February 22, 2025

Frozen in Arctic (Finland) - Saariselka Part 2

Assalamualaikum..

Our 3rd day...27 January 2025. Saya ni boleh dikatakan sebelum trip akan hari-hari belek google map. Setiap ceruk Saariselka saya belek...hahaha. Boleh dikatakan setiap sudut Saariselka saya tahu. My sis busy dan tak tahu pun Saariselka tu ada apa..hahaha. Saya risau jer my sis akan rasa bosan dan menyesal datang sini. Adakah hal ini akan berlaku? Nantikan kisahnya.

My sis ni rajin betul membasuh baju. Tahu kenapa? Dekat rumah ni bukan saja ada washing machine malahan dryer untuk keringkan baju. Dryer tu berada dalam satu wardrobe dekat entrance. Kita kena sidai di ampaian dalam wardrobe tu dan setting lah suhu dan duration. Macam baking cake pun ada..hahaha. Kejap jer dah boleh kering. Setiap kali kami nak masuk rumah ni boots kami kan basah..letak jer bahagian bawah...ha terus kering.

Pagi tu kami hanya breakfast di rumah kami stay tu. Very comfortable accommodation. Ada semua keperluan yang kami perlu..tapi tak semua kami guna. Macam toaster tu ok lah boleh guna. Tapi segala sudu, pots dan pans tidak lah kami guna. My sis dah standby bawa disposable plates dan cups.

Balcony ni letaknya di entrance. Satu balcony in share dengan rumah sebelah yang tiada orang. Saya tengok ada kunci box bercode..means sejenis accommodation kami stay ni jugak lah.


Setiap kali trip kami tak lah susun sangat activity yang kami nak buat. Kami akan ikut mood time tu nak buat apa dan apa. Kami ada semua list activity..in same day discuss nak pergi mana dulu. So, kalau ada yang minta itinerary, memang tiada lah...hahaha. Macam harini, saya bagi idea untuk my sis drive ke top Saariselka, tapinya saya lupa pulak nama tempat tu..haha. List tempat tu ada...yang mana satu pulak tak buat remark...hahaha.

Berbulan-bulan saya asyik sebut nama tempat ni..dan akhirnya saya dah sampai..hehe

Plan pagi ni kononnya nak tengok sunrise tapi kami sampai ke tempat yang salah. Nak pergi nu ha puncak skylift ni tapi sampai di bawah pulak...hahaha. My sis ajak naik saya pulak gerun hahaha. Saya decide pergi tengok sunrise esok jerlah sebab that day macam gloomy. 


Apa activity kami that day? Kami tidak lah buat semuanya kerana hari kami di Saariselka masih lama. Apa activity yang boleh buat di sini. Ada snow shoeing, reindeer ride, snow mobile, huskies ride, aurora hunting..dan banyak lagi. Of couse lah semuanya perlu ongkos. Saya buat cost comparison untuk semua company yang offer activity saya cakap tu. Ternyata termurah adalah dari Northern Light Village. Cumanya Northern Light Village ni akan utamakan orang yang stay dekat hotel ni. So far kami book apa-apa dengan dorang ni ok jer. Tak terkira berapa kali kami ke Northern Light Village ni sebab nak tunggu northern light..hahahah.

Kami terus ke Northern Light Village untuk book activity. Kami pilih activity yang light dulu. Nak book aurora tour macam malam tu dijangka tak muncul auroranya. So kami tak nak ambil risk lah. Dah la mahal...hahaha. Rasanya activity termurah adalah snow shoeing. So kami bermula dengan activity itu dulu. Activity snow shoeing akan bermula pada 1pm. So kami cepat-cepat balik lunch dulu. Kena ada energy lah untuk activity mencabar tu....hahahah.

Lunch kami adalah menu yang sama malam semalam tu..hehe. Pan comel ni saya bawa untuk panaskan susu bila nak buat latte...tapi pelbagai betul gunanya.

Best betul lah view dari tingkap rumah ni. Saya tarik blind membuatkan tingkap tu luas betul dan view belakang rumah ni MasyaAllah indah tak terkata. Jom saya cerita lebih sikit pasal rumah kami stay ni. Rumah ni berada di street yang bernama Kelotie. Ada lebih kurang kalau tak salah saya A hingga F block. Kami stay di block A. Keadaan kat sini aman damai betul. Malam-malam tak dengar apa-apapun. Untuk ke pekan tak jauh pun..berjalan pun maybe dalam 5 - 10 minit. Sepanjang kat sini saya tak pernah nampak mana-mana rumah dekat cerombong tu ada asap keluar. Means dorang semua ni pakai electric heater lah. Dalam rumah ada jer tempat nak bakar kayu api tu. Ntah-ntah dorang ni buat tempat api tu untuk santa nak masuk...hahaha.
 
Dah selesai lunch kami pun menuju ke Northern Light Village. Saya ni asyik dok sebut Northern Light Village...village apa sebenarnya. Kat sini adalah glass cabin hotel. Kiranya boleh nampak aurora hanya dari atas katil. Kami pulak kena melilau serata alam mencari aurora...hahaha. Untuk tengok offer activity kat sini, boleh jer masuk website..harga pun sama.

Maka bermulalah activity mencabar selama 2 jam berjalan merentas belentara bersalji..haha. Ada building khas yang menempatkan waterproof jacket, boots dan segala peralatan. Kami bakal berjalan in 1 group. Hanya 6 orang dan seorang guide. 4 orang tu adalah 1 family.


Deretan cabin dekat sini. Mahal giler ni nak stay tempat begini. Saya menyaksikan macam mana guest kat sini nak check out. Dorang perlu letak luggage sled dan tolak ke receptionist building.

In entrance, bahagian belakang pulak ada glass wall yang luas..semuanya facing north sebabnya aurora kan muncul di bahagian north.

Saya just pakai boots dan tak nak pakai jacket. Saya nampak jacket tu macam boleh masuk 2 orang sekali hahahhaa.


Untuk bersnow shoieng tu kami perlu berjalan sikit ke arah huskies. Dapatlah saya interview couple yang sedang ready nak huskies ride tu. Saya tanya easy ke nak handle? Dia jawab entah lah..dia pun tak sure lagi..hahahaha. Saya tunggu sampailah tambatan tali ride tu di buka. Semua huskies ni tak nyabar betul nak berlari. Bingit telinga dengar dorang dok menyalak...hahaha. Akhirnya turn couple saya interview tu...Fuhh relax jer dia handle ride tu. Saya tengok jer lah...tak rasa nak try sebab saya ni penakut anjing..hahaha. Eh lupa nak snap huskies tu..satu ride tu boleh naik 2 orang dan huskies menarik dorang tu dalam 5-6 ekor.

Activity kami bermula. Family satu group kami tu laju jer berjalan kedepan dengan 2 anak lelaki. Budak dua orang tu kecik jer lagi tapi laju dari kitaorang...hahaha. Dan last sekali dah tak nampak family dan guide tu.

Kami berdua tidak lah rasa panic ke apa bila di tinggalkan. Niat kami nak hayati keindahan winter di dalam hutan. Kalau nak patah balik pun InsyaAllah kami boleh follow laluan dari snow shoes kami.

Nak mudah berjalan, kami gunakan bekas laluan orang lain...hahaha.

Agak susah la snow shoeing. Kami decide tak nak lah berjalan sampai 2 jam. Cukup lah walaupun baru 30 minutes,...hahaha. Tak lama pastu guide tu datang. Kami pun inform lah dia yang kami nak berjalan takat tu jer...dia pun cakap view semua tempat lebih kurang sama macam kami sampai tu. Bukannya ada bukit tinggi untuk didaki untuk tengok view pun. Pokok pun semua sama..hahaha. Dia pun ok jer lah..haha. My sis cakap..kita bayar RM500 untuk ini jer ahahaha. Snow shoeing bukan for us...hahah.

Kami terus return snow shoes dan gerak ke activity suitable for us...minum petang...hahaha. Kami decide ke K-market..ada cafe kat situ. Cafe ni agak ramai orang tapi tak bising pun. Dengar orang bercakap pun slow betul. Kami menikmati minum petang kami dengan roti. Saya makan croissant dan my sis macam roti berbelit gitu. Sedap lah roti my sis tu.

Lawa rumah ni..tak jauh dari accommodation saya stay tu.

Jom saya cerita sikit dessert yang saya suka dan dujual di K-market. Tengok ingredient Alhamdulillah boleh dimakan. Saya ni sejenis suka berries dan tak suka coklat.

Bila buka..wow ada 2 jenis gini.

Saya ikut logic lah ambil berries sause tu mixkan dengan benda putih tu...wow...sedapppp. Yang putih tu texture macam barley atau bubur gandum gitu. Makan pulak sejuk-sejuk...ngam!!!


Malam tu kami tak berkesempatan tengok aurora sebab berawan. Saya tetap berusaha lah kut-kut ada nasib aurora muncul. Saya buka semua window blind. Lampu semua saya off. Lepas tu masuk bilik lepak sebab dalam bilik lebih panas. Malangnya aurora belum muncul. Harapan saya agar aurora muncul supaya my sis tak ajak pulak tengok aurora di Russia lepas ni...hahaha.

Our 2nd berakhir dengan aman damainya. Our 3rd day menyusul. My sis follow jer idea saya untuk activity haritu. Saya check weather..ok cun. Kami bakal ke Northern Light Village lagi untuk book activity serterusnya. Dah alang-alang ke sana saya bagi idea dekat my untuk breakfast dekat sana.

Bila sampai jer kami terus ke ruang breakfast. Guests Northern Light Village ni mostly Chinese Mainland. Dimana saja jumpa depa ni...hahaha. Semuanya pakat isi thermos dengan coffee. Sama jugak saya lah...hahaha.

Kami hanya boleh makan roti dan pancake. Terlalu limited makanannya compare Pilot Airport Hotel. Dah settle makan, kamipun berurusan dengan staff yang in charge.

Ini lah area kami berurusan dengan staff Northern Light Village. Selepas discuss semua, kami decide pilih reindeer ride dan aurora tour di waktu malam. Dah payment semua, kami bergerak nak tengok sunrise.

Entah berapa kali datang sini...hahaha.

Kali saya dah tau mana tempat yang boleh tengok sunrise dan tempat tu merupakan paling tinggi gi Saariselka. Tempat ni tak jauh dari Star Artic Hotel dan juga ski area. Time ni masih gelap. Seluruh jalan covered by snow.

Ini hotel bercabin. Depa ni nak ke town agak jauh nak berjalan. Tak bosan ke duduk jer dalam tu kan. Dah la dari luar orang boleh nampak. Macam takde privacy jer...bayar mahal-mahal. Eh kisah kan depa pulak...hahaha.

Bestnya stay dalam cabin gini..

Hening pagi walaupun ketika di pukul 10am. Kalau ke area ni maunya snow setakat pinggang

Suhu ketika ni adalah -ve 10. Takde angin ok jer boleh tahan.

Dekat sini ada space park kereta..kereta pun jarang lalu kat sini. So bergambar lah kita..hehe.


Perasaan cukup menakjubkan lah bila melalui jalan nak ke destination tu. Keadaan jalan awalnya landai jer..tak terasa sangat slope tu. Bila nak dekat sampai segala resort atas tu mak aii scary. My sis cakap licin. Saya berpeluh lah hahaha. Macam mana tak berpeluh..idea saya kut nak atas tu. Ada satu slope untuk ke paling atas. Saya halang my sis..kami park di Star Artic Hotel tu dan menapak hingga ke area ski. Berjalan pun terasa licin. Alhamdulillah kami sampai di saat yang betul. Lovely sangat view kat atas ni.

Area kami park kereta...di sinilah terletaknya Star Artic Hotel

Accomodation di Star Artic Hotel sejenis cabin dan berbumbung glass facing aurora muncul. Ini bahagian depan.

 Ini pula bahagian belakang..bawah glass roof tulah terletak katil. Tapi bagaimana dengan privacy?
 
 
Kami menapak ke ski area. Agak licin time nak mendaki slope tu. Bila sampai atas...selapang-lapangnya area tu. Tiada pokokpun. The view MasyaAllah..lawa sangat. Langit tu ada pink ada biru ada orange. Ada 1 cafe atas Top Saariselka ni. Kami berada kat atas ni sekejap jer sebab sejuk beserta angin tak tertahan. 

Skylift..tak nampak ada orang naik lagi benda ni.
 
 

 The sky colour is so amazing
 
 
 Perbentukan snow akibat angin..syok pulak saya asyik kuis-kuis snow ni..hehe 
 
Jom naik atas observation deck ni.
 
Semua dah covered by snow
 
View from observation deck..MasyaAllah
 
Another view..inilah cafe kat atas ni. Lepas dah puas hayati keindahan tempat ni, kami decide nak balik rumah untuk lunch awal sikit. Breakfast tadi tu tak memuaskan, so takpelah jom lunch kata saya kepada my sis. My sis ni masih behave..di follow jer idea saya...hahaha. Adakah dia akan bakal tidak behave lepas ni...takpe tunggu kisah seterusnya nanti..haha.

 Walaupun langit taklah begitu clear, tapi cahaya pagi cukup mengasyikkan.
 
Nak pergi Rovaniemi lebih kurang 258km
 
Neighbourhood rumah kami stay tu
 
We stay in 1st floor yang nampak balcony tu.
 
 
 View from balcony
 
Macam panjang sangat kisah nak cerita dekat entry ni..so untuk activity ber reindeer ride dan aurora tour tu saya sambung next entry. Adakah kami happy naik reindeer? Adakah kami jumpa aurora malam tu? Nantikan kisahnya...

Bai...

No comments:

Post a Comment