Assalamualaikum..
Dua hari terakhir di London City. That day kami nak pusing-pusing London lagi. Dua hari terakhir di London ni takde yang menarik sangat..a bit boring sebenarnya. Saya just share untuk completekan kisah trip kali ni.
Untuk breakfast, pekena sourdough bread yang saya beli di Borough market. Agak lewat kami keluar dari hotel pagi tu...bermalas-malasan dalam bilik dulu. |
Mission kami that day adalah nak bergambar di depan Tower Bridge. |
MasyaAllah lawanya bunga kecik ni...wangi pulak tu. |
Cun cuaca time ni... |
Tower of London |
Ada beberapa kedai jual indian sweet dan snack. |
Cuaca gloomy di waktu pagi bertukar cerah di waktu petang |
Saya terus ke next day yer iaitu last day kami di London. Saya request dekat my sis saya nak makan scone di Notthing Hill. Cheeky Scone nama cafe tu. |
Cantiknya ntah buah apa ni. Pokok ni jadi di tanam di depan salah sebuah rumah teres. Notthing Hill ni very calm small town...saya suka. Saya jumpa souvenir yang saya suka kat sini. |
Dari train station kami perlu berjalan beberapa minit.. |
Akhirnya kami sampai. Dekat sini hanya scone dijual..ada pelbagai flavour. |
Saya macam biasalah..suka pilih original....nyum nyum. |
Nak pilih yang manis-manis macam ni, nanti jem pun dah manis... |
Taraaa...my sis pilih yang ada raisin. Puas hati lah dapat scone sebelum tinggalkan UK. Tapi scone di Edinburgh is the winner. So kalau ke Edinburgh mesti try scone yee!!! |
Dah kenyang...saya decide nak ke Holland Park tak jauh dari cafe tu. My sis macam ikut jer semua kehendak saya time tu. Menarik betul view dan bunga di sepanjang perjalanan ke park tu. |
Very lovely weather. Bunga magnolia ni dalam beberapa minggu kembanglah ni. |
Deretan kedai dan cafe. |
Tapau cinnamon bun yang lazat. |
Bunga putih kecik ni penuh satu pokok. |
Punya terkesima view kat sini sampai lupa dah nak refer google map yang asalnya kami dok follow route ke park tu. |
Rumah-rumah orang kaya agaknya. Kalau dekat Malaysia rumah lawa macam ni sure ada security dan gate di kawal ketat. Cantik betul architecture teres house ni. |
Very pleasant weather. Saya terus tak bawa jacket, hanya pakai sleeveless jacket..sesekali datang angin menggigil jugak lah. |
Tetiba nampak gate bertulis Holland park...bila tanya pakcik muka ketat bawak anjing beberapa ekor tu betul ke tak ikut situ arah ke Holland Park...dia angguk. Kami pun lalu lah ikut sini. |
Laaa...belakang rumah mewah tadi rupanya...hahaha. Depan dan belakang rumah pun lawa...aduhai. |
Akhirnya kami sampailah Holland park.. |
Tupai kat sini macam tupai dekat taman di York jugak...jinak. Perangai tupai ni bak monyet dekat Malaysia...hahaha. Disebabkan hujan semalam..keadaan sikit berlumpur. |
New knowledge |
Lawa |
Best lah saya jumpa bunga...lama dah takde spring trip. Rasanya trip ketika spring adalah lama dulu ketika Scandinavian trip. Kami tak lama dalam park ni sebab banyak sangat anjing. |
Sedang berjalan ke arah train station terdekat...terjumpa cafe ni. My sis terus ajak masuk sebab dia nampak ada jacket potato. Cafe ni halal...owner dia dari Albania. |
Macam-macam menu kat sini. |
Favourite my sis..saya boleh makan sikit jer. |
Dah siap makan...kami decide sightseeing by bus. |
Best la duduk di upper deck sambil layan view London city. |
Flight kami malam tu dilayan oleh steward abang-abang jugak. Lagi beberapa jam nak sampai, chicken mango wrap di serve..sejuk macam baru keluar fridge...haha. Wrap macam tu sedap dimakan ketika panas. Saya simpan dalam bag. Sampai rumah letak dalam fridge..lepas dua hari bagi panaskan dalam pan. MasyaAllah the taste is super good. Wrap tu ada hirisan ayam bersama mango sauce. Nak try lah buat wrap tu..hehe.
Finally saya berjaya habiskan semua kisah sepanjang trip kali ni. I got fun during travelling and also writing the blog. And the most important thing..the experience sepanjang trip is priceless.
Saya hanya beli souvenir untuk diri sendiri. Dah penuh sangat fridge magnet dekat rumah saya..so saya banyak beli miniture. |
Thank you yang rajin mengikuti kisah kali ni. InsyaAllah lagi 2 hari saya akan expore new city. Kalau ada rezeki saya akan menulis kisah trip yang akan datang...
Bai...
wah bagus lah idea beli souvenir miniture ni. Dulu2 rajin beli FM tapi lah ni dah banyak tak terfikir lah pulak nak beli miniture ni. Emm lain kali nak buat macam zila lah.
ReplyDeleteye sis...buat lah...comel2 jer
DeleteAlhamdulillah rezeki zila pergi London berkali-kali. Akak punya citer pi UK pun dah makan tahun tak habis-habis lagi. Bila tenguk Tower Bridge mengimbau kenangan 10 tahun dulu. Dah lama tapi memori tu tetap dalam ingatan. Semuga ada rezeki pi lagi ke UK tapi makan angin le bukan kerana kerja. Ponet kalau di ingatkan aktiviti yang sibuk setiap hari.
ReplyDeleteInsyaAllah akak...ada rezeki pi lah lagi. Kerja ni sampai bila pun tak habis2 hahha
DeleteAkak pun bila pertama kali naik bas 2 tingkat punya excited terus dok depan. Seronok sangat sebab boleh nampak view pemandangan perjalanan bas. hehehe masa tu jakun. Sekarang kat kl pun dah banyak bas 2 tingkat
ReplyDeleteEhh sama la kita...hahaha
DeleteTak jumpa pokok epal tepi jalan ke. Akak dulu punya seronoknya terjumpa pokok epal tepi jalan macam nampak apa....hehehehe padahal orang london tak pandang pun. Mungkin epal bukan untuk di makan kut sampaikan buahnya melacak je atas tanah.
ReplyDeleteTak jumpa pun la akak. Bagi dorang epal tu macam mangga kut hahahha. Kalau kat kampung saya mangga telur orang panggil..terbiar jer atas tanah
DeleteThanks for sharing Zila. Best nya trip ni. Food semua sedap2 geram je tengok. Cantik semua foto.
ReplyDeleteHeheh.. :-)
Delete