China (Yangshuo) - Part 2

April 26, 2015

Assalamualaikum..

Sambungan cerita di Yangshuo. Walaupun kami memulakan activity explore Yanghuo dalam pukul 3pm camtu...tapi macam banyak pulak ceritanya sampai tak cukup 1 entry..hehehehe. Cerita sekerat jalan adalah ketika kami naik public bus tu. Comel jer bus tu...macam bus mini. Tambangpun berganda murah dari naik tuk-tuk. Bus ni stop last dia di bus station. Dari situ kami tahu lah kami location bus untuk ke Guilin nanti.

My sis ada buat catatan tempat makan halal di sebuah hotel. Lupa dah saya nama hotel tu. Punya la dok explain kat pemandu tuk-tuk...tak paham-paham. Sampaikan kami dikerumuni oleh beberapa pemandu tuk-tuk. Semuanya tak paham mana kami nak pergi. Sampailah sorang mamat tuk-tuk yang agak muda datang..dia paham bila kami sebut hotel tu. Sampai jer restaurant hotel tu..aikk..takde pun. Lepas bertanya kepada staff restaurant tu..dorang cakap takde halal restaurant dalam tu. Kami keluar dengan perasaan sedih.

Tetiba my sis nampak 1 office kecik tour agent. Alhamdulillah staff tu pandai english dan dia tunjuk 1 restaurant halal diseberang jalan tak jauhpun dari situ. Boleh nampak. Happy sampai tak tau nak cakap...hahahaha. Lagi happy bila saya nampak orang jual anggur besar. Bila rasa..aduhai manisnya. Walaupun saya tak suka anggur berbiji..saya beli juga sebab manis sangat anggur tu. Tertarik pada buah warna kuning..belilah sikit. Walaupun ada masalah bahasa..penjual gerai buah tu paham apa saya nak..saya nak setiap buah tu berharga CNY10.


The colourful of fruits

Kami terpaksa merentasi jalan yang merupakan roundabout yang besar sampaikan orang boleh park bus ditengah-tengahnya...hahahaha. Sesampai restaurant..punggah...tokey restaurant tak tau langsung kami nak apa...hahaha. Menu semua bahasa cina. Bila tengok gambar makanan di dinding..tak sure pulak ayam ke lembu ke kambing ke. Kami memang tak suka kambing, so taknaklah kambing dalam hidangan. Yang kelakarnya my sis sampai buat bunyi ayam berkepak2 bagai...wakakakakaka. Dia angguk paham...wakakaka. Saya pulak nyaris-nyaris nak bunyi embekkk sambil silang tangan nak cakap tak nak..tetiba ada customer amoi pandai english  sikit2...satu dua word .....hahahaha. Dia la tolong kami..Dia confirm makanan saya berlauk beef dan makanan my sis berlauk ayam.


 
Saya sangkakan gambar makanan kat dinding tu adalah sup sayur..rupa-rupanya mee daaa. Saya ada nampak dia dok cantas-cantas setongkol doh di dalam periuk..rupa-rupanya mee ni. Nasi yang saya order terpaksa la tapau.


My sis order nasi ni..sedap biasa2 jer. Last-last kami just share jer nasi ni sebab mee tu tak sedap langsung. 



Bila keluar dari restoran, saya snap la signboard ni..hah?? nampak tak kat signboard tu?? Saya rasa itu yak..teringat cerita Aku Seorang Pengembara..dia gi China asyik makan yak jer. Adakah dalam hidangan yang kami makan itu adalah yak?? Sayapun tak sure sebab rasa daging yang saya makan tu macam daging lembu je.

Bila dah makan..kami singgah satu kedai yang nampak macam farmasi. Yang peliknya ada beberapa orang sedang diberi treatment..eh open clinic ke?? Bila mintak panadol..ntah pharmacist ntah doctor tak paham. Bila letak tangan atas dahi baru dia paham. Semuanya memerlukan gaya jer..hahahaha.

Kami balik ke hotel dengan menaiki motor. Sampai jer area hotel..eh ada night market la. Market tu namanya West Street Market. Jom tengok gambar.




ice cream yang sangat lazat..rasa susu..pastu ada 4-5 jenis buah-buahan..bagi idea untuk saya try kat rumah nih...hehehe



Just guna jari jer dia dah boleh lukis..very artistic 



Senja di Yangshuo



Dah puas kat night market, kami terus balik hotel. Memang penat betul la..maklumlah sejak sampai Yangshuo kami belum sempat rehat sangat pun. My sis dah bayar entrance fee for Liu San Jie Impression Light Show malam tu (untuk harga entrance tu saya akan share dalam cost nanti). Bila dah bayar..akan ada orang ambik ye. So don't worry lah untuk ke sana. Baik betul staff hotel tu..dia temankan kami ke main road untuk tunggu van yang akan bawa kami malam tu. Tak lamapun tunggu..dalam 2-3 mins jer orang tu dah sampai. Memang blur abis malam tu..sebabnya?? Group yang sekali dengan kami tu semuanya orang China..driverpun China..sepatah apapun kami tak paham bila dia explain...bila tanya ahli group lain..dorangpun tak pandai speaking. Menonong lah kami ikut driver van tu untuk masuk area entrance. Kemudiaanya kami diserahkan pulak oleh mamat yang ntah saper2. Manusia dah la giler ramai. Berasak-asak. Dok lah nganga sama-sama dengan mamat yang ntah buat apa tu.


Giler ramai...kalau bawak anak kecik-kecik jaga elok-elok..takut hilang



Kemudian...berpusu-pusu pulak ikut mamat tu kat kawasan yang tak berapa crowded. Dia seolah-olah sebut no dalam bahasa cina then orang ramai akan ambik entrance ticket dari dia. Gelabah la kami time tu..ei erk sam sek tau la sikit..yang lain tak tau dah...wakakakaka. My sis terus terpekik "i don't understand" takde orang layan. Tapi Alhamdullilah tetiba jer dlm ramai-ramai tu ada sorang ni terus tegur and offer diri explain...kena ambik ticket ikut no yang agent tu sebut. Dan no. tu adalah last 4 digit hp no. Ohhh...baru paham..hhaha. Dialah yang tolong dengarkan no.hp kami sbb disebut dlm bahasa cina. Kemudian..kami perlu berjalan punyalah jauh untuk ke tempat show. berpusu-pusu lagi. Yang bestnya mamat tau english tu akan make sure kami sama-sama dengan dia. dia jalan didepan kami dgn girlfriend dia tp dorang asyik toleh2 belakang make sure kami tak hilang dr dorang.


Perlu berjalan lebih kurang 1/2 km untuk ke entrance. Capik gue.



Dah masuk entrance..dorang akan scan bar code dari ticket tu. Pastu kena panjat tangga pulak untuk ke seat. Banyak cekadak tul la...hahaahha. Bila dah duduk seat ikut ticket no...lega lah. Tak sampai 10 mins, show pun bermula. Jeng jeng jeng....


Saya agak-agak beribu kut orang malam tu.. time ni belum betul2 full house sebab kami antara terawal yg dpt masuk




Dalam gelap gelita stage..tetiba keluar diorang ni..bercakap dengan lantang..macam permulaan show agaknya..intro kata orang putih.


Amboiii hai..hebat betul show ni..gabungan lampu dan music menjadikan show tu gempak. Stage show tu merupakan sungai yang berlatarkan gunung-ganang. Pelakon-pelakon pulak punya la ramai...saya agak-agak dalam 300 orang kut. Show ini ala-ala live theater menceritakan seorang amoi namanya Liu Sanjie. Tak salah saya famous cerita dongeng ni kat sana. Amoi ni dikatakan nyanyi sedap. Dalam show tupun nyanyi memang sedap la walaupun saya tak paham sepatahpun..hahahhha. Sekali nyanyi bergema alam daaaa. Ditunjuk juga kegiatan orang kampung amoi tu...dalam sungai tu punya la ramai orang berakit buluh...siap menjala ikan lagi..hahahah. Disebalik tebing sungai tetiba dari gelap menjadi terang benderang...ada pulak orang dok basuh kain tepi sungai. Ada yang dok heret kerbau..


Penuh dengan rakit buluh


 Tak paham kenapa main-main kain dalam air ni..tarik-tarik ikut music


Sambung cter amoi tu.  Amoi tu kononnya jatuh cinta dengan orang kampung...pastu jadi isu sebab sorang panglimapun nakkan amoi ni. Dalam show adalah nampak orang ramai nak selamatkan amoi tu dari panglima tu...kecoh bukan main...hehehe.




Yang lagi impressive..tetiba anak bulan yang sangat besar datang. Ada amoi atas bulan tu..sakan menari atas anak bulan tu...hebat sangat sebab bulan tu macam jongkang-jongket. Maybe anda semua tak dapat nak imagine apa saya cerita ni...so..tolong lah tengok show ni kalau berkesempatan ke Yangshuo ye.



Time kuar ni...wah hebatnya....



Ada part yang membosankan sampai nak terlelap..wakakaka. Yang paling impressive bak nama show ni Liu San Jie Impression Light Show, ditengah-tengah sungai tu tetiba deretan orang berpakaian lampu beratur...eh bila masa pulak dalam sungai tu diletakkan tempat untuk berdiri?? Kalo dah memang ada..tak mungkin kut sebab macam mana rakit yang bersepah tu nak lalu??

Kami keluar awal untuk elak berasak dengan orang lain..awal 5 minit jer. Kami terus ke parking van. Takde masalah nak cari van tu..sebab saya dah snap plat no van tu. Lepas dah masuk van tetiba kami kena keluar pulak naik van lain. Maybe van tu tak lalu hotel kami. Penat betul malam tu..dah la jammed time nak keluar tu.

Pengalaman day 1 di Yangshuo memang menakjubkan. Nantikan entry seterusnya..keadaan kami di day 2 ada yang mendebarkan..mengasyikkan dan mengujakan. Perasaan tu bercampur menjadikan pengalaman kami tu sangatlah berharga :)

You Might Also Like

7 comments

  1. sedapnya buah2 tu...colorful.
    enjoy kalau dapat ke night market depa....dari situ boleh nampk budaya negara yg dilawati

    ReplyDelete
  2. Alahai...takut nya la camana nak communicate dgn dorg yer..

    ReplyDelete
  3. Nampak grand show tu,memang berbaloi...tapi tang nak ambik entrance ticket tu kalau takda sapa yang boleh tolong mau termangu-mangu kat situ ye tak..mncabar sungguh masalah komunikasi kat sini.

    ReplyDelete
  4. Wah banyak juga tempat menarik di Yangshuo... boleh masuk whishlist ni..

    ReplyDelete
  5. heheeh..terus teringat kenangan kami di sini

    best kan?
    persembahan tu pun one of a kind
    back to nature

    ReplyDelete
  6. Tu la kan... kdg2 makanan ni dlm gambar je nmpak sedap..bila dah dpn mata, rasa hampeh... hehe.. btw singgah sini..done follow #246

    http://aisyahambris.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Nieda --> aa sedap..bagi idea ni…boleh try wat sendiri…hehehhe. Night market ni saya jln2 halfway jer..the next day tu baru jalan betul2

    Syieda --> Don't worry..buat gaya sikit..sure dorang paham..hahahahaha

    Ayda --> berbaloi jugak..cuma susah sikit la time memula smpai situ tu..

    Mie --> Ok..pasni bc experience mie pulak :)

    Aisya --> Haipp..tak baik sebut makan tu hampeh..anggap jer kalau dapat makanan yang tak sedap tu sebagai takde rezeki kita nak makan makanan sedap hari tu ye :)

    ReplyDelete