January 12, 2015

Thailand (Bangkok) Day 3 - Part 5

Assalamualaikum...


This is my 1st entry for this year, 2015. Happy new year kepada semua reader dan juga blogger2. This year...azam untuk travel mana-mana..saya serahkan kepada keadaan. Kalau keadaan time tu berduit..boleh la pilih nak kemana-mana. Berdebar-debar tunggu bonus tahun ni...kalau bonus ok..InsyaAllah boleh la kemana-mana. Kalau tak ok, kena lah penuhkan tabung bencana travel tu. Ada 1 tempat yang saya and my sis teringin sangat nak pegi..harap-harap tercapailah hendaknya....Aminnn!!!

Sorrylah ambik masa yang lama nak habiskan entry Bangkok ni. Sejak balik Bangkok ni...demam saya tak menentu..malu dah asyik MC. Teringat lagi...3rd day di Bangkok, demam saya teruk sangat...rasa membahang jer badan. Memang tak larat sangat. Plan kami pagi tu nak pusing-pusing Bangkok sambil naik boat susuri Sungai Chao Phraya. Tanpa breakfast, kamipun keluar menghala ke BTS National Stadium. 1st sekali yang kami buat adalah...membeli ticket untuk 1 day pass. Pass tu boleh digunakan sampai tengah malam dan bukannya dikira sebagai 24 hours. Adalah rugi kalo kita beli day pass ni waktu petang...seelok-eloknya adalah waktu awal pagi...baru lah berbaloi. Harga pass tu adalah 130 Baht. Boleh dibeli di counter dimana-mana BTS station.



 
 Destination kami that day adalah Saphan Taksin...nampak tak sungai sebelah station tu...itulah Sungai Chao Phraya. Ada lega sebab kami tak perlu nak tukar train..dari National Stadium boleh direct jer sampai ke Saphan Taksin.



 Suasana sekitar National Stadium


Suasana di dalam train

Sampai jer Saphan Taksin Station, kami pun jalan la ikut signboard..tetiba terjumpa 1 tempat jual ticket untuk boat. Rasa macam selamat beli kat situ sebab office tu nampak macam boleh dipercayai. Pernah terbaca ada pelancong yang tertipu pegi beli ticket ntah apa-apa yang melampau sangat harganya. Harga river boat day pass itu adalah 150 Baht.


 
Nilah rupa 1 day pass tu.


 
 Nilah rupa boatnya...time ni mood memang ke Sungai Chao Phraya. Kesian my sis...sikit sebanyak effect dia jugak...diapun turut tak enjoy. Kami turun di Tha Thien Pier yang dikatakan location untuk Wat Pho dan juga Grand Palace. Berduyun-duyun pelancong termasuk kami turun kat boat tu. Stop tu bukan saja sekadar station untuk boat tu...malahan ada market yang menjual makan dan juga souvenir. 



 
Tak sangka betul kami terjumpa gerai orang Islam. Apa lagi...pekena la breakfast kat sini. Saya dengar cerita air kelapa muda boleh sejukkan badan..so saya order la. My sis punya la suka black tea ice tu..cukup rasa dia kata..


 
Ini adalah nasi goreng udang yang saya jamah sikit jer.


 
Kalau anda ke Bangkok...boleh saksikan penjual-penjual tepi jalan jual buah-buahan dan juga jus buah delima. Memang nampak menarik. Saya pernah rasa jus delima tu...rasanya sikit-sikit jer buah delima..maybe air lebih pastu letak pewarna merah...hahahha.


 Tak jauh dari market tersebut...sampailah kami di Wat Pho. Dalam wat ni dikatakan adalah patung buddha yang terbaring dan diperbuat dari emas. Saya terpaksa suruh my sis sorang jer masuk sebab saya gerun nak masuk...hahahaha. Dia pun masuk lah sorang dan saya duduk sorang-sorang kat luar. Time tu rasa nak landing jer kat kerusi panjang yang disediakan di luar wat tersebut.


 
Saya just round bahagian luar jer..terjumpalah bunga teratai ni sekumtum...dalamnya ada lebah menghisap madu...



 
Kalau tengok wat-wat dahulu kala..bentuk begini diperbuat dari batu bata..bila zaman moden skit..diperbuat warna-warni begini pulak. Ntah apa maksudpun tak tau.


 
Saya share photo dari camera my sis...inilah rupa patung buddha yang terbaring dan diperbuat daripada emas.



 
Siap ada bantal tu haa..

Lepas my sis keluar dari wat tersebut, kamipun beriringan ke Grand Palace yang tak jauh dari situ. Sebenarnya bersebelahan jer..tapi entrancenya jauh dari Wat Pho. Kami plan nak guna tuk-tuk sebab saya tak larat nak jalan dengan keadaan panas terik tu. Bila tanya driver tuk-tuk...dia siap offer nak bawak kami shopping bagai. Dan dia cakap Grand Palace tu tutup dan dibuka semula pada pukul 2pm. Bila kami taknak gi shopping, dia suggest kami ke wat yang patung buddha berdiri dan duduk bagai..haish. Last-last kami terpaksa lah berjalan sebab tuk-tuk tersebut taknak hantar. Tahan cabpun dia taknak hantar. Sepanjang kami berjalan, asyiklah kena approch dengan driver tuk-tuk...scam dorang sama jer...Grand Palace ditutup sempena itu ini. Dengan keyakinan bahawa Grand Palace itu dibukak...kami teruskan juga perjalanan.


Ada orang buat show di bus stop.


 
Grand Palace ni takdepun di tutup. Rasanya inilah tempat tumpuan pelancong paling ramai. Bila tengok jer keadaan ni...aduh...berpinar mata. Keadaan memang panas giler. 


  
Tak tahu bagaimanalah rupa Grand Palace tu...kami cuma dibahagian entrance. Saya memang give up time tu..badan rasa memang totally weak. My sis tengok keadaan saya makin teruk..dia decide kami balik. Dia korbankan kesempatan nak masuk Grand Palace disebabkan saya. Berapa kali saya say sorry sebab saya dah spoilkan our vacation. Dia cakap xper..next time nak datang lagi.



 
Kami tak perlu nak berjalan sampai ke jetty mula-mula kami turun tu...sebab Grand Palace ni berdekatan dengan Maharaj Pier yang mana ada juga jetty untuk boat yang bakal kami naik. Nasib baik sangat.


 
View di tepi Sungai Chao Phraya. Rasanya kami dah bazirkan duit beli 1 daypass untuk boat tu.



 
Saya perlu makan ubat...dan roti ni yang boleh lapik perut saya before makan ubat. Sepanjang di Bangkok...roti nilah kegemaran saya...simple but sedap. Just roti yang disapu butter dan ditabur gula...1 slice per pack. Boleh beli dimana-mana 7Eleven.

16 comments:

  1. selamat tahun baru! semoga sihat senantiasa utk travel.. insyaALLAH!

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru...

    macam2 taktik tuk-tuk utk tarik pelanggan, hingga sanggup menipu..

    ReplyDelete
  3. salam kenal2... seronok baca travel blog zila...kesian x sihat pulak pegi trip nie...nk buat mcm mana kan...kita hnya mmpu merancang...semoga cepat sihat yerrr....

    ReplyDelete
  4. Semoga selalu sehat selalu saat travelling kemudian hari,

    ReplyDelete
  5. Lah still demam on off ke Zila. Hopefully cepat sembuh. Terik giler panas kat Bangkok. Kitorang haritu pun duk berlari2 dalam Grand Palace sebab nak berteduh. Xpe xdapat masuk, kesihatan lebih penting. Sebab nak round dalam tu agak luas gak.

    ReplyDelete
  6. Saya pun agak gerun juga dengan benda terbaring tu... memang tak akan masuk punya tempat macam tu...

    ReplyDelete
  7. saya suka singgah di 7 eleven Thailand. barang yg dijual murah...my mum beli sikat rambut daripada kayu dlm RM4 saja

    ReplyDelete
  8. kesian zila ...tak sihat waktu melancong mmg spoil mood betul.jgn risau ada rezeki boleh lagi

    ReplyDelete
  9. kesian zila ...tak sihat waktu melancong mmg spoil mood betul.jgn risau ada rezeki boleh lagi

    ReplyDelete
  10. John --> thanks :)

    Nohas --> Betul tu...memang kena tahan diri dari terpengaruh

    Azue --> Salam kenal..thanks sbb sudi singgah baca. Betul apa yang Azue ckp :)

    Luhtfi --> Thanks :)

    ReplyDelete
  11. Bibie --> Memang tak mampu dah nak masuk grand palace tu..tak larat sangat.

    Mie --> Takut dia bangun ke mie...haahahha..gurau jer

    Nieda --> wow murahnya...hehehehe. Insyaallah nak pegi lagi pasni...syok shopping...hehehe

    ReplyDelete
  12. ada satu tempat teringin nak pergi ke mana kah itu...umrah ke?

    Zila demam maybe kerana cuaca panas di Bangok ke

    ReplyDelete
  13. JM --> Kalo nak pegi umrah..saya takkan bgtau saper2..hehehe..ni tmpt lain. Agaknya panas sgt kut kt sana

    ReplyDelete
  14. Senangnya bisa jalan-jalan ke negeri orang. tentu harus siap-siap duyang banyak.

    ReplyDelete
  15. Amboi sangat menarik sekali perjalannya

    ReplyDelete