June 6, 2022

Umrah Pertamaku (Mekah) - Part 4

Assalamualaikum...

Hari ke-4 di Mekah. Saya bakal melaksanakan umrah ke-2 saya. My sis tak ikut. Saya decide nak join group agency just sebab nak berniat di Miqat. Rasa kekok pun tanpa my sis. Yela, orang lain semua ada geng, saya jer sesorang terkontang-kanting..hehehe.   

Bergaya dengan gelang Mekah....15 Rial jer...hahahaha.

Color building kat sini standard gini jer.

Sambil dengar mutawif bercerita perihal family dia...sambil itu saya layan view. Tertanya-tanya juga bila nak ada pengisian ilmu dari mutawif....hahahha. Dari SPM sampai lah sekarang kisah mutawif. Bila kawen dan berapa anak semua lah.

Another view

Sesekali jumpa juga pokok-pokok hijau

Ini bukan rumput betul yer...just rumput carpet.

Tempat pertama lawatan adalah museum sorang hamba Allah ni....dah lupa dah namanya. Dalam museum ni boleh tengok barang-barang collection hamba Allah tersebut. Nampak macam panas kan? Time ni sejuk jer...rasa udara sungguh segar.

Barang-barang lama. Pekerja kat sini boleh cakap melayu....dia akan bawa group by group untuk explain setiap barang-barang yang dipamer kan di situ.

Agak membosankan lah kat sini...hahaha...akhirnya saya berpisah dari group...snap sana-sini sensorang.

Saya perhatikan cara pembinaan building-building ni adalah dari mud + straw (jerami).

Bahagian dalam begini lah rupanya. Time ni ada group dari agency Andalusia. Beberapa orang makcik dok interview saya pasal pengalaman umrah saya.

Collection hamba Allah ni semuanya barang antik

Collection tombak dan senapang


Barang-barang hiasan pun ada

Ini bahagian belakang museum

Dapur gamaknya....hahaha

Pohon tamar

Tamar bakal berbuah lebat ni...pokok ni rendah betul.

Relax-relax sorang-sorang area ni. Tak lama lepas tu group dari Andalusia join saya. Bual-bual kosong dengan makcik-makcik. Bila saya hulurkan kurma kepada makcik-makcik tu, mereka agak teruja tengok kurma di pack sebiji-sebiji. Saya pun ceritalah nak beli kat mana.

Activity ziarah diteruskan...kami dibawa pulak ke Wadi Berkat Dato Ibu Hudaibiyah. Sebelum explore tempat ni, sorang ustaz di sini akan brief sikit tentang tempat tu. Kat sini ada kuda baka dari kuda Rasullullah SAW. Selesai briefing, ahli group semua menghala ke arah cafe untuk makan roti canai...hahaha. Saya buat apa?? Percaya tak saya gi buat activity memanah?? Hahaha. Pekerja kat situ ajar....2-3 kali try baru pandai. Sampai main tak sedar diri...hahahaha.

1st time tengok unta dekat-dekat gini...hehehe. Cute.

Selesai lawatan, kami meneruskan perjalanan ke Masjid Hudaibiyah. Dan di situlah kami semua berniat umrah. Perjalanan pulang ke hotel disusuli sambungan kisah hidup mutawif...hahahaha. Sabar jerlah. Saya lagi berminat menghayati view sepanjang perjalanan pulang ke hotel dari kisah hidup yang diceritakan oleh mutawif...hahaha.

Ketika sampai di hotel, dah masuk waktu zohor....hmmm...terlepas solat jemaah. Masuk jer bilik, my sis dah belikan lunch. Saya perlu jaga ihram. My sis cakap, lepas makan..then mandi..solat zohor di Masjidil Haram dan terus tunaikan umrah. Saya agree jer. Lunch kami that day MasyaAllah...sedap sungguh. Lapar hingga lupa nak snap. My sis beli kan 1 slice ikan yang digoreng dan mixed bersama terung yang penuh rasa rempah special. Selera betul saya time tu.

 
Kaabah view dari laluan saie berskuter.

Umrah ke-2 tu saya decide guna skuter untuk tawaf dan juga saie. Bayaran pun kena double untuk 2 ibadah tu. Walaupun takde orang check yang kita bayar untuk satu ibadah jer, sendiri-sendiri kena fikir lah kan....apa juga beribadah kalau kita buat salah. Sia-sia jer.

My sis pulak akan berniat tawaf sunat. Tapi time saie dia jadi driver lah...hahahaha. Ketika saie, perasaan dah rasa sebak ada lagi dua hari saya akan berada di Mekah. Rasa belum puas lagi kat Mekah. Lagi beberapa round nak habiskan saie, azan asar kedengaran. Pihak askar yang berkawal di situ suruh kami stop dan parking skuter untuk solat jemaah. Lepas jer abis solat, kami sambung kembali saie.

Orang lelaki banyak dapat kelebihan. Bahagian atas pun boleh solat area yang clear boleh nampak Kaabah. Bahagian atas terus boleh dekat dengan Kaabah.

Reward my sis to me....mengopi kat sini...hehehe.

Ice latte kat sini double shot coffee....yahhuuu. Menarik bekas minuman sejuk kat sini...selepas siap..bahagian atas akan di seal macam rupa minuman dalam tin tu. Menarik.

Dekat sini ada pelbagai jenis makan...outdoor food court gitu. Ada kerusi meja batu disediakan di sini. Ohh ye lupa nak cerita...that day sand storm..mata rasa berpasir. View pun kelabu...gunung-gunung area tu pun sayup-sayup jer nampak.

Cahaya matahari senja pun dah tak terpantul di clock tower ni.

Ok...sampai di sini dulu kisah saya di Mekah Al-Mukaramah. Next entry akan saya ceritakan hari-hari terakhir saya di Mekah. 

Bai...

14 comments:

  1. knape mutawif tu asek cite pasal dia hahaha.. bestnya buat umrah

    ReplyDelete
  2. No comment....hahahahha. Betul best buat umrah...teringin nak buat lagi

    ReplyDelete
  3. Aslmkm sis...teringin nk ge umrah... Tapi kalau single ..i mean tiada sibling lelaki mcmana nak dapatkan mahram ye. Soalan naif.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis...kalau tak salah saya dari tahun 2019 dah tak payah mahram. Saya pun haritu pergi tanpa mahram. Saya doakan semoga sis diberi peluang untuk ke tanah suci....aminnnn

      Delete

  4. Menarik sungguh bekas minuman tu.

    Yelah, kalau saya pun bosan juga nak dengar cerita pasal diri mutawif. Tak kena tujuan kita datang jauh-jauh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka tgk bekas minuman tu...hehehe. Mutawif ni konsepnya "santai tapi sampai" hahahaha!!

      Delete
  5. Lama tidak pergi sana.
    Saya 2 kali pergi buat umrah.
    Banyak perubahan Makkah sekarang ya.

    ReplyDelete
  6. panjang betul sesi taaruf mutawif tu...hehe..kekdg makcik2 suka layan, tanya macam2..

    sedapnya nasi arab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a betul sangat,,makcik dan pakcik suka sungguh hahaha

      Delete
  7. Kesian mutawwif tu.. Sapa suh citer pasal family dia kan hahaa.. Bgi la pengisian sket.. Muzium tu dgn ladang unta tak dpt pergi lagi..

    Btw bila pergi dgn agent kene oandai bawa diri utk explore mcm2.. Seronok la memanah tu.. Hahaha

    ReplyDelete
  8. Agak terkedu dng pengalaman bersama mutawif tu..hahaha...apa2pun halal jer lah hahahha

    ReplyDelete
  9. boleh tanya gelang tu beli di mana kedainya

    ReplyDelete