January 14, 2015

Thailand (Bangkok) Day 3 - Part 6

Assalamualaikum...

Sambungan dari entry untuk day 3 di Bangkok. Lepas beberapa jam tido selepas telan panadol...me and my sis decide nak cari tempat makan. Asyik makan di Yana Restaurant rasa bosan pulak. Kami decide nak pergi Silom. Nak pergi Silom memang kami tak pandai...so kamipun tanya la customer service di BTS station National Station

Kami perlu stop di BTS station Chit Lom

Bila tanya jer kat orang area kedai kawasan Chit Lom tu...rupa-rupanya kami perlu naik cab. Dahla time tu dalam pukul 6pm gitu...time orang balik kerja. Cab semuanya tak stop sebab dah ada customer. Gelisah la kami dua orang...perut dah berkeroncong sebab tengahari tak makan. Last-last kami agree nak naik motorbike ...hahaha. Memang tahap terdesak tul time tu. Best jugak naik moto..selit sana-sini..gerun jugak la. Dah la jem teruk. Dalam 5 minit jer kami dah sampai area Silom. Sebenarnya saya tiba dulu daripada my sis...lepas bayar, mamat naik moto tu terus tinggal saya terkontang-kanting. Tapi saya yakin takde apa akan berlaku..sure antara mamat berdua naik moto tu dah discuss nak tinggal kami kat mana. Lagipun kami ada henpon...nothing to worry. Alhamdulillah my sis sampai. Rupa-rupanya penunggang motor yang my sis naik tu adalah muslim. Dia tunjuk deretan kedai area tu banyak restaurant halal. 50 baht (sorang) jugak la tambangnya...hahahaha. Hentam sajalah.

Jalan punya jalan..tak jumpa-jumpa restauran Cili Padi yang kami teringin nak makan tu. Tak sure la wujud ke tak restaurant tu. Kami give up...akhirnya kami pilih untuk makan di Deen Restaurant.


Kecik jer restaurant ni


 
Saya order pad thai dan my sis order nasi goreng. Pad thai ni tak sesedap di Yana Restaurant...saya makan sikit jer sebab tak berapa ada selera. Coffee tu memang terbaik...kalah coffee di coffee shop :P

Selepas makan...kamipun tahan cab untuk balik semua ke Chit Lom BTS Station. Driver cab yang kami naik tu pandai cakap english...dia siap nak rekemen tempat makan best bagai..padahal kami dah kenyang..hahaha. Macam-macam la sembang sementara nak smpai destination. Tetiba jer my sis perasan ada night market di sebelah kiri jalan. Pat Pong Night Market namanya. Apa lagi...kami suruh la driver cab tu stop kami kat situ. Rasanya tambang cab kami bayar time tu adalah 40 baht.

Memang happening sangat night market tu...night market tu berada di bahagian tengah deretan shoplot. Ada lebih kurang 4 row gerai-gerai dalam night market tu. Shoplot2 kawasan tersebut terdapat pub2. Kalau intai-intai sikit boleh la tengok perempuan berbikini terkinja-kinja atas stage...Astagfirullahaladzim.


 
Saper pandai tawar-menawar kat night market ni memang satu kelebihan. My sis pandai menawar...saya tak berapa...hehehehe. T-shirt yang sekali dengan seluar ni saya belikan untuk anak buah. Untuk yang lelaki saya beli gambar Ben 10. 2 pasang baju ni saya beli dengan harga 450 baht. Kainnya memang berkualiti


 
Cantik lampu-lampu ni...my sis snap dari henpon


 
T-shirt pulak harga around 200 baht ke atas..agak mahal. 


 
Saya dapat beli shawl ala-ala brand Burberry dengan harga 150 baht. Quality kainnya tidak berbulu dan lembut


Tuk-tuk

 
Terbeli pulak slingbag LV...aduhhh. Tak tahulah dengan harga 1000 Baht adalah berbaloi atau tidak sebab dah sangat tersuka dengan designnya...hahahaha


 
Berakhir sudah activiti shopping...heheheh

 Location night market ni adalah sebelah Chit Lom BTS station jer yeee. Lepas dah penat bershopping agak sakan...kamipun naik BTS terus ke Siam. Saya dari Malaysia lagi teringin sangat nak makan dessert di satu cafe di Siam Paragon. My sis agree sebab kami dah terlapar balik sebab banyak jalan. Mudah nak kesini sebab Siam Paragon ni link dengan skybrige BTS station Siam.


Masuk jer Siam Paragon..terus nampak macaroon ni. Rupa-rupanya macaroon yang diterbangkan dari Paris..isk isk isk. Semua orang pernah dengar Laduree kan..haaa..yang tulah. Excited la nak beli...sekali tanya harga..5 pcs 1000 baht..gluuppp...pengsan. So saya lupakan jerlah niat tu..hahahaha
 

 
Cafe yang saya nak pergi sangat tu berada di ground floor. Rupa-rupanya ground floor ni just untuk restaurant jer..fuhhh...manusia ramai giler 


 
Sebenarnya kami dah ala-ala give up nak cari After You Dessert Cafe ni...tapi nasib baik jumpa. Bila dah jumpa...mak aii...ramai giler customer tunggu turn nak duduk. Meja full!!! Siap kena ambik number lagi...fuh. Tapi don't worry..tak lamapun...sambil-sambil tunggu turn tu boleh la belek-belek menu. Confuse nak pilih yang mana...aduhhh!!


 
Banyak branch rupanya.


 
Macam tak sesuai nak order air manis untuk makan dessert kan...ada satu counter untuk ambil free drink. Tak tahu kenapa time tu saya dahaga sangat..berkali-kali my sis ulang ambil air kat situ. Bila dah demam tu...my sis la dok layan ambik air..kesian kut...hahahha. Air tu macam rasa apple sikit..boleh letak air gula kalau nak manis. Saya prefer tak letak gula....
 

 
Taraaa...tak tau apa nama menu ni..tebal giler roti ni...memang tak larat habis


Macam biasa..menu my sis order always the best...rugi tak order pancake topping jenis lain...terbaik sangat pancake ni. Bekas kecik tu adalah cream cheese.


 
Lepas dah kenyang..kami lepak jer dalam bilik sambil layan view waktu malam dari bilik. Malam tu baru saya dapat idea macam mana nak snap dari tingkap dan tak nampak bayang kami. Caranya adalah tutup lampu bilik..so inilah hasilnya. Nanti saya share view sunrise pulak yer..hehehe.

Untuk next entry..saya akan share pengalaman saya di Chathuchak Market

5 comments:

  1. Blog yang informatif...
    InsyaAllah saya akan ke Bangkok hujung tahun ni... boleh jadikan blog ni sebagai rujukan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak zila, wallah gambar pancake tu terbaik ohhh ~~~

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya Silom tu boleh baik bts gak. Turun kat Chong Nonsi. Deen Restaurant tu dekat ngan hostel kitorang stay kat Silom. Kalau x stay sana memang sampai ke sudah xtau cara ke Silom pun.

    ReplyDelete
  4. kalau ke bangkok lagi nk singgah tempat2 yg Zila sebut kat sini terutama tempat mkn tu

    ReplyDelete
  5. Saffuan --> Thanks :)

    Sheila --> hehehehe :)

    Bibie --> Tu lah..blur jugak nak jalan2 area tu..tak pernah study pun..hentam jer jln2..hehe

    JM --> mesti!!!

    ReplyDelete