May 24, 2022

Umrah Pertamaku (Mekah) - Part 2

 Assalamualaikum...

2nd day kami di bumi penuh barakah. Ganjaran 100,000 pahala solat di Masjidil Haram tak kami lepaskan subuh tu. That day semua jemaah group kami akan melakukan activity ziarah dan umrah ke-2. Kami berdua decide supaya tak join. Di Masjidil Haram area untuk solat adalah limited betul. Pihak askar asyik halau jer. Ada ruang solat perempuan dibentangkan carpet hijau tebal yang cukup indah pembuatannya. Jika solat di area tu, ada tiang sikit menghalang pandangan ke arah Kaabah. Setiap ruang dikawal oleh seorang perempuan yang berselubung hitam. Tah tahu mana belakang mana depan..hahaha. 

Lupa nak cerita pasal air zam-zam. Dalam Masjidi Haram banyak disediakan tong air zam-zam. Mudah betul nak minum. Saya siap letak dalam tupperware bawak balik hotel. Tak pernah puas nak minum air zam-zam. Asyik nak dan nak jer. Bila telan air yang penuh diberkati ini, rasa senang jer melalui tekak tanpa rasa payau atau seperti air biasa yang lain.

Syukur pagi tu kami berkesempatan solat di depan Kaabah dan berhadapan Hajarul Aswad. Tiada carpet tebal dan hanya berlapikkan sejadah kecil untuk kami berdua sujud ketika solat. Tapi nikmat solat di situ tak terkata seronoknya. Kaum lelaki lebih untung. Mereka dapat solat betul-betul paling hadapan Kaabah. Time saya kat sini, orang lelaki yang berihram saja boleh berada solat dekat dengan Kaabah. Saat menulis ni rasa sungguh rindu nak berjemaah kat sana. Merdu sungguh suara imam yang mengalunkan surah-surah. Getaran dalam hati hanya Allah SWT yang tahu. Solat sikit terganggu dengan rintihan sorang makcik. Bergema suara dia dok berdoa. Orang solat dia berdoa pulak...hahahahah. Macam-macam.

Selesai solat saya ajak my sis tawaf sunat. Jemaah tawaf time tu lebih ramai dari time kami tawaf sehari sebelum tu. Asyik tolak-menolak jer. Bila ada jemaah belakang saya yang menolak, saya akan warning don't push....then dorang pun tak tolak lah..hahaha. Wuduk saya terbatal ketika nak masuk pusingan ke-6. Time tu orang tolak then muka saya tersembab di belakang sorang lelaki. Lelaki tu khusyuk tawaf sampai tak sedar wuduk dia dah terbatal. Nak inform pun dia cepat sangat dah hilang dalam crowd.

My sis ajak berwuduk semula. Agak mencabar tawaf that day. Setelah berwuduk dan berdoa semoga dapat selesaikan lagi 2 pusingan, kami mula tertawaf. Laungan zikir dari seorang ustaz ni dengan bergema dan menarik perhatian kami. Ketika itulah kami perasan 1 group dari negara Turki sedang bertawaf. Ustaz di depan dan jemaah wanita dikepung oleh jemaah lelaki. Bagaimana kami tahu. Sebab kesemua jemaah tu laungkan zikir yang sama. Terus kami masuk dalam group tu. Sama-sama ikut zikir yang dilaungkan ustaz group tu. 2 pusingan terakhir tu terasa singkat, mudah dan penuh menyeronokan.

Saya menyaksikan satu group dari negara India bertawaf. Menakutkan hahahaha...mereka akan berpegangan tangan memanjang..keadaan dah macam bulldozer. Depan mereka clear..maybe semua orang gerun kena rempuh...hahahahaha. 

Pagi yang sunggu nyaman. Kekadang angin sepoi bahasa menyentuh tubuh.
Permandangan yang tidak pernah puas untuk dipandang

Melihat keadaan ini ataupun ketika solat berjemaah dan keadaan crowd di luar Majidil Haram menyebabkan saya berfikir...Subhanaallah hebatnya Allah SWT, umat islam berpusu-pusu datang ke sini untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan dariNya. Semua yang datang bukan dipaksa atau terpaksa...Subhanallah.

Sebelum balik ke bilik, kami singgah breakfast di hotel. Ramai jugak jemaah dari agency yang berlainan breakfast kat situ. Nasi lemak disajikan bersama sosej sambal. Ada telur yang perlu dikupas sendiri dan ada juga pelbagai jenis pastries dan salad. Kami hanya boleh breakfast sahaja di Mekah sebab pakej yang kami ambil tu adalah half board. Selesai breakfast kami bersiap-siap nak explore Mekah tanah penuh berkah.

Kagum tengok building yang tinggi-tinggi dan penuh dengan architecture yang rumit.


Saya terpandang gunung nun dihujung sana...hati ni melonjak-lonjak nak tengok lebih dekat.

King Abdul Aziz gate yang dalam construction

Kami masuk ke Clock Tower untuk tengok view dari atas tower tu. Malangnya observation deck tu tak bukak...so sad. Teringin sangat nak tengok Masjidil Haram dari atas. Akhirnya kami singgah supermarket yang bernama Bin Dawood. Macam-macam sungguh jual kat sini. Ala....macam Jaya Grocery. Sebelum datang saya nak sangat rasa buah fig fresh...akhirnya tercapai. Dalam bilik kami ada fridge..so boleh simpan.

Rasanya ni kurma fresh..mahal betul.

Pelbagai jenis buah

Nape kat Malaysia takde butter camgini..best kut

Kami singgah kedai kurma yang tak jauh dari Bin Dawood. Boleh beli kurma yang dipack dalam plastic, nak sedekah kat orang senang...kalau orang tu puasa, dia boleh simpan dulu. Saya suka kurma amber...kurma ni jenis besar dan lembut. 




Saya pernah tengok documentary pasal Clock Tower ni. Terkejut saya bila tahu yang orang Malaysia adalah Structure Engineer untuk project ni. Mamat (Tuan Wan Nazri Wan Aria) ni study degree di uitm dan kemudiannya further Master di Germany. Kemudian dapat peluang kerja di Germany. Dan company tu dapat tender Clock Tower project tu disebabkan design yang dibuat oleh mamat ni..makanya, company tu bagi peluang untuk mamat ni menjadi ketua consultant project tu dari A-Z. Very impressive....tepuk tangan.  

Standard dalam bulding ni adalah...ground floor and basement kedai-kedai...tingkat 2 atau 3 foodcourt dan seterusnya hingga atas adalah hotel.

Part of Masjidil Haram. Di sebalik barrier putih tu ada carpet hijau...tempat solat.

Walking tour kami diteruskan. My sis dari Malaysia lagi nak sangat saya try ice cream yang sedap kat sini. Bila nampak jer kedai jual ice cream terus diajaknya beli. Bila saya try..manis sungguh. My sis pulak dah lupa rasa sebenar ice cream yang sedap tu hahahha.

Perjalanan diteruskan. Merpati ni merata-rata ada...kena pulak ada orang jual makanannya..lagi ramai lah datang.

Tiba-tiba saya nampak cab. Terus saya ajak my sis pusing Mekah dengan cab pulak. Driver cab tu charge 150 rial..lupa nak nego..hahahha. Kami ingat dia nak bawa pusing-pusing town jer...rupa-rupanya dia bawa ke tempat-tempat seperti Jabal Rahmah, Jabal Al-Nour, Mina, Arafah dan sebagainya. Ada jugak rezeki sangat nak tengok tempat-tempat sejarah tersebut walaupun tak join agency.

Pokok tamar. Tak jumpa taman perumahan pun..tak tau penduduk Mekah ni tinggal kat mana...hahaha

Building kat sini dinding takde yang jenis glass..maybe selalu berhabuk so tak sesuai dinding berglass. Warna pun sejenis jer.
Banyak kedai saya tengok jenis ditepi-tepi gunung begini. Maybe jarang hujan so tak risau berlaku tanah runtuh.

Driver cab tu ada bagitau building ni adalah apa..tapi lupa hehehe

Di Jabal Rahmah. Takde lah nak panjat bukit ni. Dikatakan ada kisah di Jabal Rahmah ni. Yang pertamannya di sinilah tempat pertemuan pertama Nabi Adam AS dan Siti Hawa sejak di turunkan dari syurga. Yang keduanya inilah tempat yang mana Nabi Ibrahim bebrapa kali mimpi menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Dan kisah terakhir adalah tempat dimana wahyu diturunkan kepada Rasullullah SAW yang mana ayat yang diturunkan memberi maksud tersirat yang Rasulullah SAW akan meniggalkan umatnya dan akan menemui Allah SWT.

Akhirnya niat my sis nak suruh rasa ice cream yang sedap tu tercapai. Memang sedap sangat lah hai. Susah nak explain kesedapan ice cream ni. Tak pernah jumpa ice cream yg texture nyer selembut ni..manispun ala-ala saja.

Kemudian driver cab ni bawa kami tengok keadaan khemah di Arafah. Saya pernah baca kisah menulis kesukaan saya Norhafsah Hamid dalam bukunya bertajuk Traying to be a Muslim. Beliau ceritakan satu per satu kisah beliau ketika menunaikan haji. Ketika beliau berada di Arafah, tempat tidurnya betul-betul tengah antara dua khemah yang mana khemah tersebut ada gap. Time tu dijangka akan hujan. Syukur tak hujan, so dapatlah beliau tidur bertemankan bintang bertaburan di atas langit. Banyak lagi kisah beliau yang menarik. Ada part kita akan menangis bila membacanya. Semua collection buku beliau saya dah ada..yang latest baru published tak sempat beli lagi...Time to Heal.

Keadaan di Arafah.

Sesekali akan jumpa rumput.

Tempat terakhir kami dibawa adakah Jabal Al-Nour. Di sinilah terletaknya Gua Hira. Gua yang merupakan wahyu pertama di turunkan kepada Rasulullah SAW...Subhanallah.

Tak salah malam tu jugak group dari agency saya hiking untuk tengok Gua Hira.
Cuci mata
Sorry..ni tempat terakhir sebenarnya...saya dah lupa ni perkuburan untuk siapa.
Di sebelah perkuburan tersebut ada stall coffee...my sis lanjer driver cab tu.

Our lunch. Satu meal dalam RM30 lebih boleh makan berdua. Portion memang banyak. Setiap kali beli makanan kat sini, akan diberi plastic besar bertujuan untuk lapik jika makan ramai-ramai.

Our dessert..nyum nyum.


Berakhir sudah hari ke-dua kami di bumi penuh barakah. Bumi penuh sejarah. Nantikan entry saya seterusnya....bai.

4 comments:

  1. mcm2 gaya orang bertawaf..seronok jalan2 ronda2 sampai ke Arafah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah....yg kalut nak record atau buat live pun ada...macam2..hehe.

      Delete
  2. teringat masa saya buat umrah dan anak2 time tawaf tu ingat 7 pusingan tu sgt susah sbb nak kena jaga bahu nak pimpin anak..tp hati saya tersentuh bila depan saya lelaki kudung pun mampu tawaf kita yg Sihat ni apetah lagi..nangiss tau.. lagi satu ada insiden bila di hadapan kaabah ..ada lelaki bangsa apetah..nangis2 pegang kain kaabah tu..tiber hp dia berbunyi..bleh plak stop mangis n sembang..dh letak Sambung nangis..mcm mcm manusia kita jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..macam2 orang kita jumpa. Allah nak kita berfikir dalam setiap kejadian yang kita nampak. Dari situ kita boleh rasa bersyukur dengan setiap nikmat Allah bagi. Yang kes nangis boleh stop bila jawab fon tu kelakar...hahaha.

      Delete