May 6, 2023

Winter in Switzerland (Wengen) - Part 7

Assalamualaikum...

Haaahhh...lambat betul nak update kisah di Switzerland ni...bertabah jer lah. Ok jom sambung day 5. Kami masih berada di Interlaken West di hari ke-5 ni. That day kami bakal berpindah ke Zermatt. Sebelum tu, kami decide untuk ke satu lagi tempat..iaitu Wengen. 

Yang menjadi sebab ke Wengen adalah...saya pernah tengok satu video di youtube. Cantik sangat Wengen dalam video tu. Terus request kat my sis untuk masuk ke dalam itinerary.

Breakfast terakhir di Hotel Bernerhof.
Food station
Agak heavy snowing malam tu. Time ni pun masih snowing yang halus-halus. Adakah keadaan Wengen akan sendu? Teruskan membaca.

Walaupun demam...masih ada semangat nak explore Wengen.

Untuk ke Wengen, kami perlu naik train ke Interlaken West dan kemudian Lauterbrunnen. Di Lauterbrunnen train station...perlu naik lagi satu train...jom tengok photo sepanjang perjalanan.
Winter...not much colours. Its just black and white....still...i love it!!
Sesekali jumpa small stream...beautiful!!!
Inilah train yang akan bawa kami ke Wengen dari Lautterbrunen. Paling best travel time winter adalah...not crowded.
Time ni tak boleh imagine lagi kat mana Wengen dan apakah keadaan sepanjang perjalanan.

Penempatan di kaki gunung.
Train ni makin memanjat...
Laluan train ni adalah di lereng-lereng gunung dan bergaung. Time ni baru lah tahu yang Wengen ni berada di atas gunung...hahaha.
Boleh dikatakan 90% adalah orang yang datang nak ber ski...5% kami berdua dan 5% lagi orang Wengen...hahahah. Time kami turun di Wengen station ni, kelihatan train ni meneruskan perjalanan....saya tak sure ada apa lagi di next station. Mostly orang turun di sini.
Tak sure pulak kami berada pada ketinggian apa. Gaya perjalanan tak jauh beza time nak ke Murren. Agaknya 1500m ataupun 2000m kut. Snow agak tebal kat sini.....lagi tebal dari Murren. Kabus memenuhi puncak gunung. Sejuk jangan cakap lah....hahaha.
Kami just ikut kaki melangkah. Aman damai jer Wengen ni. Time ni saya dah plan nak singgah sebuah bakery on the balik nanti...hehe.
Ehh....macam mana lembu ada kat atas tu???
Matahari kejap-kejap ada kejap-kejap dilitupi kabus tebal....but...its still beautiful.
Very peaceful.
Sunyi sepi hotel ni....
Walaupun bench ni penuh dengan snow...selepas saya sapu snow tu....permukaan bench ni tak basah pun. Time ni matahari bersinar indah. Kami decide nak lepak kat sini. Ada church tak jauh dari tempat ni. Satu group makcik-makcik lalu area tu...kami bertegur mesra.
Ternyata Wengen ni sama macam video saya tengok di youtube. Indah...aman damai...tenang...bersih.
Hayatilah setiap ciptaan Allah walaupun sekecik benda....dan bersyukurlah dengan apa jua pengalaman yang Allah beri peluang untuk kita.
Sejuk pun ala-ala jer time ni. Saya dah conquer Mount Titlis...Murren...setakat day 5 di Switzerland....Wengen ni yang paling cantik. Keadaan Wengen ni tak jauh beza dari Murren, tapi Wengen ni ada banyak pokok. Cantik sangat bila tengok ranting-ranting pokok penuh dengan snow.
Cahaya matahari di celahan ranting pokok.
Helok betul rumah-rumah dan hotel/chalet kat sini. Saya rasa orang Swiss ni suka bina rumah/ chalet/ hotel dengan kayu sebab tak perlu strong foundation. Yelah...dah la nak dibina di atas gunung-ganang, ingat mudah nak angkut segala spun pile, piling machine, ready mixed concrete, reinforcement etc. Saya rasa logic pendapat saya ni....hahahaha!!!
Gondola station ni terletak di Wengen, dan boleh ke Männlichen. Boleh dapat half price dengan ada STP. Bila tahu kena bayar, kami decide tak naik lah. Lagipun di Zermatt nanti nak keluar duit lagi untuk naik gunung-ganang kat sana....hahaha.
Kalau lah saya kaya raya....saya nak bina sebuah rumah persinggahan kat sini...sekali-sekali boleh datang relax...hahaha
So cute
Setiap sudut Wengen ni cantik sungguh. Terasa seperti fairy tale movie...ataupun dalam mimpi yang tak nak bangun dari tidur. Its incredible beautiful. 
Position setiap rumah/ chalet seperti dalam kedudukan arah yang sama. Maybe nak facing arah matahari naik...agak logic kan??? hahaha.
Lupa masa berjalan...perut minta diisi.
Finally singgahlah saya di bakery yang saya dah aim tu. Cream puff ni menarik perhatian saya. Bila tengok cream tu mixed with original vanilla buds, terus telan air liur....hahaha. ternyata cream puff ni paling sedap saya pernah makan.
Kami masuk dalam sebuah restaurant tak jauh dari train station. Kalau order coffee pasti akan dapat biskut atau coklat. Time nilah my sis fall in love dengan coklat ni. Nasib baik Coop ada jual.
Tomato sauce spaghetti...nikmat tak terkata menjamah spaghetti ni. Kami share jer.  
Restaurant tu terletak di bawah building merah ni.
Agak ralat nak tinggalkan tempat tu. Rasa macam tak puas explore Wengen ni. Dalam masa yang saya tak sabar nak ke Zermatt...sungguh tamak sekali...hahaha!!
Time nak naik turun dari Wengen, jangan lupa dudut di side kiri ye. View Lauterbrunen is so stunning. 
Staubach waterfall

Bila kami sampai hotel, terus ambil luggage dan menuju ke train station. Perjalanan ke Zermatt agak mencabar. Kami perlu naik tiga jenis train. Dari Interlaken West kami perlu ke Spiez. Bila sampai Spiez, kami perlu bertukar train ke Visp....ngeri naik train Spiez ke Visp. Train ni bertangga. Jenuh nak angkut luggage berkilo-kilo. Dah masuk coach, tersilap masuk 1st class...pindah pulak ke coach lain. Dah sampai coach tu...nak kena lalu anjing putih setinggi bahu saya. Dia block terus laluan. Sebab teramat takut kat si anjing tu, kami berdiri di hujung coach sampai turun...wakakakak.

Spiez ke Visp aroud 30 minutes. Kami turun dari train tu dengan lega sebab anjing tu masih di dalam train. Nak ke Italy agaknya dia...hahaha. Ohh ye...train last station adalah di Italy.

Dari Visp, kami naik train terakhir. Around 15 minutes kami sampai Zermatt.

Ok, nantikan pengalaman seterusnya kami di Zermatt pulak ye nanti.

Bai...


14 comments:

  1. kalau dah winter pun cantik apalagi time spring dan summer mesti lagi cun. Tapi bangunan dia pun memang klasik kan tu yang membuatkan swiss tu cantik dengan pemandangan dia lagi. Indah sungguh ciptaan Allah SWT. MUdahan akak ada rezeki melihat keindahan bumi swiss. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Cahaya matahari di sebalik ranting pokok tu unik gambonya

    ReplyDelete
  3. hurmm ok je tak dtg situ sebab nak main ski.. tempat lawa cantik dan nature.. demam tgh salji sakit ooo.. hebat2 boleh lagi explore.. terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat tu lah membuatkan demam pun tak dipeduli

      Delete
    2. kekal gigih berjalan walau demam hebat sungguh akan traveller ini :P

      Delete
  4. Syok nya. Best best. Thanks kongsi. Lawa semua foto.

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah saya akan ke Swiss Dec ni. setakat ni itinerary saya sama dgn iti sis including Zermatt. Tak sabar tggu next entry.

    ReplyDelete
  6. terliur 🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete