Assalamualaikum..
Sambungan our 3rd day. Dah kenyang lunch kami pun pergi lagi ke Northern Light Village tu. Ulang-alik tak henti-henti...haha. Saya agak activity reindeer ni amat sesuai dengan kami..hahaha. Jom tengok experience kami ber reindeer ride.

Akak baju grey ni bawa kami semua ke ladang reindeer. Sebelum kami
bergerak dia bagilah sikit briefing. Menurut akak ni reindeers kat sini adalah
wildlife. Mereka ditangkap ketika winter dan dilepas bebas di musim lainnya.
Bila difikir-fikirkan kesian lah kan kat depa.
Kami perlu berjalan melalui cabin-cabin ni. Ladang reindeer tu nuuu ha kat
bahagian belakang cabin-cabin ni.
Cabin ni saya agak office akak ni.
Snow membentuk ice.
Ada sorang mamat tercegat kat sini tunggu nak iring kami dengan reindeer ride ni.
Saya memilih ride sled yang paling belakang untuk elak reindeer gigit saya hahahah.
Oh ye, kami memilih reindeer express yang mana ride ni memakan masa 25 mins.
Reindeer kami ni saya agak betina..tanduk dia macam dah patah.

Akak tu selimutkan kami dengan lain ni...geli pulak...hahaha. Saya make sure tak tersentuh langsung kulit...hahaha.
Menurut akak tu area ni langsung tak boleh orang lain datang sama ada orang
main ski mahupun snow mobile sebab reindeer ni akan terkejut lantas berlari
laju dan akhirnya kami semua akan terseret sekali hingga ke hutan belantara...hahaha.
Akak tupun tak bagi kami semua huhahuha sebab takut depa ni
terkejut jugak...so semua behave jer..haha. Tangan pun tak boleh terkeluar
dari sled ni...macam-macam la..haha.
So adakah activity ni sesuai untuk kami? melampau lah kalau tak
sesuai kan..hahaha..duduk jer.
Dah siap reindeer ride kami just round Saariselka ni. Time ni saya dah
susah hati..apa taknya, kami masih ada 3 hari di Saariselka, dan tiada apa
sangat dah nak buat kecuali hunting aurora..tupun waktu malam..hahaha.
Dalam hati ni dah standby idea kut-kut my sis mula boring kat kampung kecik ni...
hahaha. Adakah agakkan saya ni betul?? Nantikan kisah di next episode...hahaha.
Tiap-tiap malam saya ajak my sis datang area ni kut nampak aurora..haha.
700m untuk kami berjalan adalah mustahil dalam suasana gelap dan
di dalam hutan belantara. Apa saya buat dalam 2-3 hari tu tiap-tiap malam
datang sini? Setiap orang yang keluar dari hutan ni saya akan interview...hahaha. Semuanya dalam kehampaan.
Kami bakal join aurora tour yang harganya boleh stay di 5 star hotel...haha.
Aduhai mahai betul lah. Malam tu pelbagai betul lauk kami. Ni adalah smoked salmon.
Tak check betul-betul packnya..tidaklah beli kalau smoked. Terpaksalah masak jugak.
Tak sedappp...hahaha. Tapi saya simpan untuk letak dalam nasi goreng.
Ikan cinonet tu pulak saya mixkan dengan sambal kicap..nyummeh.
Sedap giler lah dendeng ni.
Nyumehh
Dan dessert..
Time keluar rumah tengok langit wow so many stars.
Ice di tingkap kereta..beautiful.
Kami datang ke Northern Light Village keseribu kali hahaha. Gurau jer.
Saya sempat snap photo ni..aurora ni macam sekelip mata jer..hilang terus
lepas tu. Lepas kami siap lengkapkan diri dengan jacket yang muat dua orang
tu dan boots..kami mula expedition aurora in Inari Lake. Our guide adalah orang yang sama guide kami untuk snow shoeing. Untuk tour ni ahlinya adalah saya, my sis dan 1 couple. Mamat guide ni drive giler laju...fuhhh.
Turun jer van...MasyaAllah...cantik betul!!! The stars..the colours dan suhu pun
walaupun -12 gitu saya boleh tahan. Tak dapat nak describe betapa bergemerlapan bintang-bintang ni.
Another side...walaupun mengah berjalan dalam snow tebal saya gagahkan
jugak melangkah...hahaha. Tak nak miss moment indah ni. Yang ni tak lama bertahan..lepas tu ditutupi awan.
Guide ni bawak masuk hut dan bakar kayu api nak panaskan kami.
Tapi kejap jerlah sebab dia panggil keluar..ada aurora muncul katanya.
It's so beautiful. Saya tak pandai nak setting hp camera...hentam jer
snap..hahaha. Bila kita tengok dengan mata kasar, cahaya ni sedikit kelabu
bercampur hijau gitu..ahh susah nak explain. Aurora ni tengok dengan
mata kasar pun cantik dan snap pun cantik..cantik yang berbeza.
Kami berjalan ke arah lake..not arah lake but on the lake. Lake tu dah beku.
Aurora ni lagi clear bila kami atas lake ni..wow. Tapi kejap jelas kejap kabur sebabkan awan.
Dua photo ni yang paling clear dan menawan. Kekadang bersambung sampai
betul-betul atas kepala kami. Most of colour adalah hijau dan sesekali
bercampur merah..I'm a witness the Powerful of Allah SWT. This miracle is insane!!!
Rasa macam tak nak balik...hahaha. Bila pakai jacket 2 orang boleh
masuk ni...rasa selesa betul. Keadaan ketika ni jauh beza dengan pengalaman di Iceland...hahaha. Pengalaman di Iceland is crazy...hahahha. Apa-apapun semua pengalaman adalah priceless.
3 hours aurora tour is so meaningful. Saya masih tak puas...i want to see more and more. Rasanya my sis paling nak sangat hunting aurora..tapi dia cool pulak...hahaha. Tidak lah dia nak kisah ulang-ulang kali keluar bilik nak tengok aurora muncul ke tak. Hampeh betul...hahaha. Aurora watching experience is crazy amazing. Saya menangis ye...dengan saksinya adalah lake yang saya pijak...hahaha.
Oh ya 1 more thing yang saya rasa amazing sangat. Ketika tu kami berada di tepi hutan...nasib baik lah tak jadi makanan serigala..hahaha. Memang gelap gelita malam..tapi Alhamdulillah selamat ni ha dah balik dah....haha.
Nantikan kisah yang seterusnya.
Bai...
No comments:
Post a Comment