May 5, 2024

The Great Land of England (Cotswold) - Part 6

Assalamualaikum...

Masih di day 11 kami berkelana. Dari Burford kami bergerak ke Arlington Row. Katanya ada trout farm kat situ. Teringat-ringat trout bakar yang kami makan di Mostar, Bosnia. Nyum nyum..sedap betul. Dapat pulak free fresh bread yang paling sedap sangat pernah makan. Travelling ni bukan saja boleh create memory indah tapi boleh juga menikmati kelazatan makanan yang belum pernah kita rasa. 

Jalan perjalanan ke Arlington Row sesekali terjumpa tractor sedang trim pokok tepi jalan. Tyre tractor tu pun dah setinggi kereta..nampak heavy duty betul lah tractor tu. Tak sempat nak snap.
Terpesonalah dengan rumah-rumah dekat Cotsworld ni
Sampailah kami di Arlington Row. Boleh jer free park dekat tepi jalan ni. Sungai ni mengingatkan saya tali air dekat kampung saya...hehe.
Pandang sikit ke kanan jalan kami park tu...what a beautiful house. Entah kenapa saya suka sangat cottage..saya ada beberapa buah novel UK yang dah dibaca dan ada yang belum dibuka plastic...hahaha...kebanyakannya berkaitan dengan cottage.
Bertapa freshnya udara kat sini dan tenang betul tengok view sekeliling.
Gigih lah hai nak susun-susun stone pieces tu.
Trout farm ni ada entrance fee. Kami tak masuk pun, just berlegar-legar area ni jer.
Perumahan di tepi trout farm
Setiap sudut lawa lah tempat ni. Saya agaklah trout farm ni mesti guna air dari sungai ni.
Kalau park dekat sini lebih dekat dengan trout farm. Tak sure kena bayar ke tak.
Kami masuk ke souvenir shop di trout farm tu. Dari dalam kedai ni boleh jengok tengok trout farm dari tingkap. Itik-itik ni diperbuat dari kayu. Comel kan? Hehe. Tengah-tengah snap sana sini, saya tersentuh salah satu itik dan terjatuh...nasib baik sempat sambut...fuhhh. Ngeri kalau-kalau rosak dan saya kena bayar...hahaha.
Nampak sikit jer lah kolam ikan. Oh yer, ada cafe jugak kat sini..tak sure lah ada jual apa. Dah kenyang kan...so tak peduli sangat lah..hehe. 
Wahh ada jual trout lah..beli lah kami berdua. Sebenarnya teringin beli yang 4 ekor 10 GBP tu..tapi fikir-fikir balik mana nak letak ikan tu...bukannya ada fridge. Dan lagi satu, macam mana nak masak...hahaha. Akhirnya kami decide beli yang fillet seketul tu. Boleh buat trout steam untuk lunch kami.
Kami ternampak satu group pelancong korea ke arah ni...kami pun turun join depa. Memang cun lah lalu sini...kita akan terus ke parking tanpa melalui trout farm lagi. Ada sungai kecik di kanan laluan ni
Ada banyak sangat anak trout dalam sungai ni...lebih kurang besar ikan puyu...rezeki untuk itik-itik tu lah. Punya lah jernih airnya sehingga nampak ke dasar. 
Laluan tersebut akan bawa ke sini...time ni baru lah teringat yang inilah Arlington Row..hahaha. Time datang ke sini dok ingat trout farm jer.
What a cute window.
Deretan cottage yang entah kurun keberapa. Saya ada perasan sorang perempuan dan anjingnya masuk dalam salah satu rumah.
Cottage ni sesuai dengan saya yang pendek..hehe. Nyampah pulak tengok diri sendiri pakai seluar pink ni...hahaha. Terpaksa beli sebab semua winter pants saya dah longgar.
Memang lawa sangat lah tempat ni walaupun saya rasa macam ini bukan the real kampung sebab saya tak nampak orang kampung...hahaha.
Kalau sayalah stay sini, mesti rimas sebab orang ramai asyik mai belek rumah saya...haha.
Stonewall yang penuh lumut
Bai bai Arlington Row...kami nak balik ke travelodge nak masak trout..hehe.
Yang bestnya travelodge ni, harga murah dari hotel dan ada free parking.
Kami bakal visit lagi satu lagi kampung..Castle Combe. Plan nak picnic dalam kereta. Sampai bilik terus saya masak nasi dan letak trout di bahagian steamer ...direncahkan dengan garam dan black pepper....yummeh!!
Nak save duit untuk tidak selalu beli hot latte...hehe.
Semua makanan dah pack, ayuh ke Castle Combe.
MasyaAllah...indah betul view sepanjang jalan. 
What a view!!
Dalam setengah jam macam tu kami sampai. Nak ke Castle Combe ni perlu park agak jauh. Perlu berjalan di laluan kiri dan kanan berhutan macam ni. Rasanya dalam 5 minit jugak lah berjalan.
Cute cottage di laluan berhutan tu. 
Haaa...sikit lagi nak sampai.
Admire sangat lah cottage depa ni.
Tengok macam ada space nak stop jap kereta then snap photo kampung ni. Tapi janganlah buat macam tu, saya tengok takdepun orang lain buat macam tu.
Amboii..tinggi mana nak panjat nih. Agak complicated susunan bongkah batu dinding ni...curious sangat macam mana depa boleh susun uneven stones untuk dijadikan wall.
Macam nilah UK countryside, depa tak kisah apa nak jadi dengan dinding luar rumah..berlumut ke...pokok memanjat ke..tak kisah pun nak plaster dinding...fuhh. Apa-apapun lawa dan unik sekali.
Cute.
Macam biasalah...tak nampak orang kampung...hahaha. Best jugak menaip blog di bilik atas tu sambil facing keluar..hehehe.
Kalaulah rumah saya adalah salah satu cottage kat sini, yang akan menjadi persoalan saya..bila lah saya boleh keluar rumah duduk tepi sungai sambil layan air deras mengalir?? Hahaha. Apa taknya, di bridge ni ada ramai tourist bergambar dan facing deretan cottage ni, mesti tak selesa kan nak lepak-lepak. Hmmm....
Rasanya ni manor yang di convert menjadi hotel. Ada padang yang luas kat dalam ni. Air sungai pun turut melalui manor ni.
Perut dah minta di isi..teringat trout steam dalam kereta...hahaha. Castle Combe ni adalah kampung terakhir kami visit.
Dalam perjalanan menuju ke Cirencester, kami singgah Waitrose untuk beli salad nak makan bersama nasi. Sambil-sambil tu dua-dua orang grab dessert sorang satu...hehe.
Nikmat betul lunch kami. Trout steam tu sedap sangat...nyum nyum. Dan di makan bersama sambal tempoyak...fuhh...ngam sangat.
My dessert...makan 1 bekas ni macam ok mulanya. Bila sampai bilik nak makan lepas tu...jadi masam sangat. Means keluar fridge tu elok terus makan.
My sis punya dessert...memang sedap sangat lah. Dia suka betul. Bila nak cari lagi dekat London, dah tak jumpa.
Puas hati betul melayan view sepanjang jalan.
Depa ni lebih suka rumput kering dari rumput segar?? Hahaha.
I love everything about this place..bright sky..cotton cloud..trees..farm..cottages...everyting is so beautiful. Terasa seperti di dunia khayalan.
Hari masih cerah. Kami singgah kejap Cirencester town. Lengang jer town ni. Cafe pun tak jumpa..kalau tak boleh pekena secawan latte..hehe.

Malam tu kami berbincang apa plan seterusnya. Kami baru dua hari menggunakan car rental. Ikut agreement kami perlu return kereta lagi dua hari. Discuss punya discuss dan atas pelbagai consideration, akhirnya kami decide nak return kereta tu esok dan terus book tiga malam hotel di Premier Inn Heathrow Terminal 4. Kami plan nak spend di Oxford..mahal pulak harga travelodge. Kemudian Reading...mahal jugak. Kedua-dua tempat ni tak disediakan free parking pulak tu. Nothing to worry...kami boleh plan nak singgah Reading esok tu dan terus ke Premier Inn dan kemudiannya return kereta sewa. Adakah plan kami ni smooth? Nanti maybe satu atau dua lagi entry untuk kisah di UK.

Bai...

2 comments:

  1. SubhanaAllah cantiknya pemandangan. Tapi muskil lah bila orang kampung tak ada. Depa buat lagu mana ye cottage tu semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya semua orang kampung tu dah pencen...dok dalam rumah kut hahaha

      Delete