Saya nak sambung cerita di Amsterdam. Pada hari ke-2 di Amsterdam saya terjaga jer kepala saya berdenyut-denyut sakit tapi saya gagahkan diri untuk goreng nasi lebihan nasi semalam tu untuk tujuan bekalan kami hari tu. My sis lagi kesian...semalaman kaki asyik cram.
Saya guna perencah nasi goreng Adabi..dan tambah sikit sambal ikan bilis. Asalnya nak beli telur..tapi area hotel saya tu 1 kedaipun tak nampak. Lepas dah tapau nasi goreng dan bersiap..kamipun keluar untuk naik bus yang sama kami naik dari Schipol Airport tu. Untuk pengetahuan semua, dari pembacaan saya, kita hanya boleh ke Keukenhof dari airport sahaja. Keukenhof ni adalah tempat impian saya untuk visit setelah tengok tamil movie last year..hehe.
Disebabkan harga ticket bus sehala adalah €5.00 (mahal)..kalau return dah €10.00..makanya kami beli 1 day pass yang berharga €7.50..boleh tahan 24 hours. Untuk dari ke-2 di Amsterdam, kami dah rasa familiar dengan sistem transport kat situ..bustop untuk tram dan bus ada yang berasingan dan ada yang disekalikan. Untuk saya citerkan secara detailpun takkan membantu anda sangat, perlu laluinya sendiri. Kenapa saya cakap gitu?? Sebabnya saya dah baca study dari web tu web ni..bila sampai sini, macam blur pulak..hehe..cara terbaik, laluinya dan pasti akan paham sendiri.
Saya guna perencah nasi goreng Adabi..dan tambah sikit sambal ikan bilis. Asalnya nak beli telur..tapi area hotel saya tu 1 kedaipun tak nampak. Lepas dah tapau nasi goreng dan bersiap..kamipun keluar untuk naik bus yang sama kami naik dari Schipol Airport tu. Untuk pengetahuan semua, dari pembacaan saya, kita hanya boleh ke Keukenhof dari airport sahaja. Keukenhof ni adalah tempat impian saya untuk visit setelah tengok tamil movie last year..hehe.
Disebabkan harga ticket bus sehala adalah €5.00 (mahal)..kalau return dah €10.00..makanya kami beli 1 day pass yang berharga €7.50..boleh tahan 24 hours. Untuk dari ke-2 di Amsterdam, kami dah rasa familiar dengan sistem transport kat situ..bustop untuk tram dan bus ada yang berasingan dan ada yang disekalikan. Untuk saya citerkan secara detailpun takkan membantu anda sangat, perlu laluinya sendiri. Kenapa saya cakap gitu?? Sebabnya saya dah baca study dari web tu web ni..bila sampai sini, macam blur pulak..hehe..cara terbaik, laluinya dan pasti akan paham sendiri.
Jom saya citer pasal Holland Pass ye. Saya beli Holland Pass dengar harga €52.00 with 5 free tickets. 5 free ticket tu kita boleh guna ikut apa yang kita nak. Kami dah discuss time kat Malaysia lagi nak gunakan untuk apa 5 free tickets tu..so kat bawah ni saya buat comparison antara guna 5 free tickets dan tak beli langsung Holland Pass. Cuma 1 jer saya masih blur..kata dapat 5 free tickets..tapi kenapa kami dapat 6?? Hmm..saper-saper leh explain..please explain ye :)
Bila saya buat comparison gini..kami untung dalam €21.50. Bagi saper yang nak convert to RM..agak-agak lah darab dalam 4.6 ye. €22.50 untuk Keukenhof tu adalah combi ticket antara transport ke Keukenhof dan juga entrance fee. Kalau yang datang selain musim spring, maybe tak perlu beli Holland Pass ni.
Dah beli Holland Pass, make sure suruh staf tu tukarkan tickets yang berkenaan dalam bentuk yang sepatutnya..apa kah itu?? hmm..memula tukarkan free ticket tu kepada bentuk ticket bus ke Keukenhof, bus ke Zaanse Schans dan 1 day pass untuk transport. Manakala untuk entrance Keukenhof, cruise dan hop on hop off tak payah tukar pape..bila nak gunakan just show kat tempat-tempat berkenaan.
Ini ticket yang kami tukar dari free ticket tu..semuanya untuk transport.
Ni lah bentuk Holland Pass card..kami tak gunapun..tujuan beli pass ni adalah nak dapatkan 5 free tickets tu jer..kalau rajin masuk museum yang banyak giler tu..lagi untung la pakai card ni..boleh la dapat discount sikit sebanyak. Sebelum pergi
tu saya tak berapa nak paham sangat pasal Holland Pass ni..lepas gi sana
dan dapat explanation dari staff Holland Pass tu..baru lah paham.
Jalan 10-20 langkah dari office tu..terus jumpa bus. Bus ke
Keukenhof kalau tak salah saya 30min 1 kali. Kami masuk kejap jer..terus jalan. Pagi
tu kepala saya sakit sangat-sangat. Nasib baik opposite GWK Travelex
office tu ada farmasi..saya terus beli panadol dan telan. Sepanjang
perjalanan ke Keukenhof yang terletaknya di Lissie tu..saya tido jer.
Terjagapun bila my sis kejutkan saya yang kami dah sampai. Turun jer
bus...fuhh..ringannya rasa kepala. Maybe panadol tu dah berkesan dan
saya cukup tido dalam bus..hehe.
Untuk pemegang free ticket dari Holland
Pass, tak payah que ye..guna jer laluan special..hehe. Kat entrance tu
jalan lupa ambil map Keukenhof tu :)
Tulips yang cute-cute berhampiran entrance..time ni saya tak sabar sangat dah nak masuk ke dalam taman tu
Brunch kami...hehehe
Bahagian ni kelihatan tulip-tulip yang makin berkurangan.
Makin ke dalam...makin hati dilonjak kegembiraan melihat pelbagai warna tulip..putih bersih..kuning menawan...macam-macam angle dok snap tulip-tulip ni dah lagak photographer dah..haha. Orangpun tak berapa ramai..terasa taman tu saya yang punya..hehe
Kemudian jumpa pula tulip yang boleh match dengan warna jacket saya..hehe..saya betul-betul fall in love dengan tulip-tulip ni. Time dok tunggu hari-hari untuk kesini saya sikit kerisauan kalau-kalau tulip ni dah dipotong..tapi Alhamdulillah tulip-tulip ni tunggu saya...
Dari atas ginilah rupa tulip-tulip tu
Hehehe...
Bukan saja tulip kat sini...berbagai jenis bunga lain pun ada.
See? Tulip yang dah layu di buang. Pakcik yang baju hijau tu muslim..dia bagi salam kat kami dan kami menjawabnya
Cantik kan??
Menghayati keindahan ciptaan Tuhan
Ini antara tempat saya teringin nak bergambar...akhirnya tercapai.
Angle untuk snap tulip yang saya idam-idamkan selama ini...hehe
Taman tu memang sangat luas..3 jam kami berjalan tapi rasa macam sekejap je. Kami langsung tak rasa letih ...haha.
Saya dan bermacam-macam jenis tulip..I really fall in love
Kami singgah makan pancake comel tu..sedap sangat. Kat Keukenhof ni ada free wifi..my sis asyik dengan handphone, akhirnya dia sempat makan 2 pcs je pancake tu sebab saya tak sedar asyik ngap-ngap sensorang...hahaha
Mungkin dah ada yang nyampah asyik gambar bunga je..hahaha.
Suka tengok bunga ni...
Satu jer yang saya kecewa..tulip field dah takde. Sedihnya. Semua tulip tu dah dipotong untuk dijual agaknya...dah gondol :(
Sumber : google
Inilah tulip field..rasanya masa paling baik untuk ke sini adalah bulan April. Every year Keukenhof ni dibukak untuk orang ramai pada March hingga May saja..Time saya pegi ni macam penghujung taman ni nak ditutup. Apa-apapun syukur ada kesempatan untuk ke tempat idaman ni :)
Inilah tulip field..rasanya masa paling baik untuk ke sini adalah bulan April. Every year Keukenhof ni dibukak untuk orang ramai pada March hingga May saja..Time saya pegi ni macam penghujung taman ni nak ditutup. Apa-apapun syukur ada kesempatan untuk ke tempat idaman ni :)
Lepas dah puas tengok tulip..kami naik bus yang sama kami datang untuk balik ke airport. Dan dari airport, dengan bus yang sama kami datang..iaitu bus bernumber 197, kami menghala ke Amsterdam City. Kami perlu merehatkan kaki kami yang dah berjam-jam berjalan..kami pastikan energy yang ada tak dibazirkan sebab terlalu banyak lagi kaki kami tu diperlukan..hehee...makanya, kami decide nak naik cruise untuk menghayati keunikan Amsterdam City dari canal. Untuk next entry..nantikan pengalaman kami di Amsterdam City.
cantiknya...tempat idaman gak ni Keukenhof ni....hehehe cantiknyaaaa rasa nak guling2 atas bunga!hahahaha
ReplyDeletewahhh nampaknya zila pegi time org tak ramai ye. kat kincir angin tu, mmg ramai gilerrr time sy pegi aritu. cantik kan?
ReplyDeleteSpeechless!
ReplyDeleteSubhanallah cantikkkkkkkkk!!!!
ReplyDeleteSedondon pulak dengan jacket Zila.
Saya pasti gila tengok bunga tulip cantik ni.
Kasut Belanda tu nampak kelakar disarungkan begitu he he he...
Teringin sangat nak ke sana dan beli fridge magnet terompah Belanda.
Cantik sgt.....sy pernh gi melben tgk ladang tulip gak....tp kt amsterdam lg best jer,
ReplyDeleteSubhanallah. Lawa sangat. Haritu saya gi summer, memang xdan nak gi festiv ni walaupun sebenarnya dah lama nak gi. Nak share info, dari Centraal pun boleh ambil tour bus ke Kuehenhof sebenarnya. Haritu saja ambil pamplet tu yang dapat tau.
ReplyDeleteTulip oh tulip...cantik bangat...pernah tengok bunga Tulip sekali sahaja semasa pegi Everland, Korea pastu di Huis Ten Bosh, Jepan. Tapi JM rasa Tulip di Keunkenhof ni lagi banyak, cantik dan besar2..kalau dpt pegi ladang tulip tu lagi best kan..
ReplyDeleteZila : Kiranya beli Holland Pass tu kat Airport lah ek ke beli Online pastu di tukar di office kat Airport tu...dh darft itie ni..dh mula berangan ni heee
DJ --> amboi nak guling2..hahaha
ReplyDeleteJohn --> ramai tu ramai lah jugak..pastinya tak berlangar2 bahu lah..haha. Tempat ni memang cantik..taman tercantik di dunia kalo xsalah saya
Syieda --> u r right
Prof --> Tu lah prof..sedondon..hehe. Ntah2 tahun depan prof pulak sampai sana..hehe
Leez --> Saya ritupun teringin nk tgk tulip kat melbourne tapi time saya pegi tu bukan musim tulip tu..akhirnya tercapai tgk kat holland ni :)
Bibie --> tour tu adakah dari tour agency?? asalnya kami nak polo tour agency untuk cover 1 day tour to keukenhof, zaanse schans and fisherman village..tapi kami tukar fikiran untuk gi sendiri.
JM --> Byk tmpt juga ek JM pernah tgk tulip..best2. Saya beli kt airport holland pass tu :)
Bukan agency cuma bas tu memang untuk gi sana. Up to us kalau nak balik kul bape pun, boleh roaming lama2 dalam taman tu.
ReplyDeleteNice place ever... Terasa nak pegi lagi... He He He...
ReplyDeleteSubhanallah, mcm2 jenis tulip...cantiknya....maknanya kena gi Holland antara bln Mac and Mei..baru boleh gi tmn ni..planning2..
ReplyDeleteBibie --> ohh..camtu..satu info untuk orglain yang maybe nak kesana pasni dan stay area city
ReplyDeleteScdha --> Me too..hehehe
Nohas --> a'a tul tu Nohas..boleh refer website keukenhof
Tgh berkira beli holland pass jugak tp nk kena kira2 dulu. Thx for the info
ReplyDeletesubhanallah cantiknya..!!!
ReplyDeletegewaaaam.. gewaaam..
Nurin --> wat comparison cost dulu, then baru beli :)
ReplyDeleteCT --> :)
Hadoiiiiii zila oii... cantiknya tulips tu...
ReplyDeleteFayreen --> hehehe..cantik sampai berhadoii..hehe
ReplyDeleteSalam nak tnya..1 day pass tu termasuk transportation dr airport ke amsterd city x...
ReplyDeleteWaalaikumsalam...a'a boleh :)
ReplyDeleteassalam zila...
ReplyDeletesy baru je jumpa blog awak n adore sgt...sgt best bc....sypun suka jenjalan tp xde rezli lg mcm zila n sis zila...oh yer sy copy sekeping dua gmbr bunga tu utk wallpaper pc blh tak..sbb cantik sgt...hrp zila halal kan yer... salam kenalan dr bumi Kenyalang. :)
Waalaikumsalam...hheehe..kalau ada impian InsyaAllah satu ari nanti boleh kesana..sapa tau kan..hehehe. Sila lah..saya halalkan..semua gambar2 ni biasa2 jer :)
ReplyDeleteI can never stay in Italy. I'm always reminded that I'm just a visitor there. My heart, my soul, my life is in Holland. Italy is a wonderful dream. It's perfect and it's exactly what I've always wanted and hoped for. But it's not my homeland. Holland is what made me --ME. It's Holland that formed me and made me strong. It's Holland that taught me the value of life. I used to HATE Holland. But now I'm wiser and I embrace Holland. I never wanted to end up here in Holland but now I can never leave. It's part of me, part of who I am and no matter where I am, I will always carry Holland. in my heart!
ReplyDeleteKunjung balas ke sini sambil follow blog zila...hihi. Lawa kan keukenhof!! InsyaAllah minta2 ada rezeki lebih next year bleh gi lagi balik hari, jimat pnya pasal...kih3.
ReplyDeleteNinie --> Sya punya impian nak gi Holland lagi..nak pergi kampung yang ada banyak canal tu...so lovely :)
ReplyDelete