Thailand (Lopburi) Day 2 - Part 2

December 21, 2014

Assalamualaikum...

Hai semua. Bertemu lagi kita untuk cerita 2nd day di Bangkok iaitu 11 Dec 2014. Malam sebelum tu saya siap-siap set alarm dari hp untuk bangun pukul 4am. Sebabnya kami akan memulakan trip ke Lopburi pada pukul 5am. Ntah mabuk apa ntah..saya boleh lupa hp belum tukar waktu Thailand yang mana lewat 1 hour dari Malaysia. So, pukul 3am saya dah bangun dan mandi...hahahaha. Bila keluar jer toilet..my sis cakap..hey..baru pukul 3 lebih nih..nape cepat sangat nak siap...hhahhaha. Tergelak-gelak la kami pepagi buta tu...hahahaha. Nak tak nak terpaksa la tido lagi..bodo betul.

Seperti yang dijanjikan..kami bersedia kat bawah hotel untuk tunggu Samart datang. Seperti yang saya dah bagitau previous
 entry, Samart ni my sis ambil contact no nya dari blog http://mamaayahaman.blogspot.com/. Contact No nya adalah +6681-699-3221 atau +6689-442-5114. Perlu diingatkan...beliau pandai berbahasa melayu dengan lancar tetapi, tak pandai baca watsup dalam bahasa melayu atau english. Kalo nak senang contact beliau, silalah terus call ataupun voice message dari watsup. Samart ni bila disebut bunyinya macam Samat..tapi dia bukannya muslim..hahaha. 

Lepas jer Samart ambik kami, dia stop depan 7Eleven sebab dia nak beli something. Saya minta my sis tolong belikan mineral water dan woods sebab tekak saya dah start sakit. Tak lama pastu my sis balik ke cab Samart. Rupa-rupanya Samart belanja mineral water dan dia cakap dalam cab dia ada ubat sakit tekak. Bagus betul. Samart ni peramah tapi bukan bz body...itu yang kami suka pasal dia. Satu lagi...dia bukan jenis nak cuba pujuk-pujuk kami tambah duit untuk memana-mana lagi. Dan dia siap highlight yang dia bukan mulut manis. Patutnya 2500 Baht yang kami bayar itu adalah untuk ke Lopburi jer..tetapi last minute saya request untuk singgah Ayutthaya, dia tak tambahpun fee. 

Sambil-sambil drive tu..si Samart ni cter la..dia dengan ayah si Mawar tudung Fareeda tu kawan baik. Siap tunjuk name card si Mawar tu. 1 album name card orang Malaysia dia ada..hahaha. Mostly adalah anggota polis. Yang paling dia bangga adalah...dia kenal adik Sultan Johor..hahaa. Dasyat tul kenalan dia. Saya tanya dia cmner tahu cakap melayu...dia kata dia duduk Brunei 2 tahun..dari situlah dia belajar. Kemudiannya bila di Bangkok, dia banyak communicate dengan kawan melayu dia yang kerja di Malaysia Embassy.  

Dari semua driver yang saya survey charge ke Lopburi, semuanya 3000 Baht ke 3500 Baht. So, charge yang dikenakan oleh Samart ni adalah termurah. Disamping tu, dia dengan senang hatinya jadikan tab dia sebagai internet portable hotspot. So tak boring lah sangat dalam cab. Perjalanan ke Lopburi ni memang jauh..rasanya nak dekat 2 jam lebih. Saya excited sangat nak ke Lopburi ni lepas menyaksikan keindahan sunflower field dari blog Zilla (http://mystoriesmories.blogspot.com/). Zilla ada bagi direction ke sunflower field tu..agak susah nak kesana jika naik train dari Bangkok. Kemudian perlu naik bus dan sebagainya..akhirnya kami decide nak cari driver...hahaha..



my 1st photo yang saya snap...hahaha..impian yang ditunggu akhirnya tercapai..nak letak sunglass kat sunflower...hahaha



 
 
Baru kami tahu nape Samart nak sampai awal pagi di sini...sebabnya adalah untuk elak panas membahang. Awal pagi adalah terbaik sebab rasa suam2 jer.


Bunga matahari yang belum kembang


Nampak tak bulan?? Langit sangat biru...cerah betul that day.


See?? hahaha...saya cabut-cabut permukaan bunga ni..kemudian nampaklah kuaci yang saya makan selama ni. Subhanallah..setiap ciptaan Allah sangatlah unik dan menarik serta memberi manfaat kepada manusia.



Bunga ni agaknya dah boleh ambik kauci dalamnya kut...heehhe...bila pegang..berat sangat. That why tertunduk gini.


Nampak tak ulat atas bunga ni...ulat nilah penyebab kalo kita makan kuaci xde isi sebab isinya dah dimakan ulat ni...hahahha



 
Bunga yang sangat cantik!!!!



Kuaci yang siap dibuang kulit ni sangat lah sedap..tersilap beli sikit. Dah lah murah...haishh


Bunga perhiasan ni pun murah sangat..hanya 20 Baht.

Lepas dah sejam lebih bergambar bersama sunflower, kamipun bergerak ke next destination iaitu Ayutthaya. Sepanjang perjalanan ke Ayutthaya, kami dapat menyaksikan sunflower field yang lain dikiri kanan jalan. Ada jugak yang dah dipotong, ada tunggu masa untuk dipotong dan ada yang belum kembang. Kami tak request untuk stop mana-mana lagi sunflower field sebab bunganya adalah sama iaitu sunflower..hehehe.

Sampai disini dulu ye...next entry adalah Ayutthaya :)

You Might Also Like

18 comments

  1. Kesian kau buli bunga tu Zila...kihkih

    ReplyDelete
  2. Hahaha hensem si Sunflower ngan sunglasses tu. Lawa sangat ah Zila field ni. Nak juga menjejak ah tahun depan. Timing kena ngam ni.

    ReplyDelete
  3. wow bestnya... boleh samart la nnt kalau nk p

    ReplyDelete
  4. Wah zila, cantiknya ladang sunflower ni...ish ish..ni yang buat gatal tangan bukak website AA ni!

    ReplyDelete
  5. puas hati nampak bunga matahari yg besar2

    ReplyDelete
  6. Wah....hati dah berbunga2 dah ni...

    ReplyDelete
  7. waahh..cantiknya tempat ni.:)mcm nampak bunga matahari tu senyum je kat ciku.hihi

    ReplyDelete
  8. cantiknya..sunflowers in the sun..

    ReplyDelete
  9. Zila..cantik gambar sunflower tuh...pakai kamera apa ek?

    ReplyDelete
  10. Mie --> hahahahah

    Bibie --> A'a timing kena ngam..time saya pegipun banyak pokok dah kena potong

    SS --> :)

    Zarulfarhana --> Boleh boleh

    Hidayah --> Kalo tangan nak gatal..kena gi dlm bln ni atau bln depan jer..kalo terlewat..terpaksa la tunggu next year hujung tahun..heheh

    ReplyDelete
  11. Nieda --> betul betul...hehehe

    syieda --> adakah andapun akan kesana?? lain mcm jer berbunga-bunga tu..hehhe

    ciku --> :)

    Nohas --> a'a :)

    Nazuha --> Compact camera samsung jer. Gambar nampak cantik maybe cuaca sangat baik

    ReplyDelete
  12. bestnyaaaa.. cantik2 bunga matahari dia...

    ReplyDelete
  13. hebat si samart ni ayah si Mawar tu pun dia kenal...senang lah kalau komunikasi dengan org bole berbahasa melayu nih...betul tu..Zilla pegi naik train dan cara Zilla tu ofcoz lebih murah tp kalau nk mudah ambil cara Zila ni kan sewa driver...hurrmmm...kalau nk ke Lopburi seelok2 nya bulan Dis kan...early Dis

    ReplyDelete
  14. JM --> Bukan setakat ayah si mawar tu...polis2 melaysia yang di sana pun dia kenal..pastu adik sultan johor pun dia kenal.

    ReplyDelete
  15. Salam Zila,
    Awak rasa si Samart ni masihvalid lagi tak untuk di contact? Nak pergi Lopburi insya Allah tahun 2017.
    azyett@gmail.com

    ReplyDelete