June 11, 2024

A Short Trip to Western Australia - Part 1

Assalamualaikum...

Hai hai hai..jumpa pulak kita untuk kisah mengexplore bumi Australia iaitu di Perth. Tak sangka selepas 12 tahun saya berpeluang mengunjungi semula bumi Australia. Walaupun dah lama, masih fresh memory di Melbourne.

Macam biasalah my sis adalah travel buddy saya. Selalunya hotel my sis akan cari. Tapi kali ni saya main peranan sikit...hehe. Ala short trip jer...no pressure at all lah trip kali ni. Ehh sorry..ada pressure sikit...sikit jer...haha. Saya tak nak lah cerita panjang hal tu...dipendekkan kisah ada sikit masalah visa untuk flight kami pada 1/5/2024. Dan miracle sangat Air Asia pun ada masalah dengan flight schedule. Kami diberi pilihan tukar flight date atau dapat 100% refund. Dan apa lagi...kami memilih untuk refund lah. Kemudian reapply visa yang bermasalah tu. Dah confirm visa ok, then my sis beli ticket baru pada 22/5/2024. Trip ni just 4 days.

Flight kami adalah pada pukul 2.30am. My sis book flight with 20kg luggage, food and seat. Malangnya yang sepatutnya kami naik tu tetiba ditukar flight lain yang mana semua seat number dah tak sama. Saya dan my sis terpisah. Kecoh sikit penumpang lain dalam tu sebab mostly dah beli seat kan. Tapi nothing to worry, flight attendant try the best arrange untuk kami berdua duduk bersebelahan. 

Dah touch down around 8.30am, kami melalui immigration. Very straight forward..tak perlu berurusan di immigration counter. Dengan menggunakan autogate...siap. Dah ambil luggage kena melalui kastam pulak. Dia akan tanya kami bawa makanan atau tidak...lepas kami cakap tak bawa makanan then dia lepas macam tu jer. 

Oh ye, time nak keluar flight tu ada beberapa orang akak siap berjacket tebal. Risaulah saya takut sejuk sebab saya tak bawa winter jacket. Dari bacaan dari google autumn di Perth sekitar 26 degree celcius diwaktu siang. Bila berada di luar airport, cuaca cun. Matahari bersinar terang. Suhu pula macam berada di dalam aircond. Tak perlu berjacket tebal pun. 

Kami decide book car rental bila dah sampai Perth airport. Ada booth car rental dalam airport tu tapi takde orang. Kami perlu berjalan di parking area untuk ke car rental booth. Satu per satu booth kami masuk..Budget car rental..Enterprise..Semua lah booth..semua fully booked. Salah satu car rental company tu tolong kami. Dia bagi satu number phone untuk kami call. Alhamdulillah kami bernasib baik. Tapinya agak mahal lah untuk 2 day lebih kurang RM800. Dalam 5 minit kami mesti sampai di bus stop L iaitu betul-betul depan arrival gate. Sebuah van pick up kami bersama-sama beberapa orang lagi. Perjalanan around 10 minit dan kami sampai di car rental company tu. Pick up service tu pun kena charge.

My sis uruskan semua hal bayaran dan 5 minit lepas tu kami berjaya mendapat kereta comel KIA. Maka bermulalah road trip selama 2 hari. Kenapa kami tak memilih untuk menggunakan kereta sewa sepanjang trip ni? Sebabnya adalah kami bakal explore countryside dan hotel kami di city takde free parking... bazirlah membayar parking. Lagipun public transport di Perth boleh dikira bagus.
Kami tak rasa tired pun pagi tu. So, untuk terus ke sebuah orchard untuk menghayati keindahan autumn. Reaburn orchard ni tak sampai setengah jam perjalanan.
Keadaan muka bumi Australia. 
Akhirnya sampailah kami. Sebelum explore orchard ni kami breakfast di cafe. Dah pekena latte dan muffin kami pun mula explore tempat ni.
Suasana Raeburn Orchards mengikut musim
50% pengunjung kat sini muka macam familiar. Yelah baru jumpa dalam flight...haha. Dalam orchard ni ada pokok persimmon, mangga, delima..macam-macam lah. Jalan nak turun ke bawah sana nu agak berslope sikit.
Delima
Tak sure ni pokok buah apa sebab tak nampak sebiji buah pun. Tak berapa lawa bergambar kat sini.
Haaa...inilah persimmon trees. Untuk elak dimakan burung atau binatang lain, semua pokok sarat dengan buah di tutup dengan net.
Pokok yang sudah dipetik buahnya. Cantik betul daun pokok ni.
Pengantin pun bergambar kat sini.
Daun di pokok ni bukannya kering ye, hanya warna saja berubah dari hijau ke orange keperangan. Yang di tanah tu semestinya dah kering lah.
Ngam pulak time tu net dibuka...ada chance lah saya pegang buah ni. Keras seperti apple bila dipegang.
Kami masuk ke kedai yang dalamnya terdapat cafe yang kami breakfast tadi. Boleh rasa buah ni. MasyaAllah sedap betul buah ni. Saya imagine bila digigit bersama kulit tu akan rasa pahit...tapi tidak. Susah nak explain bertapa sedapanya buah ni. Manis dan juicy. Wajib beli buah ni kalau ke Perth.
Local product
Kami hanya beli 2 pcs..hahahha. Patut ambil yang ni.

Dah puas di Reaburn Orchards, kami mulakan misi menghala ke utara. Destination kami ketika itu adalah Ledge Point. Angan-angan saya on the way ke Ledge Point tu nak la singgah kedai beli roti bagai...malangnya satu kedai pun takde sepanjang jalan tu. Dan lagi satu, tak jumpa langsung apa-apa cafe atau restaurant..hahaha. Perut kami berdua hanya terisi muffin. 

Pass by Swan Valley...layan jap ladang anggur.
Ada ladang olive pun di Swan Valley ni.
Sepanjang jalan tak jumpa apa-apa small town pun...hanyalah ladang dan belukar.
Saya perasan banyak betul tumbuhan rambut cacak-cacak ni. Kalau yang tinggi sikit, batang pokoknya berwarna hitam.
Sunyi betul lah sepanjang perjalanan. Sesekali jer jumpa kenderaan lain.
Keunikan bentuk muka bumi Australia.
Kami sampai di Ledge Point nak dekat 4pm.
Layout Tasman Holiday Park Ledge Point. Menarik betul tempat ni. Ada pelbagai jenis accommodation. Kami memilih cabin. Ada cabin with shared bathroom, doom, ada tapak camping dan jugak tapak caravan. Saya jumpa tempat ni time dok belek google map...hahaha. Kami plan nak ke Pinnacles desert. Kalau boleh tak naklah buat daytrip dari city sebab agak jauh kan. Bila fikir-fikir yang flight kami sampai pagi dan kami belum boleh check-in mana-mana hotel, alangkah bagusnya stay dekat Tasman ni. Cun-cun sampai dah boleh check-in.
Paling kiri tulah cabin kami. Jealous dengan sorang pakcik ni dok cycling dalam area ni. Ohh ye..ada swimming pool pun.
Cute betul cabin ni.
Nampak kecik jer dari luar, masuk jer dalam wahhh..luas. Cabin ni complete everything. Kalau plan nak stay lama kat sini, siap-siaplah shopping barang nak masak sebab di Ledge Point ni macam tak jumpa kedai pun...hahaha.
Shower dan toilet diasingkan. The bed is wonderful. Super comfortable. Siap ada wardrobe dalam bilik ni.

Kami keluar untuk cari restaurant. Pusing-pusing sikit Ledge Point, nampak signboard fish and chips. Bila sampai ke destination..tempat tu macam golf club yang mana pengunjungnya adalah makcik dan pakcik. Masuklah kami dalam building golf club tu. Pekerja pub dalam tu cakap restaurant closed dan dia suggent ke Lancelin. Bila tengok waze jarak Ledge Point ke Lancelin lebih kurang 15 minit perjalanan..so kamipun terus lah pergi ke situ. Di Lancelin nilah terletaknya sand dune. Kami tak singgah pun sand dune tu.

Alhamdulillah jumpa lah sebuah cafe yang sesuai untuk kami makan. Cafe ni tak boleh dine in. Tokey tu suruh kami makan dekat padang depan building ni. Dekat deretan building ni ada sebuah thai restaurant, malangnya tutup.
Inilah padang depan building tu. Peaceful sangat. Dengan deruan angin..kicauan burung..layan pulak sunset...ohh nikmatnya. Tak lama pun tunggu pakcik tu prepare order kami. Tak jauh dari sini ada beach. Sebab tired sangat kami tak singgah pun beach tu. Sunyi jer area sekitar ni.
Nasib baik ada kedai di Lancelin ni.
Taraaa...our seafoods basket. Ada prawn, squid, fish, crab stick, scallop, fries. Kekenyangan kami petang tu.
Sambil-sambil makan layan pulak full moon...MasyaAllah.
Cantik betul full moon ni. First time saya experienced melihat keindahan langit berwarna pink kebiruan bersama full moon macam ni.
Ketika menghala ke Ledge Point kami ditemani full moon sepanjang jalan bersama keindahan langit yang cukup luar biasa. MasyaAllah..

Waktu malam suhu drop mencecah 15 deg celcus. Kami keluar sekejap layan view bintang yang bertaburan di dada langit. Berakhirlah our day 1 di bumi Western Australia. Esok kami bakal explore desert yang cukup  menakjubkan. 

Bai...

13 comments:

  1. Best best.. Australia ni tak la jauh tapi visa tu buat pening sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju... Apply utk semua ahli keluarga besar ada yang tak lulus huhuu..

      Delete
  2. Cantik pemandangan ladang semuanya merah... :D

    ReplyDelete
  3. Selalu makan pisang kaki dari korea yang australia ni nampak besar. Sedap pisang kaki ni nampak je macam keras tapi bila dah kopek sedap rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak yah kopek akak...ngap jer...crunchy dan manissss

      Delete
  4. LAwonya daun warna warni ni. Seroanoknyta pi kebun buah-buahan

    ReplyDelete
  5. Hai nak tnya klau untuk travel ke perth, sim card apa yg paling best dkt sna untk waktu yg panjang dan better beli pre order online ataupun trus beli dkt airpot? thanks hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..sorry, sepanjang kat sana saya takde pakai local sim card.

      Delete
  6. Waaaaaaa bestnya... Senang yek nak masuk Australia? Perlu tak ada suntikan vaksin covid 19?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak masuk senang...nak apply visa tu ada mencabar. Skrg ni dah tak kira dah ada suntik vaksin ke tak.

      Delete
  7. Saya cadang nak pergi jgk sana raya tahun depan.. Cuma tak pasti kalau dapat, jika sy hanya ada 2 suntikan vaksin je sblm ni..

    ReplyDelete