February 16, 2025

Frozen in Arctic (Finland) - Saariselka Part 1

Assalamualaikum..

Bermula sudah kisah baru me and my sis...hehe. Saya dah sebut dah ketika kisah di Iceland ritu yang saya tak nak lagi chasing aurora sebab sejuk giler. Tup tup my sis ajak lagi ke negara sejuk giler yang seterusnya..iaitu Finland...haha. Saya ambil kesempatan sikit untuk trip ni..iaitu saya bagi my sis idea untuk stay di countryside nun paling utara kami pernah sampai...iaitu Saariselka. Nasib baik my sis rela jer. Trip kami ni hanya 10 hari jer tak masuk segala perjalanan tu. Kami stay di Saariselka 6 days dan 4 days di Helsinki. Jom ikuti segala kisah di trip kami ni.

Punya jenuh lah nak nunggu saat trip ni sebab flight ticket beli dalam 3 months before trip. Kami berdua ni selalunya nak dekat 1 month sebelum trip beli flight ticket..ini lambat pula menunggu saatnya. Memang serik lah hahaha. 

Trip ni bermula pada 24 January 2025 dan berakhir pada 3 February 2025. Flight kami malam tu adalah pada pukul 1am. Kami sampai di Istanbul airport lebih kurang 6am local time. 
Turkish airline ni allowed 30kg sorang for luggage chek-in. Time nak drop luggage ni di airport, staff ni offer kami naik flight 4am sebab flight kami bakal naik tu terlebih passenger. Rasanya kami berdua sama-sama pucat muka time tu..hahaha. Rupa-rupanya dia offer jer kalau nak..bukan paksa. Habis-habis kami fikir kami lah passenger yang terlebih tu hahahha. Dah dia cakap gitu saya pun reply lah...kalau offer business class kita orang nak lah...hahaha. Hampeh takde pun dapat offer gitu.
Dah take off.. stewardess edarkan menu untuk berjamu selera di udara. Nyum nyum..
Paling saya suka Turkish Airline ni adalah rotinya..dapat suam-suam...begitu menyelerakan. 
Kami perlu layover di Istanbul selama 8 hours. Syukur Alhamdulillah kami dapat explore Istanbul one more time dengan free tour sponsored by Turkish Airways. Untuk free tour boleh apply in advance ye. Ada beberapa jenis mengikut waktu layover anda. Dan siap melalui imigresen.,.silalah berjalan ke arah exit. Office free tour ni terletak di sebelah kanan..paling hujung kalau tak salah. Kita akan diberi tag serta itinerary. 
Kemudian kita akan ikut person in charge untuk ke parking yang terletak di bawah building. Tak jauh pun berjalan. 
Waktu pagi yang berkabus
Free tour ni best la..siap ada tour guide yang share macam-macam info menarik pasal Türkiye. Baru saya tahu Turkey dan bertukar nama Türkiye last 3 years. Banyak juga tempat di Istanbul yang kami termiss di previous trip.
Very nice weather with the nice view. Saya suka suhu macam di Istanbul ketika ini...macam dalam aircond jer. 
Kami dibawa ke cafe yang berada di antara Dolmabahçe Mosque dan Dolmabahce Palace. Kami di beri free breakfast yang merupakan simit. Syukur betul. Dapat hot coffee pun.  
Pelbagai bentuk baklava..ini perlu beli sendiri lah. Lepas tu kami dapat tester turkish delight. Comel jer shape..rugi pulak tak beli...hehe.
Dolmabahçe Mosque..ada 4 bus untuk free tour tu. Tapi 1 bus jer untuk yang free tour jenis kami join ni. Yang lain tu free tour yang lebih lama sampai boleh shopping. Free tour saya join ni mostly dengar cerita tour guide dan tengok view dari atas bus jer. Cuma 1 tempat jer kami stop ambil photo..di sini dan juga di Galata bridge. 
Beautiful daisy berhampiran Dolmabahce Palace
Clock tower berhampiran Dolmabahce Palace. Perlu entrance fee untuk masuk palace ni...kami just round dekat luar jer sementara tunggu masa untuk naik bus. Jom sambung tengok photo.
Best lah saper stay rumah facing laut ni..hari-hari dapat morning sun dan view lawa. Oh ye..kami di europe part..cafe tu boleh tengok asia part.
See?? Punya lah padat kan?
Seat saya best jugak walaupun bukan paling depan..saya duduk di 2nd baris belakang tour guide.
Bus ni bawa kami dipesisiran pantai dan juga di tengah city yang sibuk. 
Gelata bridge yang terkenal dengan orang yang suka memancing. Laluan laut dekat bridge ni sibuk betul
Time ni suhu dalam 7 to 8 deg...so nice.
Jacket ni pernah nak jadi habuan homeless di London...hahaha. Thanks Turkish airlines...i love this free tour..so relax..so interesting. 
Nak tunggu next flight 3pm...kami lunch di food court. Kami order meal ni 2 sets. Makanan ni harganya nak dekat RM300...hahaha. 
Bai Istanbul..till we meet again
3 jam perjalanan untuk sampai ke Helsinki airport. Meal can consider our dinner lah.
Dah touch down dan collect luggage semua...kami menuju ke kedai runcit dalam airport tu untuk beli simcard. Speaking punya speaking dengan mamat kedai tu tup tup dia cakap dia indon. Bagus dia..lemah lembut orangnya. Muka tak nampak macam indon, bila dia bercakap baru terserlah indonnya. Dia tanya kami nak stay di Finland berapa hari dan propose kami guna unlimited internet dan call selama 10 hari. Dia tolong masukkan sim card semua..done. Kami pun berjalan menuju ke bus stop. Siksa gila lah menarik luggage sorang dua dalam keadaan jalan yang berbatu kecik-kecik tu. Batu tu ditabur untuk elak orang licin dan jatuh bila permukaan jalan dipenuhi snow yang bertukar ice tu.
Snow hanya tinggal sisa...nasib baik takde ice di jalan..kalau tidak jenuh licin. Bus stop kami tujui itu adalah nak tunggu shuttle bus ke hotel...iaitu Pilot Airport Hotel. Free shuttle ye. On the way kami jumpa mamat black driver bus untuk kami tanya location bus stop tu..sempat bertegur sapa sesama islam. Kami tunggu kejap jer shuttle yang merupakan mini bus dan sampai. Hanya kami dan 1 couple dalam shuttle tu.
Bilik kami yang terletak di ground floor. Kecik biliknya...nasib baik 1 malam jer. Esoknya kami akan bergerak ke Saariselka. Pillow dan bed sheet semuanya best.
Everything nice cumanya kecik lah.
Hotel ni tiada bidet ye.
2 euro bagi saya sangat mahal untuk mineral water. 
Hotel ni ada free breakfast seawal 3am..banyak makanan yang sesuai dimakan. 
Time ni kami ditegur oleh chinese Ipoh..husband and wife. Excited betul sampai ajak bergambar...hahaha. Saya layan jerlah. Dorangpun macam kami esok akan ke airport untuk fly ke Ivalo airport. Tapi mereka akan stay di Ivalo lah. Bercerita panjang lah kemana dan kemana lagi lepas tu. Anak dorg kerja di Singapore yang bawa jalan. Selepas Finland dorang akan ke Italy.
No snow wonderland..semua snow dilonggok gini. Sempat lah rehat sekejap selepas breakfast. Kemudian kami bersiap untuk naik shuttle ke airport. Time tunggu shuttle jumpa lagi couple tu dan anak dorang.
Ramai betul nak ke airport sampai kena berdiri. Pilot Airport hotel ni yang 1st penumpang diambil..kemudian akan ke Skyline Airport hotel.
Self luggage drop untuk Finnair. Time nak boarding tu ada pulak amoi chinese tegur kami. Dia akan stay di Inari lake. Panjang lah borak sampai dia tahu kami bakal drive di Saariselka. Dia siap minta no bila dah bagi dia siap cakap nak suruh kitaorang ambil dia bawa jalan-jalan....haha. Lawak la. Dia bawak mak dan ayah dia. Bila masuk flight jumpa lah kami mak dan ayah dia yang duduk di business class. Untung depa anak bawa jalan. Esok tu saya dapat miss called. Tidak lah saya call balik hahhaha. Kisah depa ni belum habis ye...kena follow cerita saya baru akan tahu. Sama juga chinese Ipoh pun..kisah bersama mereka masih ada ye lepas ni...hahaha.
Wow jumpa santa
Helsinki so gloomy disebabkan lapisan awan bawah ni yang menutupi cahaya matahari.
Perjalanan 1 hour 30 minutes tak lah terasa lama. I love winter wonderland so much.
Time ni saya sedang nak turun tangga..semua orang excited bergambar.
Saya pun tak kurangnya excited hehehe. See nafas saya? Berasap haha. Nak masuk ke airport tu dekat betul. Rasanya inilah pengalaman pertama saya masuk airport sedekat ini...hahaha. Kecik giler lah airport ni. Nak ke car rental kiosk pun 20 sec berjalan dari tempat collect luggage..hahah.
Taraaa...our 6 days transport..Toyota Yaris.
Jarak car park untuk car rental dan airport building...hehe

Jom saya cerita kisah car rental ni...hehe. We have never planned nak self drive untuk trip kami ni. Dalam seminggu nak trip saya test my sis agree ke tak untuk drive. Alhamdulillah my sis agree. Ini adalah 1st time untuk dia drive dalam keadaan bersnow. Bila trip lagi nak dekat saya risau pulak pasal safety. In same time saya teringin berkereta untuk trip kami ni. I always say...if we don't try we never know. 

Car rental staff takkan bawa kita ke parking dan explain pape pasal kereta. Semua urusan adalah di kiosk. Sepanjang kami berurusan untuk car rental, this is the 1st time urusan semudah ini. My sis tanya staff car rental tu ada tips tak untuk 1st timer yang nak drive dalam snow. Jawapan dia..nothing..just drive macam biasa dan berhati-hati...thats all..heheh.

Alhamdulillah..everything smooth. My sis ok jer drive
Jarang betul nak jumpa kenderaan lain. Semua kerisauan saya berakhir..saya sangat-sangat bersyukur Allah permudahkan segalanya.
Condition yaris ni sungguh tip top. Time ni light snowing.
Boleh nampak taburan snow atas jalan ni berterbangan...means dekat luar ni angin kuat.
After 30 minutes kamipun sampai di Saariselka. Can't wait to create the memories here. Can't wait what is the surprise along the way.
Kami booked dari booking.com accomodation dekat sini. Ada banyak jer pilihan dalam booking.com accomodation dekat sini..dan yang kami pilih ni adalah terbaik. Accomodation ni terletak di tingkat atas...seksa gila angkut luggage. Bila last day kat sini kami terpaksa isi luggage kat dalam kereta..hahaha. My sis tunggu bawah..saya baling packing cube barang-barang kami dari atas dan dia sambut. 
Ini entrance door. Pintu putih tu pintu dari luar. Wardrobe kiri ni saya conquer dan di dalam bilik my sis conquer..hehe.
Small room beside entrance..ini saya guna letak barang-barang saya..hehe.
Ini adalam living room dan juga kitchen.
Ada sofa juga.
The kitchen is complete with everything we need.
This is our room.
This is my favourite place. Saya suka duduk di meja makan tu sebab nak dekat dengan heater. Dan juga nak layan view yang awesome kat luar tu.
Bila tahu Finand ni ada toilet berbidet tidak lah saya bawa bucket yang jenis lipat tu..hehe.
Lepas masak nasi, kami keluar untuk beli barang dapur. Inilah satu-satunya kedai untuk beli barang keperluan di Saariselka ni.
Rambang mana nak pilih bread...hehe. Dah beli semua barang, kami pun pulang. Pintu rumah tu buat hal. Jenuh macam-macam style nak buka tidaklah berjaya. My sis call person incharge. Saya rasa dalam 20 minutes kami tunggu depan pintu tu baru dia datang. Nak tunggu dalam kereta takut tak perasan dia datang. Makcik tu pun ajarlah cara nak buka. Kena tekan sikit dengan body kita..then tarik.
Kami beli ikan kecik yang dah disiang dan dah dibuang tulangnya. Selalunya ikan ni orang buat sushi dan dimakan raw. Saya just grill bersama black pepper. Sedappppp!!

Ok..jom baca sikit celoteh saya. Kenapa datang jauh-jauh ke Finland saya memilih stay di kampung kecik? Kenapa tak jer macam orang lain yang naik santa train dan visit santa village? Jawapannya saya tak suka trip macam tu. Saya nak trip yang lebih aman damai. Saya nak tengok aurora dari tingkap accomodation saya stay ni. Saya tak nak jumpa China Mainland yang ramai-ramai dan kecoh tu. Saya nak experience seperti kehidupan di waktu winter. Adakah impian saya ni tercapai untuk trip ni? Adakah saya happy stay di small village ni? Untuk tahu jawapan..nantikan kisah seterusnya..

 Bai..

2 comments:

  1. semua photo sis cantik2, cerita pun menarik

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, bila baca setiap tulisan , terasa saya berjalan sama ke bumi Finland, sambung part 2 please..

    ReplyDelete