melebih setengah jam..tak turun-turun pun kereta kuda tu. Saya dah panic...jatuh gaung ke kuda tu?? ada ke peluang saya nak tengok castle tu?? Ditambah lagi keadaan my sis yang makin teruk.

Disebabkan saya macam tak sabar dah..my sis maybe stress tengok saya. Dalam keterpaksaan dia agree kami jalan kaki jer. Kalau ikut kudrat manusia..around 1.5 hours berjalan. Tapi dengan keadaan my sis saya tak yakin 1.5 hours boleh sampai. Saya serba salah. Kami mula berjalan...dalam 50m gitu, saya terdengar hentakan kaki kuda tengah turun bukit. Apa lagi...saya dengan kuda tu beriringan berlari turun bukit. My mission is...nak chop barisan yang tadi. Hentakan kaki kuda dan kaki saya sama-sama laju..saya agak speed pun agak sama...hahahhaa. My sis memang tak semampu saya sebab kaki dia dah mula kejang sejak semalam. Akhirnya..kami berjaya juga naik kereta kuda tu.


Ticket ni untuk naik jer..untuk turun half price.



Turun jer kereta kuda..terus nampak ni...wahhhh...sampai jua saya akhirnya. Walaupun keadaan kelabu asap..nevermind and i don't care. Castle ni adalah real...bukan olok-olok macam di Disneyland tu!!!! I can't believe it. Tersergam indah nun dipuncak bukit. How brilliant the person who built it. Oh ye...ni belum sampai lagi yer..kena menapak sikit lagi.


Zoom sikit. Castle ni tercipta hasil dari imaginasi Ludwig II



Lepas dah hayati kehebatan castle ni dari bawah sini...kami berjalan ke atas. My sis dah makin semacam jer. Saya tengok dia pun rasa takut. Dia mampu melangkah setapak-setapak..tupun dengan siksanya. Sampai tahap saya kena papah dia. Dia siap marah saya nape datang ketempat camgini. Saya dah panic..kami kat atas bukit ni..kereta kuda pun dah turun..ish...cmner ni?? Saya time tu dah decide..it's ok lah dapat tengok dari jauh pun..kalau turun balik pun takkan ralat. Maybe my sis kesian kat saya...dia degil nak daki juga bukit tu sampai ke dalam castle. Saya tanya kepada tourist yang sedang turun jauh lagi ke tak..dia cakap just 100m - 200m jer lagi. Memang dah tak jauh. Kami teruskan berjalan...time tu saya hanya fikir...masuk dalam castle my sis boleh panaskan sikit badan. Maybe dia boleh ok balik.



Sikit jer lagi...kata saya kt my sis. Dalam kepayahan dia melangkah..nafas diapun makin tak teratur.



Dan akhirnya saya dapat menyaksikan keindahan Neuschwanstein Castle dari dekat. Memang gah castle ni. 

Kenapa castle ni famous??? Castle ni mengambil sedekad untuk disiapkan hanya untuk seorang prince charming ni tinggal...gila tak gila?? Sampai 200 rooms tapi dia sorang jer nak duduk? Patutlah dia digelar the mad king. Boleh google nak tahu lebih lanjut pasal raja tersebut.



Akhirnya kami berjaya sampai ke pintu masuk. Budak-budak ramai menangis time ni...saya agak tired kut berjalan naik sampai setengah jam. Kami sampai ngam-ngam tour kami bermula.



Bila dah melepasi entrance gate...benda lain saya imagine..benda lain yang terjadi. Saya imagine dalam castle tu panas..ni lain terjadi. Panas memang langsung tak rasa tapi malang sekali kena panjat tangga ni ha...saya agak tangga nilah tower yang boleh nampak kt luar tu. Saya makin rasa bersalah kat my sis. Dia sampai menangislah memanjat anak-anak tangga ni. Kami jauh tertinggal kebelakang...group lebih kurang dalam 20 orang tu semua dah ke depan.




Lega bila sampai ke anak tangga terakhir.


Sebelum betul-betul masuk explore castle tu..tour agent tu brife serba sedikit mengenai castle tu. Kami tak dibenarkan snap photo dan juga backpack mesti dikedudukan di hadapan...maybe nak elak kami mencuri harga benda mad king tu...hehehe.



View saya snap dari jendela castle.


Kami dibawa ke beberapa bahagian dalam castle tu. Bila sampai bilik tidur the mad king tersebut..ehh..kecik benar katil tu..cam single size jer..takde queen ke?? Keadaan dalam castle tu memang menyeramkan sebab cahaya samar-samar jer. Pernah tengok cerita Merlin?? Haa..gitulah keadaannya.

Rupa-rupanya soalan yang berlegar dalam fikiran saya dibangkitkan oleh tourist dari China..ohh...rupa-rupanya raja tu tak kawen..oh so sad. Kenapa tak tunggu saya?? Huarghhh...



Ohh my prince charming..if you wait for me, mesti time ni saya dengan gaun Cinderella berlari-lari anak ke arah dia nun di hujung sana....oppsss..ter fairy tale pulak saya....hehehehe.

How the tour?? For me tak worth pun..tak masukpun takpe. Hahahaha. Paling penting..mesti tengok castle ni di bahagian luar. Saya terpaksa lepaskan peluang saksikan view castle ni dari satu bridge ni..keadaan tak mengizinkan. Saya jengok ke luar tingkap..keadaan kt luar tu macam ribut salji. Ehh...boleh ke kitaorang nak turun nanti. Susah betul hati saya. Takkan nak bermalam dalam castle tu?? Seram la

Bila berakhirnya tour tu..kami akan melalui souvenir shop dan lepas tu cafe. Time tulah kami buka bekal nasi goreng tomyam tu..hehehe. Just order hot coffee dan makan nasi goreng tomyam telur mata...kenyang baq hang. Energy my sis dah balik ke normal. Camgitu lah dia..cukup makan..cukup rehat..elok arr dia..hahahaha. Ehhh ckp kt dia..sayapun sama sebenarnya..hehehe.



3D model Neuschwanstein Castle



Bila my sis back to normal..barulah saya berkesempatan nak berposing hehehehe. Diapun baru ada mood nak bergambar.



Jam sudah menunjukkan pukul 3.30pm kalau tak salah saya...pengunjung masih mendaki untuk ke castle ni.



Sorry ye jika banyak saya nak kena baca apa saya tulis..sebab kisah that day banyak sangat...hahaha. Saya hal lagi untuk turun pulak. Hati saya asyik syak yang kereta kuda tu dah takde dah. Tapi my sis masih ada instinct  kereta kuda tu on the way. Kami tunggu lah kat station kereta kuda tu. Sempat berkenalan dengan couple dari Singapore. Dorang pun macam kami..tunggu kereta kuda. Saya makin susah hati tengok masa makin berjalan. Saya takut kalau-kalau tunggu lagi..hari akan makin gelap..giler dalam hutan nak turun  bukit gelap-gelap?? Saya berjalan turun dalam 100m gitu..dengan niat nak tanya tourist lain yang berjalan naik. Bila dah tanya..dorang cakap langsung tak nampak kereta kuda tu naik atau turun sepanjang dorang berjalan tu. Ohhh no..so saya buat assumption kereta kuda tu dah takde.

Saya pun inform my sis..dia agree kami berjalan turun. Tapi couple Singapore tu masih menaruh harapan kereta kuda tu akan datang..tup tup bila berjalan 50m gitu terdengar pulak hentakkan kaki kuda...whatt?? sekali kali saya menghentakkan kaki saya untuk balik ke station kereta kuda tu. Lagi sekali saya dan kuda beriringan menghentakkan kaki. Syukur kami boleh turun dengan kereta kuda. Mesti


Saya berharap kampung saya tak macam Hohenschwangau village ni...terseksa sangat sejuknya. Cuma harapan saya..saya boleh bina rumah camgini kat kampung..hahahaha. Building ni tak salah saya adalah hotel. Cantik kan??

Kami terus boleh naik bus untuk ke Fussen station..cun jer bus tu dah nak jalan. Bila dah sampai Fussen station..kami masuk kedai dalam tu belek-belek souvenir.



Hati saya berkira-kira nak ke tak nak beli ni...last-last tak jadi beli pun..



Ada hikmahnya saya tak beli souvenir tu. Sebabnya train ni dah hampir nak jalan..kalau terlepas..jenuh pulak nak tunggu. Ngam-ngam jer kami masuk train ni terus jalan..hahaha..syukur.

Mostly penumpang dalam train tu tertidur..maybe letih memanjat bukit..hahaha. Seriously..memang meletihkan. Sampai jer bilik saya terus masak maggie pecah telur....fuhhhh!!! My sis habiskan nasi goreng yang masih ada balance tu. Malam tu menang dua-dua orang pengsan...hahaha.

Kami masih ada half day di Munich keesokan harinya..so, next entry saya akan share apa kami buat saat-saat akhir di Munich sebelum ke Salzburg, Austria.

Bai...

11 comments:

  1. Wahhh kagum nya saya dgn pengalaman sis. Kesian kakak sis tu kan..berapa umurnya..may be hampir sebaya dgn my mom..my mom pun sama......tk tahan sejuk..bila kami travel ke tmpt sejuk..risau sgt tgk dia..tiba2 mcm jd tk sehat..huhuhuhu...anyway saya suka sgt baca pengembaraan sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis akak tu takde lah tua sangat..dia berpenyakit..sebab tu gitu. Patutnya sebelum trip lagi dia kena jumpa specialist..tapi degil..nak gi jln2 dulu katanya.

      Delete
  2. Wah bestnya...masa saya pergi tak boleh snap gambar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahagian dalam tu memang tak leh snap..photo yg saya snap tu masih dibenarkan

      Delete
  3. Bestnya puan dan keluarga pergi bercuti ke Germany. Gambar pun lawa lawa. Kalau puan dan keluarga nak pergi bercuti ke luar negara, puan boleh layari Kembara Sufi. Kembara Sufi ada buat banyak pakej yang membawa puan dan keluarga ke tempat yang menarik. danjuga harga pakej sangat murah dan berbaloi. klik link yang di beri untuk tahu lebih lanjut tentang pakej pakej .

    http://kembarasufi.com/

    ReplyDelete
  4. bestnya baca blog awak.. saya pun suka travel.. tp belum kesampaian nak ke Europe lagi. nanti sis bagi ler bajet utk ke europe.. boleh saya menambung siap2.. :-) jemput singgah my blog Mira Bechok

    ReplyDelete
  5. nasi goreng dgn telur mata..fuhh..nikmat tu makan

    ReplyDelete
  6. kaunter DB tu kaunter apa? kat train station ke kaunternya..means beli tiket tu kat kaunter jek..tak perlu beli online? hahha tanya mcm2..mcm lah nk pergi..tapi mmg ada impian nak pergi negar aeurope ni tapi tggu la pas pencen kot...duit berkepuk2 dan harap2 badan still kuat ihihhi

    ReplyDelete
  7. wahh..baiknya sis awak tu..bg hadiah HP..jenis apa tu? cantik n clear semua gambo

    ReplyDelete
  8. salji tebal yakmat...tgh baca ni pun dah terasa sejok

    ReplyDelete
  9. ohh tidak..kalau kena jln kaki 1jam 30 min nak ke castle dlm kesejukan salji tebal mmg x sanggup..sanggup lagi byr naik kuda tu

    ReplyDelete