France (Eiffel Tower & Champs Elysees) - Part 3

August 17, 2014

Assalamualaikum...

Gatal betul kaki ni nak travel lagi..tapi boleh kah? Lately ni macam-macam sangat kes flight terhempas..kena tembak..silap landing..cuaca buruk sampai terhempas. Yela..semua orang tahu mati itu adalah pasti cuma tak tahu jer macam mana cara nyawa seseorang tu diambil oleh Penciptanya. My parents contohnya..tak kan paham kalau saya explain macam manapun kat dorang. Fobia ke atas kejadian-kejadian flight ni buatkan parents saya susah dah nak lepas saya naik flight. Tapi bila saya balik penang naik flight dorang ok lah pulak..hahaha..maybe sebab dorang tahu tu jer cara paling cepat saya boleh sampai rumah kat kampung nu ha. Apa-apapun saya syukur sangat sebab bila fikir-fikir balik..sayangnya makayah saya kat saya :)

Ok lah..saya nak sambung citer kisah di Paris. That day is 15th May 2014...Selepas puas makan roti free kat Notre Dame, kami naik HoHo bus untuk ke Eiffel Tower pulak. Kali ni kami jumpa manusia yang sangatlah ramai. Antara negara-negara pernah kami pergi selama ni...di Parislah kami dapat saksikan tourist yang paling ramai. Kenapa ye?? Adakah sebab Paris ni cantik?? Adakah Paris ni simbolik percintaan?? Ataupun adakah Paris ni terlalu best?? Jika tanya saya..ketiga-tiga persoalan itu adalah tidak benar sama sekali. Nak kata cantik...tak sesuai kut..kalo unik tu maybe betullah sebab buktinya adalah building-building kat sana. Nak kata simbolik percintaan...hmmm..ntah lah. Eiffel Tower tu simbol percintaan?? Saya nak tengok Eiffel bukan sebab tu sama sekali..hehehe. Saya just nak saksikan hebat sampai macam mana tower tu. Jom tengok photo saya snap :)



 
Eiffel Tower disebalik rimbunan pepohon...


 Sanggup ke Q untuk masuk dalam toilet tepi jalan ni?? Sememangnya ada yang sanggup...panjang Q kat toilet ni..hahaha...saya tak sanggup :P



Boleh berjalan jer nak ke tempat-tempat kat signboard ni...dari tempat-tempat ni boleh bergambar berlatarkan Eiffel Tower dari kejauhan. Nampak minah baju hijau tu?? Nyampah tul..suruh orang sign apa mende ntah..bila orang tak mau nak tolak-tolak gitu. Really suspicious...


 
Ramai orang tengah Q nak naik Eiffel Tower ni. Kami?? Hmm...kami just visit kawasan sekitar jer.


 Transport style gini banyak terdapat kat Paris..dia boleh bawak 2 orang penumpang. Tapi punya la mahai..saya ada tanya..harga dalam 30 Euro kalau tak salah saya. Tak sure dia pusing-pusing area mana.


  
Dah sampai sini..wajib la ada photo bersama tower besi ni...hahaha. Dari bacaan saya, Eiffel Tower ni lebih kurang setinggi 80 lebih tingkat building. Engineer yang membina tower ni bernama Gustave Eiffel. Eiffel Tower ni adalah building paling tinggi di Paris.


 
See?? Ramai betul orang berjemur..kami pulak cari tempat teduh untuk lunch...hahaha. Dengan bekalan lauk Berahim dan roti..kami berjamu selera kat sini.


  
Dah kenyang, kami berjalan sikit untuk ke area di mana kita boleh bergambar di bahagian tengah-tengah Eiffel Tower. Kat sini boleh tengok bermacam-macam aksi orang nak snap photo..ada yang sampai berbaring kat rumput..haahaha. 


 
Pekena ice-cream..


 
Mini Eiffel Tower..hehehe. Saya perhatikan kat sini takde restaurant. Yang ada cuma kiosk-kiosk macam kat sebelah saya tu. Tempat ni memang lapang selapangnya.


 
Kalau nak naik cruise..just berjalan sikit jer...tapi kami memang tak plan nak naik cruisepun. 


 
Asalnya kami nak berjalan ke satu tempat..tak salah saya nama tempat tu adalah Concorde. Tapi kami berjalan halfway jer. Penat dan rimas sebab orang ramai sangat buat kami tak berapa teruja nak ke situ. Ketika ni kami sempat saksikan polis yang berbasikal kejar mat black yang menjaja souvenir..berselerak mat black lari. Tapi polis-polis ni macam acah-acah jer..hahaa. Yela..camner nak tangkap kalo mat black tu ada ramai orang.

Lepas diskas dengan my sis..kami decide nak ke Champs Elysees. Niat dihati nak shopping lah apa yang patut. Tempat ni lebih kurang macam Oxfort Street gitu. Tapi mahal-mahal lah barang kat Champs Elysees tu...kami just jalan-jalan jamu mata jer. Nak ber tea breakpun semua cafe penuh dengan orang...aish...mana-mana jer ramai orang...hahaha. Seriuosly..Paris ni manusia macam semut sedang hurung gula..wakakaka. Jom tengok apa snap kat Champs Elysees ni...


Kami hanya berjalan-jalan di deretan kedai di sebelah kanan. Jalan ni punya la besar..tapi jammed...isk isk isk.


Souvenir kat sini mahal..jangan beli yeee...

 Macaron...warna-warna yang menarik perhatian untuk orang memakannya. Time ni saya belum tergugat melihat macaron ni...hehehe

Selepas puas jalan-jalan..kami decide nak balik dan dinner di area hotel kami. Kamipun tunggulah bus route HIJAU. Kami perlu ke tempat di mana kami memula naik bus route HIJAU ni sebab kami perlu naik bus route KUNING untuk ke Gare Due Nord. Ketika tunggu tu...ada beberapa tourist pun dok tunggu. Fed-up betul tunggu bus tu..beberapa bus taknak ambik kami..maybe sebab service bus tu dah nak abis. Time tu jam baru pukul 6pm. Gelisah lah kami bersama-sama tourist  tu. Tetiba datang 2 bus sekali...bus yang 1st taknak bukak pintu..dia tunjuk suruh naik bus belakang dia. Berlari-lari kami pulak ke bus belakang....pun taknak bagi kami naik..suruh kami naik bus depan..lari pulak ke depan..lepas my sis explain dengan marah..baru dia bagi naik. See?? 

Sangat worse la service HoHo bus ni. Bila dah sampai Medaline..tak nampak rupa bus route KUNING langsung. Lama jugak kami dan tourist yang lain tunggu. Bila jer bus tu sampai..lain pulak alasan. Service bus tu dah abis..tapi time tu pukul 7pm..bila ditanya service abis pukul 8pm..grrrrr...geram betul. 

Nasib baik metro just tepi kami jer..so kami terpaksa lah turun ke underground station tu. Nasib baik staff metro layan kami. Dia explain macam mana kami nak balik semua..dan tolong belikan ticket guna mesin. Baik betul dia. Ramai orang cakap orang France ni tak pandai berbahasa inggeris..tapi sepanjang di sana..kami tak pernah bermasalah communication. Orang yang kami jumpa semua boleh berbahasa inggeris..maybe kebetulan kut :)


 
Takde banyak beza dengan underground tube London...time ni maybe orang balik kerja..aduhai..penuh padat dalam train ni. Kami dua-dua orang kepit handbag rapat..hahaha. Alhamdulillah takde apa perkara tak diingini berlaku.


 
Lapar betul time tu..kami terus ke restaurant halal area hotel kami tu. Tengok roti bertoppingkan cheese ni...nyum nyum nyum. Saya teringin nak makan kebab time ni


 
Taraaaa....my dinner. Memang terbaikk...fries tu terlalu banyak..half jer saya dapat habiskan. Kebab tu memang terbaik...cukup rasanya.


 My sis order nasi. Wedges goreng tu walaupun simple tapi sangatlah sedap. Digoreng bersama bawang besar..bila dimakan terasa manis bawang besar tu dan potato yang sangat lembut. Saya asyik curi makan makanan dia..hahaha

Berakhir sudah day 2 in Paris. Kami masih ada 1 hari lagi di Paris sebelum bergerak pulang ke Malaysia. Untuk keesokan harinya..saya dah inform my sis tempat yang saya nak sangat pergi. Dalam hati ada juga nak tengok Eiffel Tower diwaktu malam..bila fikir-fikir balik, malampun lewat kat Paris ni..kang nanti  tak dapat balik hotel pulak kalau public transport dah stop service...bahaya jugak tu. So, kami just relax jer malam tu.

You Might Also Like

10 comments

  1. Saya Q kat toilet tu. Tapi bila nak sampai turn, saya keluar Q sebab risau orang belakang tunggu lama. Nak 'buat bisnes' pun kang xselesa haha.

    Xsempat gak tengok Paris waktu malam. Tu pun saya terlajak lepak kat Trocedero sampai kul 10pm tapi dunia still terang. Impian nak tengok Eiffel berliplap hanyut. Nextime kot rezeki kita lagi. Insha Allah, amin.

    ReplyDelete
  2. Souvenir yang mahal tu Zila kata jangan beli. Tapi Zila dah beli dan beri pada saya :) Terima kasih tak terhingga Zila.

    Entah kenapa orang berduyun-duyun ke Paris. Tapi ternyata ia antara kota yang paling ramai dikunjungi pelancong.

    ReplyDelete
  3. Saya dapat souvenir murah kat Notre Dame, di samping Sungai Seine. Kualitinya pun saya tengok sama dengan di Champ Elysees.

    ReplyDelete
  4. banyak peristiwa yang berlaku dalam negara kita pada tahun 2014, termasuk tragedi kapalterbang MAS dan juga tragedi kapalterbang negara2 lain pun mengalami nasib yang sama dan ini membuat kan kita rasa sedikit tergugat nak naik flight tapi apa boleh buat perjalanan yang jauh memerlukan kapalterbang untuk sampai ke sesuatu destinasi.. dan saya pun akan terpaksa juga naik flight minggu depan ke London dan doakan perjalanan saya selamat.. o ya Eiffel Tower tu saya pernah naik sampai tingkat yang paling atas sekali..pemandangan dari atas nampak tersusun saja bangunan2 di serata Paris tu..

    ReplyDelete
  5. Bibie --> Saya ada Q kat toilet yg betul2 tepi Eiffel Tower dan dalam underground..walaupun Q panjang...agak selesa la dan toiletpun bersih. Amin..moga2 ada kesempatan next time nk tgk eiffel tower liplapliplap :)

    Prof --> Sama2 prof..bukan selalupun..hehehe. Betul tu prof..keadaan org ramai betul2 luar biasa.

    Indra --> Sayapun dapat souvenir murah kat Notre Dame dan lagi murah di suatu tempat lagi (saya cter dlm next entry)

    Bannister --> Saya doakan Banniester selamat pergi dan balik dan enjoy ur trip. Wow bestnya boleh naik paling atas sekali kt Eiffel Tower..

    ReplyDelete
  6. Ya Ampun Zila..lama betul JM x singah sini nasib baik masih ingat jalan nk ke sini..huhuh

    Wahh..entri dah sampai penghujung mau balik msia dh ke..nampak nye pelu baca semua entri yg tertunggak nih

    Mesin beli air di McD tu mmg unik..

    Mmg x sukalah sikap driver msia ni..JM pernah kena dgn driver bus..geram tul..time tu baru balik seoul terus compare dgn driver bus di seoul yg sgt2 polite

    ReplyDelete
  7. Akhirnya Zila dapat lihat Eiffel Tower di depan mata kan..JM hanya mampu tgk replika di Window of the world je..maybe one day akan ke sana jugak..in sha Allah

    kalau JM mmg gelabah dh kalau kes bas mcm tu..boleh pulak suruh ke depan ke belakang hishh!!

    ReplyDelete
  8. JM --> Hai JM..thks sebab singgah sini..heehe. Saya pulak setiap kali balik dr travel, selalu dpt driver cab yang menyedihkan..hehe. Sepanjang di Seoul naik cab memanjang, semua driver cab ok sangat2.

    Lepas pasti JM pulak dpt tgk Eiffel Tower..saya yakin!!!

    ReplyDelete
  9. Hi zila...sy lepak dpn eiffel tower dari ptg sampai blh nampak eiffel tower waktu mlm, lawa lah jugak. Puas hati. Cuma sy kena tipu kat sini. Beli keychain eiffel tu harga €1 satu. Arghhhh masih rasa marah lg...

    ReplyDelete
  10. sori...tak perasan comment liza. Sayapun teringin nak lepak waktu mlm kat eiffel tower..tp lewat sgt nak malam...hehehe

    ReplyDelete