Assalamualaikum...
Sikit lagi nak siap kisah untuk trip kali ni...cergas!!
Our day-11 iaitu pada 12 February 2024. Ikut discussion sebelum tidur malam tu, kami bakal return kereta sewa dan tamatkan countryside road trip. Pagi tu bila selak curtain, very gloomy dan hujan. Keadaan yang sama ketika kami nak tinggalkan Edinburgh dan York..keadaan gloomy mengiringi pemergian kami...amboiii...haha
Kami siap-siap breakfast di dalam bilik sebab tak nak buang masa cari cafe. Sayapun preparelah lunch kami dengan plan nak makan bila sampai Reading nanti. Bila masuk kereta, ada lapisan ice di windscreen. Nak tunggu kejap untuk defrost. Saya suka berada di Cotswold ni tapi takde alasan untuk ajak my sis stay lagi sebab semua tempat lebih kurang kami dah explore. Teringat pula Cambridge, tapi macam tak berapa kena route ke situ sebab kena menghala ke utara. Malas nak fikir banyak kami decide port di Premier Inn terminal 4 jer lah. Dekat-dekat nak berakhirnya trip kami tak nak lah merumitkan keadaan menarik luggage di kota raya London tu..bila stay dekat dengan airport rasanya pilihan tepat. Bila nak boarding baru check-out...hahaha. Eh, cakap banyak pulak..jom ikuti kisah seterusnya.
![]() |
Alhamdulillah hujan tak lah lebat sangat. |
![]() |
Bai Cotswold... |
![]() |
Makin meninggalkan Cotswold, design rumah makin berlainan...nampak lebih moden dan menggunakan red bricks. |
![]() |
View dari parking. |
![]() |
Deras betul air sungai ni mengalir. Level pun macam ngam-ngam jer tu..kalau hujan lebat agaknya banjir kut. |
![]() |
Memang tak pernah study pasal Reading ni. Kami ikut kaki melangkah jer...kami menuju ke arah bridge tu dan cross the river. |
![]() |
View dari atas bridge. Orang Reading suka redbrick building agaknya...hehe. |
![]() |
Kami berjalan menghala ke depan ni |
![]() |
Nothing special...just shopping street. |
![]() |
Perut dah minta diisi. Bekal ada dalam kereta pulak. Jadikan dinner jer lah....hahaha. |
![]() |
Tak lengkaplah tanpa dessert kan...haha. Pekena pulak sorang satu dessert ni. Sedapppp!!! |
![]() |
Tak salah saya kami berjalan dalam 5 - 10 minit macam tu. |
![]() |
Wild flower. |
![]() |
Syukur Alhamdulillah mudah segalanya... |

![]() |
Kami mulakan exploration kami di Picadilly Circus. Gloomy betul lah that day. Hujan macam baru stop. |
![]() |
Menapak ke sana sini mencari cafe yang sesuai. Akhirnya kami sampai ke Leicester Square. |
![]() |
Kami menapak pulak ke Covernt Garden...kat depan deretan kedai ke Covernt Garden ni ada banyak pokok bunga. |
![]() |
Terpesona denganmu wahai rose. |
![]() |
Hyacinth yang menawan hati. |
![]() |
Sampai jer Covernt Garden, ada orang buat show...buang masa menunggu dia buat lagak ngeri..cakap jer banyak..hahaha. |
![]() |
2nd time ke London dulu saya pernah makan scone sedap dekat Covernt Garden ni. |
![]() |
Souvenir kat sini pelbagai betul tapi takde yang saya nak. Saya nak cari miniture. |
![]() |
Kami sambung explore London City. Hmmm...agak berserabut sebenarnya time ni hahaha. Dengan orang ramai dan kenderaan berpusu-pusu. |
![]() |
Pelik pulak tengok orang ramai berkumpul depan gate building ni. Polis bersenjatapun ramai berkumpul depan gate tu. Lawa la architecture building ni. |
![]() |
Tanpa sedar kami sampai area parliament. Orang teramatlah ramai dekat sini. |
![]() |
We can't find any peaceful here...hahaha |
![]() |
Tart, cake dan pastries...tak rasa nak makan. |
![]() |
Sourdough bread menarik minat saya untuk beli...nasib baik ada jual half jer. |
![]() |
Pelbagai jenis cheese. |
![]() |
So cute |
![]() |
My sis beli buah tin ni...tak manis. |
![]() |
Besar giler lah tomato ni |
![]() |
Lagi menu yang kami terpaksa lupakan sebab orang berbaris ramai. |
![]() |
Akhirnya kami decide makan fish and chips sajer...hahaha. Nak makan ni pun seksa jugak sebab nak berhimpit duduk satu meja dengan orang lain. Rasa nak tercekik jer..hahaha. Sedang berjamu selera mata saya macam selalunya melilau tengok orang..hahaha..Ternampak lah pakcik ni, macam tak sihat sangat lah..berkerusi roda automatic dan dipasangkan oksigen. Dia pun turut food hunting kat market. Terus terkeluar dimulut saya...laaa sampai dah macam tupun mai lagi...eh tak baik..kata my sis. My sis yang melarang saya komen macam tu turut tergelak sama. |
Borough Market tu best macam2 ada tapi macam biasa mesti ramai orang kan. Cuaca sejuk ok la Zila tak peluh hehe.
ReplyDeleteMacam2 ada tapi yang sesuai untuk kita tak lah banyak pilihan
DeleteKalau dah london city terpaksalah hadap. Tapi seronok pi market dia kan. Macam-macam ado
ReplyDeletebetul2
Delete