Thailand (Bangkok) Day 4 - Part 7

January 25, 2015

Assalamualaikum...

Hari ke-4 di Bangkok. Bila bab shopping ni kalau demampun leh jadi sihat...hahahha. Destination kami untuk that day adalah Chatuchak Market. Chatuchak market ni adalah antara market yang terbesar di dunia. Sebelum kesini, standby lah apa yang patut..contohnya...

1) pakaian yang sesuai sebab kat situ sangat panas
2) Kasut yang sesuai sebabnya kena banyak jalan
3) Standby mineral water
4) Standby bag untuk letak barang-barang shopping supaya kita tak usung banyak bag plastic
5) Pergilah waktu pagi sebab tak panas sangat.

Seperti biasa, kami menggunakan BTS as our transport. Manusia time tu memang giler ramai...berhimpit-himpit dalam train. Dah la ramai, pakat pulak bawak bag besar-besar nak gi shopping...fuhh sakan tul.


 
Station untuk ke Chatuchak market adalah station paling last. Memang tak susah nak ke situ.


See?? Punya ramai orang sampai jammed tangga nak turun dari BTS station...hahahha. Market tersebut terletak disebelah kanan...berjalan dalam 2-3 minit...sampai lah.


Inilah map Chatuchak Market. Ingat boleh dapat pamphlet time datang market ni..rupa-rupanya tak. Kalau tahu tak dapat, sure dah print siap-siap map ni. Jika perhatikan..deretan kedai jualan berlapis-lapis..memang mengelirukan. Kadang-kadang tak sure dah lalu ke belum...hahahha.


 
Area yang tak berbumbung ni macam best sikit..Boleh tengok bahagian kiri kanan dengan mudah. Kalau berjalan di bahagian berbumbung, macam tak cukup udara jer..haahaha. Tapi bahagian luar ni kena tahan panas lah. Area sini lah saya terserempak dengan akak Coconut (http://anash-coconutz.blogspot.com/). Beliau macam biasalah bersama-sama geng travel beliau. Disebabkan selisih agak spontan..kami sempat berborak sikit-sikit jer dan saya tak sempat nak bertegur sapa dengan geng travel beliau yang lain.


 
Antara barang-barang yang dijual


Key-chain ni harga asal dalam 100 Baht...lepas nego boleh la dapat 80 Baht.


Buah-buahan yang sangat fresh. Saya beli honey dew...fuhh..manis sangat...disamping menambah sakit kerongkong sebab buah tu sangat sejuk.


 
orang que panjang sangat untuk stall jual isi kelapa ni...agaknya isi kelapa yang dijual sekali dengan tempurung ni sedap kut..saya tak try pun sebab tak sanggup nak que dalam panas terik tu.


 
Kemudiannya kami sampai area food...itu saya nak...ini saya nak..memang kompius nak apa..hahaha. Honey dew masih ada lagi...macam tamak pulak kan. So saya sabarkan diri.
 

 
Ramai orang dok makan roti ni sambil jalan. Glupppp...macam sedap. Tapi teragak-agak nak beli sebab saya mencari pulut mangga...kang makan roti ni nanti tak boleh dah makan pulut mangga..hahahah


 
Akhirnya jumpa pulut mangga yang diidam-idamkan tu..nasib baik..
 

 
Memang terbaik lah pulut mangga ni..perfect!!! Ada disediakan bangku comel-comel depan stall ni. Boleh jugalah melepas lelah shopping dan juga berjamu selera. My sis sabar jer tunggu saya makan  sebab dia bukan penggemar pulut. Tengah dok makan tu..tourist dari Japan dan Singapore join sekali. 


 
Tak jauh dari stall pulut mangga tu...ada satu stall halal yang jual makanan berat. My sis ajak makan situ. Perut saya dah full dah time tu..tapi order jugak sebab teringin nak rasa...hehehe
 

 
Ada kebab...ada nasi beriani dan macam-macam lagi. Akak ni boleh speaking english dengan sangat lancar...so takde masalah nak order. Di bahagian belakang stall ni ada 1 meja yang boleh duduk dalam 6 orang gitu


My sis order nasi beriani

 
Saya pulak order kebab


 
Macam-macam spice dijual..saya ada beli.
 

 
Terjumpa penjual pulut mangga yang menarik....ada mangga atas kepala dia..besar bukan main....hahahahha. Ajak bergambar bukan main syok...hahaha
 

 
Agak dalam 3 jam lebih kami kat sana...sama-sama letih..so kami mencari jalan pulang. Terkompius nak keluar dari market tu....terpaksa tanya para penjual....hahaha. Photo kat atas ni tunjuk sebahagian kawasan parking bersebelahan BTS Station. Punya ramai orang datang Chatuchak Market ni


 
Victory Monument yang saya snap dari train..kami sebenarnya nak singgah sini sebelum balik hotel...tapi macam tak mampu dah time tu..tired giler. 

Nantikan next entry..saya akan ceritakan pengalaman menarik ketika saya berkesempatan berdiri di atas bangunan paling tinggi di Thailand.

You Might Also Like

10 comments

  1. Pasar Chatuchak ni kalau pergi lambat memang mandi peluhlah jawabnya...

    ReplyDelete
  2. Best kan bangkok.. saya pernah ke sini, then buat border crossing masuk ke kemboja malalui train. Naik train di stesen keretapi bangkok jam 6 pagi

    ReplyDelete
  3. bestnya...memang lupa diri bila tengok benda yg kita nak depan mata...sedapnya pulut mangga tu

    ReplyDelete
  4. Mie --> betul betul betul

    Dorsett --> Wahh..sure menarik

    SS --> betul

    Nieda --> Saya ni banyak lupa diri tang makanan..hahahah

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak zila. wahhh best gila.. aduiii nak shopping sampai lebam, harus datang sini. ekkekee fav sheila tu pulut mangga. masa mengandung siap mengidam lagi kihkihhh

    ReplyDelete
  6. Xsempat gi sini!! Sebab salah timing. Memang ralat jugalah. Bukan sebab xdapat shopping tapi sebab xdapat nak rasa feeling tu. Hihihi.

    ReplyDelete
  7. last year gi thailand singgah jap sini sebelum naik bas ke Surat Thani....ya ampun bak kata Zila..org mcm semut berselisih bahu waktu tu jam 5 ke 6 ptg kalau x salah..panas tu kuranglah sikit..byk kedai dh nk tutup..tapi masuk je kawasan tu mmg matu kutu nak cari jalan keluar

    ReplyDelete
  8. Sheila --> Waalaikumsalam..sama la fav kita..hehehe. Ngidam2...dapat tak??

    Bibie --> Nak kena gi la lah tu..hehehe

    JM --> Memang ramai giler JM. Panas tu xyah ckp la..saya standby pakai t-shirt yang serap peluh..takyah nak dtg cun2 kat sini..boleh cair makeup..hahahaha

    ReplyDelete
  9. Amboi makannya terlihat snagat-sangat sedppp

    ReplyDelete