February 8, 2015

Thailand (Bangkok) Day 4 - Part 8

Assalamualaikum...

Lama betul nak habiskan entry Bangkok ni...haish. Bukan tak nak...tapi masa jer takde. Ok...entry kali inilah untuk hari ke-4 diwaktu petang. Tempat yang bakal kami tujui itu adalah Baiyoke Sky Hotel. Di tingkat teratas hotel ini iaitu 84th, disediakan deck untuk viewing. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat menarik. Agak susah nak ke Baiyoke ni...anda perlu naik cab ataupun tuk tuk untuk ke sana. Mostly pemandu tuk tuk akan mintak 100 Baht. Terpaksa redha dengan tambang yang dikenakan sebab teringin nak try naik tuk tuk dan teringin sangat nak melihat Bangkok City dari paras yang tinggi. 

Saya nasihatkan...pergi time petang...so boleh melihat view waktu siang dan juga malam. Time kami sampai ni..1 group orang Thai meneru-neru nak naik sekali dengan kami....rimas betul tengok dorang tu..haish. Jom tengok photo...


Tiket sebanyak 400 Baht dijual di entrance hotel ni. Refer this link : Baiyoke


 
Tengah Q nak naik lift. Excited sangat time ni...heehehe


Lift ni boleh muat dalam 10 orang kalo tak salah. Saya duduk dibahagian tepi di dalam lift tersebut...lift tu berdinding kaca..boleh terus tengok ke luar ketika lift naik...time tulah saya rasa semacam...macam gayat....hahahaha. Laju giler lift tu. 


View di luar lift ketika lift memecut naik...hehehe...agak gloomy. Sunset pun tak nampak :(

Lift tu stop di 79th floor. Tercangak-cangak time tu kenapa lift tu stop setakat tingkat 79. Rupa-rupanya floor tu ada buffet..perlu berjalan area buffet tu untuk naik lift dibahagian tengah building. Tergugat tengok makanan kat situ....banyak seafood dan dessert yang mengancam..gluppp. Bila tanya waitress kat situ dia cakap tak halal..so takpelah...kami proceed ke 83th floor. Setiap lift untuk naik atau turun..ada orang jaga...dorang yang akan press button lift untuk kita..maybe taknak pengunjung confuse. Lift membawa kami ke 83th floor.


 
Bangkok City...padat dengan pembangunan


 
Bangkok City menjelang malam...Di 83th floor ni quality gambar kurang bagus sebab ada biasan dari glass wall. Tapi jangan lah kecewa yer...ada satu lagi floor yang ada terus boleh keluar ke luar building...iaitu 84th floor.
 

 
Viewing deck yang disediakan di 84th floor amat mengejutkan saya...ianya bertempat di floor paling teratas di building tersebut. 360 degree viewing deck..so amazing. Deck tu bergerak...kita boleh duduk diam jer sambil snap photo. Saya gayat rupanya....hahahaha. Rasa gigil dengan keadaan tinggi gitu...disekeliling deck tu diletak grill besi untuk protection dari jatuh. Tapi saya still gerun...teruk tui..hahahahha. 


 
Semua gambar di sini adalah dari camera hp my sis. Camera saya tak menghasilkan apa-apa photo yang clear.


 
Lampu-lampu bergelemapan mengasilikan view yang sangat menakjubkan. Keindahan kota hasil kebijaksaanaan yang Allah berikan kepada manusia. 


 
 Sebelum turun...boleh la beli souvenir...


 
Free drink juga disediakan.

Lepas dah puas di Baiyoke Sky Hotel..kamipun kelaparan. Kami ke Nana Restaurant lagi....hahahaha. Mamat yang pandai cakap melayu kat restaurant tu sampai dah kenal kami...hahaha. Dialah selalu layan kami kalau kami makan situ. Yela...situ jer tempat makan yang senang nak pegi dan bersih.


 
Saya betul-betul fall in love dengan  pad thai ni..


 
My sis pulak order nasi goreng


 
Lauk tambahan....sotong bakar..terbaikkk!!!

Malam tu saya tido tak lena sebab tak sabar-sabar nak snap sunrise dari bilik hotel....hahaha. Malam tu adalah malam terakhir kami di Bangkok. Untuk next entry saya akan share activity terakhir kami di Bangkok.



13 comments:

  1. rasa enjoy kalau dpt ke Thailand. mungkin makanan, adat, warna kulit tak jauh beza dgn malaysia kut

    ReplyDelete
  2. rasa enjoy kalau dpt ke Thailand. mungkin makanan, adat, warna kulit tak jauh beza dgn malaysia kut

    ReplyDelete
  3. Bangkok oh bangkok.. dah lama saya tak kesinj

    ReplyDelete
  4. Subhanallah cantiknya view Bangkok dari atas. Haritu memang xtau pun pasal tempat ni, nampak sangat xstudy betul2 pasal Bangkok kan. Hihi. Xpe kalau ada rezeki nak repeat, kena pastikan naik deck ni.

    ReplyDelete
  5. view from the above memang sentiasa menakjubkan..tapi at 84th Flr tanpa dinding, cuma ada grill je, memang gayat..

    pad thai tu mcm ketiau goreng

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak zila, wahh banyak part ni. bestnya pergi Bangkok ~~~

    ReplyDelete
  7. Assalam Zila not Zilla....tingkat ke 84? waduhh...tinggi bangat!!! gahyat mak!!

    Mahal juga tiket nya lebih kurang RM40 tu. Pad thai tu sikit sgt rasa x cukup je kalau JM mkn

    ReplyDelete
  8. Nieda --> Betul tu

    Dorsett --> :)

    Bibie --> Skyview ni saya tahu bila saya search google "night view in bangkok"

    Zilla --> Hehehe...

    Nohas --> tu arr...saya siap imagine angin tolak jatuh bawah. Ketiau nya agak kenyal

    ReplyDelete
  9. Sheila --> Waalaikumsalam..byk part smpai tak larat baca ka..heheheheh

    JM --> Waalaikumsalam..ala JM..ada dessert lagi..kira cukup lah makan gitu...hehehe

    ReplyDelete
  10. Saya minta lah makan pad thai nya

    ReplyDelete
  11. i love to travel toooooo!!!

    ReplyDelete