July 13, 2022

Umrah Pertamaku (Madinah) - Part 6

 Assalamualaikum..

Untuk entry kali ni saya akan share pengalaman saya menaiki train dari Mekah Al-Mukaramah ke Madinah Al-Munawwarah. Bila masuk ke train station, memang wah sana wah sini lah. Perlu scan QR code. Kami sudah diberi digital ticket oleh agent. Lepas tu kena scan bag. Tunggu lah di boarding area dalam setengah jam gitu. Standard station tu dah macam airport. Lebih cantik dari airport. Time tu lah berborak sakan dengan beberapa orang jemaah yang sama-sama naik train.   

Selama ni naik train kalau di Malaysia boleh tengok kehijauan, di Europe boleh tengok snow memutih ataupun ladang hijau terbentang luas. Tapi kali ni saya boleh tengok gurun yang sunyi, tanah berbatu dan berbukit yang bercolour coklat, tandus dan kosong. Sesekali terlihat kawasan perindustrian, perumahan dan kemungkinan penempatan orang badwi. Sesuatu yang cukup berbeza. Saya layan view hinggalah train sampai di Madinah. 


Bahagian luar train station

Bahagian dalam train station

Rupa Haramain speed train

Train ni ruangnya luas. Toilet sangatlah bersih. Pendek kata memang selesa lah naik train ni.

Makanan atas train ni giler mahal ye. Saya nasihatkan, bawalah air dan makanan sendiri. Kualiti makanan tak setanding nilai wang yang dikeluarkan.

Ketika ini masih di bumi Mekah

Sepanjang perjalanan saya terfikir, bagaimana keadaan Rasulullah SAW melalui perjalanan bersama pengikut dari Mekah ke Madinah ketika hijrah berlaku. Dan juga ketika ke Mekah menunaikan haji dan umrah. Mereka semua terpaksa melalui padang pasir dan gunung batu yang sepi dan tandus. Kat mana mereka nak berteduh?? Tiada satu pokok pun. Kuat betul iman pengikut Rasulullah SAW. Habuk sikit pun saya dah tak tahan, tak boleh bayangkan kita habuk padang pasir terpaksa lalui. Panas sikitpun tak senang duduk, inikan panas terik di padang pasir. Berganda selesa keadaan saya jika nak compare dengan kesusahan umat islam zaman dulu. Iman mereka ternyata lebih kuat dari saya. Kesabaran mereka lebih hebat dari saya. Ujian yang Allah beri kat umat Rasulullah SAW ketika itu pun lagi hebat. Mereka diuji dari mental dan fizikal. Saya kena marah dengan boss sikit dah nak resign. Allahuakbar. Tanpa sedar air mata mengalir. Perjalanan ini setiap satunya ada pengajaran buat kita. Berfikirlah. Renungkan lah. 

Perjalanan saya ketika itu adalah untuk memberi salam kepada Rasulullah SAW, solat di Masjidil Nabawi dan juga explore seluruh Madinah. Jom tengok photo.

Maybe ini area pekan

Ini pulak area pergunungan yang kering dan tandus. 

Bukit-bukau berbatu

Macam takde beza dengan Africa kan?? Ehh..bila masa pernah gi Africa...hahaha

Sesekali terjumpa penempatan begini

Antara bandar yang agak padat train ni lalu.

Kehijauan makin ketara. Tumbuhan ni sejenis pokok. Daunnya merimbun mencecah tanah.

Kelihatan macam hutan pulak.

Ini pun salah satu bandar padat train ni lalu. Penuh dengan bangunan. Traffic pulak sesak. 

Maximum speed ni saya tengok boleh capai 300km/hr.

Bila mendekati Madinah, boleh lah nampak ladang kurma yang luas.

Lupa nak snap train ticket. Kalau tak salah saya train tu bergerak dari Mekah dalam pukul 12pm dan sampai di Madinah dalam pukul 2.15pm. Means 2 jam 15 minit.

Kagum betul dengan design station ni. Konsep diamond agaknya.

Kami dijemput oleh seorang student university Madinah. Orang Malaysia. Beliau lah uruskan transport dan hotel check-in. Kami menaiki mini bus ala van yang selesa. Student tersebut dah inform driver untuk lalu di area kami boleh nampak kubah hijau untuk kami memberi salam kepada Rasulullah SAW. Menurut mutawif, memadai untuk kami memandang ke arah kubah tersebut, angkat tangan sambil memberi salam kepada Nabi junjungan kita Muhammad SAW. Itulah first thing first to do sebelum buat apa-apa di Madinah.

Perjalanan dari Madinah Train Station ke Jiwar Al-Madina tak sampai setengah jam pun. Cuma check-in ambil sedikit masa. Bilik kami ni agak sempit. Ketika tu dah lama masuk Zohor, nak solat depan katil tu ngam-ngam jer. Dan terpaksa facing pintu toilet pulak. Last-last terpaksa solat atas katil..hahahhaha.

Toilet bersih...

Lunch kami ketika itu adalah omelette. Sementara menunggu urusan check-in, saya beranikan diri mencari makanan untuk lunch kami. My sis macam terpaksa jer lepaskan saya...hahaha. Nasib baik belakang building tu ada kedai menjual makanan. Tiada kerusi dan meja disediakan. Depan kedai tu dibuka space untuk order dan ambil makanan. Orang ramai menunggu order depan kedai tu. Saya ternampak gambar menu omelette dan fries. My sis ada sebut teringin makan omelette dan fries tu memang favorite. Terus saya tunjuk menu tu. Order orang lain mostly adalah shawarma. Dekat situlah satu-satunya kedai yang jual heavy food. Kedai-kedai yang lain mostly jual souvenier, kurma dan nuts, etc.

Kami bergerak ke Masjid Nabawi lagi satu jam nak masuk Asar. Ketika kami masuk lift, ada 1 couple Malaysia. Berborak-borak lah dengan mereka. Mereka akan bergerak ke Mekah esok. Kemudian akan berada di Mekah sehingga raya ke enam. Ternganga kami berdua dengar...hahaha. Akak tu promote lah lain kali untuk join group dorang tu. Saya tak ingat berapa orang jemaah yang join group itu. Bukan guna travel agency pun. 

Hotel kami stay ni dikatakan 150m ke entrance Masjid Nabawi. Agak jauh sebenarnya. itulah, bayar agency untuk hotel yang jaraknya 50m, tapi dapat 150m. Dari awal lagi agency ni ada problem untuk hotel di Madinah. Disebabkan itulah kami ke Mekah dahulu yang mananya memberi hikmah yang cukup besar lah. Full energy kami adalah di Mekah. Syukur Alhamdulillah.

150m tu jarak ke gate 303 yang location nya opposite makan Rasulullah SAW. Kemudian kami perlu berjalan lagi yang dalam perkiraan saya around 300m ke arah belakang Masjid Nabawi, then baru sampai area solat wanita. Dan yang baiknya, hari-hari boleh nampak kubah hijau. Hari-hari memberi salam kepada Baginda Rasulullah SAW.

Cuaca di Madinah agak panas. Tak salah saya around 35 degree celcius. Tiada angin sejuk seperti Mekah. Suasana pun cukup lain. Bila dah masuk perkarangan Masjid Nabawi, wahh..luas betul area tu. Di bahagian luar masjid dibentangkan carpet hijau. Certain tempat sajalah. 

Gah giant umbrella ni. Dikatakan seramai 200k lebih jemaah boleh berteduh bawah payung ni.
Dekat Masjid Nabawi ni kita boleh terpesona dengan keunikan giant umbrella dan juga design setiap pintu masuk ke dalam masjid.

Entry ni saya cerita keadaan di luar Masjid Nabawi. Next entry baru saya cerita bahagian dalam pulak ye. Apa kisah jemaah dari agency kami yang lainnya? Mereka bertolak dari Mekah selepas Zohor. Dalam pukul 11 pm kalau tak salah saya baru mereka sampai. Makcik dan pakcik yang naik train sekali dengan kami sehelai sepinggang. Semua keperluan dalam luggage yang datang bersama bus dan jemaah yang lain. Kesian betul. Kesian jugak jemaah yang lainnya sebab berjam-jam perjalanan menaiki bus. Allahuakbar. My sis dah pesan kat saya untuk pack keperluan di Madinah sementara nak tunggu dapat luggage. 

Untuk di Madinah, makanan disediakan. Yang menyediakan makanan adalah orang Indonesia. Dan malam itu kami berpeluang makan kari, ikan goreng dan sambal belacan...hehehe.

Untuk next entry pengajaran apa pula saya dapat dan experince akan pulak akan saya lalui.

Bai..

 

6 comments:

  1. Assalamualaikum.. Lama dh tak menyinggah di sini.. Alhamdulillah dpt buat umrah.. Dulu takde train tu.. Inshallah azam nak pergi umrah lagi kalau di izinkan.. Btw ada ustaz kata solat atas katil tak sah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...lama noh tak menulis blog. InsyaAllah sama2 doa dapat buat umrah lagi dan lagi. Psl solat atas katil tu, TQ for the info :)

      Delete
  2. cuaca di madinah lebih sejuk dari mekah.. and somehow lebih selesa berada di madinah sbb keadaan yg lebih teratur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara sebaliknya berlaku pada saya. Mekah lebih sejuk dari Madinah. Ada perkara yang saya suka di Madinah dan benda yang saya x berapa senang juga. Tapi di Mekah, bagi saya semua saya suka....hahahaha

      Delete
  3. Assalamualaikum, Sallam kenal,
    Subhanallah, cantiknya pemandangan, terasa ingin hidup disana

    ReplyDelete