Assalamualaikum..
Kisah di day 4.
Dalam 6.30am gitu saya macam buka mata dan tengok my sis dah terjaga..just baring-baring gitu. Dia sedar lah saya terjaga. Saya masih mengantuk. So layan dulu lah tidur. Tetiba dalam pejam mata tu saya dengar my sis mengomel. "Bosan lah, takde benda pun nak buat." Selepas tu dengar tak dengar lah dia mengomel pedia ntah. Saya terus bangun ke toilet. Dia macam terkejut lah...hahaha. Lepas settle urusan di toilet saya panggil dia ke meja makan. Dia macam panic lah tengok saya serious..hahaha. Dia fikir saya marah sebab dia bising sampai ganggu tidur saya...haha.
Saya kenal sangat my sis..dia bukan jenis kalau travel duduk saja gitu. Dia kalau boleh nak hari-hari di negara orang penuh dengan activity. Seolah-olahnya..80% activity dan 20% relax. Bagi dia buat apa travel kalau duduk saja. Saya pulak apa-apa pun ok jer. Nak relax banyak pun ok..nak beractivity pun ok.
Saya bagi option kepada my sis yang terpinga-pinga saya ajak meeting tu. Idea saya adalah..option 1 kami bungkus semua dan road trip hingga ke Rovaniemi kemudian drop kereta di sana atau terus ke Helsinki. Dan option 2, kami day trip ke Rovaniemi. My sis lebih tertarik option 2. So apa lagi, selepas subuh terus kami bersiap. Time my sis mandi saya buatkan dia nasi goreng untuk dia lebih energy drive. Kemudian dia pack barang-barang dia dalam luggage. Dia minta barang-barang saya untuk masukkan sekali. Punya bodoh time tu saya just bagi dia barang personal sikit jer. Dia pun tak sedar itu jer saya bawa. Dia pula standby kut-kut kami perlu overnight. Saya memang tak terfikir langsung pasal overnight tu.
Dah kenyang driver makan nasi goreng..terus kami bergerak. ETA 3 hours gitu. Kami bergerak pada pukul 8am. Masih gelap tapi tidak lah segelap tengah malam tu. Saya dah bagi my sis kenyang, tapi saya pulak tidak kenyang...hahaha. So request dekat my sis untuk stop kat mana-mana.

Cun lah rumah ni. Bila saya jengok ke belakang rumah...fuhh hutan belantara. Time ni fikir positive lagi...hahaha. |


Masuk area ni ada toilet di sebelah kiri dan shower beserta sauna di depan. Bukak pintu tu fuhh tiada tingkap..glass window terus nampak hutan belakang tu...bukak lampu pun suram giler. Masih fikir positive...hahaha.

Sejuk giler lah kat sini. Saya tak rasa nak explore pun tempat ni tapi saya tak sabar nak makan...hahaha.

Saya berpeluang sampai di sini...Alhamdulillah. Tapinya saya tak tau apa yang menariknya tempat ni...hahaha.

Berjalan punya berjalan terjumpa giant snowman...ok yang ni menarik...hahaha.

Saya baru tahu artic circle bermula di sini.

Dengan kuasa bulan...aku menolakmu!! haha
![]() |
My sis serah kat saya nak cari restaurant. Saya just type di google map "salmon restaurant"...kami di bawa ke hut ni. Saya macam tak percaya lah ini restaurant. Bila bukak pintu...sah restaurant...hahaha. Bila masuk...kami berjumpa lagi chinese Ipoh tu tengah berjamu selera...hahaha. Dorang pun nampak terkejut lah jumpa kami lagi. Berborak lah kejap..dorang macam frust sebab tak nampak aurora. Dah la stay dalam aurora cabin yang mahal tu di Ivalo...tak pulak rezeki nampak aurora...so sad. |
![]() |
Very simple menu. Page belakang untuk drinks. Main dish just open fire salmon dan salmon soup. Kami decide order dua menu tu buat rasa-rasa hehe. |

Salmon di bakar depan mata kita.

Dari luar nampak kecik jer..masuk dalam tudiaaa...ramai juga boleh berjamu selera kat sini.

My sis order tea dan saya order berries juice

The taste is so good. Salmon soup tu very creamy yang tidak memuakkan. Salmon dalam tu pun punya banyak. Salmon tupun saya rasa digrill dulu. Untuk open fire salmon grill pun tak kurang sedapnya. Flat bread tu pun lembut dan sedap. Tak cukup lah flat bread tu. Saya recommend sangat beli flat bread ni untuk ole-ole diri sendiri bila balik ke Malaysia. Saya ada beli beberapa jenis roti...letak dalam fridge tahan lama. Sebulan saya breakfast dengan pelbagai jenis roti Finland...hahaha.

Saya tambah order bun untuk nak cicah dengan salmon soup tu...alahai ini rupanya bun...hahah. Filling tu macam berries...sedap.

Gedik lah saya pun order dessert. Yang putih tu rasanya macam yogurt tapi lagi heavy texture dia dari yogurt..dan yang kuning tu adalah barriers. Untuk dessert ni bagi saya tak order pun takpe...hahaha.

Saya ajak my sis untuk shopping keperluan nak overnight. Saya tak bawa baju tidur, berus gigi etc. K Citymarket macam Giant di Finland...merata ada. Time ni heavy snowing...so beautiful. Lepas shopping, kami round Rovaniemi city sikit...sikit jer lah. Saya berpeluang menyaksikan frozen river atau lake dan ada orang ramai bersnow mobile atas tu...amazing.

Kami meneruskan perjalanana further north dengan harapan jumpalah apa-apa accomodation yang sesuai. Keadaan jalan ketika tu memang gelap betul dan cukup membahayakan bila ada kenderaan lain di arah bertentangan yang membawa debu snow hingga menghalang pandangan. Ada satu kereta laju memotong kami dan bila kami jumpa balik kereta tu..dah berbabas. Ingat senang nak keluar dari snow yang penuh di tepi jalan ni. Tak tahu lah apa nasib dorang tu.

Laluan ke cabin kami. Macam semuanya ada guests. Saya baru tengok dalam booking.com, cabin yang berwarna merah tu 4 bunk beds untuk 4 orang stay dan grey adalah queen size bed untuk 2 orang stay.

Untuk sampai ke cabin ni kami melalui lebih kurang 8 cabins. Know what? Our cabin yang paling hujung dan terletak hanya 10 kaki ke frozen lake. Bila tengok dari luar, cabin ni kami anggap ada katil jer dan small toilet. Betul ke? See the next photos.

When writing blog i love to explain my accommodation..heheh. Dari entrance nampak ginilah. See? There is more than enough that we needs. Pintu tu nak hala ke toilet. Oh ya akak tu pesan sapu elok-elok snow yang terletak kat pintu tu takut nanti beku, pintu tak boleh bukak.

Everything made from woods. The bed so comfotable. Kami tidur tanpa tutup blind. Alhamdulillah perasaan takut, risau langsung takde. Kami patut stay di sini few days.


Walaupun small cabin, ada meja kerusi, induction cooker, microve, pot dan pans, plate, mug, sugar, salt, tea, cooking oil, espresso. So happy.

Very nice cabin...saya tak rasapun habuk dalam cabin ni. Saya seorang yang sensitive dengan habuk..seriously this cabin is very clean.


Toilet pun bersih. Siap ada bidet lagi.

Photo ni saya ambil dari booking.com. Ni view dari lake. Kalau kami berpeluang menyaksikan aurora kat sini alangkah bestnya.
No comments:
Post a Comment