August 3, 2022

Umrah Pertamaku (Madinah) - Part 7

 Assalamualaikum...

29 March 2022 (Monday) adalah hari ke-2 kami di Madinah. 

Saya dah lupa kenapa pagi tu kami terlewat turun untuk breakfast. Bila dah turun, semua makanan dah takde. Mamat indon yang uruskan hal makanan tu tengah kemas-kemas. Syukur dia bagi sebuku roti kat kami...hahaha. Naik bilik terus kami makan bersama serunding. Jemaah yang lain semua dah ikut mutawif untuk lawatan. Kuat stamina dorang ek....dah la sampai lewat malam, pagi-pagi lepas subuh dah keluar untuk lawatan. Fuhh...kalau saya tak mampu. 

That day kami akan pusing satu Madinah dengan menggunakan hop on hop off bus. Plan kami just nak duduk jer atas bus tu dan pusing-pusing satu Madinah. Bus stop yang bakal kami naik bus tu pun tak jauh dari hotel. Hanya perlu berjalan dalam 2-3 minit jer.

Itu lah saat untuk saya menyaksikan dengan depan mata Jabal Uhud/ Gunung Uhud. Di sinilah berlakunya perang Uhud antara Rasulullah SAW bersama pengikut dari Madinah dan kaum kafir dari Mekah. Walaupun ketika itu jumlah musuh berganda-ganda ramai dari umat islam, umat islam ketika itu boleh dikatakan sudah nak menang. Malangnya, disebabkan satu group pemanah ni tidak mendengar arahan Rasulullah SAW untuk stay di port mereka. Port mereka time tu di atas Gunung Uhud tu. Mereka dikatakan nak ambil barang rampasan perang yang ditinggalkan musuh time tu. Disebabkan kesilapan group pemanah tu..maka gugur syahidlah 70 sahabat yang mana salah satunya adalah pakcik Rasulullah SAW iaitu Sayidina Hamzah R.A dan juga digelar sebagai singa Allah. Beliau merupakan pahlawan yang sungguh gagah dan digeruni.

Adik dan kak nak explore Madinah..hehehe. Jubah ni kami beli di Mekah. Murah sungguh. Saiznya ngam dengan saya tanpa perlu di potong sebab labuh. My sis punya pulak sungguh singkat sebab dia tinggi hahahaha. Jubah ni ramai giler orang pakai..haahha. Selesa sangat. 

Kami tunggu bus di sini. Ada bus stop bercovered kat sini ye.

Tak jauh dari bustop tu boleh nampak Masjid Abu Bakar Siddiq R.A

Masjid Nabawi pun boleh nampak dari bustop tu.

Area sekitar bus stop

Ok bus dah sampai, ayuh naik.

Bahagian dalam bus.

Kami duduk di bahagian atas dan paling depan. Orang pun tak ramai dalam bus tu.

Serba sedikit info kami dengar dari audio dalam bus tu dengan menggunakan earphone yang diberi. Saya excited betul tengok gunung di depan sana.

Gunung yang samar-samar kelihatan ketika saya sampai di Madinah akhirnya nampak dengan clear. Gunung/ Jabal Huhud ni adalah gunung batu tanpa tumbuhan. Kami tengok dari bus sahaja. That day kami hanya sightseeing. Esok kami bakal datang lagi untuk menghayati tempat ini dengan lebih lama. 

Melalui kawasan perumahan untuk menuju ke Masjid Qiblatain. 

Just tengok dari atas bus. Kami nak solat Zohor di Masjid Nabawi, kalau singgah merata-rata takut tak sempat nanti. InsyaAllah esok kami bakal menziarahi semua tempat-tempat bersejarah.

Pusing punya pusing seluruh Madinah, tanpa sedar kami dah sampai di penghujung stop. Hanya kami berdua dalam bus tu. Driver naik ke tingkat atas untuk inform kami turun....hahaha. 

Last stop ni agak jauh dari hotel kami tu. Akak tu tenang jer lepak. Saya pernah tengok area berumput ni penuh dengan manusia. Semuanya melepak. Agaknya area ni jer ada rumput.

Seperti yang dijanjikan pada previous entry, saya akan share photo di dalam Masjid Nabawi. Saya selitkan juga photo di bahagian luar ye.

Setiap kali memasuki Masjid Nabawi, pasti melalui area ni. Hari-hari boleh nampak kubah hijau. Dan di bahagian kubah hijau ni lah terdapat makam Rasulullah SAW. 


The beauty of architecture. 

Ada satu payung tak dibuka...rosak agaknya.

Jemaah yang solat di bahagian luar.

Indah betul design ceiling di bahagian dalam masjid

Inilah bahagian dalam Masjid Nabawi. Detail betul setiap design celing, curve di antara tiang, marbel yang shining menghiasi tiang, warna keemasan di tiang menyerikan lagi suasana. Tidak kurangnya dengan chandelier yang nampak mahal. Kalau sampai awal, bolehlah dapat port solat di atas carpet hijau tebal..hehe. Saya nasihatkan bawalah sejadah sendiri. Bila kita bentang sejadah kita, orang lain takkan cuba-cuba nak menyelit atau berhimpit. 

Bergambar sebelum balik ke hotel. 

Di masjid ni saya bersembang dengan beberapa orang dari pelbagai negara, ada Libya, Tunisia ada lagi..lupa pulak. Topic kami adalah masuk ke Raudhah. Walaupun masalah bahasa, berjaya jugalah communicate..hahaha. Mereka semua takde rezeki masuk ke Raudhah. Ketika saya di sana, process nak masuk Raudhah perlu menggunakan apps Eatmarna. Setiap kami try nak book slot, semua full. Ada akak dari Libya ni, dia cikgu kimia. Langsung tak tau speaking english. Lama kami sembang, time tu nak tunggu Isya'. Dia nak bagitau husband dia dah meninggal. Yang kelakarnya, dia tunjuk dua jadi lepas tu isyarat potong satu jari. Lepas tu lentoknya kepala sambil pejam mata dan keluar lidah...hahahahah...kelakar gila lah. Lepas tu dia cerita dia accident dan tunjuk tumit dia yang berbalut. Separuh tumit dia takde isi. Ngeri saya tengok. Dia mintak saya doakan untuk dia. Lepas tu dia tunjuk IG dia pulak. Tunjuk sedara dia kawin. 

Yang dari Tunisia pulak punya la cun. English dia agak ok, dia student PHD. Selepas selesai solat dia tanya saya kalau solat bacaan kena ikut bahasa saya ke. So that day dia dapat ilmu baru. Mungkin selama ni dia ingat bacaan solat tu kena ikut bahasa yang berbeza dari bahasa arab. Ada juga saya sebelah orang Malaysia. Sembang sikit-sikit. Bila dia cakap..."bila kaki dah sakit camni, mula la mood tak ok."Bila abis je ayat tu terus saya tak jadi nak cakap apa dah hahahha. Memang nampak ketara la akak tu moody. 

Kisah sembang-menyembang ni berlaku di hari-hari berbeza sepanjang saya di Madinah ye. Dah ada orang sebelah kita..bertegur sapa lah sikit...hehehe.

Petang tu kami plan nak masuk mall. Naik lagi hop on hop off bus. Kami boleh guna dalam 24 hours jer. Satu kebetulan berlaku. Driver bus yang pagi tadi tu berpakaian biasa dan bukan uniform naik bersama family dia. Dia tegur kami. Kami pun tanya dia idea ok ke tak kami ke Al-Noor Shopping Center. Then dia pun cakap ok sangat. 

Al-Noor Mall ni lebih kurang One Utama. Pengunjung kat sini satu style jer...yang lelaki jubah putih dan yang perempuan jubah hitam..hahahaha. 

Kami minum petang di Molten. Pernah nak masuk Molten ni di area Damansara....tak jadi masuk sebab semua staff dia Bangladesh..hahaha. So ada rezeki makan di sini.

Cream puff..nyum nyum

Tak boleh nak makan banyak pun..akhirnya kami take away.

Our drinks

Habis pasal mall...jom saya cerita pasal jalan kat Madinah ni. Sepanjang naik hop on hop off bus ni, saya tak nampak pun jalan bersimpang siur bertingkat-tingkat macam area KL dan Selangor ni...hahahha. Mostly jalan jenis macam ni. Seolah-olah macam trench. Maybe inspired daripada battle of trench. 

Saya nak cerita sikit pasal kes nak mengunjungi Raudhah yang mana merupakan taman syurga. Dan di situ juga terletaknya makan Rasulullah SAW serta dua orang sahabat Baginda...Saidina Abu Bakar as Shiddiq dan Saiditina Umar ibn Khaththab. Dikatakan di situ juga mustajab doa. My sis nak sangat saya berpeluang masuk ke Raudhah. Dulu time first umrah my sis, dia berpeluang masuk beberapa kali. Ketika tu jemaah semua berpusu-pusu masuk dan tolak-menolak. Disebabkan covid, semuanya kena ikut turn dan menggunakan apps. 

Our mutawif asyik tekankan jangan book slot. Dia asyik pesan dari kami di Mekah lagi. Dia cakap dia akan uruskan semua. Kamipun macam dicucuk hidung menurut perintah. Hari ke-2 di Madinah berakhir tanpa apa-apa kabar sama ada kami boleh masuk Raudhah atau tidak. Para jemaah dalam whatapps group dah tak senang duduk. Mutawif diam membisu. Kami berdua terkelu...eh....hahahaha.

Untuk next entry saya nak share experience saya cuba nak masuk Raudhah dan juga pusing-pusing Madinah lagi...hehehe.

Bai.

 

2 comments:

  1. Masyallah.. masyallahhh.. bestnya.. tumpang bahagia tengoknya. best naik bas tak ramai org ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tumpang bahagia bila akak rasa bahagia..hehehe...aa best tak ramai orang bus tu

      Delete