June 1, 2022

Umrah Pertamaku (Mekah) - Part 3

Assalamualaikum...

Day-3 di bumi penuh barakah...Mekah Al-Mukaramah. Activity kami hari ni just pusing-pusing area tempat kami stay. Safwah Tower ni dah macam port untuk orang Malaysia dan Indonesia. Nikmat betul kalau stay di Safwah Tower ni....1-2 minit dah boleh langkah masuk Majidil Haram. Jalan lagi 1 minit dah boleh dekat Kaabah...Subhanallah..nikmat sungguh. Kalau malas nak solat berjemaah...memang rugilah. Ada orang takde bilik hotel nak tidur. Saya perhatikan area toilet lelaki bahagian belakangnya..dah macam tempat tinggal. Kesian saya tengok. Maybe tak mampu nak sewa hotel.

Safwah Tower ni di bahagian underground hingga ke 3rd floor kalau tak salah saya penuh dengan kedai menjual jubah, nuts, kurma, sejadah, perfume, Al-Quran, survenir, dan etc. Bagi saya kalau nak shopping semua tu better di Mekah compare dengan Madinah. Sebabnya lebih lebih selesa di dalam building ber aircond...hehehe.


Jemaah makin ramai ketika ini. Meriah betul Masjidil Haram. Time ni adalah sebelum Subuh. Ohh ye lupa nak cerita. Selalunya selesai saja solat jemaah, tak lama lepas akan disusuli dengan solat jenazah. Janganlah lepaskan peluang ye...pahalanya adalah sebesar Gunung Uhud. Nanti sampai entry Madinah kita tengok Gunung Uhud tu besar mana ye.

Pagi tu boleh nampak half moon...lawa.


Nak simpan duit banyak-banyak...1 day nak stay bilik hotel yang paling atas dekat Clock Tower tu....aminnnn....hehehe.

Saya demam menggigil malam semalam. My sis cakap semalaman saya mengerang. Memang gitulah selalunya kalau saya demam. Alhamdulillah pagi tu saya mampu bangun untuk solat subuh di Masjidil Haram. Group agency saya hari-hari ada ziarah luar dan untuk haritu adalah umrah ke-3 mereka. Selesai subuh, kami singgah food court nak cari breakfast. Kami makan roti canai..hehehe. Roti canai tu standard yang frozen tu. Selesai breakfast di bilik, kami just round area Safwah Tower dan shopping sikit-sikit. Demam saya on off. Makan lalu jer....hahahaha. Saya dah lupa bila saya paksa diri solat jemaah di Masjidil Haram ketika demam. Alhamdulillah bila dalam Masjidil Haram saya cergas macam biasa. Patutnya tidur jer lah dalam Masjidil Haram..isk...silaplah.

Kedai yang menjual perfume..saya bukan sejenis orang yang sukakan perfume..bila pak arab bagi bau...pening kejap..hahahhaa.
Escalator yang kami guna hari-hari untuk berulang-alik dari hotel ke Masjidil Haram. Ini floor yang menjual jubuh etc. Setiap kami masuk waktu solat, kesemua kedai-kedai ni akan tutup. Ada satu waktu solat tu, saya pergi Masjidil Haram selepas selesai solat jemaah. Ketika tu saya rayau-rayau atas food court ni. Ada kedai yang belum tutup, akan dipaksa oleh guard untuk tutup. Pekerja-pekerja kedai-kedai ada yang bawa sejadah dan menghala ke atas..maybe dorang solat jemaah di surau di dalam building Safwah Tower.

Ada satu insiden yang kelakar time kami nak beli nuts...mamat arab ni arahkan kawan dia gi pecahkan duit kami untuk bagi balance. Boleh pulak mamat tu kutuk kawan dia dalam bahasa melayu...dia ckp...bodoh punya orang...bodoh bahalul...hahahaha. Giler lah. Semuanya disebabkan kawan tak dapat nak pecahkan duit di kedai sejadah...hahaha.

Must try....jus. Jus dia pure giler lah. Rugi pulak try sekali jer.

Our lunch....dah macam jemu pulak nak makan makanan arab....hahaha...salad tu membantu betul..selera sikit nak makan.
Petang tu selepas asar kami jalan-jalan area yang belum kami pegi. Tak jauh pun dari hotel. Plan nak cari cafe untuk minum petang. Kami decide masuk Jabal Omar Hyatt Legency. Keadaan dalamnya nampak mewah seperti dalam Clock Tower. Ada hotel juga dalam tu serta kedai-kedai menjual nuts, pakaian etc. Dalam ni pun ada Bin Dawood.
Memula tu plan nak naik area ni...sebelah kiri escalator tinggi melangit. Sebelah kanan tangga tinggi melangit jugak....jenuh jugak nak menapak turun...kang tergolek..hahahaha. Kami decide takyah naik lah.

Bahagian luar Masjidil Haram....tak pernah takde orang.

Building keliling Masjidil Haram semuanya nampak mewah.
Dok jalan-jalan dalam abal Omar Hyatt Legency, tetiba nampak cafe ni...wahh menarik. Lama tak pekena lattte.

Sepanjang di Mekah, tak jumpa cafe atau restaurant yang complete dengan kerusi meja...semuanya macam food court. Ini satu-satunya cafe yang kami boleh dine-in.

The best drink sepanjang kami di Mekah.

Snap sana sini hahahha.

Memikirkan harga makanan kat sini...gerun saya nak order ....hahahaa. Sebabnya my sis yang berlanja..hahaha. Akhirnya dia pilih vegies pizza. Nyum nyummmm...Oh ye..sepajang di Mekah my sis yang tanggung all my food expenses....yahhhooo...syukur Alhamdulillah

Dah kenyang, kami pun menuju jalan pulang. Orang ramai menderu-deru nak ke Masjidil Haram untuk solat jemaah maghrib. Tetiba jalan yang perlu kami lalu tu ditutup. Ada beberapa jalan untuk kami balik ke hotel pun ditutup. Ramai askar berkawal time tu. Jemaah dari pelbagai negera semuanya merayu-rayu nak masuk...semua tak boleh!!!! Berdebar saya time tu. Macam mana ni???? My sis relax jer...hahaha. Dia terus tarik tangan saya menyelinap masuk dalam crowd. Di tunjuknya kunci hotel...we want to go back to hotel. Jerit my sis. Pegawai yang kat depan tu maybe askar pangkat biasa..askar macam pangkat tinggi sikit nampak kami...akhirnya kami saja yang berjaya dibiarkan masuk....yeeeaaaa!!! My sis always the best!!!! hahahaha.



Sinaran matahari senja yang keemas-emasan. Indah sungguh.

 Sampai sini dulu yer....nantikan pengalaman umrah ke-2 saya ye....bai!!!

4 comments:

  1. Aik mengapa tidak pergi masjid untuk solat Maghrib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la pegi sis...balik hotel kena bersihkan diri dulu. Sajer x cerita sampai habis ';-)

      Delete
  2. cantik semua photo...rindunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya main snap jer photo2 ni...tak sangka hasilnya saya sendiripun suka...hahaha. Jom pegi lagi sis

      Delete