May 22, 2014

Amsterdam (City) - Part 1 (Day 1)

Assalamualaikum..

Hai semua..sebelum saya teruskan entry ni, saya just nak tekankan nama saya ZILA dan bukannya ZILLA ye..hehe. ZILLA tu dari blogger yang snap photo cantik-cantik tuh.. oh i like her photo & her travel experience (http://mystoriesmories.blogspot.com) Hai Zilla..gimi 5 :)

Ok..saya mulakan pengalaman saya ketika fly ke Holland ataupun Netherland. Flight saya adalah on 6 May 2014 pukul 3.30am dari KLIA ke Abu Dhabi. Inilah 1st time pegi sana naik flight yang lagi lama selain ke London dulu tuh. Disebabkan my sis dah check-in online, kami hanya perlu drop luggage jer. Pepagi buta tu memang mengantuk sangat. Sementara nak tunggu masuk flight, saya tido jap kat kerusi yang boleh lunjur kaki tu. Oh ye..saya baru tau yang Etihad Airways ni kita boleh pilih seat tanpa charge dan 30kg cargo free. Seat untuk bahagian tepi adalah double seat dan di tengah-tengah ada 4 seats. Saya make sure my sis book seat yang jauh dari tempat sedia makanan sebab nanti pening bau macam-macam sangat dari kitchen dan ofcos la jauh skit dari toilet takut bau yang tak menyenangkan..hehe.


Dalam flight tak berapa nak boleh tido..melayan macam-macam di screen yang disediakan disetiap seat nih..jap movie..jap tengop map flight dah lalu mana..jap main game..hehe


Dalam Etihad ni asyik-asyik bagi makan minum jer..jap biskut dengan air..jap air saja. Chicken pie ni tak salah saya diberi time 1 hour selepas berlepas..nyum-nyum ..sedap. Pepagi buta makan berat gini...hehe. Air boleh pilih macam-macam jenis..jus epal, oren, mango, hot drinks pun bermacam-macam.


Ni dah nak dekat-dekat sampai Abu Dhabi. Kami dijangka sampai Abu Dhabi dalam pukul 6.30am waktu sana.



Sejam sebelum landing...kami diberi breakfast pulak. Order berlainan makanan boleh rasa-rasa. Yang atas tu pancake dan yang bawah tu tak salah saya omelette. 



Boleh nampak banyak sangat construction area Airport Abu Dhabi ni. Ini lah view yang menarik untuk di snap ketika landing.



Inilah tempat transit..lepas kuar dari flight..kena turun tangga flight tu pastu naik bus masuk ke dalam building ni. Manusia ramai sungguh..berlainan bangsa..berlainan warna kulit..semuanya transit kat sini..fuh..ada kerusi selesa sambil lunjur..terlena sampai la my sis kejutkan untuk naik flight ke Amsterdam.


Cantik kan?? Ini jer yang menarik untuk disnap ketika dalam airport ni..hehehe. Pada pendapat saya, agak leceh la transit-transit ni...3-4 jam gitu memang letih lah menunggu. Kalau lama sikit boleh la kuar jalan-jalan tengok apa yang ada di Abu Dhabi tu.



View Abu Dhabi dari atas flight


Melayan movie Frozen.."Let it go..let it go.." hehehe



Dapat snack..mango juice memang terbaik..



Tetiba..eh..apa tu?? adakah...



Ye betul..flight di luar jendela..wow..1st time for me..jakun sikit..hehe



Kemudiannya lunch..my sis pilih nasi arab



Saya pulak pasta with sweet potato..nyummy!!! Kami dilayan oleh stewardess indon..mesra betul dia. 



Sejam sebelum landing...dapat pulak sandwich..tengok dari rupa macam tak menyelerakan..saya return balik kat stewardess tu tapi dia soh simpan makan bebila..hahaha



Dan lebih kurang nak dekat pukul 3pm waktu Holland..bumi Holland kelihatan...Subbahanallah cantiknya..kagum saya dengan bentuk muka bumi Holland ni. Tanah landai..sungai-sungai kecik kelihatan dimana-mana saja..sejuk betul mata memandang


Saya agak bawah ni padang golf


Alhamdulillah selamat sampai di Schiphol Airport. Yang peliknya..tak perlu isi apa-apa form untuk immigration. Time nak chop passport tu..pegawai immigration tu just tanya from where to where and how many days...



 Kalo yang nak beli Holland Pass..sila lah ke sini ye..GWK Travelex office at arrival hall 4. Senang je nak cari..bukan besar manapun airport tu..kalau tak jumpa, boleh tanya kat information center. Saya nasihatkan beli lah online atau bayar guna cash dan elak guna credit card sebab dorang akan charge extra dalam 5%



Keluar je pintu airport tu..tercengang-cengang nak ikut bus stop side mana. Oh ye..lupa nak citer. Kami stay di Inner Hotel area big sign IAMSTERDAM tu..nama area tu adalah MUSEUMPLEIN. Kami dah tahu yang kami perlu naik bus no. 197 (Connexxion namanya). Nasihat saya...tunggu lah bus tu belah orang ramai tu ye.  


Harga ticket bus tu adalah €5.00 per person. Ada satu kisah..ketika bus turunkan kami ke MUSEUMPLEIN, terkial-kial pulak nak cari arah ke hotel. Tengah-tengah nak cross jalan tetiba dengar orang bagi salam..rupa-rupanya seorang driver tram bagi salam..saya cross ke seberang balik untuk mendapatkan dia sebab dia bertanya yang kami nak ke mana dalam slang indonesia. Syukur sangat time tu…saya tanya arah nak ke hotel dan dia bagi kat saya map untuk tram service. 


Dalam 2-3 minit berjalan..sampailah kami kat hotel. Hotel ni duduknya dicelah-celah apartment. Nampak tenteram kan?? Tak dengar bising apapun.



Taraaa...lega sangat time tu bila dah masuk hotel. Hotel ni ada 2 single bed. Satu berhampiran pintu masuk dan pintu toilet..



Dan lagi 1 dihujung sini...boleh bayangkan?? hmmm...di meja itulah saya masak sambil bukak tingkap dan juga on kipas untuk kuarkan asap..hehe. My sis dah sehabis boleh mencari hotel yang sesuai sebabnya nak bilik with private toilet serta ada lift..dan hotel ni lah dia rasa paling sesuai.



Tak lama pastu kami keluar nak explore Amsterdam..hehe..ni dia bunga pertama saya snap..hehe. Bunga ni di area hotel saya..oh ya..lupa nak cter pasal cuaca..ohh..segar sekali..sejuk sungguh tau. Jacket saya pulak nipis..menggeletar la sejuk...



Tempat pertama kami...hehee. Suka tengok padang ni..bersih sangat..menghijau. Dari hotel kami tak jauh sangat berjalan..tak salah saya 2-3 minit gitu. Area sini banyak museum..tapi saya tak minat masuk museum..hehe



Inilah keadaan paling tenang untuk bergambar kat sini..kalau tak, ada yang panjat sampai ke atas dan ada yang pelbagai gaya dan ramai giler..


 Museum


Dengan sisa tenaga yang ada..kami naik pulak tram dengan menggunakan ticket 1 hour ni. Tempat pilihan adalah Dam Square


Macam lukisan kan view ni?? Saya snap time dalam tram. Percayalah..banyak tempat boleh snap view ni sebab Amsterdam ni terlalu banyak bridge, canal dan basikal..hehhehe.

Keadaan jalan raya..sayapun tak paham macamana orang Amsterdam leh paham sistem jalan raya mereka..hmm..tapinya takde langsung jem sebab pengangkutan yang paling banyak adalah basikal..hati-hati melintas sebab orang berbasikal laju betul mengayuh..takut tak sempat brake jer


  Dam Square...time pukul 6pm lebih gitu dah banyak kedai yang tutup



Sesampai je Dam Square, kami terus masuk souvenir shop..yeahhh saya jumpa nih..pack besar tu harganya €2.50 dan saya just beli 2pcs berharga €1 sebab nak rasa dulu..dan rasanya...aduhh manis betul caramel ditengah-tengah waffle tu...tapinya sedap lah :)



Di dalam souvenir shop yang mahal



Keadaan Amsterdam ketika pukul 8pm



Kami balik ke hotel dengan keadaan tired serta lapar sangat sebab 1 kedai halalpun tak jumpa..akhirnya kami merasmikan makanan-makanan yang dibawak..hehe..nikmat betul time tu dapat nasi panas. 

23 comments:

  1. Salam Zila...not Zilla hik...ada yang keliru ke?

    Yeaayy...citer Europe dh keluar..ni yg JM tunggu2..baca setiap patah perkataan yg di tulis terasa seperti JM travel bersama Zila heee

    Cerita yg menarik...tak sabar nk tggu next entry..what can i say..best nya...

    ReplyDelete
  2. Seronoknya tengok Zila dah sampai Amsterdam....cantik sangat-sangat tempat ni...nasipun nampak sedap yum! Orang lain dah sampai ke tempat ni, tapi saya belum ada rezeki lagi ke sini :(

    Masuk Amsterdam nampak macam senang je menurut Zila...saya suka macam ni, tak banyak kerenah. Tentu masuk ke sini tak perlu Visa, kan?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Zila, cantiknya gambar... suspens jer tadi tengok pic yg 'iamsterdam' tu... ingat yg baju biru duduk kat atas tu zila..hehe... gurau-gurau je yek... :D

    ReplyDelete
  4. Etihad Airways..bestnya, mkn minum byk kali..

    cantik-cantik view di Amsterdam..bilik kecik takpe, yg penting ada bilik air sekali..

    ReplyDelete
  5. Rindu sangat Amsterdam bila baca entry Zila ni. Teringat masa dalam Thalys train haritu, hati berdebar2 masa nak sampai Centraal St. Hostel saya duk haritu pun dekat sangat ngan sign Iamsterdam tu. Seberang jalan dari muzium Van Gogh. Damaikan Ams ni. Untung Zila gi, matahari memancar. Saya sampai haritu, mendung. Sibaik summer, so bolelah berjalan sampai kul 10 sebab masa tu still cerah juga.

    ReplyDelete
  6. Salam pkenalan Zilla..eh silap zila..hehe..best nya naik etihad airways..tringin sangat nak merasa..hehe..cantik view Abu Dhabi dari atas flight tu =)

    ReplyDelete
  7. JM --> Wsalam...a'a ada yang keliru..hehe. Nak menarik lagi kita kena travel sama-sama..ye tak?? hehe

    Prof --> Thanks prof sebab tumpang seronok :). Tak perlu apa2 visa prof..memang senang sangat

    Fayreen --> Waalaikumsalam..kalo saya lah yang baju biru tu..ntah2 dh jd miss world dah sekarang..hahah

    Nohas --> A'a Amsterdam cantik dan selamat untuk dikunjungi..adalah susah kalo bilik air di luar bilik..tak selesa nak berulang-alik

    ReplyDelete
  8. Bibie --> Saya pegi ni penghujung spring..cuacapun sebenarnya tak menentu..kejap hujan dan tetiba jer boleh cerah. Kebetulan hotel kita area yang sama ek..hehe

    Cik Nun --> Maybe 1 day boleh try naik etihad..kalau dekat2 kawasan laut tu Abu Dhabi memang cantik..

    ReplyDelete
  9. Hi zila, harap2 bukan mrs yang tersalah tu, kalau mrs, mrs mohon maaf yer.

    nice hotel tu nampak cozy, bestnya EA meriah dengan makanan

    ReplyDelete
  10. Bestnyaaaa dpt jejak amsterdam..salah satu destinasi impian ;)

    ReplyDelete
  11. Amsterdam mmg wajib lawati. Orgnya sangat baik!
    Kalau la tau..syieda stay area museumplein lagi bagus. Senang nak ke city. Jalan kaki pun boleh sampai. Time syieda pergi depan rijksmuseum tu tak de kolam. Dia jadi ais. Main ice skating .. rugi la x dpt ambil gambar mcm zila.

    ReplyDelete
  12. Mrs. Smile --> Bukan mrs. lah..hehee. Boleh tahan la hotel tu..EA memang meriah dengan makanan

    Norh --> One day pasti Norh boleh pergi..setiap impian tu mcm angan2..kalo usaha pasti tercapai :)

    Syieda --> Jalan kaki ke city?? uihh tak mampu lah Syieda..jauh jugak tau..kalo naik tram ada la dalam 3-4 stop. Setiap org rezekinya lain2 syieda..mcm saya, tak cukup masa nak ke kmpg menarik yg syieda pegi tu

    ReplyDelete
  13. Macamana awek baju biru seksi tu panjat I Amterdam tu? He He He...

    ReplyDelete
  14. Scdha --> sure terselak habis time nk panjat tu..hahah

    Athidean --> Wsalam..thanks juga sudi singgah sini :)

    ReplyDelete
  15. hi Zilla ehh Zila ekekee

    tak sangka ada juga yang terkonpius ya?? saya selalu juga terkena, siap ada yang panggil niL dan Jea pun ada hahaha...

    amsterdam ne mmg salah satu negara impian..dulu2 time sek mmg cita2 nak sambg belajar kat sini tapi apakan daya belajar pun tak berapa nak pandai hehehe..Insyallah, satu hari nanti pasti negara ini saya jejaki *entah bila lah tu :D

    ReplyDelete
  16. Salam kenal..rezeki zila bergambar kat i amsterdam tu org tak ramai sgt.waktu sy g minggu lps,penuh org.huhuhu.tp pdg memang cantik kannn

    ReplyDelete
  17. Zilla --> Sebabkan ramai org konpis kita..makanya saya dah tukar nama jadi zila@akulovetravel..hahaha. Kalo ada impian..pasti boleh menjadi kenyataan..InsyaAllah..kena yakin :)

    Kembara Destinasi --> Salam kenal..maybe sebab sekarang summer..lagi ramai lah mat and minah salleh dtg amsterdam..takpelah xleh nak bergambar..janji dah smpai dan tengok dengan mata sendiri kan?? sure ramai org berjemur kt padang yang cantik tu :)

    ReplyDelete
  18. rindunyaaaaaaaaa..!!!! hahaha hai zila :D

    kalau tak silap saya.. near i amsterdam sign tu ada lorong yang famous.. kat situ bersepah orang indon. funny thing.. naik tram tetiba dengar orang sembang in indonesian slang..

    ReplyDelete
  19. CT --> oh..saya tak jumpa pulak lorong yang awk ckp tu. Kalo cmtu sure byk restoran halal kat situ

    ReplyDelete
  20. salam...gambar sunrise KL-Abu Dhabi tuh seat kiri or kanan ya?

    ReplyDelete
  21. Liza --> Wsalam....rasa2nya kanan sebab bila tgk muncung kat sayap flight tu..saya pasti ianya adalah kanan :)

    ReplyDelete