December 17, 2016

Tokyo (Japan) - Part 1

Assalamualaikum..

Dengan ini bermulalah stori-mori pasal Tokyo, Japan...hehehe. Hopefully saya tak tangguh-tangguhkan entry sampai cerita dah jadi basi..hehehe. Selama ini asyik dengar orang cakap kos nak ke Japan ni mahal..bila dah diri sendiri yang mengalaminya, takde lah mahal sangat. Dengan itu, rasa nak ke Japan ni every year..hehehe. Macam selalu, setiap kali trip, saya mesti akan pergi dengan my sis jer. Plan nak pergipun dalam 2 bulan lepas. Tengah relax-relax, saya tanya my sis..

Saya : Ada tak mana-mana tempat yang boleh tengok autumn tahun ni? Dan lama teringin nak tengok. 

My sis : Tokyo!!!! 

Saya : Hah? Japan lagi? baru awal tahun ritu dah gi Hokkaido then lu pun baru gi Osaka dan Kyoto time hari raya ritu. (My sis sangat sukakan Japan sampaikan buat solo trip baru-baru ni)

My sis : Alah, jom la..wa janji kita spend dalam RM2k - RM2.5k gitu.

Saya : Hmm..ok lah. 

Then bila buat costing, budget kami memang munasabah. Tanpa fikir panjang, terus kami beli flight ticket. Kena pula Selangor ada cuti panjang 4 hari direct sempena Maulidur Rasul dan hari keputraan Sultan Selangor. Saya just apply cuti 2 hari saja. Agak singkat trip ni, tapi apa boleh buat itu jer cuti yang mampu saya apply memandangkan kerja banyak kat office. Saya nak kena juga reserve cuti untuk trip yang lain sebab my manager dah warning, no more unpaid leave. 

Tujuan nak ke Tokyo adalah melihat autumn, tetapi masa yang kami pilih untuk ke Tokyo agak terlewat. Bulan December patutnya dah masuk winter. Bila tengok mana-mana website mengenai autumn di Japan, rata-rata menunjukkan awal bulan December dan berakhir autumn. Harapan kami ketika itu adalah, masih ada sisa autumn yang dapat kami lihat. Nantikan kisah seterusnya adalah kami berkesempatan atau tidak melalui pengalaman autumn di Tokyo :)

Kami tiada pilihan untuk memilih flight. Hanya Air Asia yang offer harga murah ketika itu, dalam RM1k return. Semangat nak tengok daun kering punya pasal, pejam mata lah beli ticket..hehehe. Flight kami depart dalam pukul 3.30pm dan sampai di Haneda Airport dalam pukul 10.30pm waktu Japan (Japan cepat 1 hour dari Malaysia). Dari pembacaan saya dari blog lain, banyak yang risaukan tak sempat nak naik train ke city sebab sampai agak lewat dan process imigresen yang lambat. Ada blogger overnite di airport dan ada yang ambil hotel berdekatan airport. Apa yang berlaku kepada kami malam tu sebaliknya. Process melepasi imegresen sangat sekejap. Apa perlu buat selepas melepasi imigresen ?

1) Berjalan kedepan sikit akan jumpa tourist information. Sila ambil pamphlet apa-apa yang patut. 
2) Tanya kat amoi yang jaga counter tu macam mana nak guna free wifi.
3) Pergi ke machine yang membolehkan kita register free wifi. Tak jauh pun dari tourist information tu
4) Tak jauh dari tempat tu, dah boleh nampak machine untuk beli ticket monorail. Ikut signboard kat mana nak tunggu monorail. Tak perlu nak jalan jauh pun.


Mesin untuk register free wifi. Mudah jer..ikut step-step yang terpapar di screen

My sis dah book bilik di area Higashi-jujo. Namanya adalah Hotel Flexstay Inn. Dari airport kami naik monorail dan stop di Hamamatsucho Station. Dari station tu kami kena pulak tukar naik JR line. Time ni lah berlaku kejutan budaya. Walaupun time tu dah nak dekat pukul 12 tengah malam, manusia berpusu-pusu. Dah la dengan luggage bag bagai, terkedek-kedek nak naik tangga..sesak betul nafas time tu..hahahha. Bila dah nak tukar dari monorail ke JR line, kena lah naik turun tangga..so bersedia lah ye. Tak perlu keluar station pun.

Tengok orang ramai semuanya berjacket tebal. Saya hanya pakai jacket jeans yang tak berapa tebal. Dalam hati saya tertanya-tanya, sejuk sangat ka?? Tengok dalam weather forecast dalam 10 - 16 deg. Saya memang tak bawa winter jacket pun. Teruskan membaca entry seterusnya, adakah saya dapat bertahan dengan keadaan sejuk di Tokyo?


Siap-siap simpan dalam hp anda step-step nak sampai ke hotel. 


Sebelum ke Tokyo, silalah siap-siap simpan route train yang perlu kita naik supaya tak tercari-cari nanti. Dah naik JR train, tunggu lah sampai Higashi-Jujo Station. Banyak juga stopnya..dalam 9 stops gitu. Perjalanan dar airport hingga ke hotel ni lebih kurang sejam jugaklah. Dari Higashi-Jujo, kami just berjalan dalam 2 minit jer dah sampai hotel. Dekat giler lah.

Masuk jer bilik, my sis terus rasa frust. Rupa bilik tu tak sama langsung dari gambar dalam booking.com tu. Bilik tu macam buruk jer. Then saya cakap lah..dah ok dah tu. Saya langsung tak perasaan rupa bilik tu sebelum ini. Saya check seluruh bilik tu..semua nampak ok walaupun rupa buruk. Tilam, bantal dan cadar semuanya elok. Toilet pun bersih. Toilet disekalikan dengan bidet tau...hehehe. Ada sink di luar toilet. Plug point pun ada lebih dari 4. Almari nak simpan barang pun disediakan. Tiada apa-apa cacat cela nya bilik ini. Setelah yakinkan my sis yang bilik tu lebih dari ok..baru dia dapat terima. Kalau tak dia dah nak ajak tukar hotel..hehehe.


Towel yang disediakan bersih dan tiada bau yang tidak menyenangkan


Warna curtain tu yang membuatkan bilik ni nampak buruk..hahaha


Toilet yang bersih

Oh ye, lupa nak cerita. Time tunggu my sis uruskan nak check-in, saya sempat sembang dengan sorang minah Terengganu nak juga stay kat hotel tu. Saya buat dialog sikit ye..hehehe

Saya : Dah berapa hari kat sini?

Minah Terengganu : Dah 4 hari.

Saya : Datang bereapa orang? (sifat bz bodi saya memang melampau..hehehe)

Minah Terengganu : Semua 10 orang. Yang lain tengah berkemas esok dah nak check-out pastu nak check-in hotel kat area airport. Berdua jer ke ni? Berapa hari kat sini?

Saya : A'a berdua jer. Ok tak bilik kat sini?

Minah Terengganu : Kecik giler..1st time saya duduk bilik kecik camni. Orang tu garang giler..(sambil dia tunjuk laki Jepun yang entertained my sis untuk check-in)

Saya : Kitaorg datang ni nak tengok autumn…ada lagi tak ek??

Minah Terengganu : Ada lagi. Saya baru balik dari Mount Fuji petang tadi. Tak nampak pun Mount Fuji. Ingat ka ada snow, snow pun takde. Penat jer. Kawan-kawan yang di Korea sekarang dapat pula tengok snow. Kulit jadi kering habis. (Kekecewaan terpancar dari wajah dia). Barang kat sini mahal giler. T-shirt bodoh-bodoh pun dah RM40 lebih duit kita. Key-chain dan fridge magnet pun satu sampai berbelas-belas duit ringgit kita. (Saya tak terkejut sangat perkara tu sebab di Hokkaidopun harganya macam tu. Nak beli souvenir kat orang pun tak mungkin akan saya beli. Untuk diri sendiri maybe akan beli lah)

Saya : Kalau nak tengok snow, kenalah ke Hokkaido. Sekarang ni dah ada dah snow.

Minah Terengganu : Dari sini jauh tak? 

Saya : Jauh..nak kena naik flight. Naik train ntah2 berbelas-belas jam. (Saya agak-agak jerlah..heheeheh)

Bila dah sembang sikit-sikit dengan dia, rasa risau pula tak dapat tengok rupa Mount Fuji. Kata orang agak susah nak tengok Mount Fuji dengan clear. Kekadang diliputi oleh awan. Nantikan next entry jugak ye untuk tahu kesudahan yang kami dapat tengok atau tidak Mount Fuji..hehehe.

Malam tu saya tak berapa boleh tido..begitulah 1st day di tempat orang. Nak sesuaikan tempat tido memerlukan masa..hehee. Tak sabar nak visit park keesokkan harinya. Ikut weather forecast, cuaca adalah cerah untuk 1st 3 days kami di Tokyo dan hujan pada hari terakhir kami. 

Nantikan entry yang seterusnya. Bai



5 comments:

  1. Huntung turun kat Haneda... memang lebih dekat dengan pusat bandar berbanding Narita... Pergh dah 12 mlm pun masih bersesak dlm train...

    ReplyDelete
  2. wahhh laju kayuh nie...rm2.5k seorg jerk boleh smpai tokyo...wahh berbaloi2 jugak kan...bilik tu nmpak kecik giler...tapi yg penting selesa dan bersih kan zila

    ReplyDelete
  3. Mie --> Ritu mie gi sana turun kt Narita ek? tuh lah..sesak giler dengan manusia

    Azueriena --> Hopefully bukan memula ni jer nak kayuh laju2..hahaha. Betul tu...biar kecil asalkan bersih dan selesa

    ReplyDelete
  4. website dah berubah muka, pages tersusun di tepi, watermark cantik. Ajar sat macam mana nak buat watermark mcm tu, kena buat kat photoshoot ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..yang website ni hang kena download template. Google "free template for blogger". Dia akan ajar step2 nak download tu. tapi hang buat la kat blog baru yg lain sebab takut tak jadi nanti taklah jahanan blog utama tu. Yang watermark tu kami guna photoshop..make sure background dia transparent. Yang tu kami belajaq dari youtube

      Delete