Assalamualaikum..
Kisah umrah pertamaku ini bakal berakhir di entry ini. Syukur Alhamdulillah dengan kesempatan dan kemudahan yang Allah SWT berikan kepada saya dan jua my sis untuk sama-sama menunaikan ibadah umrah. Syukur juga sebab saya berjaya berkongsi kisah saya sepanjang di Mekah dan Madinah untuk reference pembaca semua.
That day adalah 31 March 2022 dan esok 1 April 2022 (flight balik Malaysia 2/4/22 at 2am) adalah hari terakhir kami di Madinah. Pagi tu semua jemaah ada lawatan. Kami berdua pulak macam biasalah tak join...ahahaha. Kami plan nak breakfast di Pullman Hotel yang tak jauh dari hotel kami stay tu. Harga breakfast buffet kat situ agak ok. Lobby hotel tu nampak mewah. Top 2 floors adalah restaurant. Kami memilih tingkat paling atas.
|
Lupa nak snap deretan makanan kat sini. Macam-macam ada. Yang paling best, boleh nampak Masjid Nabawi dari atas. |
|
Pastries kat sini sedap-sedap belaka |
|
Roti arab ni saya cicah dengan pelbagai jenis cheese..humus...best sangat breakfast kat sini. |
|
Sambil makan sambil layan view...Balakang tu Jabal Uhud. Lepas makan kami akan pusing area ni untuk shopping...hehehe. |
|
Tengok manusia luar masjid...boleh bayangkan besar mana Masjid Nabawi??? |
Entah berapa kali saya ulang ambil makanan pun tak tau lah...hahahaha. Hot latte kalau tak salah 4 cawan. Dah kenyang, kami pun nak mulakan mission bershopping. Kami berdua taklah shopping apa sangatpun...sikit-sikit jer. Takut juga nak beli banyak-banyak nanti berat pula luggage.
|
Semua kedai adalah begini ye. Bagi saya syok lagi shopping di Mekah sebab dalam bangunan beraircon hehehehe. |
Petang tu my sis ke masjid bersama makcik bilik sebelah...saya kat bilik packing baju yang mana saya rasa tak selesa untuk di pakai...ada yang kecik ada yang besar. Time di Mekah saya dah siap basuh semua baju-baju tu. My sis pun dah pass baju-baju yang dia tak selesa pakai. Bila my sis dah balik..kami pun keluar nak sedekah baju-baju tu. Kami berjalan ke arah bus stop hop on hop off bus. Ramai orang melalui area tu. Saya approach beberapa orang...syukur mereka nampak suka. Ada makcik bangsa india, dia hanya cover rambut dengan selendang. Dia minta scaf..nasib baik ada tudung..rezeki makcik tu lah. Terus dipakainya time tu...hahaha.
Dah settle sedekahkan baju-baju tu, kami naik cab menuju ke restoran dimana kami berdua bersengketa...sorang nak ikan bakar...sorang nak ikan goreng....hahahaha. Mission kami nak beli udang bakar. Rasa kelakar teringat persitiwa naik cab petang tu. Pakcik yang drive. Kami nak bagitau nama kedai, tak tau...then kami tunjuk arah yang kami nak hala tu. Dia pun menonong ikut. Dia cakap arab saya cakap melayu....ahahaha. Bila saya sebut depan lagi depan lagi...dia gelak geli hati. Saya sebut sikit lagi sikit lagi...gelak lagi dia...hahaha. Akhirnya kami sampailah. Tak jauh pun dari hotel kami...10 minit dah boleh sampai.
|
Kami bungkus dan makan di bilik....Subhanallah...sedap giler udang bakar ni. |
Petang tu semua jemaah group saya berkumpul untuk sesi luahan hati dan perasaan dan juga tukar-tukar hadiah. Kami berdua taklah join sebab kalut nak cari udang bakar...hahaha. Saya cuma dapat tengok vidoe sesi luahan di group whatapps. Sorang jemaah ni adalah tuan haji...amat-amat dasyat..30 lebih kali dah menunaikan umrah.
Ramai lah meluah perasaan...ada yang luah pasal duit burn 3-4 kali sebab tak dapat nak pergi menunaikan umrah, ada yang tujuan menunaikan umrah sebab nak mengenal diri sendiri dan mengenal Allah SWT, ada yang ada issue dengan agency tu pada mulanya...dan pelbagai lagi.
Ukhwah sesama ahli jemaah makin rapat agaknya sampaikan luah-meluahi. Kami pulak, luah sesama kami....hahahaha. Kalau tak salah saya, malam tu baru mutawif bersuara mengenai peluang masuk Raudhah. Mutawif tu cakap, ustaz yang jemput kami dari train station tu dah cuba tapi tak dapat. Hmmm....no komen.
Saya terus cerita peristiwa keesokan hari ye. That day adalah 1 April 2022..hari terakhir kami di bumi Madinah. Kami agak kepanickan that day sebab takde cash nak naik cab ke train station. Oh lupa nak cerita. Flight kami nak balik Malaysia adalah 2 am tak salah saya. My sis beli sendiri train ticket untuk ke airport. Dah taknak biarkan agency belikan sebab mereka charge mahal. Conversion yang mereka guna agak tinggi ketika mereka belikan train ticket dari Mekah ke Madinah. Balik kepada kisah takde cash tu. Kami pusing lah cari money changer...semua tutup sebab that day adalah friday. Pergi pula tekan kat ATM, tak boleh. Baru teringat yang kami tak activate ATM card. Panic betul.
Last-last kami decide jumpa kawan baik kami yang kami selalu beli tea o ice tu...hahahaha. Kami discuss dengan dia untuk ambil RM50 dan bagi minta dia bagi 40 rial...hahahaha. My sis yakinkan dia dan akhirnya dia cakap "I don't know what the value to this money...just take this" sambil bagi 40 rial tu. Syukur sangat. Problem kedua. Train kami pukul 2pm, nak kena pergi awal. Time kami nak pergi tulah solat jumaat...panic. Mesti driver cab semua lelaki. Mesti semuanya nak ke solat jumaat. Akhirnya saya cuba-cuba guba grab...laaaa...boleh. Murah pulak tu. Rasanya kami boleh lagi save kalau guna grab sepanjang di Madinah. Langsung tak terfikir.
Luggage kami akan diuruskan oleh asst mutawif...student Mesir. Kami naik train berlenggang kangkung jer. Dah upah student tu dengan pelbagai jenis serunding....hahahaha. Kali ni kami berdua saja bakal naik train. Semua jemaah yang lain akan bergerak ke airport selepas solat jumaat.
Dengan menaiki grab, just ambil masa around 20 mins jer nak sampai train station. Agak awal lah kami sampai. 1 jam awal.
|
Bahagian luar train station. |
|
Kagum betul dengan design station ni. |
|
Zoom sikit |
|
Lawa kan? |
|
Bila dah duduk dalam, saya dahaga gila. My sis gi beli mineral water...kecik macam ni dah berbelas rial. Saya nasihatkan...bawalah air siap-siap. |
Kami sampai di Jeddah airport around 5pm. Memang awal sungguh lah. Masa yang ada kami just pusing-pusing dalam airport tu. Kemudian kami jumpa satu bahagian yang hanya business class passenger check-in. Luas area tu. Seat di situ selesa untuk kami baring. Ada dinding memisahkan main area dengan area tu. Takde orang pun nak halau time duduk situ. Orang yang datang check-in pun tak ramai. Sangat-sangat selesa lah.
Ohh ye...saya asyik batuk. Maybe tak tahan dengan cuaca panas di Madinah. Tekak perit sampai sakit bila telan air liur ataupun bercakap. My sis pulak sihat sejahtera...hahaha. Jom tengok area sekitar airport.
|
Hebatnya aquarium ni |
|
Kesian lah ikan-ikan ni terkurung. Pusing-pusing situ jer...haii.. |
|
Mewahnya lah hai ceiling. |
|
Amat-amat dasyat ni. |
Dinner kami adalah Al-baik. Tak banyak pilihan yang menarik di airport ni. Ohh ye..cleaner di airport ni moslty adalah indonesia. Meninta-minta kita bagi duit. Kesian pun ada.
Jemaah group saya tu sampai dalam pukul 11pm. Semua muka tired dan mencari-cari toilet. Katakan dorang gerak dari Madinah around 2pm..means 9 hours journey? Iskk..kalaulah betul, kesian lah semua jemaah tu. Saya terus cerita hal drop luggage lah ye. Group kami check-in dia counter khas. Saya pun tengok lah luggage semua jemaah...fuhhh semua extra 1 bag besar.
Akhirnya berjaya habiskan entry umrah pertamaku ini. Satu pengalaman yang cukup indah. Rasa cukup bertuah sebab Allah SWT beri peluang untuk saya menyahut panggilanNya. Setiap orang yang diberi peluang, haruslah berdoa agar Allah SWT terima segala amal kita dan ampunkan dosa kita.
Sebelum ni selalu dengar orang cakap rindu sangat-sangat Mekah, teringin nak ke Masjid Nabawi lagi dan mengangis bila teringat kembali saat di Mekah dan Madinah. Ketika itu saya tak paham maksud semua itu. Saya tertanya-tanya perasaan rindu bagaimanakah itu? Seperti saya rindukan London kah? Dan..pabila turn saya dapat pergi ke kedua-dua tempat itu, baru lah saya pahan perasaan rindu itu. Rindu yang sangat berlainan seperti rindukan London. Ketenangan kat sana tak sama ketenangan tengok carnola flower field, keseronokkan di sana tak sama dengan pusing-pusing London. Kenikmatan mendengar iman mengalunkan suruh ketika solat jemaah jauh nikmat dari mendengar suara cari corong speaker underground tube ataupun bus.
Jika terdetik nak menunaikan ibadah umrah, maksudnya kita dalam process nak menyahut panggilan Allah SWT. Jika ada kawan-kawan atau ahli keluarga menunaikan ibadah umrah atau haji, kirimkan doa kepada mereka semoga kita pula diberi kesempatan yang sama dan diri sendiripun kena banyak berdoa. Yang tak terdetik pulak, berdoalah semoga Allah SWT hadirkan perasaan teringin untuk menunaikan ibadah umrah.
Setelah lebih kurang 10 hari yang kami lalui di Mekah dan Madinah, saya nak simpulkan, kalau nak buat DIY umrah sangat recommended. Banyak sangat kemudahan di Mekah dan Madinah. Nak menjalankan ibadah umrah sangat mudah jika ada pemahaman yang betul, nak dapatkan cab senang, nak gerak dari Mekah ke Madinah atau sebaliknya pun mudah, nak makan mana-mana pun ada, scammer atau orang jahat InsyaAllah takde. InsyaAllah jika diberi peluang...saya nak datang lagi.
Sampai di sini dulu lah ye perkongsian saya. InsyaAllah beberapa hari lagi nak fly ke satu negara ni. Apa pulak lah kisah yang bakal saya lalui kan?? hehehe. My sis dah susun next year trip...hahaha. Excited sangat dia bila tau dah sekarang ni bebas nak pergi mana-mana negara. Ok semua...bai.
Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian. InshaAllah boleh dijadikan panduan untuk saya pergi Oktober ni. Semoga dipermudahkan urusan kita semua.
ReplyDeleteSaya doakan perjalanan serta ibadah umrah cik/encik smooth. Aminnnn...
DeleteA"ssalammualaikum wbt, nak bertanya ikut pakej gi umrah ni boleh ker kita diy sendiri cth mcm naik train tue
ReplyDeleteWaalaikumsalam..encik boleh try tanya agency encik tu. Macam kami haritu last minute beli sendiri train ticket secara online. And then inform mutawiff supaya dia tau kami xde dlm group bus tu.
Delete