April 13, 2023

Winter in Switzerland (Lauterbrunnen & Murren) - Part 6

 Assalamualaikum...

Bertemu kita di Day 4 in Switzerland. That day kami bakal explore Lauterbrunnen. Jika tengok train timetable, tak sampai 20 minit dah boleh sampai ke situ. Tempat bakal kami explore tu adalah kawasan pergunungan. Risau pulak saya takut demam makin teruk. Tekak terasa perit sekali. Batuk dan selsemapun ada. Saya kuatkan semangat untuk tidak berasa lemah.

View dari balcony. View yang tak pernah jemu dipandang sepanjang stay di hotel ni.
Another angle. Time ni baru 7.30am.
Another angle..depan ni adalah train station dan jugak bus station. Cute jer building di train station tu.
Peluang untuk breakfast tak dilepaskan walaupun nak telan pun sakit....hahaha. Di hotel ni roti dah siap potong...hehe.
Seawal 8.30am kami dah menuju ke train station. Tima naik train...kelihatan kebanyakannya adalah orang yang nak pergi main ski...hahaha. Untuk ke Lauterbrunnen, perlu stop di Interlaken OST dan tukar train menuju ke Lauterbrunnen.
Impressed sangat dengan design rumah atau hotel kat sini. Oh ye..bila sampai di Interlaken OST, perlu tukar platform. Dan platform tu bukanlah side by side...perlu cross ke another side. 1st time saya dengan train station yang menyediakan walkway jenis berslope. Kalau bertangga, agak penat lah nak memanjat tangga. Lift memang tak disediakan. Bila dah sampai di platform another side tu...dah tersedia train.
View sepanjang jalan tersangatlah cantik...tapi quality photo saya snap tak berapa cun.
Saya ada study Lauterbrunnen ni..lagi study lagi blur...hahaha. Saya tak berapa sure nak explore tempat ni. Adakah me and my sis berjaya explore tempat ni?? Jom baca lagi...
Terkesima lah tengok tempat ni. Macam Interlaken West...surrounded with mountains...tapi mountainnya bukan dekat-dekat. Lauterbrunnen ni pulak surrounded with mountains yang dekat-dekat. Jom tengok photo lain untuk lebih paham...hahaha
Coffee yang saya minum di hotel tak berapa kaw. So saya minum secawan coffee lagi di satu cafe. Dari cafe tu dah boleh nampak yellow bus ni. Saya ada study yang bus ni boleh bawa kami ke Staubbach waterfall. Dah selepas pekena secawan kopi...kami memulakan exploration. Starting point bus ni betul-betul depan cafe yang tak jauh dari Lauterbrunnen station tu.
Penumpang bus mostly adalah orang yang nak pergi main ski. Saya rasa bus ni memang free...nak show Swiss Travel Pass pun driver buat tak heran jer. 
Untuk ke Staubbach waterfall, kami turun kat sini. Area ni adalah parking. Perlu berjalan sikit untuk ke tepi gunung yang mana terletaknya Staubbach waterfall
Redup jer area ni. Maybe gunung-ganang kat sini blocking cahaya matahari.
Rumah-rumah kat sini mostly diperbuat daripada kayu. 
Masih di area parking. Waterfall ni tak deras mengalir pun..sikit-sikit jer. 
Waterfall ni bila cecah bawah dia membeku. Sesekali terdengar bunyi runtuhan ice. 
Paling dekat boleh tengok waterfall ni. Ada pagar halang kita untuk pergi lebih dekat.
View berdekatan waterfall tu
Lauterbrunnen ni valley village yang cukup tenang sekali. Jalan kat sini agak ber slope. Kalau stay area ni agak susah nak heret luggage. 
Singgah jap souvenir shop area ni. Kiranya time tu 1st time lah nak beli souvenir untuk diri sendiri. Harganya mak datok...telan air liur berkali-kali. Fridge magnet around 8CHF to 10CHF.  
Dikatakan air di Switzerland boleh jer diminum tanpa di masak dulu. Air paip pun boleh minum. 

Lepas dah explore sikit-sikit Lauterbrunnen, my sis cakap...tak kan ni jer kita datang sini? Hahaha. Dia memang tak study sangat pasal Lautterbrunnen ni. My sis lebih bertumpu hal booking dan cost arrangement. Sayapun cakap lah...ada gondola ke Murren...nak ke? Dia suka sangat kalau naik gondola..cable car. Macam saya ni cuak sikit...hahahaha. Kami pun menujulah ke gondola station tu. Sebenarnya saya tak berapa sure Swiss Travel Pass boleh guna ke tak, sebab tu saya tak recommend kat my sis. 
 
Sampai jer station, takde orang untuk tanya STP boleh guna ke tak. Tengok orang lain menonong masuk kami pun ikut sekalilah. Ada sebuah gondola dan standby tunggu kami masuk. Besar betul gondola tu. Tanpa sedar orang ramai memenuhi gondola tu. Dari luar ada pekerja sumbat-sumbat orang masuk....hahaha. Padat betul gondola tu. Nasib baik kami agak awal...boleh la duduk bahagian paling tepi. Tak salah saya gondola tu boleh muatkan 50 orang. Oh ye....gondola station tu tak jauh dari Lauterbrunnen train station ye.

View yang terhidang dari atas gondola lawa giler. Sayangnya glass agak kotor. Tak boleh nak hasilkan photo yang cantik. Saat seram bila naik gondola ni adalah....time lalu di tiang cable. Gondola tu tetiba dupp ke bawah gitu. Panic giler lah saya hahahhaa. 
Journey ke Murren belum berakhir. Kami kena pulak naik train. Train ni comel jer. Orang ramai dari satu gondola tu muat-muat jer train tu. Bijak betul orang yang mencipta semua ni.
Perjalanan ke Murren dengan train dapat melihat view cukup indah sekali. Tiada kata-kata yang dapat explain keindahan tempat tu. 
Akhirnya sampailah kami di Murren ni. Ada toilet yang bersih di train station. Murren ni rupa-rupanya berada di atas gunung.
Dah la Murren ni berada di atas gunung...dapat pulak tengok gunung-gunung lain di area tu...sungguh bergunung-gunung...hahaha
Ramai giler orang kat sini. Rupa-rupanya ada sport event kat sini. Time ni adalah masa untuk kami lunch. Discuss punya discuss, kami decide nak masuk restaurant dalam Hotel Jungfrau tu. Bekal nasi dah ada..kami just order coffee. Tak sangka sungguh bila yang hantar coffee kami adalah orang melayu. Mamat ni cakap dia waiter dan wife dia adalah chef. Kalau tak disebabkan saya demam, sure saya dah order food kat situ. Tetak saya dah susah nak telan makanan time tu. Lupa pulak nak tanya si wife yang chef tu boleh masak apa..hahahaha...maybe Malaysian food kut.
Dah kenyang..kami sambung explore tempat tu. Impress betul tengok dorang bina rumah hampir-hampir di tepi gaung. 
Kami berjalan menuju ke station gondola untuk turun ke bawah sambil melayan keindahan Murren ni.
Dua tiga langkah berjalan pap pap snap sana sini. Cantik betul tempat ni.
Bila tengok orang berjalan menggunakan alatan ski...jealous pulak rasa..hahaha. Terasa macam energy tak banyak digunakan.
Katakan orang-orang yang stay atas ni ataupun pekerja-pekerja resort nak turun ke gunung ni...terpaksa menapak lah ke gondola station. Tak nampak apa-apa kenderaan pun kat atas ni.
Lawa pulak kayu api ni disusun begini.
Setiap sudut kawasan ni cantik untuk di snap. Hp saya sampai habis baterry...hahaha
Time ni baru confident yang arah kami tuju adalah betul. Kami perlu ke Schilthornbahn untuk naik gondola turun ke bawah. Saya asyik sebut bawah bawah bawah tu kerana ketika ni kami berada lebih kurang 1500m dari aras laut.
Wooden building on top of mountain. The design is very traditional.
Comel hotel ni.
Love sangat window macam ni.
So beautiful. Tak salah saya ini adalah restaurant di bawah sebuah hotel.
Mesti time summer tempat ni penuh dengan pengunjung.
For me this place is a magical place. We do nothing here except enjoy the view.

Tanpa sedar nak dekat 2 hours kami di Murren. Masa berlalu tanpa sedar. Ikut planning, kami nak ke Wegen selepas Lauterbrunnen. Malangnya kami tired sangat. My sis bagi idea untuk datang semua ke lauterbrunnen keesokkan hari. Untuk ke Wengen kita kena naik train dari Lauterbrunnen. 

Oh ye...time turun tu baru tahu yang Swiss Travel Pass covered untuk gondola tu...hahaha. Lepas dah turun dari gondola, kena tunggu yellow bus ke train station. Patutnya awal-awal tu tak perlu pun kami ke waterfall tu..terus ke Murren lebih bagus. Sebabnya...dari gondola station tu dah boleh berjalan ke waterfall tu...hahaha. Whateverlah...kami dah terlalu enjoy that day...hahaha!!! 

Kami balik semua ke Interlaken West. Balik dalam keadaan kepuasan. Disebabkan lunch tu saya tak berapa makan, saya request kat my sis nak makan nasi bersama kebab ayam. Sampai jer kami di Interlaken West..tak sangka betul...its snowing!!!! 

Ada sebuah mall kat sini. Tak lah berasa luas.
Crystals snow..MasyaAllah!!!
Akhirnya my craving is satisfied.
My sis pulak makan nasi bersama telur goreng.
Dah kenyang, kami bergerak ke hotel sambil layan suasana snowing ni. I miss this moment so much.
Ada snow yang segumpal besar tapi sangat ringan...syok tangkap-tangkap snow.
Crystals snow dekat balcony.
Saya suka sangat suasana snowing ni. Walaupun sejuk langsung saya tak kisah. Ketenangan yang cukup luas biasa. Sepanjang malam tu saya asyik-asyik selak curtain nak tengok snow....hahaha.

Exploration that day cukup membuktikan yang dunia ini amat luas dan pelbagai surprise menanti kita. kalau kita tak explore, kita tak kan tahu surprise tu. Travel kali ni cukup-cukup berlainan dari sebelum ni. Tak terkata betapa indahnya alam ciptaan Allah SWT. Puji-pujian hanya untukNya. 

Nantikan next entry untuk surprise yang seterusnya. The beauty of Switzerland is crazy..it is beyond my expectation.

Bai...

4 comments:

  1. Winter has always been my favourite season. Dia macam ada suatu feeling yang susah nak ungkap. Tengok your pictures make me miss Switzerland. Thanks for sharing Zila. Saya ni dah kira blogger sendu tapi masih rajin baca blog orang.

    ReplyDelete
  2. Same to me!!!

    Bila nak terus ber blog?? miss your writing

    ReplyDelete
  3. Aweww.. best sungguh you tulis details sangat tq tq… next month ke Swiss terus nak masukkan ITI ni

    ReplyDelete