January 2, 2013

Fireworks 2013 at The Curve, Mutiara Damansara

Assalamualaikum...

Wahh..kita di tahun baru sudah. Hari ni hari pertama saya dan pembaca semua bekerja di tahun 2013. Sure semua penuh bersemangat kan?? Kemudiannya hati berkobar-kobar nak laksanakan mission baru ataupun mission 2012 yang tergendala..wahh..caiyok caiyok!! kata org korea..hehe. Saya ni bukan jenis suka set2 mission..sesuka hati jer hidup tiap-tiap tahun...haaha..don't follow me ya..tak baik.. :)

Opss..lupa plak niat sebenar entry ni..hmm..just nak tayang photo and video fireworks time new year. 3-4 tahun ni saya tak pernah missed tengok fireworks kat The Curve, Mutiara Damansara. Dah tau dah mana tempat strategic. Kalau park kereta kt tepi Petronas Kampung Sungai Penchala..then pandang arah The Curve. Cun sangat location tu. Tak payah nak berasak-rasak kat The Curve tu..dok relax dalam kereta jer. Awal la sikit dalam kul 11.30pm camtu..kang takde space pulak nak park kereta. Lepas 10 minutes layan fireworks..broooomm terus boleh balik tanpa ada jem ke apa ke..suka sangat. 

Jom layan photo..biasa2 jer sebab guna henpon..lupa nak bawak camera


 I think this is the best fireworks i snap (^_^)


 Yang panjang cam ular tu..terbang naik..then akan meletus jadi fireworks yang sangat cantik...





Sebenarnya banyak fireworks saya snap..xclear la..ni jer yang ada rupa sikit...haha. . 

Ada orang cakap watper nak buang masa tunggu detik 12 tengah malam untuk celebrate new year..lain orang lain fikirnya..tunggu detik 12 tengah malam tu tak semua orang terkinja-kinja celebrate new year..for example me...nak tengok fireworks jer pun..then balik. Beratus-ratus hari kita hidup dengan tidur awai dalam setahun..apa salahnya nak tidur lambat sikit tengok fireworks. Dalam FB saya..banyak yang berfikir -ve pasal tengok fireworks time new year..ada suruh balik baca Al-Quran la..tidor lagi bagus la..takperla asalkan orang tu bahagia dengan pemikiran masing-masing.

Nanti saya masukkan video fireworks yerr...ni layan photo dulu :)



8 comments:

  1. Guna handphone pun cantik gambar firework yang Zila tangkap. Seronok kan tengok bentuk bunga api tu di angkasa? Tapi saya di Beijing sambut tahun baru dengan memerap di rumah je. Sejuk giler, tak siapa mahu keluar rumah.

    ReplyDelete
  2. zila...bior ler apa yg dorang nk pikir masing2ada pandangan senfiri kan yg penting kita x kacau org kan pastu plak yg bercakap pun kekadang bukan baik sgt pun asyik nk pandang -ve je sbb tu kuar aura -ve dan menarik magnet -v. Panjang plak sy membebel hihihi jgn peduli janji kita epy dan tahu apa yg kita buat :-) epi new year zila

    ReplyDelete
  3. best betul tengok bunga api, gambar ko ambik pun cantik.aku tak pergi tengok pun, just lepak rumah member aku jer, borak-borak pasal masa depan, cewah...

    ReplyDelete
  4. Prof --> Memang syok prof..free pulak tu..hahaha. Sebelum2 ni kalo raya saya beli yang seketul tu RM20 lebih..2-3 kali tembak dan abis..haha.

    Jarimanis --> xper2 bebel..ada point gak tu..haha. hepi new yr to u too :)

    Orga --> Cantek meh?? biasa2 jer tu..bagus2 borak hal masa depan..moga2 cerah masa depan :)

    ReplyDelete
  5. gambar fireworks yg first tu mmg cantek. this year tgk fireworks dari balkoni rumah je tu pn nmpk sayup2 je ntah kat mana dorang pasang. teringat dlu zaman stdy celeb new year kt genting 2 years in a row. giler ramai org. hahah lps tu dh x buat dah. ;)

    ReplyDelete
  6. Yg first tu jer pun mcm ok skit..yang lain2 blur..hehe.

    ReplyDelete
  7. Wow, beautiful captures of the fireworks! Have a happy day!

    ReplyDelete
  8. wow... meriahnye... selamat menyambt tahun baru 2013... kat jepun pun ada sambutan bunga api besar2an...dibuat masa musim panas...mmg meriah ;)

    ReplyDelete