Assalamualaikum...
Untuk entry kali ni saya akan ceritakan saat-saat terakhir di Kota Mekah. Tiada apa sangat activity yang kami buat that day iaitu hari ke-5 kami di kota suci ini. My sis pergi subuh berjemaah bersendirian that day. Demam menggigil saya datang lagi. Setelah my sis balik, saya request coffee dari dia. Dia pun keluarlah cari hot coffee. Bila dah pekena coffee dan telan panadol, badan saya agak ok time tu. Lalu kami decide nak berada dalam Masjidil Haram dari pagi sampai ke Zohor.
Hari pertama sampai di Mekah, saya dah berniat nak beli Al-Quran size B5 tu. Muat nak letak dalam bag dan bawa ke mana saja. Di dalam Masjidil haram memang banyak Al-Quran macam saya beli tu. Kalau saya pegang tanpa baca, mesti ada orang mintak....hahahaha..padahal banyak jer Al-Quran kat itu. Kejadian tu berlaku beberapa kali.
Kejadian yang paling istimewa sekali, time nak tunggu Isya'. Saya tengah mengaji mengadap Kaabah, sorang hamba Allah berpurdah duduk sebelah saya. Lidah saya ni keras nak sebut ayat yang ada huruf 'kho' & 'qof'...hahaha. Ustazah mengaji saya pun selalu tekankan sebutan 2 huruf tu dalam sesuatu ayat. Ohh ye...dah half year saya belajar mengaji ye...video call ye dengan ustazah saya. Bukan tak pandai baca Al-quran, nak perbaiki mana yang salah dan belajar tajwid.
Berbalik kisah istimewa tadi, hamba Allah yang berpurdah tu perbetulkan sebutan saya bila part ayat yang ada 'kho' dan 'qof'. Bila part saya baca betul...dia puji-puji. Bila part salah dia ajar sampai saya sebut betul. Hinggakan dia bukak purdah untuk saya tengok mulut dia time dia sebut...hahaha. Tanpa sedar, 3-4 pages jugak lah saya dia tengok saya baca. Kepala kami berdua hampir melekat...hahahha. Sebabnya Al-quran tu kan kecil...dia nak tengok jauh-jauh tak nampak. Saya stop baca time nak start azan. My sis cakap, time saya baca Al-quran dan bercakap-cakap dengan hamba Allah tu, kuat sungguh...macam suara kami berdua jer time tu...hahaha. Menurut hamba Allah dia cikgu mengaji. Dia tak pandai speaking. Dia tunjuk Al-quran dan sebut teacher. Esok tu dia dah nak bertolak ke Madinah. Saya ambil kesempatan membaca Al-Fatihah di depan dia setelah selesai solat jemaah Isya'. Syukur sangat bertemu insan tersebut. Dia dari Iran.
Sampai sini dulu saya cerita kisah Al-Quran saya dan insan dari Iran itu ye. Kita berbalik kepada kisah di hari - 5 kami di Mekah. Di Masjidil Haram, kami memilih tempat bercarpet hijau yang mana Kaabah pun boleh nampak. Sementara tunggu masuk waktu Zohor, kami sembang-sembang dengan makcik sebelah kami. Dia dari Indonesia. Dia cakap macam orang Malaysia jer. Rupa-rupanya anak dia duduk di Malaysia. Dia pun beberapa kali datang Malaysia.
Bila my sis cakap...'ini Zohor terakhir kita kat sini tau'..terus rasa sebak. Rasa tak puas lagi nak berada di Masjidil Haram. Tempat yang langsung tak rasa nak fikir benda lain.
That day kami keluar dari Masjidil Haram ikut King Fadh Gate. 1st time ikut gate tersebut. MasyaAllah indah betul interior area nak keluar tu. |
Kubah area ni cukup cantik dan indah sekali. |
Saya zoom lampu yang menghiasi ceiling...simple and unique |
Saya snap ni setelah kami keluar dari King Fadh Gadh Gate. Gah betul gate ni. |
Ada lagi gate-gate lain yang kami tak berkesempatan nak tengok. Maybe next umrah..hehe. |
Maghrib terakhir kami di Majidil Haram. Baru tergerak nak record sepanjang azan berkumandang. Kemerduan alunan azan sungguh asyik sekali. |
Selesai solat jemaah Isya', kami berjalan-jalan area Masjidil Haram. Time tulah terjumpa lagi makcik indonesia time Zohor tu. Punya ramai manusia berjumpa lagi kami makcik tu hahahhaha. |
Pengalaman baru naik keretapi.
ReplyDeleteMemang cantik pintu King Fahd.
Alhamdulillah diberi peluang untuk berdoa depan Multazam.
:)
DeleteMasyallah.. terasa macam akak pun kat sana.. indah semuanya.
ReplyDeleteHehehe
Deletehebat,diberikan kesempatan ke sana,tanah suci bumi yg penuh keberkatan
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteAllahu rindu nya mekah.. Naik train insyallah bnyak mudah dari naik bas berjam2 lama nya huhu..
ReplyDeleteBetul betul betul
DeleteAsdalam dik zila..akk mashita perlis ni..ingat akk lg tak...nk tanya la pasai naik naik train HHSR ni 😅 boleh ke...
ReplyDeleteWsalam akak...Akak ni yg lecturer tu ke?? boleh akak...nak tanya apa?
Delete