May 20, 2014

Preparation to Holland, Belgium, UK and France

Assalamualaikum...

After CNY baru-baru ni me and my sis punya la dok pilih nak ke mana this year…kejap China..kejap Australia..kejap NZ..dah penat fikir last-last saya tekad nak ke Europe..hehe. Saya cakap kat my sis..takyah nak cover 1 Europe..few countries cukup la sebab tahun-tahun seterusnya boleh pergi lagi..InsyaAllah. So diapun agree selepas sebulan berhempas pulas dok fikir nak beli ke tak flight tic yang makin hari makin naik harganya. Flight ticket yang kami beli 3 bulan sebelum fly adalah RM2,800 ++ (Etihad Airways). Kami memilih untuk fly dari KL ke Amsterdam dan pulang dari Paris sebab itu jer yang harga flight yang paling sesuai yang murah.

Kemudiannya dalam berminggu-minggu pulak discuss hal route...pening tul kepala..haha. Kalau lambat-lambat decide..harga hotel, bus serta train pulak akan naik. Nasihat saya..kalau yang ada intention nak travel ke Europe, kena beli secepat yang mungkin public transport kat sana dan juga book hotel. Sebagai contohnya..lebih kurang sebulan selepas kami dah beli online Euroline Bus serta Eurostar...kami cuba check balik harga time dekat-dekat nk fly tu...harga dah melonjak berganda-ganda..fuhh...nasib baik dah beli.


Lebih kurang 10 hari trip..macam kat atas la route yang kami pilih. Instead of Switzerland, kami pilih UK. Sebabnya budget ke Switz ni melampau-lampau sangat..haha. InsyaAllah tahun-tahun lainpun boleh ke situ nanti. Kalau ikut-ikutkan budget yang ada, boleh je kami nak tambah 1-2 negara lagi..tapi maybe akan touch and go jer lah nanti..tak best arr. Kalau terlalu penat..takut tak enjoy pulak kan..lagipun saya ni bukan ada stamina sangat..haha.

Ok next..saya sesaja nak listkan preparation sebelum kami memulakan trip ni :

1) Beli tic flight ofcos lah yang permulaannya..kemudian pilih route tempat2 yang nak pegi dan mula  survey rate hotel, entrance fee serta transport charges etc.

2)  Costing...ini paling penting. Macam kes saya ni...macam-macam version costing ada..kalau tak salah, 3-4 version jugak lah..haha. Ketika buat costing ni lah kami sambil-sambil buat pilihan yang betul route country mana yang sesuai. Kami tak buat costing dengan ngam-ngam duit yang ada..kami juga allocate duit untuk emergency.

3) Lepas dua-dua pihak agree dengan route serta costing, my sis mulakan tugas dia macam biasa lah..iaitu mula book transport dan juga hotel. Untuk bus dan juga train, my sis terus bayar online. Dan untuk hotel, ada yang 10% bayar online dan ada yang just book saja menggunakan booking.com. Untuk item 1 hingga 3 kami lakukan 3 bulan sebelum fly sebab itu semua yang paling penting dulu.

4) Selepas selesai semua tu...dia booking dan bayar online pulak untuk beberapa tour kami di sana (saya akan share dalam entry akan datang untuk tour apa yang kami guna)

5) Kemudiannya saya mula rajinkan diri baca pengalaman blogger lain yang pernah travel ke europe dan google apa yang patut. Excited tu memang tak terkata lah..hehe. Thanks to blogger di bawah yang sedikit sebanyak memberi info serta gambaran kasar tentang tempat-tempat yang saya pergi :
- http://whatever-lahno.blogspot.com/ 
- http://syiedasyieda.blogspot.com/
- http://blueewoke09.blogspot.com/
- http://syarliz.blogspot.com/
- http://journeyofmylife-noornazuha.blogspot.com/
- http://ayufatarina.com/
- http://www.iamsterdam.com/
Sebenarnya banyak lagi blog saya baca sampai tak terlist kat sini...hehe

 
 Hobi my sis...wat collection untuk reference book. Dia lebih gemar publisher Frommer's..dah cari banyak bookstore takde..so terpaksa la beli Lonely Planet.

6) Seperti trip-trip yang lepas, kami tak berapa puas ketika makan di restorant. Makanya kali ni saya bertekad nak masak ketika di Europe. Asalnya nak beli travel cooker, malangnya sebuah chinese restorant area rumah saya ni yang jual travel cooker tu kehabisan stock. Dan bila tengok Noornazuha boleh jer masak guna rice cooker, makanya saya yakin sayapun boleh..hehe. Siap boleh masak nasi goreng dan sup sayur yer..jom tengok stock yang saya sediakan untuk masak.. 


 Beras tu saya beli 1kg..tak cukup..adoii..sedih tul. Lauk-pauk brand Brahim tu memang terbaik..sedap-sedap belaka. Ada ayam masak merah..rendang..nyummy. Untuk memudahkan..saya just guna paper plate yang pakai pastu buang.

7) Dan saat-saat akhir sebelum bertolak..macam biasa lah..prepare barang-barang personal yang perlu dibawa serta booking cab untuk bawa kami ke KLIA.

Next entry saya akan mulakan day by day pengalaman saya di beberapa negara tersebut..tunggguuuuu!!!

19 comments:

  1. Dapat cover empat negara pun dah cukup baik... ada alasan untuk repeat ke Europe lagi untuk cover negara lain pulak...

    ReplyDelete
  2. Betul zila..penat sgt kalo touch n go. Walau apa pun..semuanya ada pengalaman yg berbeza. X sabar nak baca entry seterusnya..

    ReplyDelete
  3. Saya pun selalu masak (goreng, rebus, stim) pakai rice cooker. Makanan dalam tin dan paket pun selalu saya bawa kalau ke tempat yang susah nak dapat makanan halal.

    ReplyDelete
  4. wah tak sabar nak baca cerita the journey the europe nih! =D

    ReplyDelete
  5. suka ni suka..
    tunggu entry baru..

    ReplyDelete
  6. waahhhh tak sabar begitu rapi persiapan. bagus2. transport kat sini kalo lmbt beli, mahal ler jawabnya. huk huk huk. sekilo beras tu tak cukup hiks. selalunya dlm 2-3 kali makan dah abes. perencah nasik goreng tu amat berguna!

    ReplyDelete
  7. Hoyeee..inilah entri yang di tunggu-tunggu..setiap destinasi nk pergi mesti buat preparation awal dan sebaik mungkin baru semua jln lancar..

    Kiranya Zila dpt rega tiket RM2800++ tu retun from KL - Armsterdam -balik PARIS - KL ke..MURAH tu..

    ReplyDelete
  8. Tq for the info Zilla... tulaa Switzerland mmg melampau-lampau hargamya... hubby lak ngidam nak gi sana... ni kena sediakan 3, 4 tabung gajah.. dah penuh semuanya baru leh pergi... hehe

    ReplyDelete
  9. thanks for the info...

    travel sendiri, mcm nilah kan, mcm2 kena fikir, tapi best, dpt mcm2 pengalaman..priceless..

    ReplyDelete
  10. tak sabar nak baca....sbb trip zilla details :)

    tak dapt pergi baca sini pon rasa syiok

    ReplyDelete
  11. Mie --> Kalo fkr2 balik jenuh gak la nak ke europe ni sbb atas flight berbelas2 jam plus kena transit2 bagai..patutnya dh berkesempatan pergi tu kena la cover byk negara..tp what to do kang compny fired pulak..haha

    Syieda --> saya kagum tul syeida leh cover europe smpai sebulan..fuh..betul tu..setiap org punyai pengalaman yang berbeza

    Prof --> sy pulak 1st time gini prof..1 pengalaman yang menarik bagi saya :)

    DJ --> tengah edit gambar dan mengarang skrg ni..tunggu ye..hehe

    CT --> bagus lah suka..sukanya saya :)

    ReplyDelete
  12. John --> memang tahu 1kg tu cukup 3-4 hari gitu sebabnya saya dh budget bila nak masak nasi dan bila nak masak spegeti..sekali plan nak masak spegeti terpaksa dibatalkan sebab malas dan tired..hehe.

    JM --> ada lagi murah time tu..tapinya KL-PARIS ..PARIS-KL..RM2.2k kalo tak salah saya..tpnya kami rasa mcm rugi beli tic gitu sebab cost yang kena patah2 balik tu dah lebih kurang dgn harga RM2.8k tu..

    Fayreen --> saya Zila ye..jgn kompius dgn blogger Zilla ye..hehe. Nama saya ejaan lain skit. Bg saya Switzerland kena stay lama plg kurang 5-6 hari..so maybe nxt time kena plan tul2 untuk pergi

    Nohas --> Betul tu :)

    Emy --> belum mula dh syok nih..hehe..gurau je

    ReplyDelete
  13. syoknya..... saya mmg teringin sgt jugak nak pi swiss sejak tgk cinta jangan pergi haha. tapi tahun lepas sempat pegi few cities je. tu pun tak sempat habis diblogkan. moga ada rezeki kita nak pi swiss pulak yek.amiiin. amsterdam sy takpenah sampaiiii.tingin nak pegi masa keukenhoff hihi alahai byknya teringin ;p

    ReplyDelete
  14. Zila... bagus perkongsian ni. Walaupun xde cadangan lg nk jln ke sini...tp blh bc pengalaman org...

    ReplyDelete
  15. Alamak, terglamerla sekejap...hehe
    I think we learn from each other, saya sampai sekarang masih remember your entry pasal pergi London for the first time tu...pembakar semangat nak pergi sana sendiri...

    ReplyDelete
  16. ahaks... best2... x sabar nak tunggu cerita selanjutnya ni

    ReplyDelete
  17. Kausar --> memang patut pergi amsterdam time keukenhof..best sangat. Moga2 rezeki awk tiba untuk ke tempat idaman :)

    Cheq Sue --> baca pengalaman org lama2 terigin lah nak pegi :)

    Saerah --> Saya kagum ngn awk leh jln sensorg gitu..gigih tul..hehe. Sama2 lah kita membakar semangat :)

    Hafiz --> :)

    ReplyDelete
  18. Assallammualaikum dear,
    Terima kasih sebab singgah membaca blog akak.. your blog is awesome! keep on writing <3

    ReplyDelete
  19. Waalaikumsalam..

    Eh kak ayu yang berjasa singgah sini :). Thanks ye akak..blog akak sikit sebanyak bagi info untuk Amsterdam dan Belgium. Comparison untuk Holland Pass tu sgt membantu..thanks so much :)

    ReplyDelete