Hong Kong (Dim Sum & The Peak) - Part 3

November 21, 2015

Assalamualaikum...

Entry kali ni adalah untuk 2nd day kami di Hong Kong. Plan that day adalah nak makan dimsum. Memang favorite saya tuh…hehee. Dari pembacaan beberapa blogger cara nak ke Islamic Centre Canteen di daerah Wan Chai ni macam agak merumitkan. Boleh refer blog Syarliz untuk detail. Cara saya ke Islamic Centre Canteen tu agak berbeza dari beliau, tapi saya dah lupa refer blog mana....hehehe. Nasib baik kami jumpa sorang indon, dia lah bawa kami ke situ ketika tercari-cari Islamic Centre Canteen tersebut.



Selepas keluar dari MRT station (sorry tak ingat namanya..hehehe) kami terus ambil bus no. 789. Bila sampai Wan Chai..kamipun turun la.


Penumpang tak berapa ramai time ni..bus ni ala-ala double decker london bus. 


Dah turun bus...teruja pulak tengok tram kurus-kurus gini.

Dari sini kami perlu berjalan dalam 5 - 10 min gitu. Memang blur jugak lah nak jumpa. Tanya orang Hong Kong, sorangpun tak layan..berjalan menonong jer ignore kami..nasib baik jumpa minah indon..dia suruh kami ikut dia..syukur sangat. Canteen yang menjual dim sum ni terletak di 5th floor ye. Cara nak order..kena ke tempat dim sum tu..dan tunjuk kat menu yang terletak di dinding nak yang mana...lepas kita duduk la kat meja, dorang akan hantar.


Inilah hasil pilihan kami...


Dalam ni ada ayam tak salah saya..


Dalam ni pulak adalah udang...agak plain rasanya.


Popiah ni sedap :)


Pau red bean memang kesukaan saya...



My sis suka sangat dim sum goreng ni..isi ikan kalau tak salah saya


Cili cicah ni spoilkan selesa saya...pedas gila. Pedas..pedih..pijar..ntah apa lagipun rasanya tak tahu saya nak explain. Akhirnya saya terus stop makan sebab kesan pedas tu tak mau hilang..rasa lidah terbakar...hahaha. My sis memang tak larat nak habiskan..so dia mintak tapau je.


Selain dim sum...ada macam-macam menu lagi..disebabkan time tu awal pagi..saya belum betul-betul lapar lagi..so makan dim sum jer lah. Dah siap makan...kami decide nak ke The Peak



On the way nak naik bus, terjumpa stall pizza ni....dipandang sepi jer sebab dah makan..hehehe



Time nak ke The Peak ni...aduhaii..kena berjalan gila jauh dari MRT station. Dah la jalan macam kena panjat bukit...ditambah time tu hujan. Memang rezeki kami hari tu tak berapa nak bagus.


 
Time ni dalam tram untuk ke The Peak...see?? berkabus kan?? Memang kami takde rezeki nak tengok view yang lawa dari puncak...viewnya adalah building-building pencakar langit. Dah alang-alang beli ticket di DingDing Travel tu..kena lah guna..



 
 Bila dah sampai puncak...kita akan memasuki building tak salah saya 5-6 tingkat jugaklah untuk ke rooftop. Dalam building tu ada banyak restaurant, souvenir shop, kedai baju dan macam-macam lagi...macam mall lah. Di setiap floor tu...kita boleh keluar...tapinya angin kuat giler dan hujan lagi. View memang tak nampak apapun.


Inilah floor yang terakhir tu...ada sebut rooftop lah ek. Time menggigil sejuk...gerun pun ada bila dengar bunyi angin..ada 1 service untuk snap gambar kita dan dorang akan edit seolah-olah ada background sebenar jika cuaca elok...hehehe...sikitpun tak teringin..hmmm


 
Kemudiannya kami singgah 1 cafe untuk sambung makan dim dum yang kami tapau tak abis tu..


 
 Sebelum beredar...possing-posing sikit


 
Jika langit biru...maybe lagi cun tempat ni


Sebelum masuk bilik...kami singgah dulu makan di kedai yang kami pergi semalam sebelum tu...saya order bihun goreng..rasa macam dorang letak kunyit..tak sedap..tak boleh nak telan
 

Akhirnya saya share makan nasi my sis...dia order seafood curry. Lagi 1...tea o ais punya la pahit..dah berapa kali tokey restaurant tu letak gula..tak manis-manis..hahahaha. Tea india memang gitu kut...nasib baik that day adalah our last day..esok tu kami dah nak tinggalkan Hong Kong. Boleh dikatakan makanan di Hong Kong ni tak kena dengan selera saya.

You Might Also Like

6 comments

  1. not akak boleh lah refer sini.. nak makan tu yg penting kan..

    ReplyDelete
  2. Kak Azian --> entry saya kali ni tak berapa cukup info direction nak ke Islamic Center ni..akak leh lefer blog Leez ;)

    Firdaus --> sama la kita...hehehe

    ReplyDelete
  3. Makan dim sum kat sana memang best. Masih teringat kesedapannya sampai sekarang. Yummy.

    ReplyDelete
  4. Mazuriah --> fuhhh..sampai boleh ingat tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. best sangat akulovetravel
    Salam kenal ...wow...bestnya klu dpt bcuti kat sini,

    read balek ya lake toba tour package

    ReplyDelete