Tokyo (Japan) - Part 3

December 22, 2016

Assalamualaikum..

Masih cerita pasal hari ke-2 di Tokyo. Setelah puas menghayati keindahan nature di Yoyogi Park, kami ke Takeshita Street. Dah rasa tenang di park, mula rasa serabut dengan crowded di Takeshita Street. Setelah kenyang lunch di area Takeshita Street, kami decided nak cari ketenangan yang seterusnya. Lagipun trip kami ni adalah nak release tension, langsung takde niat nak shopping bagai.

Discuss punya discuss akhirnya kami decide nak tengok ginkgo tree. Time tu kepala lutut kami dua orang dah menggigil-gigil dan tumit dah pedih-pedih..hahahaha. Agak gigih time tu sampaikan kami biar jer JR train bawa kami entah kemana. Yang penting time tu nak duduk dan tenangkan lutut yang menggigil tu..hahaha.

Kami perlu ke area Icho Namiki dimana terletaknya ginkgo tree. Kami bayangkan pokok-pokok berdaun keemasan itu berada di park. Sebenarnya deretan pokok-pokok itu hanya di tepi jalan. Saya agak dalam 1km juga panjang deretan pokok-pokok tu. Bila keluar dari subway memang kami blur nak jalan ke arah mana. Tapi ada balai polis kecil tepi station tu. Saya pun tanya la kat polis tu dan di tunjukkan arah. Dalam 2-3 minit berjalan sampailah.

Sampai jer area tu..so sad, banyak daun dah gugur. Melihat ketinggian pokok-pokok tu, dapat bayangkan keindahan daun keemasan itu merimbun. Walaupun kebanyakan pokok-pokok itu dah tinggal ranting, tapi pengunjung di situ tak kurang ramainya.


Bentuk ginkgo leave

Sesetengah pokok masih ada sisa daun yang belum gugur..tinggi betul pokok-pokok ni

Bila dah sampai ke hujung...eh..masih ada sebatang pokok daunnya masih merimbun..cantik betul. Warnanya makin keemasan apabila terkena cahaya senja. Akhirnya dapat juga kami tengok keadaan sebenar ginkgo tree ni ketika daunnya belum habis gugur. Tak sangka betul hanya sebatang pokok ni saja yang berkeadaan begini.


Hari semakin berganjak senja walaupun time ni baru masuh pukul 5pm.

Bila dah berjalan sampai ke hujung, kami decided nak balik ke bilik dulu. Nak kena re-charge energy ..hehehe. Saya request kat my sis untuk keluar balik malam tu untuk dinner. Kami plan nak ke area Akihabara. Time on the way nak ke hotel hari pertama kami tu, saya ternampak kemeriahan lampu-lampu kat area tu. So, teringin jugak lah nak tengok betul-betul keadaan tempat itu. Dari hotel kami just 1 line jer JR train nak ke Akihabara tu.


Ketika nak cross jalan terserempak dorang ni atas jalan..dan yang paling excited tu haa..deretan ginkgo tree tu..hehe.

Dengar cerita tempat tu terkenal dengan product animation. Hmm..dulu-dulu time sekolah minat lah dengan sailormoon bagai..sekarang dah tak dah..hehe. Kami hanya berjalan tanpa arah. Niat nak cari tempat makan. Jalan punya jalan takde langsung restoran yang meyakinkan untuk masuk. Tapi akhirnya kami jumpa satu stall turkish food. Malangnya takde seat untuk duduk dan makan. Tak selesa lah nak makan berdiri. Tapi owner stall tu cakap dia ada satu lagi restoran yang sediakan meja dan kerusi. Dia suruh pekerja dia hantar kami. Dalam 5 minit jugaklah berjalan. Pekerja dia tu siap naik basikal dan kami ikut dari belakang hahaha.


Dari siang ke malam kami ni pekena turkish food jer..hahaha



Dan time on the way nak ke JR station, dapat juga peluang nak bergambar kat ginkgo tree ni..hheehe..love it!!!

  
Terjumpa bakery on the way masuk ke JR station..boleh la buat breakfast untuk hari esok.

Berakhir sudah day-2 di Tokyo, keesokkan harinya kami akan ke Imperial Palace. Paling saya excited nak ke Imperial Palace tu adalah, saya pasti ada garden atau park dalam tu. Saya sukakan nature..nak masuk hutan panjang gunung-ganang memang tak mampu..so just berharap masuk park saja lah...hahahaha.

Jumpa lagi next entry...bai!!!

You Might Also Like

4 comments

  1. lawanya view kt sna..best dpt jln2 kan hihi

    ReplyDelete
  2. wahh view ginkgo tree mmg lawo laaaa....lajuuu zila updet kali nie..chaiyokk22

    ReplyDelete
  3. JS --> A'a lawa sangat dan best jalan2

    Fadli --> Betul tuu

    Azueriena --> betul betul betul..hehehhe

    ReplyDelete