August 15, 2022

Umrah Pertamaku (Madinah) - Part 8

Assalamualaikum....

30 March 2022 merupakan hari ke-3 kami di Madinah. Disebabkan takde kedai makan, breakfast kami jadi ala-ala jer. Pagi tu kami decide nak pusing-pusing Madinah dengan menaiki mana-mana cab yang mana drivernya english speaking. Dari group whatapps mutawif masih diam membisu mengenai peluang untuk kami masuk ke Raudhah. Ahli jemaah lain semuanya dah panic. Akhirnya ada sorang yang rezekinya murah untuk masuk ke Raudhah. Di share kepada semua orang QR code dia. Kami tak ketinggalan cuba nasib lah guna QR code tu. 

Dari whatapps group kami tahu yang semua yang nak cuba nasib tu Q untuk masuk Raudhah dari selepas subuh. Time kami sampai area Q tu, tak salah saya pintu 25, separuh dari jemaah perempuan group saya tengah Q. Kesian. Maybe belum breakfast lagi. Time kami sampai pun dah pukul 8am. Kalau Q selepas subuh, means dalam pukul 5.30am camtu. Kalau tak salah saya, pukul 7.30am baru pintu masuk ke Raudhah dibuka. 

Kami pun turut Q sambil beramah mesra lah. Sembang punya sembang, saya tak sedar bila dah ada depan. Di depan ada 3 orang mak arab nak scan QR code. Tiba-tiba berlaku kekecohan. Antara orang Malaysia dan mak arab tu. Si adik ni tolak wheelchair mak dia,  berkeras nak masuk bersama mak dia. Mak arab cakap arab, dia cakap malayu. Ayat si adik ni. I nak masuk bawa mak I. I dah pernah masuk sebelum ni. Di jerkah-jerkahnya mak arab tu. Mak arab tu berkeras tak bagi. Akhirnya mak dia ditolak masuk orang ahli jemaah dari group saya. 

My turn nak scan QR code yang mana semua orang dari group saya guna tu...hahahaha. Ngeletar jugaklah takut kena herdik dengan mak arab tu. Hmmm....tak lepas. Semua tak lepas. Kesianlah semua ahli jemaah yang lama dah Q tu. 

Peluang untuk saya masuk Raudhah hanya that day saja. Esok tu dah tak boleh. Saya redha. Walaupun tak dapat nak visit Rasulullah SAW lebih dekat, yang pasti Baginda SAW di dalam hati saya. Kisah-kisah Rasulullah SAW, sangat memberi kesan dalam hati dan tersemat dalam diri saya. Bukannya jauhpun saya berdiri dari tapak asal rumah Rasulullah SAW, tempat Rasulullah SAW mengimamkan solat dan di situlah Rasulullah SAW wafat. Tapak kaki saya memijakpun saya yakin antaranya Rasulullah SAW juga pernah memijaknya. Berkenaan Raudhah, dikatakan mustajab doa...takde rezeki untuk saya berdoa di situ. Tapi saya yakin di mana saja saya berdoa, Allah SWT pasti mendengar. Apa yang saya doakan maybe tak di pekenankan oleh Allah SWT, tapi diganti dengan lebih baik. Kita kena duduk dan imbas kembali perkara yang berlaku dalam hidup kita. Tengok balik nikmat-nikmat yang kita kecapi dalam hidup ini. Dan bersyukurlah.

Selesai solat dhuha, kami mula mencari cab.     


Duduk dekat sinipun dah dekat sangat dengan makam Rasulullah SAW.


Langit tanpa awan.

Tingkap pun lawa.

Gahnya pintu.

Time kami dok deal dengan driver cab, pak arab ni approach. Dia halang kami naik cab. Dia tunjuk tag dia. Approved by government katanya. Macam travel agency lah. Kami serah kat pak arab ni nak bawa kami yang mana satu tempat dulu.

Pak arab ni slumber park kereta di OKU parking lot. Lepas tu sama-sama masuk masjid Quba untuk solat sunat. Masjid ni lah masjid pertama di Madinah. Di sinilah Rasulullah bertapak sekejap sebelum masuk ke Madinah ketika hijrah berlaku. Dari info yang saya dapat, jika wuduk yang di ambil dari hotel dan solat 2 rakaat di sini, bersamaan dengan satu ibadah umrah. Tips taknak terbatal wuduk, just ambil light breakfast ye.

Pak arab tu pastikan kami jumpa area solat wanita.

Indah betul pembuatan carpet ni. Tebal sungguh.

Interior pun lawa.

Tempat yang cukup menenangkan.

Saya ada satu Al-Quran macam ni kat rumah...memang puas nak baca...besar-besar tulisannya. Cuma kena hati-hati selak sebab nipis sangat kertasnya. Time kami keluar, terus bertembung dengan pak arab tu. 



Kami di bawa ke Jabal Uhud pulak selepas tu. Pak arab tu membacakan doa dan kami berdua mengaminkan. Ada beberapa mak arab join kami. Saya pernah cerita kisah di Jabal Uhud ni di previous entry ye. Pak arab ni pun cerita-ceritalah peristiwa kat sini.


Pusing-pusing area sekitar. 

Now, time for shopping. Ladang kurma ni tak jauh pun dari Jabal Uhud.

Sebelum beli, makan sampai kenyang dulu....hahahaha. Saya beli tak banyak pun.

Nyum nyum nyum

Kami dah kedahagaan. Tekak meminta ice tea. Ada cafe kat situ. Malangnya, hanya hot drinks di sediakan.

Cantik dan bersih ladang ni.

Ada satu kisah menarik dengan pak arab ni. Time pak arab tu suruh my sis panjat gunung kecik di Jabal Uhud tu, my sis bagitau dia sakit belakang. Dia suruh explain lah sakit macam mana. Dia paham pasal slip disc dan terus offer nak ubatkan. Dia stop kat satu tempat dan mula ubatkan my sis. Sambil pegang di tempat sakit di mula membaca ayat-ayat Al-Quran. Sesekali dia akan refer buku kecik. My sis kesakitan bila di tekan kuat di bahagian belakang. Dia cakap my sis ada masalah gasric...wahhh memamg betul pun. Dia cakap, penyakit my sis akan ditinggalkan di Madinah setelah bertolak balik Malaysia nanti. Dia nasihat panaskan olive oil dan sapu di tempat slip disc tu. Sepanjang di Madinah sehingga naik flight dan sampai Malaysia Alhamdulillah my sis tak mengadu sakit. Baru-baru ni jer sakit bahagian tapak kaki pulak. 

Setelah kami berpisah dengan pak arab tersebut, kami balik ke hotel untuk bersiap pergi ke masjid. Masa masih ada, so kami decide singgah cafe yang menjadi favorite kami ketika di Madinah. Kami akan melalui cafe ni jika nak ke Masjid Nabawi. Cafe ni terletak di dalam hotel yang tak salah namanya Andalus Palace hotel. Sepanjang di Madinah, cafe ni saja kami jumpa yang menyediakan tea o ice...hahaha. Dengan keadaan panas di Madinah, tekak kami ni nakkan minuman panas. 

Hanya seorang pekerja di cafe ni. Hari-hari kami jumpa dia...hahaha. Bangsa Bangladesh. Baik orangnya. Walaupun harganya RM15 satu cup, kami tak kisah asalkan dapat tea o ice ni...hahahaa


Tea o ice pujaan hari saya dan my sis....hahahaha.

Berakhir kisah pusing-pusing Madinah. Lepas Zohor saya bagi idea kat my sis untuk lunch ikan goreng arab. Saya suka follow sorang youtuber Pakistan ni, tak sure dia stay di Mekah atau Madinah. Dia selalu share makanan best-best. Teruja tengok ikan goreng yang dia makan. Kami naik cab dari Masjid Nabawi. Info yang saya tahu nak ke restorant ikan goreng tu adalah, berdekatan Masjid Bilal. Bila drive cab turunkan kami di Masjid Bilal, eh tak nampak pun restoran. Nasib baik ada orang boleh ditanya. So kami perlu berjalan sikit cross jalan. Untuk mudahkan pembaca semua nak cari restaurant ni...search Rami Restaurant Fresh Fish..InsyaAllah jumpa dalam google map.

Bila dah sampai, pening nak pilih kedai yang mana satu...banyak giler. Dari luar sampai dalam, signboard dia patern macam ni. Tempat ni macam foodcourt. Bila customer nak makan, baru dorang akan letakkan meja dan kerusi.

Kami pilih kedai yang nampak maju sikit...hahaha. Kami pilih ikan yang bibir mungil tu hahahaha.


Area menggoreng. Time nilah peristiwa sedih berlaku....hahaha. Tetiba my sis cakap...eh order ikan bakar la. Saya pula nak ikan goreng. My sis ngalah untuk order ikan goreng.


Beginilah rupa nasi talam ikan goreng. Ada 2 jenis nasi. Penuh herb la nasi color coklat tu. Kami pun makan...my sis ngomel...camna nak makan ni..takde sos ke kuah ke...lekat..hahaha. Tak dinafikan memang betul....hahaha. Dan lepas tu....tak nak citer panjang lah...hahaha.

Dipendekkan cerita, kami bermasam muka kejap. Lepas sampai hotel saya terus keluar bilik dan menuju ke Masjid Nabawi. Saya duduk dalam masjid tenangkan diri. Selepas asar saya masih berada dalam masjid. Tetiba my sis whatapps cakap dia tak boleh nak nafas. Nak start gastric la tu. Tak hadam nak hadam elok-elok kut nasi dan ikan goreng tu....hahaha...eh gelak pulak. Saya lembutkan hati nak balik hotel tengok dia. Keluar jer dari kasuk di rak...ehh...mananye kasut. Dah gelabah cari kasut. Mak arab jaga pintu tolong jugak lah...dia tunjuk beberapa rak yang lain. Memang takde...ruang saya letak tu dah kosong. Dalam hati berkata-kata...kasut saya hilang balasan saya berkasar dengan my sis ke.

Saya pun inform lah my sis...dia yang sesak-sesak dada tu datang sambil bawa sport shoes saya. Rupa-rupanya since saya tinggalkan dia di hotel dia dah start sesak dada tu. Maybe sebab stress kami bermasam muka dan sebab makanan yang tak boleh hadam. Bila dah berjumpa...automatic elok kami tak bermasam muka lagi...hahaha. Saya janji dengan dia nanti kita gi makan lagi kat situ...order udang bakar.   


Kami decide duduk di bahagian luar...time ni nak tunggu maghrib. Wuduk saya dah terbatal time ni...best Masjid Nabawi ni...toilet dan tempat wuduk tak jauh pun. Tapi perlu turun ke underground yang dalam perkiraan saya dalam 3 tingkat ke bawah. Toilet pun bersih. Ada escalator nak ke bawah tu. Mudah betul.

Maghrib terakhir saya di sini...indahnya senja petang tu. Angin sepoi-sepoi bahasa.

Malam tu kami just dinner ikan goreng bersama nasi tu. Time tragedy bermasam muka tu, my sis terus angkat dulang tu ke kitchen untuk minta tapau. 

Esok saya bakal nak habiskan duit saya....hehehe..

Sampai sini dulu yer...bai.

2 comments:

  1. Area mana kedai jual ikan goreng tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Search Rami Restaurant Fresh Fish..InsyaAllah jumpa dalam google map

      Delete