Assalamualaikum...
Sambungan day-5 di bumi Switzerland.
Setelah tiga trains kami turun naik, maka sampailah kami di Zermatt. Garni Testa Grigia Hotel yang my sis dah booked ni tak jauh dari Zermatt train station. Perjalanan yang hanya 1 - 2 minutes menjadi lebih kurang 5 minutes gara-gara melalui keadaan yang crowded dan juga mengelak anjing pelbagai rupa dan size berjalan-jalan bersama ownernya...hahaha. Oh ye..sebelum ni Zermatt ni saya tak pernah tahu pun wujud kat dunia ni..hahaha.
Bila masuk bilik...puas hati betul. Luas betul bilik. Best sangat bila nampak coffee machine..hehe. Dari tingkat bilik boleh lah nampak hujung-hujung puncak Matterhorn. Bilik kami ni berhadapan dengan jalan yang agak ramai orang lalu-lalang. Boleh dikatakan jalan tersebut adalah main road pejalan kaki. Dan bilik tu sangat soundproof. Apa-apa bunyi di luar langsung tak dengar.
|
Pintu ni boleh ke balcony. Balcony kat sini jenis share dengan bilik sebelah-sebelah. |
|
Very comfortable bed. |
|
Toilet pun bukan main luas. Meja tu boleh buat tempat nak masak dan makan. |
|
Inilah view dari balcony. Jalan ke hujung balcony sikit...boleh nampak puncak lagi jelas. |
|
Zoom sikit. |
Sebenarnya Zermatt ni tak sama dengan expectation saya. Saya imagine tempat tu seperti snow wonderland. Malangnya snow yang ada seperti sisa-sisa sahaja. Amboii...tak puas-puas dengan snow nampaknya....hahaha.
Demam saya semakin teruk. Nak cakap pun susah, pedih tekak. Sengal-sengal badan pun makin teruk. Akhirnya saya decide nak pergi farmasi lagi. Farmasi just tepi hotel. pharmacist tak boleh bagi saya antibiotic tanpa doctor medicine prescription. Dia recommend 2 jenis ubat. RM200 melayang....hahaha. Pharmacist ni pernah ke Malaysia...lancar betul dia sebut Pinang (Penang). Terkesan di hati kut ke sana...hahaha.
Disebabkan hari dah gelap, kami decide nak explore Zermatt esok saja. Lagipun kami agak banyak masa di Zermatt. Selepas saya telan ubat dari farmasi, terus pengsan. Bila terjaga dah lewat malam. Badan berpeluh-peluh time tu. Terus mandi. Rasa sungguh bertenaga time tu....hahahha. Demam macam dah kebah. Heater bilik tu sebenarnya tak berapa kuat. Sejuk lah. Tapi time tu saya rasa panas betul. Strong betul ubat tu.
Day-6 kami di bumi Switzerland.
|
Weather forecast that day show Zermatt akan gloomy that day. Photo ni saya snap on 7am. Still kelihatan lagi puncak Matterhorn.
|
|
Sunyi sepi kat luar. |
|
Kami antara orang terawal untuk breakfast. Sepanjang di Switzerland,
time breakfast paling saya excited...hahaha. I love bread so much. Bestnya jadi orang 1st potong roti....hehehe. |
|
Macam-macam boleh dimakan. |
|
Pelbagai jenis spread |
|
1st round. Raspberry spread paling saya suka. |
|
Bila kita masuk jer ruang breakfast ni, staff akan tanya nak coffee atau tea.
|
|
Lepas dah breakfast, kami relax kat bilik sampai pukul 9am. Tak keluar explore awal-awal sebab Zermatt ni kecik jer. Dalam 8am saya
selak lagi curtain....kabus-kabus halus makin menutupi Matterhorn. |
Kami memulakan exploration. Jalan di depan hotel kami stay tu makin busy. Sesekali jumpa electric car dan juga horse carriage. Dikatakan tempat tu tak dibenarkan kenderaan berengine masuk. Kiranya Zermatt ni nak elak dicemari oleh asap kenderaan yang berdiesel ataupun berpetrol. Dan sebenarnya, kenderaan berengine nak masuk pun tak boleh sebab jalan tak besar mana. Tapi...ada tapi ye...ada jer free bus service kat sini. Luar sikit dari area hotel ni ada jalan yang agak luas. Saya tak sure shuttle bus tu berengine petrol atau electric.
|
Saya perhatikan electric car ni function sebagai taxi. Saya sure sangat kalau nak naik electric car ni mesti kena bayar. Kadang-kadang ada tulisan nama hotel...yang ni saya sure sangat free service dari hotel. Semuanya begitu sure sekali yer...hebat nih!!! Hahaha. Oh ye...hotel kami terletak de sebelah Hublot tu.
|
|
Ni pulak restaurant yang asyik kami nampak dari balcony bilik.
|
|
Laluan kat sini jenis sempit camgini. Electric car yang comel tu memang muat jer. Laluan ni juga menjadi laluan pejalan kaki ye. Kena hati-hati berjalan sebab electric car ni tak kuat sangat engine dia..tak pearasan dia muncul. Yang dalam photo ni pulak lorry electric...1st tengok benda ni...kagum..hahaha!
|
|
Hotel mewah ni.
|
|
Ni simpang kesana kemari ni.
|
Unik lah Zermatt ni...macam satu penempatan orang dulu kala and surrounded with mountains. Tak perlu masa untuk explore tempat ni. Rasanya kami just spent 2-3 jam jer. Disebabkan that day cuaca gloomy, kami decide tak nak lakukan apa-apa activity conquer mountain peak....amboi...lagak dah macam mountain climber ek. Jom sambung explore Zermatt.
|
Saya perhatikan..setiap tingkap mesti akan ada additional wooden window macam ni. Saya agaklah kan, kalau storm...function dia macam additional protection gitu. Last but not least...saya sure kalau tutup wooden window tu, boleh kurangkan suhu sejuk di kala winter. Travel just not enjoy the view...learn so many things during the journey...eat delicious food..relax..but..it is also make us think and think and think what is around us..like me....hahahahaha!!!
|
|
Kami berjalan dan berjalan....akhirnya sampai di area sungai. Nampak tak orang bag pack biru tu?? Orang China rasanya. Nampak rupa dah macam makcik. Macam terseksa jer pegang skiing skis tu. Booths yang terus akan attache ke skiing skis tu agak menyusahkan pergerakkan dia. Know what?? Kami jalan ajak jauh la hingga sampai ke cable car station..kami naik bus. Makcik ni pun kebetulan baru sampai. Saya ingat ke dia nak duduk lepaskan lelah...tapinya terus menghala ke ticket machine...hahaha!!! Kuat betul semangat makcik tu. Salute!!!
|
|
Memang banyak hotel, resort, chalet dan b&b kat sini. Kami yang berjalan lenggang kangkung pun jenuh jugak...tak dapat bayangkan orang yang datang dan stay area ni. Dengan luggage lagi....fuhhh...tak mampu. Tapinya...kalau stay area ni, view yang terhidang confirm lawa lah. Tak salah saya, lebih kurang setengah jam kami berjalan untuk ke area sungai.
|
|
Sebelah kanan sungai ni adalah laluan untuk bus. Muat-muat jer kalau bus tu selisih. Di sebelah kiri pulak...ada lift nak naik ke jalan atas tebing sungai ni ataupun turun ke tepi sungai. Hopefully dapat imagine lah ye....hahaha. Kat sini antara the best port nak snap photo berviewkan Matterhorn. Malangnya awan dah tutup Matterhorn. Oh ye...saya ada follow satu IG family ni. Untuk ke b&b, mereka sekeluarga perlu naik lift ni. Nasib baik time tu ada orang Malaysia tolong. Dari b&b yang mereta stay tu...view Mattherhorn boleh nampak dengan jelas sekali. Anak-anak dia boleh main slide depan b&b.
|
|
Selepas naik lift.
|
|
Very peachfull place. We do nothing....just relax and enjoy the view.
|
|
Matterhorn di sebalik awan....adakah esok kami boleh nampak Matterhorn dengan jelas??? Please feel free to follow the story..
|
|
What can I interpret about this place..Zermatt?? Zermatt ni lebih kepada tourism. Sepanjang jalan yang kami lalui...kiri kanan penuh dengan hotel, watch shop, butik, sport shop serta restaurant. Tempat unik sebab building mostly diperbuat daripada kayu dan bercirikan traditional classic...sedap mata memandang. Udara yang disedutpun so fresh. View setiap sudut lawa...air sungai mengalir bersih sangat..tenang bila dengar bunyi air sungai mengalir.
|
|
Building ni dibina ngam-ngam di bucu simpang...hahaha.
|
|
Di tepi-tepi gunung bercuram pun nak bina hotel.
|
|
All balconies boleh nampak Mattherhorn.
|
|
Kami dah sampai cable car station...saya asyik menahan my sis untuk beli ticket....hahaha. Dia memang tak sabar nak conquer gunung. Sia-sia naik cable car sebab semua gunung tersembunyi di sebalik awan.
|
Dah puas explore Zermatt by foot....kami menghala ke Coop. Di Zermatt ada dua supermarket, Coop dan Migros. Coop terletak berhampiran train station. Kami just beli shrimp, telur dan salad. My sis nak masak untuk lunch.
|
Pelbagai jenis coklat. Saya ni bukan penggemar coklat sangat. Tengok pun tak rasa teringin...hahaha.
|
|
Time my sis masak, saya tidur. Ada benda
kelakar berlaku. My sis nak buat telur dadar. Bawang semua dah
potong...kemudian dia masukan mayonies..lepas tu nak pecahkan
telur...sekali telur tu adalah telur rebus daaaaa....hahaha. Bawang dan
mayonies tu my sis terpaksa mix dengan salad...jadilah coleslaw. So...tahulah kami, kalau telur yang diwarnai adalah telur yang siap direbus. Telur biasa tanpa diwarnai kulitnya yee. |
Bau
semerbak sambal membuatkan saya tak sabar nak makan...hahaha. Nak
lelapkan matapun tak berapa tenang jadinya. My sis beli sambal segera
Siti Nordiana. Dah cukup rasa sambal tu...just panaskan dan masukan
apa-apa lauk kita nak. My sis letak shrimp. Dia tambahkan gula sebab
saya tak tahan pedas..disamping tekak yang perit...tak sesuai makan
pedas.
|
Kami
makan dengan cukup berselera sekali. Kami bukak pintu di balcony supaya
bau semerbak sambal boleh keluar. Bila dah keyang, mata dah layu. My
sis time tu tak senang duduk...dia nak buat activity untuk conquer
gunung that day jugak...haha. Bila saya dah yakinkan my sis esok InsyaAllah cerah...dia pun ok. That
day dari petang sampai malam saya asyik check weather forecast...hahaha.
Berdoa non-stop supaya esok cerah. Adakah weather forecast boleh
dipercayai? Adakah kami berpeluang hayati keajaiban ciptaan
Allah...Matterhorn? Sila tunggu next entry yer...Insyaallah akan saya share kisahnya.
|
|
Inilah rupa telur rebus tu. Tapinya....egg york cun jer...tak over boiled.
|
Lepas dah tidur kejap...kami decide nak keluar jalan-jalan lagi. Niat kami nak tengok old town di Zermatt ni. Kami pun menghala ke tempat tujuan sambil refer google map. Tak sangka betul...just 3 minit dah sampai...hahaha. Dekat jer dengan hotel kami stay tu.
|
Old town tersebut berada di celah-celah bangunan.
|
|
Untuk explore old town ni...follow jer laluan corbble stone ni. Tak besar mana pun.
|
|
Dinding kayu old building ni tebal-tebal. Teringat pulak rumah atok saya zaman saya kecik-kecik...lebih kurang sama jer quality kayu.
|
|
So cute.
|
|
Wow....stabil ke tak ni??
|
|
Time lalu area old town ni....ada sikit perasaan takut. Yela...lorongnya sempit...sunyi...kekadang berselisih dengan orang lain...gerun sikit. Yelah takut orang jahat.
|
|
Kami menghala ke port seterusnya...Zermatt viewpoint. Sambil-sambil tu layan view yang tak pernah jemu.
|
|
View point tu memerlukan stamina...kami perlu memanjat jalan berslope dan juga bertangga.
|
|
Rasanya saya salah ke viewpoint kut....hahaha. Tak nampak jelas sangat pun building-building kat bawah tu.
|
|
Macam tak cukup tinggilah viewpoint ni...hahahaha. Jom lah turun...hahaha!!!
|
|
Sambung snap sana-sini. Banyak betul lah hai benda nak snap...hahaha. |
|
Wooden wall tu kena selalu letak waterproof paint...kalau tak nanti reput kayunya.
|
|
Jom kita minum petang.
|
|
Cafe ni namanya Café Sérac. Saya memang dah aim nak ke sini. Boleh makan crepe kat sini. Crepe ni mudah jer nak buatnya. Saya selalu buat breakfast crepe ni. Macam biasa, kalau order coffee dan dine-in....mesti dapat free coklat..tapi kat sini dapat free cookies pulak. Siap google mana nak beli cookies ni...nu haaa Germany datangnya.
|
|
Taraaaa...our crepes. Tak sampai 1 minit..clear...hahaha. Nikmat betul makan crepe panas-panas. Tak puas makan satu sebenarnya...bila fikir harga semua ni around RM150, takde hati pun nak tambah...hahaha.
|
Panjang berjela entry kali ni. Ni mesti gara-gara baru balik dari Phuket trip...hahaha. Dah puas healing agaknya...hahahaha. I'm kind of person yang suka bercerita...dan sebab itulah wujudnya blog ni. Boleh lepas gian nak bercerita. Nak cerita kat orang, kena lah tunggu orang tanya dulu..malangnya takde orang nak bertanya...hahaha. Kang orang cakap saya orang gila..hahaha. Minat bercerita ni sebenarnya dari tadika. Saya ingat lagi...kawan-kawan berkumpul nak dengar saya baca buku cerita bergambar. Padahal time tu kenal huruf jer...tak pandai baca. Saya bercerita based on gambar dalam buku tu..menarik kut sampai satu kelas berminat...hahahah. Dorang pun kagum sebab ingat saya dah pandai membaca....hahahaha.
Nantikan entry seterusnya untuk mengetahui apa pulak surprise yang menanti kami??
Bai....
yeay
ReplyDeleteyeeaaaayy
DeleteSatu kelebihan atau bakat terpendam kut pandai bercerita sejak kecil. Pandai bercerita bila di olah sambil menulis kita orang pun seronok membacanya. Teruskan bakat tu. hehehe
ReplyDeleteHehehe...sampai masuk pertandingan bercerita lah...hahaha
DeleteAgaknya kalau waktu musim bunga mesti cantik zermat ni. Tapi tenguk bangunan dia emmm memang best rasa suasana dan dapat bayangkan kedamaiannya. Apa lagi suasana sekeliling yang sungguh menenangkan. Mudahan satu masa nanti Allah rezekikan akak sampai ke tempat ini. Tak tahan tenguk view dia yang ohsem
ReplyDeleteKalau spring ...banyak sikit warnanya sis...hijau padang rumput dan pokok2...bunga warna-warni dan ditambah lagi birunya langit..so colorful.
DeleteSnow sisa-sisa sahaja tu kecewa sungguh hahaha':D
ReplyDeletecantik bilik siap ada coffee maker lagi tu .. layan sambil tgk view gunung dan salji..
2-3 jam dah boleh explore semua kecik jer la tapi view mmg layan