December 19, 2012

Istanbul Aku Datang - Turkish Dessert

Assalamualaikum...

Entry saya kali ni benda makan yeee. Sure semua orang dah tengok movie "Istanbul Aku Datang" kan? So far ramai yang cakap best.. makanya sayapun layan jugak la. Sempat la tengok online dari youtube..rasa-rasanya sekarang dah takde dah kut dalam youtube tu...hehe. Dah ada free..tengok jerlah kan..bukan saya wat salah beli yang cetak rompak punya..hehe..peace yooo!!!

Pasal movie tu..saya suka last2 jer time si heroin frust tu..tak lah saya rasa rimas sangat bila heroin ni tak tergedik2 lagi..hahaha!! Dan paling penting ada satu yang menarik minat saya..ianya adalah Turkish dessert. Maybe ada yang perasan time si hero heroin ni jalan-jalan shopping bagai tu..si heroin ada beli Turkish dessert. Start dari situ saya dah tanamkan azam nak ke Istanbul makan dessert..hahaha. 

Dan paling tak sangka..saya jumpa dessert tu kat satu store di Ikano, Mutiara Damansara. Lupa nak tengok nama store tu. Kalau yang berminat tu..store tu tepi Teppayaki restoran..dekat-dekat dengan The Steamboat Ketam Village Ikano level P1. Ohh..saya sukeee!!!

Jom ushar rupa dessert ni...nyum2


 Taraaaa...ada 4 jenis dessert yang dijual kat situ. Tokey kedaipun rasanya datang dari Istanbul..hehe. 


Meh sini nak cter sikit lagi...yang panjang-panjang tu saya rasa lah kan...kulit popiah digulung yang mana disapu butter dulu..pastu di bakar dalam oven. Semudiannya dikeluarkan dan dituang honey atau maple syrup..yang macam sarang burung tu paling best!!! rangup sangat. Yang lain2 tu saya tak sure camner terjadinya...hehehe. Harga?? hmmm..agak mahal tapi saya rasa tak rugi beli sebab puas hati. Harganya adalah RM10 per 100g. Quantity?? Macam dalam gambar ni la. Cukup la untuk sorang makan. 



10 comments:

  1. macam menarik, nak pi try jugaklah...

    samala kita, layan utube jer, selagi tak kena block, selagi layan, hehe...

    ReplyDelete
  2. Salam Zila,

    Yang Zila katakan Turkish dessert tu, namanya ialah baklava. Makanan Timur Tengah & Greek. Macam Zila, saya pun suka baklava ni. My favourite. Pertama kali saya makan baklava ni masa saya tinggal di USA, dijual di kedai dekat rumah saya. Lepas tu saya belajar buat baklava ni. Tapi tak berapa pandai. Asyik tak menjadi je. Masa di Melbourne saya selalu ke kedai Turki & Greek beli baklava ni. Masa saya ke Abu Dhabi dan Cypruspun saya bawa balik banyak. Student saya dari Palestin dan Iran suka hadiahkan saya baklava ni setiap kali mereka balik dari negara dia orang. Di USM Penang depan masjid ada jual baklava ni. Di KLCC tingkat bawah sekali ada jual. Pendek kata, tak payah ke Turki nak beli baklava ni.

    Yang Zila kata kulit popiah itu, namanya ialah fillo pastry, ia lebih nipis.
    Bahan-bahan membuat baklava ni ialah butter, cinnamon, honey,sugar, toasted nuts (pistachios, walnuts, etc), fillo pastry, grated orange rind, water.

    ReplyDelete
  3. Akak suka sangat baklava tu. Selalunya makan kat saba'restoran nasik arab. Tapi masa akak ke korea ari tu, ada satu bakery turkey ni jual segala macam baklava ni...uii sedap betul. Ehhh Istambul aku tak jadi datang lah...sebab kat KL pun boleh dapat..hehehe...

    ReplyDelete
  4. Orga --> kena try..memang sedap!!

    Salam Proff --> bertuahnya prof boleh rasa dessert ni merata2..saya ada tgk dari youtube cara2 nak buat. Nampak macam senang..rasanya kalo pkai kulit popiah frozen tu boleh kut.

    Salam Kak Ani --> InsyaAllah kalo ada rezeki. Mostly orang yang saya kenal dan baru kenal cakap Istanbul ni best dari negara2 lain. teringin jugak la jejak kaki kat sana

    Kak Rozita --> So far saya ke restoran arab xpernah jumpa lagi dessert ni..maybe kena ke restoran grand2 gitu..hehee. Wahh kat koreapun ada. A'a la...tak jadi datang lah Istanbul..kahkahklah!!!

    ReplyDelete
  5. Salam Zila,
    Memang cara membuat baklava ni senang bebenor. Tetapi walaupun senang saya buat tak pernahnya menjadi. Memang saya tak pandai. Yg penting fillo pastry kena ada. Kalau guna kulit popiah memang tak menjadi, sebab kulit popiah tebal dan keras. Fillo pastry ada jual di supermarket yg jual produk dari oversea. Saya pernah beli pastry ni di Penang Plaza. Kalau tak silap saya pernah nampak kat TESCO. Utk buat baklava ini kena letak pastry beberapa lapis, pada setiap layer kena letak butter. Setiap 3-4 layer letak kacang, selang seli, lepas tu masuk oven, dah tu tuangkan honey di atasnya.Yang penting kena crispy! Cubalah. Kalau Zila buat menjadi, saya ucapkan tahniah. Memang Zila terror masak :)

    ReplyDelete
  6. Rupa menyelerakan. tapi tekak xleh nk pegi rasa dia. kalu kat msia ni macam paff tu la kan

    ReplyDelete
  7. Prof --> sy memang nak mencuba..akan sy cari fillo yg prof ckp ni. Bahan-bahanpun mcm tak susah nak dptkan..

    JM --> aa lebih kurang mcm puff cuma yg ni kecik dan manis..JM dekat2 sini jer kan..leh la gi cuba. Mcm2 lagi product buah2 kering jual kat situ..ada kurma, kismis, kekacang etc

    ReplyDelete
  8. As salam dik ...aunty suka baca catatan dik hehe teringat waktu single dulu suka sangat travel tapi ayah ibu tak kasi.

    ReplyDelete
  9. Mcm sy jugak la, makayah xharap sgt sy travel..dh dok jauh dr family boleh la diam2 g travel..hehe

    ReplyDelete